Showing posts with label ::dari hati::. Show all posts

graviti muslim

Susuk wanita ayu berbaju kurung pink itu diikuti dengan hujung matanya. Tidak berhenti-henti wanita itu merayu sahabatnya untuk turun padang bermain pedang mengasah potensi. Dari teknik A sehingga teknik Y sudah dicubanya. Gerakan walau seinci sahabatnya masih belum mampu diperolehi sedangkan Jam tangan SWATCH miliknya sudah bergerak 59 langkah dari tadi.

Subhannallah.. sunguh penyabar budi wanita itu. Dia kagum dengan kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya itu. Sambil berdoa akhlak yang sama turut diwarisinya, dia terimbas pesan tuhannya dalam surah Fussilat 41:35


"Dan(Sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang sabar dan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntugan yang besar"



Kepada sahabat jiwanya...
Menarik kanak-kanak keluar dari berenang dalam 'swimming pool' lumpur yang melekit memang memerlukan usaha keras pelbagai arah dan gaya. Kadang-kadang bisa bingung memikirkan jaguhnya dalam akademik sekolahnya dulu langsung tidak menjamin ketokohannya dalam memahami teknik2 kreatif pelembutan jiwa dan akal manusia generasi ini.


Sememangnya inilah yang dinamakan formula rahsia para daie. Formula yang hanya difahami oleh 'lelaki' [ baca: rijal]. 'lelaki' yang beramal dengan ilmunya. 'lelaki' yang kekal dengan istiqamahnya. 'lelaki' yang faham misi perjuangannya. 'lelaki' yang tajarud kepada tuhannya.

Bukan sekadar masa senang dan lapangnya. Bukan sekadar masa kaya dan mewahnya. Bukan sekadar masa awal dan popularnya. Dan bukan sekadar masa bijak dan masa atasnya.

Selagi kamu berlegar di medan teori, manis masam kek pandan itu tidak akan sama dirasai. Sungguh pasti berbeza mereka yang berbuat dengan mereka yang sekadar berbicara.


Kamu punya rasa graviti diri yang masih ampuh?

Ya! memang perlu kerja keras memperkasa dalaman. pembinaan komponen diri yang total. Dalaman... dalaman... dalaman... ta'sis berterusan 24/7. baru mampu "inside out"

Nanti tanpa sedar...
akan ada orbit2 tetap berkeliaran gembira disekitaran... ini baru graviti muslim sejati. wah!

Oh ye... pastinya kepada Allah matlamat agung kekalnya. [ameen]



12.35 am 21 Mei 2010
Pasca-solat hajat abid
Muhsineen, Pusat pemulihan jiwa

Posted in , | 2 Comments

amal seimbang



Lapangnya waktu muslim rabbani apabila kita lupa tujuan dan cita-cita.
Merasa selesa dengan berehat-rehat apabila kita lupa bahang bahaya yang membakar umat.
Kurangnya semangat untuk berubah apabila kita lupa pentingnya keperluan untuk menyumbang.


Orang yang berjaya ialah orang yang tidak berlebih-lebihan ketika semangatnya naik dan tidak pula mengurangkannya ketika semangatnya turun.



Dalam apa jua keadaan, sama-sama berusahalah untuk menjaga amal kita.

Masa yang perlu diperah.
Latih disiplin.. disiplin..disiplin.. teknik baik punya! tekan sini

Dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar–benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali–kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…. - Al Hajj, ayat 78



Tahun ke-20
Pusat pemulihan akhlak,
1 Mei 2010, 8.15 malam
Muhsineen, Irbed Jordan

Posted in , | 4 Comments

Awan yang menyaksikan

Pagi-pagi memang mendamaikan. Selayaknya Tuhan Agung itu bersumpah dengan waktu yang cantik ini. Dia merenung awan-awan berkepul-kepul di langit, membayangkan dia dan sahabat2nya berlari-larian di atas kepulan putih itu. Seperti kelibatnya si Goku dengan motosikal awannya.



Wah! Subhanallah.. Memang indah! inilah ciptaan Rabb nya yang paling hebat.

"Allah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Allah yang maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?"




Sebiru hari ini.


Awan-awan riang ria menjadi saksi ukhwah antara mereka. ^__^



Kelihatan adik comel sudah malu sipu seperti kura-kura. Sembang-sembang ukhwah mereka pagi ini sangat segar. Beritahu perkara sebenar yang manusia sering silap tafsir tentang anda, memang satu idea taaruf yang lebih fun.

"Orang ingat saya ni baik.. tapi saya tidaklah baik mana sebenarnya..."
"Orang ingat saya single.. tapi sebenarnya saya sudah double sebenarnya.."
"Orang ingat saya tingkatan 3... tapi saya sudah tahun 3 sebenarnya.."
"Orang ingat saya jenis manusia yang bangun lewat, tapi sebenarnya saya jenis yang bangun awal"
"Orang Arab ingat saya indonesia, tapi saya Malizia sebenarnya"

Tiba giliran adik 'hot' seIrbid. Semua sudah pasang telinga kemas-kemas. Seperti biasa, dia dengan gaya sempoi ala2 gadis paling hot Irbid berdiri atas lututnya.

"Ermmm.. errmm... orang ingat saya berbadan slim.. tapi sebenarnya perut saya buncit"

Errkk..

Oppss.. Dia terkedu sebentar. Memang dasar insan penceria. Seluruh alam tanpa silunya menghamburkan gelak tawa. Yang awal kelihatan sipu tertunduk pun mula senyum hingga ke telinga. Dia juga senak perut. Oh.. adik kamu memang sangat comel. ^__^

Awan putih itu sekali lagi menyaksikan keletah manusia ria ini bergurau senda. Kelihatan sang Mentari mengintai dicelah rimbunan awan. Tidak mahu ketingalan menyaksikan hati-hati manusia Rabbani yang berkumpul atas dasar tali akidah yang satu.



Seperti biasa, di sudut celah manusia itu.. dia kembali merenung harinya, memikirkan pengajaran yang Allah berikan padanya hari itu. Bak kata orang tu "tauhidic mindset" itu penting. Setiap perkara yang berlaku dalam hari-hari kita perlu dikembali kaitkan dengan Allah yang tauhid.

Dia belajar hari ini. Manusia memang penuh dengan persangkaan.

Persangkaan baik mahupun persangkaan buruk. Apabila indikator penilaian berpandukan pada persangkaan, pintu ketidakpastian bakal terbuka luas. Nilai keyakinan akan berkurang. Maka sebarang tindakan menyusul kurang kemas dan longlai.

Sedangkan ukhwah juga perlu dibina atas dasar keyakinan dan bukannya persangkaan semata. Dia terasa Allah sedang mengajarnya untuk kurang berprasangka kepada sahabat2nya. Mungkin itu teguran untuknya hari ini.

Subhannallah! Pagi ini dia kembali bermuhasabah. Bahawasanya Islam sentiasa mengajarnya untuk berpegang pada keyakinan. Bukan bersangka-sangkaan. Kerana percaya itu soal yakin.

Percaya kepada Allah kerana kita Yakin dengan Allah.
Percaya kepada hari akhirat kerana kita Yakin pada hari akhirat.


Moga Allah campakkan 'mata keyakinan' dalam jiwa kita semua. ^



Dedikasi buat:
Awan yang menjadi saksi antara kita.
Awan yang juga pernah menjadi saksi antara mereka.

Posted in , | 9 Comments

[hati] untuk sahabatnya. Maaf!

AMARAN: Ini curhat untuk sahabatnya itu. tidak penting untuk baca.

Entah macamana boleh tergerak hatinya untuk menekan button spam di tetingkap emailnya 2 hari lalu. Diperhati sepintas lalu sahaja tajuk-tajuk sampah yang tidak berjaya masuk ke list inboxnya itu. Habis satu page dia turun ke bawah lagi.

Tiba-tiba matanya terpaku pada satu email yang tidak bertajuk. Dari sahabat yang sangat dia sayang. Hati terpaku sebentar. Takut mahu mengetahui isi surat tersebut. Dengan perlahan-lahan, Browsernya terbang. Dan kandungan mesej itu dibaca satu-satu.


assalamualaikum
1)minta maaf atas segala kesilapan, kesalahan dari segi tingkah laku @ tutur kata
2)minta maaf untuk kesilapan akan datang
3)selama ini hati-hati kita diikat dengan al-Qur'an(maaf sbb ikatan tersebut saya telah melonggarkannya)


hamba paling lemah


Oh! Dia speechless.

Sangat2 terkedu.

Rasa nak menangis.

Sedih-sedih sangat. Dia rasa nak menjerit sahaja. Oh! Ya Allah. Apalah yang dia telah lakukan. Buntu.. Buntu sangat.

Kepada insan yang dia amat sayangi, betapa Allah yang mengetahui siapakah diantara mereka yang telah menzalimi antara satu sama lain. Siapakah antara mereka yang sebenarnya tidak menunaikan hak sahabat itu sendiri. Siapakah antara mereka yang sebenarnya telah memutuskan ikatan Al-Quran itu dari hati.

Ketahuilah sahabat, bukan kamu yang bersalah. Namun dia yang perlu dipersalahkan.

Ya! Dialah yang memutuskan ikatan Al-Quran antara mereka. Dia.. dialah yang bersalah. Dia yang tidak menunaikan hak Al-Quran itu. Dia abaikan Al-Quran. Dia zalimi Al-Quran. Even dia sedang menaip ini di saat sepatutnya dia menghadiri kelas tasminya. Patut pun Allah putuskan ikatan hati dia dengan semua sahabat Al-Qurannya. Patut pun Allah tarik nikmat berukhwah dengan hamba-hamba yang dekat dengan Al-Qurannya.

Maaf dear!

Dia tidak tahu entah dari mana dia mahu mulakan semula. Dah sangat lama tarikh sepatutnya dia baca surat ini, tapi baru sekarang dia tersedar kehadirannya. Entah bagaimana hari-hari kamu menantikan respon positif darinya selama berminggu-minggu ini.

Kalau kamu tiba disini, harapnya kita dapat sama-sama simpul kembali jalinan yang terurai hampir sebulan ini. Moga kita dapat tampal balik retakan yang mulai timbul itu. Kita buat biasa-biasa sahaja. Tiada soal siapa bersalah. Jangan diungkit peristiwa sebulan lepas.

Dia rindu sangat gelak tawa bersama. Sangat.. sangat...

Dia anggap peristiwa ini balasan atau ujian. Balasan kepada dia yang mengabaikan haq Al-Quran, maka hubungannya dengan manusia memang teruk. Kamu pula menjadi mangsa kepada masalah dirinya. Ataupun ini ialah Ujian ukhwah kepada dia dalam bersahabat, memandangkan syaitan sentiasa meniupkan angin-angin perselisihan antara manusia beriman. Maka kepada Allah dia mohon perlindungan dan kekuatan.

Entahla.

Maaf, kamu tidak bagi dirinya membalas email itu. Maka dia tulis di sini.



p/s: Kepada manusia lain yang turut merasa tempias dosa dia, seribu kemaafan dipohon. Doa dia cepat-cepat pulih. Tolong tarik dia kembali kepada jalan yangbenar. Tolong jangan biar dia terus sesat..

Posted in | 3 Comments

hak ilmu kamu

Sayup berkumandang suara azan, menandakan terbenamnya matahari. Gabungan ton warna oren dan merah, dicarik2 garisan hitam di langit kelihatannya amat mendamaikan. Bebas fikirannya berterbangan. Sambil menunggu saff jemaah berbaris, memerhatikan alam dari jendela itu, dia bermuhasabah perilaku dan akhlak peribadinya. Sesekali, bibir memuntahkan kalimah istighfar. Kesal sungguh dengan mutabaah diri yang semakin merumdum. Entah bila mahu kembali berlari.



Pintu terkuak, Muncul kelibat wanita yang amat dihormati itu. Lantas cepat2 dia menuju ke barisan saff, menghamparkan sejadah, tegak berdiri tanda sudah bersedia. Pandangannya dilontarkan ke sekeliling. Sahabatnya, anak pakcik Dahalan itu mula sengih2. Apakah? Dia buat2 tidak faham. Wajah apathy ala2 Parkinson sudah.


"Siapa nak jadi imam ni. Silakan" Kali kedua tawaran syeikhah tidak bersahut. Masing2 mula cuak kentang. Gulp!


Sempat dia imbas kembali minit2 sebelumnya, saat dia mendengarkan bacaan hafazannya kepada syeikhah. Minggu lepas puas sudah ditegur dengan kesalahan muroqoqoh dan mufakhamahnya. Minggu ini ada sedikit peningkatan, sedikit rasa confident bertiup dalam dirinya.

Namun... Bermakmumkan syeikhah? Ooh.. tidak!


Tolak punya tolak. Tarik punya tarik. Memang nasib badan. Hari kamu la hari ini.. wahai cik munawarah! Jangan risau giliran kamu pasti tiba jua. Sempat pula berdoa yang busuk. Ceh!


Puas dia mentajdid niat semata2 untuk Rabb sahaja. Risau juga kecuakan dia bermakmumkan syeikhah tasmi lebih menguasai diri berbanding ketakutan menghadap penciptanya. Berusaha untuk fokus dan khusyuk.


"Allahu akbar!" Lafaz takbir diangkat.


Dengan hati yang mula tenang dan masuk ke dalam ruh solat, dia memperdengarkan bacaan Al-Fatihahnya seperti biasa. Aura 'tujuh yang berulang2' yang dibaca terasa mula menyerap ke seluruh jasadinya. Lafaz mukjizat yang penuh misteri ini terus mencengkam kalbu sehingga terlupa sebentar perasaan cuak dengan makmum disebelahnya.


Sengaja dipilihnya surah juzu amma sahaja untuk surah pilihan. Memandangkan bilangan yang belum mentasmi hafazan sudah beratur, menunggu saat kami usai solat sahaja. Lebih baik dipersingkatkan.


Ternyata memang susah benar untuk khusyuk dalam solatnya kali itu. Mana tidaknya? Sedangkan untuk tasmi hafazan setiap khamis pun sudah menghantui sepanjang minggunya. Lidah yang keras itu perlu dilembutkan dengan latihan demi latihan. Sanad bacaan Al-Quran yang diidamkan langsung sudah tidak dicakna. Melihat prestasi tajwid lidahnya, bacaan tartil yang itqan dan sempurna itu lebih didamba kini. Perlu lebih mujahadah nampaknya. Doa dari sahabat2 semua amat didambakan.


***********************


Suara syeikhah membetulkan bacaannya kedengaran seperti alarm mengejutkannya dari tidur.

Aiseyman~

Sedikit kecewa dengan diri disitu. Juzu' amma pun boleh kantoi. Kesalahan makhraj huruf yang tidak disengajakan. Ketika tasmi surah panjang lidahnya amat teliti dengan makhraj, namun dalam juzu amma yang konon kacang ini dia jadi kurang cakna. Al-maklumlah membesar dengan makhraj yang salah, bila dah tua2 ni liat lidah ini perlukan lebih masa dan latihan. oh!

Naseb baik Al-fatihah tak kantoi.


**********************


Soalan cepuperak syeikhah sebelum dia pulang seperti tusukan di jantungnya. Peringatan yang amat berat. Dan pengajaran utama dari kisah ini.


"Ezzah, kamu tahukan ilmu al-Quran dan tajwid itu bukan semata2 ketika kamu sedang tasmi kepada saya sahaja tetapi untuk diamalkan setiap masa. Lebih2 lagi dalam solat kamu"

Oh! Terkesima dia sebentar.


Pasti sahaja dia tahu. Jawabnya dibibir mahupun dihati. Memang dia sedang memperbaiki diri dan berusaha mengamalikan teori tajweednya. Cuma kadang2 dia lupa niat asalnya.


Pulang dia malam itu dengan sayup2 gema suara syeikhah terngiang. Kembali muhasabah.. dan muhasabah diri.




Ya! Ilmu memang dipelajari untuk diamalkan. Apa2 ilmu jua. Ilmu medik, ilmu dakwah, ilmu fiqh mahupun ilmu tajweednya. Tiba-tiba dia rasa takut dan berat. Tanggungjawab ilmu yang dipelajarinya adalah amanah dari Allah. Amanah besar yang perlu serius digalas. Dia sedar masih banyak hak2 ilmu yang belum ditunaikannya. Bagaimanakah?


Oh.. Ya Allah!



p/s:
apathy: lack of emotion or feeling
Parkinson's disease: degenerative disorder of the Central Nervous System that often impairs the sufferer's motor skills and speech, as well as other functions.

Posted in | 8 Comments

Ujian yang menggerakkan

Dengan nama Allah tuhan rububiyah, uluhiyah sekalian alam.
Selawat salam tidak putus buat 'Muhammad bin Abdullah' kekasih 1st tuhan rububiyah dan uluhiyah.


"Masalahnya, Kenapa ana sahaja yang diuji begini? ana tak faham.Kadang2 ana tak tahan dah dengan ujian ini." Keluh seorang sahabat melepaskan sesak nafas dihempap bebanan beratnya.

"Nti kena kuat. Ujian ini bukti nti orang beriman. Allah memang akan uji hambanya yang beriman untuk dipilih sebagai penghuni2 syurgaNya. Syurga itu memang mahal harganya. Bersyukurlah sebab nti dah masuk kategori orang yang beriman disebabkan ujian ini"
pujukan sahabatnya memastikan teman seperjuangannya tidak futur.


Wahai sahabatku...


Setiap manusia atas muka bumi ini sedang sesat. Mereka mengembara, mencuba, mencari erti kehidupan dan mengenal hakikat diri yang sebenar. Sesekali jatuh tersungkur. Mujur Tuhan itu sifatnya 'Ar-rahman'. Tinggalkan petunjuk2 untuk diikuti. Rugi sungguh mereka yang tidak mengambil petunjuk itu. Moga kita tidak tergolong dalamnya.


Bersyukurlah kamu wahai sahabatku yang sudah berjumpa jalanNya dan sentiasalah berdoa agar thabat di jalan kebenaran ini.Dan paling penting BERGERAKlah kamu kerana tidak bergerak itu adalah satu kesalahan. Bergeraklah bukti kamu bersyukur dengan nikmat Jalan ini. Allah dan Jalan ini tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan jalan ini. Bergeraklah walaupun dengan langkah yang perlahan. Kerana Tidak bergerak adalah kesalahan yang lebih besar daripada bergerak dengan langkahan yang silap. Sesungguhnya Kesilapan demi kesilapan adalah pelengkap dan guru untuk kita mara ke hadapan dengan persediaan yang lebih lengkap.


Wahai sahabatku...


Perjalanan ini masih jauh, sangat2 jauh. Kita perlukan bekal yang lengkap dan cukup untuk meneruskan perjalanan yang penuh onak duri ini. Kita tidak perlu tergesa2. Kita jangan nak cepat2 dan janganlah amalkan sukan "lompat jauh" dalam jalan ini kerana lompang2 kosong yang kamu tinggalkan itu akan mencacatkan rumah yang ingin kita bina. Kita ingin menjadi Khadijah dan Sumaiyah. Kita nak bina lebih ramai Nusaybah dan Rumaisa'. Kamu ingat mudahkah?


Kita perlu serah diri dan leburkan diri untuk itu. Itulah rahsia mereka yang terdahulu.
Asma', Fatimah, Hafsah mereka semua me'rela'kan diri sebulat2nya, hasilnya mereka mampu mengegarkan dunia. Bukan ambil masa sehari dua tapi bertahun2 lamanya. Sedangkan pembinaan akidah manusia2 hebat disisi nabi di Mekah ini pun mengambil masa 13 tahun, kita yang hanya setahun jangung ini sudah merasa penatkah? Berhati2 lah sahabatku dalam meluaskan medanmu. Sudah cukup kuatkah akidah itu. Mengapa perlu malas? Mengapa hendak putus asa? Jangan, sahabatku... jangan. Allah sedang memilih... Allah sedang menapis... Allah sedang mencari... Bersabarlah, nescaya kamu dapat lihat sesuatu yang kamu tidak akan pernah lihat sebelum ini.


Wahai sahabatku...


Inilah kehidupan yang sementara. Kita tiada cara lain melainkan tunduk patuh padaNya. serah diri bulat2. sepenuh masa!
Kamu kenal sesuatu yang lebih hebat dan dari Agung selain Allah kah?
Kamu kenal manusia yang lebih hebat dan lebih boleh dipercayai selain Muhammad kah?

Jika tidak, kamu tidak perlu ragu2 lagi. Ikutilah jalan ini. Ikutlah jalan nabiMu. Jalan orang2 terdahulu.

Kita sedang belajar... Allah sedang mengajar
Kita kena terima... sebab Allah sedang beri.

Allah bagi apa?
Allah bagi ujian
untuk apa?
Untuk melengkapkan diri kita
jadi rijal2 yang sempurna
mampu bekerja
mampu berkorban
mampu mengubah
Jangan risau Allah dah janji
Allah janji syurgaNya
Allah janji redhaNya
Apa lagi kamu mahu?

~to you my dear


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , , | 4 Comments

Akhawat Arabi, Akhawat Malazi, Akhawat Sinni?

Dengan nama Allah tuhan semalam, hari ini,esok dan selama2nya
Selaut cinta buat nabi kita semalam, hari ini,esok dan selama2nya juga 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati sekalian.

Saya mengetap bibir.Kesian tambah geram. Bukan sekali dua saya diasak dengan kejadian2 sebegini. Inilah lumrah hidup dunia penuh dugaan dan cabaran. Bukankah Allah dah kata bahawa semua manusia itu sememangnya diciptakan dalam keadaan susah payah. Motivasi dengan diri untuk sentiasa bersabar dan teruskan bersabar. La Taghdab! La taghdab! La taghdab! berulang kali nabi menasihati umatnya. Jami3ul kalam yang padat dan susah.Hadis 16 sentiasa terngiang2 di benak meminta izin untuk masuk ke hati supaya dapat diactivatekan ke seluruh badan.


Hidup di negara Jordan ini, bagi perempuan2 yang berwajah ala2 bangsa cina pastinya sedikit sebanyak punya beberapa pengalaman kurang manis sebagai salah satu perencah hidup mengembara di bumi orang ini.

chinese look
Tidak pasti dengan sejarah serta asal-usul kisah sebenar, namun segelintir atau boleh juga dikatakan kebanyakan masyarakat Arab mempunyai pandangan buruk dan telah siap2 melabelkan "semua" perempuan cina sebagai perempuan "tidak baik". Maka, tak dapat dinafikan bagi mereka yang ala2 "chinese look" juga pasti tidak ketinggalan mendapat bahangnya. Akhawat2 Malizi yang rata2 ada bau2 bacang keturunan cina ini antara yang mendapat tempiasnya.

Gelaran "Ali baba" merupakan salah satu panggilan yang digelarkan untuk perempuan2 tidak baik disini. Kerap sahaja nama itu dilaungkan kepada kami ketika berjalan mahupun ketika berada di kedai2. Bukan sekali dua juga saya dibaling dengan batu. Tidak cukup dengan kata2 kurang elok, mereka kadang2 tanpa rasa bersalah mampu sahaja untuk mengangkat tangan.
Paling tak tahan, apabila pernah mereka bertanyakan harga saya? Sabar2... Pelik dan sedih. Adakah saya berada didalam negara Islam yang 98 peratus rakyatnya muslim?
Kalau kami yang iras2 Cina ini pun sudah diperlaku begini, bagaimanalah agaknya mereka memperlakukan perempuan2 Cina yang sebenar2nya.


Double-standard
Sedangkan mereka kaum2 Adam Urduni ini amat makruf dikenali dengan sifat mengihtiramkan kaum hawa mereka. Persoalannya adakah perempuan2 Arabi sahaja yang perlu diihtiramkan? Berbezakah taraf antara perempuan Arabi, perempuan Malizi dan Perempuan Sinni?

Mengapa perlu ada double standard dalam melayan kaum jantina yang berlawanan?
(Ayat ini tidak terhad kepada kes diatas sahaja. Ayat ini juga sesuai digunakan untuk konsep ikhtilat kita hari2an. Tiada beza batas2 hubungan ikhtilat dengan lelaki Arabi mahupun lelaki Malizi... ingatan buat yang lupa~)

Entri ini tidak bermaksud untuk mencucuk sebarang ideologi feminisme mahupun seangkatan dengannya.Sekadar meluahkan perasaan terhadap ketidakadilan dan salah konsep yang dipegang oleh sebahagian pemuda2 muslim Urduni disini.

Saya tidak bangga dan tidak suka menjadi Malizi...




Ya! Saya tidak bangga mengaku sebagai Malizi.... apabila semata2 kerana tidak mahu orang mengganggap saya sebagai "Sinni" (Cina)

Saya tidak suka mengaku diri saya sebagai Malizi.... apabila pengakuan itu semata2 disebabkan tidak mahu dianggap perempuan tidak baik seperti anggapan mereka itu.

Tapi kadang2 keadaan disini memerlukan saya mengaku dan mengeluarkan kenyataan
" Saya Malizi, bukan Sinni"... betapa saya malu dengan kenyataan ini pada ketika ini.

individu VS masyarakat
Mengapa perlu begini? Mengapa kita dengan senang2 boleh melabelkan seseorang dengan sesuka hati. Adakah adil untuk meletakkan satu2 sifat mewakili semua orang dalam satu2 golongan? Adakah Pak Lah itu melambangkan identiti keseluruhan masyarakat Malaysia? Adakah Saddam Hussin itu mewakili seluruh umat islam Iraq? Adakah Obama itu juga mewakili peribadi setiap rakyat Amerika? Jawapannya pasti Tidak... La'...
Mana2 manusia yang berakal dan berjiwa pastinya tidak bersetuju dengan ketidakadilan ini.



Bukan semua perempuan Cina itu tidak baik. Tahukah mereka berapa peratus dikalangan penduduk muslim didunia ini adalah berbangsa Cina? Tahukah mereka betapa banyak ciri islam yang ada pada peribadi masyarakat2 cina. Kerajinan mereka, Usaha mereka, Kebijaksanaan mereka.Siapa tahu kalau2 masyarakat Cina itu punya lebih nilai Islam daripada masyarakat Arab itu sendiri.


"Wahai manusia! Sunguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang wanita, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suka agar kamu saling berkenalan.Sungguh yang mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah mahu mengetahui, maha teliti" Al-hujurat:13




Ya Allah, jangan kau jadikan kami fitnah ke atas agamaMu ini!

"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | 4 Comments

merendam hati didalam clorox~

Dengan nama Allah yang saya sayang dan harap sayangNya..
Selaut sayang juga buat insan yang sentiasa disayangi dan disambut bukan sekadar pada hari lahirnya sahaja, murobbi teragung kita semua 'Muhammad bin Abdullah' serta anda2 yang sedang menjenguk.

Perasaan ini~ Ya. inilah perasaannya! saya sudah jumpa kembali perasaan ini. Setelah sekian lama, akhirnya saya tidak sangka mampu merasai perasaan ini semula. Saya suka! Saya syukur! sebab inilah perasaan yang saya cari selama ini. Saya pernah 'hidup' dengan perasaan ini suatu masa dahulu. dan saya pernah 'mati' juga kerana kehilangannya.

Bagaimana ingin saya ungkap perasaan ini? Ini adalah perasaan saya denganNya.

Perasaan ini pertama kali saya kecapi semasa di Darul Quran dahulu. Tempat yang menemukan saya denganNya. Saya sayang tempat ini dan saya sayang segala2 yang bersangkut paut dengan tempat ini. Saya sayang orang2nya. Saya sayang tasiknya. Saya sayang biahnya. Saya sayang semuanya tentang tempat ini kerana dia memberi saya perkara yang paling bermakna dalam hidup saya.... iaitu Al-Quran,bestfriend saya.

Alhamdulillah, saya syukur sebab Allah beri saya banyak waktu dan banyak perasaan untuk rajin membaca dan mengulang al-quran semenjak 2 menjak ini. Ditambah2 dengan exam Hafazan minggu ini, secara serius dan jujurnya saya memang tak dapat tumpu kepada perkara lain. Walaupun nota2 system semakin bertimbun dan menjerit2 memanggil saya, entahlah! Kadang2 rasa futur juga, penat dan putus asa dengan kesibukan dan kegagalan demi kegagalan tapi adakah saya mempunyai pilihan. Saya sendiri yang membuat pilihan ini.

Saya yang pilih untuk sibuk dengan semua perkara2 ini. Saya yang memilih untuk menjadi 'muslim'. saya yang memilih untuk menjadi mahasiswa medik. Saya yang memilih untuk menghafaz Al-Quran. Saya yang memilih untuk ditarbiyah dan mentarbiyah.
Saya yang membuat pilihan2 ini dan saya akan dipertanggungjawabkan dengan semua pilihan saya ini. Saya tau ini.. saya tau.. Semoga saya mampu menjawab semua persoalan2 berkenaan pilihan2 saya ini di hadapan Allah nanti.

Saya nak ungkapkan perasaan ini disini sebab saya harap dapat kekal hidup selama2nya dengannya. Kalau tidak diizinkan Allah, pemilik hati saya ini. Sekurang2nya saya boleh baca semula disini. Manalah tau dapat jumpa jalan balik semula nanti.

Perasaan yang saya rasa saat ini adalah perasaan nak "merendam hati didalam clorox". perasaan nak cuci, berus, sental dan tenyeh2 semua kotoran2 yang melekat kuat dalam hati saya ini. Semata2 untuk menjadikan hati saya ini tempat yang terbaik, terbersih, terlayak untuk menetapnya Al-Quran itu. Supaya Allah betul2 rasa sesuai dah untuk dia kurniakan kepada saya Al-Quran 30 juzuk itu.

Kenapa saya rasa begini? Sebab saya rasa sangat susah nak menghafaz al-Quran saat ini. Sangat2 susah! Al-Quran ini tidak akan mampu saya simpan dan jaga semata2 dengan disiplin diri sahaja. Walaupun saya dah berusaha mengulang dengan konsisten, rajin setiap hari mengikut jadual pun, saya tetap tidak mampu mencapainya. Sebab kuncinya ada pada Allah. Ini kata2 Allah. Dia sahaja yang berhak memilih hati2 untuk diletakkan kata2nya itu. Dan masalahnya ialah hati saya belum benar2 bersedia untuk Allah kurniakan Al-Quran itu. Saya sedar ini. Ya Allah!!! Saya nak hati2 seperti sahabat2 dahulu. Saya nak hati2 seperti huffaz2 Quran yang terdahulu. Saya sangat nak! Saya tau tiada cara lain. Tiada guna sekiranya saya sekadar tulis dan menjerit disini kalau sekiranya saya tak bermujahadah. Saya perlu berjihad! Bangkit wahai mujahadah.. bangkit!!!

Perjalanan masih jauh, perjuangan tidak akan berhenti. Saya tetap perlu berjihad untuk Al-Quran sampai bila. Baca..baca...dan teruskan membaca... dan kamu akan naik sehingga ke ayat terakhir kamu berhenti. Tidak kisahlah saya sudah menghafaz 1 juzuk, 5, 10, 20 mahupun khatam keseluruhan 30 juzuk Al-Quran pun, saya perlu sentiasa kekal dengan semangat mujahadah dengan Al-Quran ini. Saya harap dan berdoa begitulah. Tapi pada saat dan ketika ini saya perlu semangat untuk mengkhatamkan hafalan 30 juzuk dahulu. Tolonglah semangat wahai diri! Semoga Allah permudahkan jalan saya dan sahabat2... Semoga kita sama2 akan berlindung dalam naungan Al-Quran diakhirat nanti. Sama2 mendapat syafaatnya. Jangan dapat laknat darinya sudahlah. Takut juga kalau hendak difikirkan.

Sekadar menulis untuk diri sendiri. motivasi kepada diri sendiri dan peringatan kepada diri juga.
Harap juga dapat menaikkan semangat sahabat2 yang lain. Dan saya pohon doakanlah perjuangan saya menuju ke Pencipta ini. Semoga tidak sesat dan tidak dilaknat. Wallahu'alam



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , , | 5 Comments

:: khusyukkah kita?::

Dengan nama Allah yang sentiasa memerhatikan setiap pergerakan solat kita...
Salam rindu buat manusia paling khusyuk ketika solat, 'Muhammad bin Abdullah' serta semua muslimin muslimat yang sentiasa berusaha mengecap kemanisan khusyuknya solat dulu kini selamanya...

"Allahu akbar... Allahu akbar!"
"Asyhaduallah illaha illallah"...

Sayup suara muazzin melaungkan iqamah, seruan ke arah kejayaan dunia sebelum mengecap kejayaan di akhirat pula.Kelihatan makmun2 bergegas mengambil posisi masing2 di saf-saf yang tersusun.Kemas! Bahu bersentuh bahu, kaki bersentuh kaki. Hebatnya islam apabila kesatuan itu menjadi akarnya. Wajah yang tertunduk, dengan pandangan mata tepat ke arah satu titik fokus. Bibir tidak lekang mengulang-ngulang surah an-naas, meminta perlindungan maha Hebat dari gangguan2 kecil mahupun besar, luar mahupun dalaman yang pasti boleh menjejaskan konsentrasi yang diidam2kan. Telefon bimbitnya awal2 lagi sudah dimatikan, protokol dan etika yang telah dilatih tanda hormat seorang hamba, bukankah dia ingin berjumpa dengan si dia yang sangat tinggi, sedangkan dengan manusia biasa pun etika dan adab2 ini amat dititikberatnya.

"Aku hadapkan wajahku(hatiku) ini kepada Allah yang menjaga langit dan bumi dengan keikhlasan penuh khusyuk dan pasrah"

Memahami bacaan surah iftitah yang dibaca, dia sedar dengan janji yang diungkapkan untuk khusyuk dalam solat yang dilaksanakan. Ya Allah,bantulah aku untuk khusyuk!

"Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah pentadbir sekalian alam"

Sekali lagi bersungguh-sungguh dia melafazkan Ikrar yang menjadi pengikatnya dengan tuhan yang maha mendengar. Semoga ikrarnya ini bakal menyelamatkannya dari soalan malaikat di kubur nanti. Ya Allah, janganlah kau golongkan aku dikalangan orang2 musyrikin yang memungkiri janji! Sesungguhnya dia benci orang yang memungkiri janji, dan dia berasa sangat malu apabila telah memungkiri janji dengan sahabat2nya. Apatah lagi janji dengan Allah...

bersambung...

Susahnya utk khusyuk

" Perkara pertama yang akan dihisap ke atas seorang hamba pada hari kiamat adalah Solat, jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalannya, jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalannya" (Thabrani)

Takutnya apabila mendalami hadis ini. Teringat akan solat2 yang tiap2 hari dipersembahkan. Sungguh tidak sempurna dan penuh dengan kelalaian. Teringatkan urusan dunia yang bermacam2, dari subjek2 medik yang bertimbun2 perlu dibaca sehinggakan pen kawan yang belum dipulangkan.Bersungguh2 syaitan membisikkan kata2 manisnya. Satu rakaat penuh pun jadilah. Ya Allah, Susahnya utk khusyuk. Ada2 sahaja bisikan ke arah kelalaian walaupun kelihatannya seolah2 baik. Kadang2 terfikirkan mad'u, terfikirkan strategi dakwah... nampak macam petunjuk dari Allah, tapi sebenarnya kita telah terjerat dengan strategi musuh mengalihkan fokus kita dariNya...

Jika dalam solat yang ringkas ini pun kita masih jauh dari Allah, masih melupakan Allah, bagaimanalah keadaan kita di luar solat?... oopss!...

"Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang beriman, iaitu orang2 yang khusyuk dalam solatnya"
(al-mukminin 1-2)
Kunci Berkarat, Solat Berkarat

(Suka dengan analogi yang saya baca dari blog murobbi yang sorang ni, nak kongsikan bersama)
Baru-baru ini, salah satu mangga kunci grill rumah saya tidak boleh dibuka ( terdapat tiga mangga lain yang menggunakan satu anak kunci sahaja). Saya dapati mangga itu berkarat dan semakin longgar. Akhirnya tiada cara lain, selain menggunakan tukul untuk membuka mangga itu. Sebelum ini mudah dibuka, tetapi bila ia makin berkarat walaupun anak kunci masih baik, maka ia tidak berfungsi lagi.

Analogi mangga berkarat ini dan anak kunci tadi ialah, mangga tadi umpama solat. Kita beriman kunci kepada semua amalan ialah solat. Untuk membuka ' kunci' syurga ialah dengan solat. Setelah berjaya di buka, baharulah amalan-amalan lain akan turut di bawa masuk. Puasa akan masuk, zakat, doa, zikir, Haji dan amalan baik lain akan lancar kemasukkannya. Tetapi jika terkial-kial untuk membuka kunci tadi dan apakah yang akan terjadi jika gagal langsung membukanya, bukankah akan terkandas di luar?

Kita ada anak kunci , tetapi kita tidak menjaganya dengan baik. Dengan kata lain kita memang seorang yang melakukan solat, TETAPI SOLAT KITA BERKARAT. Berkarat kerana gagal hadirkan minda dan hati, istiqamah solat sendirian , bertambah karat bila solat akhir waktu serta tergesa-gesa. Namun yang berkarat tidak bermakna berterusan tidak berfungsi tetapi mestilah di jaga dengan sempurna dan di buang karatnya. Maka bersamalah kita menyahkan karat-karat dan terus mengilap kunci itu dengan sebaiknya dan istiqamah.

Tetapi sebaliknya orang tidak solat langsung,bermakna langsung tidak memiliki kunci untuk 'membuka syurga' nanti.

Memelihara kunci sendiri adalah tangung jawab individu, orang terdekat juga tidak mampu membantu kita menjaganya.

Bagaimana nak khusyuk?

Kesempurnaan solat = akal fikiran+emosi+ tubuh badan+pandagan mata+pendengaran telinga+ deria bau+ pembacaan lidah+ imaginasi+ khayalan.

Trend pelajar2 zaman kini sibuk menghadirkan diri ke kelas2 tambahan atau kursus2 untuk mempelajari teknik/kaedah belajar yang terbaik. Ada kaedah cepat membaca, cepat mengira a.k.a arithmetik, kaedah menghafaz al-Quran, kaedah belajar mengarang dan bermacam2 jenis kaedah yang dicipta untuk memudahkan kita menguasai sesuatu skil/kemahiran.Begitu juga solat, perlu kepada kaedah tertentu untuk menguasainya sehingga menghasilkan solat yang khusyuk, idaman semua...

ilmu untuk khusyuk

Jika dimaksudkan khusyuk itu tenang, kita perlu tau kaedah untuk menenangkan diri
Jika dimaksudkan khusyuk itu memberi tumpuan kepada bacaan, kita perlu tau kaedah membaca dengan berkesan.
Jika dimaksudkan khusyuk itu sedang 'bercakap' dengan Allah, kita perlu tau cara bercakap/ komunikasi yang berkesan
Jika dimaksudkan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal2 dunia, kita perlu tau kaedah penumpuan fikiran.
Jika dimaksudkan khusyuk itu mendengar teliti bacaan imam/diri sendiri serta bacaan hati, kita perlu tau kehebatan dan fitrah pendengaran telinga dan hati manusia.

Semua perkara punya ilmu yang perlu dipelajari dan dipraktikkan sebelum mampu untuk merasai kelazatan beribadah seperti mana nabi beribadah. Penting ni.. PENTING! sebab elok solat kita akan mempengaruhi amalan2 yang lain... Orang yang khusyuk solatnya, hebat akhlaknya,mantap ibadahnya,kagum tawakalnya. Kena belajar cara untuk khusyuk...doakan saya sahabat2...

formula asas muslim

iman = ibadah * ilmu
--------------
maksiat

p/s: Baru khatam buku Bio-mekanik SOLAT oleh Dr. Yusof Abbas. BEST! saya mencadangkan semua orang utk sedaya upaya membaca buku ini. Jemputlah ke blog beliau http://bioibadah.blogspot.com/




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | 2 Comments

.::kita sahabat?::.

Dengan nama Allah yang Mengetahui segala yang zahir dan batin...
Salam sayang buat kekasih hati,benar2 kasih... hanya 'Muhammad bin Abdullah'. Semoga dia juga mengasihi diri ini...serta semua sahabat2 yang di rindui...

Assalamualaikum wbt...

Entry kali ini khas hanya utk sahabat2ku... (tolong baca!)


Walaupun akal dan mata mendesak supaya tangguhkan niat menulis, namun hati ini tidak dapat ditahan lagi. Takut hilang perasaan yang merajai hati pada saat ini. Kepada 'awak', entry kali ini dinukil jujur dari hati saya sebagai seorang yang masih mencuba menjadi sahabat yang terbaik. (Saya harap 'awak' membacanya dan cuba memahaminya...)

"Harimau dikenali dengan belangnya, manusia pula dikenali dengan ragamnya"

Banyak manusia, banyak ragam, banyak hati, banyak akal. Malam ini, sedikit masa dicuri utk menyempurnakan misi masa cuti saya. Untuk membaca entri2 blog sahabat2 yang dahulu dan saya baru usai membaca blog 'awak'. Pelikkan? Mungkin ada yang berkata,

"Dah tak ada kerja lain la tu..Buang masa betul!"
"Awak ni medic student tau tak? Banyak lagi benda berfaedah yang perlu di utamakan la..."
"Apa kena la dengan budak ni..."

Suatu masa dahulu, saya pernah menjadi orang yang mempunyai fikiran yang begini... merasakan membaca blog2 orang adalah perbuatan sia2 dan mencuri masa emas yang sepatutnya digunakan utk perkara 'wajib' yang lebih penting. Lebih2 lagi blog2 mereka yang bercerita tentang diri sendiri, jadual harian diri, perasaan hati tiap2 hari dan semua yang berkaitan dengan diri sendiri pada tiap2 hari. Tapi itu dulu...saya punya perspektif sedikit berbeza sekarang.


Segala puji bagi Allah tuhan diri saya dan diri awak juga!!! Sedar akan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah yang juga seorang sahabat, hari demi hari saya semakin dicelikkan tentang hakikat manusia2 di sekeliling saya berbeza2. Ada di kalangan sahabat2 saya yang sangat peramah dan senang utk masuk berbual dan bergelak tawa dengan orang lain walaupun pada kali pertama pertemuan. Ada juga sahabat2 saya yang sangat penyenyap dan sukar utk didekati walaupun berkali2 pertemuan. Ada juga sahabat2 yang hanya menjadi penyenyap apabila dengan saya tetapi bermesra, bersuka ria bersama sahabat2 rapatnya. Memang sengaja Allah menciptakan manusia itu dengan berbagai ragam. Terima kasih Allah!


Ada dikalangan sahabat saya yang sukar/sengaja tidak berkata2 melalui mulut mereka tetapi lebih gemar mencurahkan segala isi hati+ idea2+ pandangan+pengalaman hidup menggunakan jari2 mereka sahaja. Saya tahu ini. Jujur saya katakan saya hanyalah seorang hamba yang sangat lemah dan tidak sempurna.Tidak kisahlah apa sahaja yang anda fikir tentang saya. Jumud, syadid, hipokrit, skema... ataupun mungkin Bising, menyibuk, Hangat2 tahi ayam, tidak ikhlas... Tetapi jujur dari hati yang juga dalam proses pembersihan ini, saya benar2 ingin menjadi sahabat anda semua. Sahabat yang dapat berkongsi suka duka. Sahabat yang mampu membantu dalam kesusahan. Sahabat yang membawa kepada Tuhan. Sahabat yang 2 hala. Sahabat di dunia dan akhirat nnti. Walaupun benar2 sedar diri penuh kekurangan...


Lama jugak saya berfikir tentang tindakan men'create' blog ini. Tulus dari hati, salah satu tujuan dan niat wujudnya blog ini adalah untuk mengenali 'awak!' insan yang memilih blog sebagai tempat mengadu dan menceritakan segala isi hati. Saya ingin lebih mengenali awak, memahami awak, berkawan dengan awak dan bersahabat dengan awak. Maaflah saya insan lemah yang punya perasaan malu dan rendah diri juga. Saya cuba untuk masuk dan berkawan, be-friendly kepada semua orang, tapi kadang2 saya tidak mampu. Kerana manusia itu banyak ragamnya.
Maka, saya hendak cuba cara ini pulak. Bersahabat melalui blog. Berkongsi suka duka melalui blog. kerana mungkin ini sesuai dengan awak... sudi ke awak?



Dan saya juga ingin menyusun sepuluh jari kepada semua sahabat2 yang amat2 dikasihi. Dekat mahupun jauh. Lama mahupun baru. Still contact mahupun tidak. Maafkanlah diri ini yang serba kekurangan atas segala hak2 yang tidak tertunai kerana tidak pernah mencuba atau mungkin gagal dalam percubaan. dan atas segala salap silap perkataan mahupun tindak tanduk yang melukakan hati kalian..serius! kadang2 naifnya diri ini menyebabkan saya tidak sedar bahawa perbuatan/perkataan saya ini meguris hati orang2 di sekeliling. Harap dapat Beri saya masa untuk belajar. Sesungguhnya kita punya contoh teladan sepanjang zaman. Ukhwah nabi dan sahabat2... sahabat bersama sahabat2... semoga kita semua saling sentiasa mencuba untuk ke arah itu... Harapan tahun baru ini, semoga ukhwah dan persahabatan kita semakin rapat dan erat. Harap awak tidak hanya jadi penyenyap di hadapan saya sahaja lagi..hehehe

bersama berpimpinan tangan

harapan baru utk kita?

p/s: sahabat2 saya= sahabat2 se'gender' dan tiada kena mengena langsung dengan yang tidak ada kena mengena. Harap maklum.



"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Untuk sahabat2 yang bakal pulang...

Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha bijaksana...
Salam sayang buat nabiku yang tercinta, daie terhebat, 'Muhammad bin Abdullah' dan semua 'sobirin' dan 'sobirat' sekalian...

Assalamualaikum wbt...

Meniti hari.Detik demi detik.Perasaan semakin bercelaru.semua kerja pun tak menjadi. Hanya kerana mengenangkan tanah air yang seolah2 menyeru2 nama ini. Terkenang Ibu dengan masakannya. Suara ayah yang memanggil2. Gelak tawa adik2 tersayang. macam2 ada. Hinggakan status ym juga mula bertukar kepada "rindu malaysia mode". Kata2 rindu dan luahan hati kegembiraan.Ditambah dengan ucapan maaf dan penuntutan hutang dari zaman berzaman...

Nikmat pertama
Syukur ye wahai sahabat2 ku sekalian,


Sesungguhnya terlalu besar nikmat Allah ini pada kita semua. Dapat terbang dan belajar di bumi Jordan ini sendiri sahaja merupakan nikmat yang teramat mahal nilainya bagi kita. Saya sentiasa mengingatkan diri utk tidak lupa dengan perasaan yang sangat tadaru', merayu2 kepada Allah ketika sebelum SPM dahulu, merayu dengan sebenar2nya supaya dapat cemerlang dan menyambung pelajaran ke Jordan. Betapa mengharapkan kasih sayang dan perhatian dari-Nya utk setidak-tidaknya menjenguk walaupun sekilas pandangan kepada kita hambanya yang sangat hina2 ini daripada beribu2 lagi pelajar2 lain yang mengambil SPM pada tahun yang sama.

Sedar tak sahabat2 akhawat jordan ku sekalian,

Bil. pelajar akhawat JUst 07/08 = 60.
Bil. pelajar perubatan = 35
Bil. pelajar pergigian = 25


Betapa bertuahnya diri kita, antara beribu2 candidate SPM tahun kita, kita adalah salah satu daripada 35 org (-->khusussan li tibb basyari) yang Allah pilih utk menyambungkan pelajaran ke sini.Alhamdullillah...segala pujian bagimu ya Allah... Sekiranya kita bahagikan kepada 13 buah negeri di Malaysia sbg contoh ... [int (35/13) = 2]. Kitalah... Sayalah 2 orang yang dipilih dalam negeri kita yang mendapat peluang biasiswa tanggungan utk menjejakkan kaki ke bumi JUST ini. Betapa takutnya diri ini sekiranya yang memberi pinjaman kepada kita ini tiba2 ingin menariknya semula sebelum sempat kita mengenggam segulung ijazah MBBS yang bakal menjadi wasilah utk menyampaikan risalahnya nnti(-->ijazah for risalah!). Ya Allah, jadikanlah kami hamba2mu yang bersyukur...

Nikmat kedua


Dan tidak cukup dengan nikmat yang maha dasyat tadi,Allah beri lagi nikmat pulang ke Malaysia bagi kita walaupun baru sahaja 1 tahun berada disini.Tak sempat pun lagi nak balas jasa baik Allah dengan nikmat yang pertama tadi.Malu dengan diri sendiri yang sangat kurang bersyukur pada-nya.


Selaku sahabat yang telah diberi peluang menjejakkan kaki dahulu di tanah lahir tercinta, saya merasa sedikit terpanggil utk berkongsi serba sedikit situasi yang bakal sahabat2 hadapi nnti dan memberi sepatah kerat nasihat buat yang sudi mengambilnya... Hanyalah sekadar peringatan utk persiapan...

Pertama dan selama2nya...
1)Set niat pulang yang sebetul2nya... niat hakiki dan niat2 nisbinya sekali...
niat hakiki tak lain tak bukan...
"Sesungguhnya solatku, amalan2 ku, hidupku, dan matiku hanyalah utkmu Rabbil a3lamin"
niat2 nisbi adalah terpulang kepada masing2... saya mencadangkan kepada sahabat2 supaya mencatatkan segala niat yang terlintas di hati didalam diari maupun buku catatan masing2 sebagai rujukan ketika di Malaysia nnti. Takut2 kita dilekakan dr tujuan dan niat kita yang asal. (--> kebarangkalian adalah sgt besar ditambah2 dengan godaan hidup di Malaysia yg sgt hebat)




2)rancang hari2 cuti anda utk diselarikan dengan niat yang telah dipasang dan ditulis sebentar tadi. Niat tanpa perancangan seolah2 bantal tanpa angin/kapas. Daripada pengalaman, rancangan yang difikirkan perlulah lebih terperinci dan bukan sekadar membuat nota ringkas kerana bimbang perancangan yang tidak jelas akan menyebabkan hari2 singkat anda di tanah air tidak dapat dimanfaatkan semaksimum yang mungkin...(-->kewajipan lebih banyak dr masa)

Minta intabih
Terdapat 5 perkara yang perlu dijaga dan diberi lebih perhatian setibanya di Malaysia nanti

1) Jaga ibadah dan wirid harian anda
This is very important my dear... takut2 bercuti ke Malaysia nnti menjadikan kita bercuti drpd beribadah kepada Allah... Sebulan di Malaysia merosakkan iman yang kita bina hasil tarbiyah 1 tahun di Jordan... sedih2... Khas utk sahabat2 tahfiz, semoga Allah semakin merapatkan kita dengan Al-Quran sepnjang cuti ini... Selamat mujahadah utk murajaah!!!

2) Jaga duit dan perbelanjaan anda


Tidak dapat tidak, dan semestinya shopping pastinya menjadi salah satu drpd niat nisbi kita utk pulang ke Malaysia. Harapnya sahabat2 sekalian dapat mengawal hawa nafsu ketika membeli belah nnti.Al-maklumlah perasaan membeli barangan buatan Malaysia yang lebih berkualiti ditambah dengan shopping complex yang bagaikan cendawan2 gergasi... bukan setakat maha banyak malah maha besar juga... Sila buat checklist dan patuhinya... dan jgn lupa utk buat catatan kira2 sebagai muhasabah utk tahun depan... Selamat berjaya!!!



3) Jaga mata,mulut dan semua 5 pancaindera anda
Kehidupan tarbiyah di Jordan dengan ruang utk melakukan maksiat yang sempit ditambah dengan biah solehah dikalangan masyarakat2 irbid amat membantu kita utk menjadi individu2 muslim sepenuh masa. Namun tidak akan lengkap proses tarbiyah tanpa ujian selepasnya... Bersiap sedialah menghadapi ujian... (-->Malaysia is so different from Jordan... aspect the worse)

4) Jaga perut anda



Saya tak tahulah sekiranya 'makan' tidak termasuk dalam list niat nisbi anda. Hebat2!!! Macam2 hidangan dengan beraneka juadah sedang menunggu anda di meja makan nnti.Bagaikan org mengantuk disorongkan bantal, keluarga especially ibu tersayang pastinya sudah bersiap sedia menjadi full time chef utk anda... sebut je nak makan apa, serahkan kepada yang pakar... siap!!!
Dengan situasi yang maha hebat ini,harapnya sahabat2 sekalian dapat bertindak bijak dan tidak berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah membenci hambanya yang berlebih-lebihan...


5) Jaga ilmu2 didada anda
Pengalaman selepas SPM banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada kita supaya tidak bercuti daripada menuntut ilmu... Sama2lah kita tajdid niat belajar sepanjang hayat... especially kita sebagai bakal doktor pada masa hadapan...insyaallah...semoga medik sentiasa di hati... mungkin sahabat2 boleh review balik semua slide2 dan nota2 yang disave didalam laptop utk mengingatkan kita tanggungjawab yang bakal menanti apabila pulang semula ke Jordan...

Aktiviti2 lain
Hanyalah sekadar cadangan daripada saya supaya sahabat2 sekalian tidak lupa utk menziarahi ahli2 kubur selain menziarahi pakcik,makcik,atuk,nenek, jiran2 dikampung... Sesungguhnya mati itu adalah peringatan terbaik... dan menziarahi kubur itu paling menghadirkan perasaan mati dalam jiwa kita...



Dan tidak dilupakan supaya sahabat2 mengambil peluang yang ada utk membeli sebanyak mana buku2 tarbiyah,motivasi,pendidikan atau sebarang bentuk bahan bacaan yang ada di kedai2 buku di Malaysia sebagai bekalan tahun hadapan. Nanti bolehlah kita bertukar2 bahan bacaan.



Sekadar coretan peringatan utk diri sendiri terutamanya dan sahabat2 yang dikasihi... buat sahabat2 yang pulang ke Malaysia ingatlah kami yang tidak pulang selepas ingat Allah dan rasulnya. Semoga berjaya dan bahagia di Malaysia nnti...

p/s: Tunjukkanlah bahawa kita pada hari ini sudah jauh berbeza dengan kita satu tahun yang lalu.."I am the same me but a new me"!


"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in , | 1 Comment

mesyuarat...mesyuarat...

Dengan nama Allah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasihani...
Selawat dan salam sentiasa dihulurkan buat lelaki yang paling cantik akhlaknya 'Muhammad bin Abdullah' dan muslimin serta muslimat yang mengkuti jejak langkahnya dulu kini selamanya...

Assalamualaikum wbt...

Kehidupan selaku makhluk bernama manusia yang telah menerima tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini, sentiasa memerlukan kita saling bertukar fikiran dan berbincang sesama makhluk se'species' bagi mencari satu kata putus bersama yang terbaik bagi menyelesaikan masalah2 kehidupan utk kemaslahatan semua pihak... so,that's why kita bermesyuarat...

Mesyuarat tidah henti-henti diadakanPagi,petang,malam...Esok mesyuarat lagi.Tidak kisahlah secara maya ia3ni melalui internet mahupun secara rasmi di bilik2 mesyuarat. Demi utk mencari kesepakatan dan titik persefahaman dalam setiap urusan dan program2 yang dilaksanakan. Namun sayangnya tidak semua mesyuarat dapat berjalan dengan baik dan berakhir dengan positif selaras dengan niat asal bermesyuarat. Kadang2 selepas setiap kali bermesyuarat, setiap kali itulah anak buah hilang keyakinan pada pemimpin dan pemimpin pula hilang kawalan terhadap anak buah

Disinilah peranan lidah (--> organ paling baik dan paling buruk seseorg manusia selain hati), utk mengendalikan al-musyawarah(bahasa arabnya) ini dalam apa2 bidang dan tajuk yang penting selaras dengan kehendak islam(-->rasa puas sket bila bermesyuarat tu... nampaklah lebih jelas macamana nak diniatkan kerana Allah)


Hukum Mesyuarat
Selalu saya terfikir apakah hukum sebenar bermesyuarat ini? (-->lagi2 bila menghadiri mesyuarat yang sia2 dan tak jumpa kata penamat... ditambah dengan ketawa dan gurau senda berlebihan...)

"Urusan mereka(org islam) adalah dimesyuaratkan sesama mereka" (As-syura:38)

Mesyuarat menjadi wajib jika topik yang hendak dibincangkan itu adalah perkara wajib... dan jika perkara itu sunat,maka hukum bermesyuarat juga menjadi sunat (-->sila tajdid niat setiap kali nak bermesyuarat dan tanya diri sendiri mengapa saya ada disini?)

Mesyuarat yang berjaya menurut islam

Mesyuarat yang berjaya = mesyuarat yang betul pelaksanaanya dan baik natijahnya...
Antara syarat2 nak menghidupkan mesyuarat yang berjaya ialah:

1)Perlu dijalankan dengan mereka yang ahli dalam topik yg ingin dibincangkan... (-->pakar atau at least ada serba sedikit pengetahuan)

Disini, dari satu sudut... menunjukkan kita perlulah tahu dan benar2 faham apa yg dibincangkan dalam mesyuarat tu. Ambil Mesyuarat Agung Tahunan PZ/BKAN sbg contoh...datang sekadar mencukupkan ahli supaya undian dapat dijalankan...kecilnya peranan kita? Tak rasa sia2kah kita sebagai ahli mesyuarat hanya diperlukan secara fizikal sahaja... fikiran tidak ikut serta... alang2 hadir biarlah kita manfaatkan masa yang telah diluangkan samaada mengkaut sebanyak mungkin ilmu Allah yang ada atau lebih baik lagi memberikan pandangan dan fikrah terhadap isu yang diperbincangkan... (-->silence is an option!)



"Bertanyalah kepada ahlinya(dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui" (An-nahl:43)

2)Bila timbul perbalahan,sila rujuk kepada perlembagaan asal 'Al-Quran dan hadis'...

3)Setiap org yang hadir bermesyuarat hendaklah dengan niat mencari kebenaran dan mengharapkan agar kebenaran juga lahir dari lidah orang lain...
Sekiranya semua faham begini insyaallah tak timbullah perbalahan dan perdebatan yang terpesong. Tiada juga orang yang hadir berniat untuk menunjuk kepandaian atau sekadar utk mengganggu majlis...

4)Bercakap ikut turn dan hormati mereka yang sedang bercakap walaupun pendapatnya tidak dipersetujui

5)Sesiapa yang ingin melontarkan idea,pendapat,buah fikiran,komen atau yang sewaktu dengannya, sila minta izin daripada pengerusi majlis/ketua
(-->teringat situasi kat parlimen..."Yang berhormat..sila duduk Yang Berhormat"... sedihnya melihat pemimpin2 yang kita pilih ni...)


6)Setiap keputusan akhir yang telah diputuskan bersama tidak boleh dirungkai kembali kecuali disedari menyalahi syariat...

"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam apa2 urusan.Maka setelah kamu bulat menerimanya, bertawakallah kepada Allah" (al-imran3:159)



Mengapa mesyuarat gagal?

Dalam apa sahaja perkara,punca kegagalan dan timbulnya sesuatu masalah boleh dilihat pada 3 aspek utama. Sama ada sistem, alat ataupun manusia itu sendiri...Daripada pengalaman dan pemerhatian sebelum ini, manusia merupakan faktor paling kerap menimbulkan masalah.Dan manusia boleh dilihat kepada si pemimpin ataupun anak buah sendiri... Pemimpin tidak berwibawa atau mungkin anak buah yang tidak taat dan memberi kerjasama ....

Macamanalah nabi dan sahabat2 dulu bermesyuarat kan?... boleh tiru cara nabi bermesyuarat...
pemimpin yang hebat bersama anak2 buah yang mantap... teladan sepanjang zaman...

Sedangkan firaun pun bermesyuarat dengan pembesarnya...



"Dari Allah.Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Air yang memancar

Dengan nama Allah yang maha Mendengar lagi maha Melihat...
Salam dan kasih buat daie yang paling berpengaruh sepanjang abad dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejak langkahnya...

Assalamualaikum wbt...


Kehidupan di bumi Jordan yang beriklim mediteranean(4 musim) banyak meng'ajar' saya utk lebih memahami erti setitis air,ia3ni molekul dengan 2 hidrogen dan 1 oksigen ini(-->especially time musim panas ni).Apabila suhu mencecah ke angka 29 ditambah dengan terik matahari yang menyengat (-->walaupun jarum jam baru menunjukkan angka 10pg), tiga atau empat teguk air suam belum cukup utk menghilangkan rasa dahaga yang melanda... perlukan air jus sejuk yang lebih hebat kuasanya utk melawan rasa kekeringan di sepanjang esofagus dan sewaktu dengannya.Kagum dengan sahabat2 nabi yang berhijrah bersama nabi melintas gurun sahara yang panas dengan bekalan air yang sedikit...(salam atas mereka)


Sedar atau tidak, atau mungkin kadang2 terlupa...air memainkan peranan yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian kita...Bukan sahaja sebagai minuman yang memberi kekuatan dan terlibat dengan proses metabolisme(anabolisme+catabolisme) tubuh badan kita, air juga penting untuk proses pembersihan diri dan salah satu daripada unsur2 ibadah juga. Solat yang merupakan penghubung antara jiwa hamba dan tuhannya contohnya perlu disertai dengan pengambilan wudu' yang melibatkan air sebelumnya.Tidak boleh tidak, kehadiran air dalam setiap detik dan saat perbuatan kita tidak dapat dinafikan... dan pastinya lebih cantik sekiranya kita dapat mengaitkan unsur terpenting dunia ini dengan penciptaNya,Rabbul A3lamin... (-->terdapat banyak ayat al-quran (kira2 63 ayat) yang menceritakan ttg air..)


Kajian yang dilakukan oleh Dr.Emoto dari Jepun berkenaan air pernah mengegarkan dunia seisinya suatu masa dahulu(->skarang pun). Buku "The message from water" yang telah mencapai jilid ke3 mendapat sambutan yang memberangsangkan.Mengikut kajian yang telah dilakukan, air merupakan unsur 'hidup' yang bertindakbalas dengan segala sesuatu di sekelilingnya termasuk suara dan cahaya... Beliau telah mencipta satu teknik fotografi yang membenarkan gambar struktur molekul air ditangkap. Dan amatlah mengejutkan apabila struktur air yang diambil berubah2 mengikut perkataan/ayat yang dibacakan kepadanya... (utk rujukan lanjut https://www.hado.net/)

beza struktur air yang disebut perkataan "perang" dan "damai"

molekul air zam-zam

Cantiknya islam yang mengajar kita cara hidup yang selari dengan alam sekitar ini.kita dididik utk membaca basmalah sebelum makan dan minum...berdoa dengan doa2 yang baik ketika mengambil wudu'... dan berjimat cermat dengan air. Subhannallah! tuhan...tidaklah engkau mencipta semua ini sia2...


air zam-zam dalam botol.nak beli tak?

"Dan dia yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah maha kuasa" (al-furqan25:45)

"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar"(at-tariq 86:5-6)


Selaku salah satu daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai komposisi air 80% daripada berat badan,unsur2 air turut 'hidup' sama dalam diri kita.Tidak hairanlah jasad dan jiwa kita menjadi tenang dan damai sekiranya diperdengarkan dengan kata2 yang baik atau ayat2 suci al-quran dan menjadi sebaliknya apabila diperdengarkan dengan kata2 kesat atau lagu2 yang me'lagho'kan.Ini membuktikan selaku manusia yang yakin islam sebagai fitrahnya, kita perlulah berhati2 dengan segala perkara yang dilihat...didengar...dan dikatakan... kerana ini akan memberi kesan kepada diri kita sebagaimana setiap perkara yang didengar..dilihat..memberi kesan kepada struktur air...(we are made from water!)...


p/s: Faham dah kenapa ayat2 Quran asyik cerita syurga yang mengalir air dibawahnya utk bg galakan dan harapan pada sahabat2 yang berjuang... mesti org2 arab ,sahabat2 nabi sgt excited jumpa air terjun macam kat Malaysia... (susah jumpa air kat jordan)...
rindu Malaysia!!!



"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | 1 Comment

I chose you as my partner...

Dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar...

Salam dan seinfiniti rasa cinta kuhulurkan buat ketua kepada segala ketua2 di atas muka bumi ini 'Muhammad bin Abdullah' serta semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejaknya...

Assalamualaikum wbt.

Perasaan cinta yang teramat mendalam, kasih yang terlalu membuak-buak, rindu yang menyesakkan jiwa...tak pernah saya rasa tersiksa jiwa batin sampai macam ini sekali...

Ya Allah,sekiranya diizinkan saya rasa seperti nak bersama dengannya setiap waktu..setiap detik dan setiap saat..sehinggalah ke nafas yang terakhir sekalipun. Janganlah dia hilang atau pergi dari saya walau sekejab pun...

Dan sekiranya setiap manusia diberi pilihan utk membawa sesuatu ke seseorang ke..apa2 je dr dunia ni sebagai peneman diakhirat nanti... semogalah dia dapat saya bawa bersama... (anda nak bawa apa yek?)

Walaupun saya sedar akan kekurangan diri saya yang sangat hina, buruk, lemah,miskin,kurang bijak dan segala serba-serbi kekurangan ini... mengikut logik akal manusia zaman berzaman memang tak sepadan langsung kalau nak digadingkan bersama...tapi nak wat camana 'unresistable'...dia sangat sempurna...saya tak kisah orang nak cakap apa...

Apabila bersama dengannya saya rasa bahagia sgt2...tenang sgt2... gembira sgt2... rasa sangat dihargai dan disayangi... (-->lebih drpd perasaan menjadi anak pertama ke,cucu pertama ke,atau cicit pertama kpd keluarga yang benar2 nakkan anak )

Dia sentiasa ingatkan saya bila saya lupa...betulkan saya bila saya silap...beritau saya perkara2 yang saya tak tau pun... bijak!... Dia juga rajin bercerita isu-isu hangat,kelakar,kadang-kadang takut juga... selalu buat saya nangis sebab takut sangat... dan paling penting sekali, dia sentiasa beri saya semangat dan motivasi utk teruskan hidup yang penuh dengan mehnah dan ujian yang sentiasa je datang dengan wajah yang sentiasa berubah2...

Syukur yang tiada penghujungnya kerana Allah mempertemukan saya dengannya... Saya tak dapat bayangkan hari-hari di dunia yang saya singah sebentar ini sekiranya dia tidak pernah hadir dalam hidup saya... Apa yang patut saya lakukan sekarang yek? dia adalah perfect couple!!! saya jamin tiada org lain yang dapat menandingi dia... saya nak dia sahaja... (ada sesiapa yang berminat ke?)

"“Ya Allah, rahmatilah aku dengannya. Jadikanlah ia pimpinan bagiku, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah aku dengannya apa-apa yang aku terlupa; ajarkan kepadaku melaluinya apa-apa yang aku tidak tahu; berilah aku kefahaman dari pembacaannya pada waktu malam dan tepian siang. Jadikanlah dia bagiku hujjah, Ya Tuhan semesta alam.”

There you are...My Quran al-Kareem...
(Men's bestfriend atau lebih tepat lagi human's bestfriend!!!)



perhatian:(untuk diri) kena 'lebih' beri 'lebih' perhatian kepada kekasih hati lepas ni... sahabat2 sekalian harap memahami dan beri sokongan utk saya yang lemah ini utk mengejar si dia dan mengikatnya dalam hati kuat2...

peringatan yang terbaik... bayangkan sekiranya Allah tarik nikmat penglihatan, tak dapat tatap..renung wajah si dia lagi... (sedih).... wahai diri...rajin2 lah menghafaz!!!

"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in , | 1 Comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.