Showing posts with label ::jihad palestin::. Show all posts

pasca-intikhobat

Dia bukan seorang aktivis politikus. Bukan juga seorang penganalisis politikus. Namun pengalaman intikobat [pilihanraya kampus] nya tahun ni amat menjentik. Umpama peniupan ruh baru dalam kenangan senarai pilihanraya hidupnya.

Berita semasa perjuangan mahasiswa Malaysia mahupun politik antarabangsa memang kerap dia ikuti walaupun bukan minatnya. Sekadar cakna buat bekalan hujah dan rasional.

Seputar pengetahuannya tentang isu demokrasi yang sibuk2 diperjuangkan kuasa dunia si tempang Amerika, peratusan kebersihan pilihanraya dunia-dunia Islam memang menjuarai tangga tercorot. Lihat sahaja negara Mesir mahupun Malaysia. Kepincangan jelas tersuluh, teknik keji penuh taktik boleh menjadi hujah menembak pihak SPR lantas tema keadilan bangkit menjadi taruhan.

Ah! Bukan ini yang hendak diperpanjangkan di sini.


Ada perkara lain yang menjadi awan kerisauannya saat ini. Perkara besar yang asyik mengasak-asak fikirannya lewat kini. Entah patut atau tidak. Buntu jua dia. Mungkin kamu boleh bantu dia.

Setahu dia pilihanraya terbersih dalam statistik dunia adalah pada tanggal 25 Januari 2006. Ya! pilihanraya yang mengemparkan seisi dunia. Keputusan yang amat tidak disangka menjadi titik perhatian dan tangga perubahan kepada sebuah ummah penuh pengharapan.

Memang mengkagumkan. Siapa sangka HAMAS akan memenangi Pilihanraya Legislatif Palestin tahun itu? Terbukti sungguh rakyat sudah muak dengan perjuangan golongan nasionalis sekular terajuan PLO dan FATAH yang menjual hak rakyat dengan bersekongkol dengan pihak musuh. Kemenangan ini menjadi tanda perjuangan rakyat Palestin memasuki satu fasa baru.

Pengiktirafan ketidakhadiran sebarang unsur kotor dengan peratus rakyat turun mengundi yang tinggi dalam pilihanraya ini membuktikan HAMAS adalah suara sebenar majoriti rakyat. Namun ternyata membelakangkan prinsip demokrasi yang awalnya diperjuangkan, Amerika telah bertindak samseng menekan dan mengancam HAMAS selaku wakil yang sah.

Bermula dengan ugutan meninggalkan penentangan bersenjata [baca:intifadah] dan mengiktiraf Israel dengan meneruskan usaha perdamaian seperti kerajaan lalu, ancaman dan sekatan semakin diperhebat. Prasyarat gila yang pastinya tidak dipersetujui HAMAS ini akhirnya menjadi sebab bermulanya era pemulauan dan penindasan terbesar kepada seluruh rakyat Palestin.

Bagi menggagalkan pertubuhan 'pengganas' yang dilabelkan oleh Amerika kepada HAMAS, sekatan ekonomi secara massive dengan kepungan antarabangsa yang berlanjutan selama beberapa bulan benar-benar menjerut rakyat Palestin.




Mana-mana negara mahupun individu yang melanggar peraturan Amerika dengan membantu pertubuhan pengganas ini seolah-olah mendedahkan diri kepada tindakan butanya. Dan amaran ini benar berjaya memencilkan Palestin dari sudut ekonomi termasuklah dari jiran-jiran negara Arab yang tunduk menikus pada polis dunia ini.

Bagi Amerika, Inilah harganya yang perlu dibayar oleh rakyat Palestin kerana memilih parti yang 'salah'.


Kisah ini hanya mukadimah, masih banyak siri kekejaman terhadap rakyat Palestin yang disorokkan media Barat dari saat itu sehingga kini. Mujur ada PACE dan Palestinkini.

Ini salah satu kisah tragis pasca-pilihanraya.


Kamu nampakkah kaitannya?


POINT UTAMA
: KITA DAN MEREKA

Apa yang dia risaukan kini ialah harga yang mungkin perlu dibayar oleh rakyat Malaysia universitinya kalau mereka memilih parti yang 'salah'.

Dia rasa apa-apa boleh berlaku dalam dunia jajahan musuh zaman ini. Nama sahaja negara Islam, tapi bukan dia tak tahu muka sebenar pemimpin negara jiran Palestin ini.

Bagi dia langkah berhati-hati perlu diambil oleh semua. Demi kemaslahatan lebih besar dia galakkan sahabat2nya memamerkan reaksi2 neutral dengan muka poyo tak tahu apa-apa selepas ini. Elakkan mem'bocorkan' rahsia undi [baca:sokongan] anda mahupun kawan anda kepada mana-mana manusia Arab mahupun Malizi. Bukankah undi kita sentiasa rahsia?

Berdasarkan rekod 'baik' umat Malaysia yang memberontak memperjuangkan keadilan dalam pilihanraya khamis lepas, entah ada harapan lagikah untuk kita ni mengundi lagi tahun hadapan?

Dia kira, Keberanian dan aggresifnya mahasiswa Malaysia hari itu amat memeranjatkan Arab2 di jameah. Bertukar 180 darjah dengan watak-watak dalam dewan kuliah.

Jangan sampai berlaku kes seperti di Mesir sudah.

Bak kata orang dulu2, Senyap bukan semata-mata tanda takut.

Kemaslahatan jangka masa jauh itu memang lebih utama.


RISAU JUGA

Ermm.. Dia ada kerisauan lain juga.


Intifadah ketiga di Palestin sudah bermula. Baca sini. Dunia memang sakit. Dia juga sakit. Mari Sama-sama kita doakan mereka.


*Rujukan: Dalang di Palestin... Hamas atau Israel? Oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor

Posted in , | 7 Comments

Kreatif mereka dari hati

Dengan nama Allah tuhan disebelah dalam atau luar tembok,
Selawat salam buat Muhammad Abdullah sentiasa setiap waktu.

Suka sangat gambar2 ini. Kreatif dari hati mereka.

"Dimana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh..." Rujuk penuh An-nisa' 4:78

















kredit: faisaltehrani

p/s:
-Sedangkan lidah pun tergigit, macam manusia macam ragamnya. ^^,
-Semangat pengembaraan mula panas. Bersama2 Kempen Membaca PERMAI. Mengembara bersama buku. Jom, ayyash tukar2 hadiah beli buku.. [kes tak ada org nak bg]..haha
-Selamat Hari Lahir buat Rasyidah Arina hari ni.. dan tidak dilupakan buat My big Boss, kak Ainshams yang hawt esok hari.. moga lebih barakah hidup kamu berdua..

Posted in | 5 Comments

setidak2nya berdoalah~

Dengan namamu Allah,tuhan kami seluruh muslimin...
Selaut salam buat junjungan Muhammad bin Abdullah yang dirindui...

Sebak membaca berita2 serangan Israel yang semakin menjadi2 akhir2 ini. Wahai pemilik segala kekuatan dan kejayaan, bantulah semua mujahidin mujahidat di seluruh dunia.Bantulah kami.. Ya Allah..bantulah kami!

Ya Allah, kembalikanlah pemuda pemudi Muslim kepada agama mereka. Kembalikan syabab2 islam kepada fitrah mereka...Ameen...


Bacalah doa qunut nazilah setiap kali solat fardhu kita

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!

p/s: Tidak mahu peristiwa dulu berulang kembali. Tak sanggup membayangkan kita kehilangan tanah suci Palestin sepertimana kita pernah kehilangan Andalusia suatu masa dahulu. Masih ingatkah kita tentang Andalusia?

Posted in | Leave a comment

:: pedulikah kita?::

Dengan nama Allah tuhan yang memiliki dan memberi kuasa...
Selawat atas insan yang menyebabkan islam mampu mempunyai kuasa suatu masa dahulu, 'Muhammad bin Abdullah', serta semua umat islam yang dihormati sekalian...

"Salamun alaykum" para pembaca yang dikasihi sekalian,

Dalam kesibukan hari2 sebagai penuntut ilmu. Peperiksaan berganti peperiksaan. Kadang2 menyebabkan kita sering lupa bahawa masih banyak isu2 dunia umat islam yang masih belum kita kuasai. Isu2 umat islam yang ditindas zaman berzaman. Pastinya isu2 begini tiada dalam silibus pembelajaran kita di universiti, kalau tidak membaca dan mengkaji, sampai bila2 menjadi umat islam yang tidak peka dengan nasib saudara2 seakidahnya.

Sahabat2 muslim yang benar2 disayangi,

Artikel yang sudah agak lama ini saya petik daripada blog ustaz Halim untuk bacaan dan pemahaman sahabat2 berkenaan isu umat Islam di Bosnia Hezergovina. Alang2 dah menjenguk ke blog yang tidak seberapa ni, alangkah gembiranya saya sekiranya dapat membuka mata dan minda semua tentang isu yang semakin dilupa ini. InsyaAllah, huraian ustaz Halim saya kira amat mudah untuk difahami bagi sesiapa yang belum berpeluang memahaminya sebelum ini. Bagi sahabat2 yang punya pengetahuan yang cukup kukuh, sebarang perkongsian adalah dialu2kan. Ummah memerlukan kita, mereka memanggil2 kita... pedulikah kita?

Radovan ke Pengadilan … ala Barat

Dikirim pada oleh inijalanku

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.


  1. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  2. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  3. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  4. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  5. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo yang mencetus idea dianjurkan Malam Airmata Palestin di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

p/s: Terimakasih kerana sudi membaca. Harapnya tidak membaca dengan akal semata tapi hati turut sama menyertai.


Sesiapa yang rasa "apa ni? banyaknya tak faham.." minta maaf. Ya. memang anda tidak akan faham tanpa bacaan dan kajian tambahan. Mengharapkan kepada artikel yang satu ini sahaja untuk menguasai isu ini pastinya tidak cukup. so, please do your homework afterthis k!

TAHU(AKAL) -->SAYANG(HATI) -->BERAMAL(TUBUH BADAN)

Tindakan akan lahir daripada perasaan kasih yang hadir. Perasaan kasih hanya akan hadir apabila punya ilmu dan pengetahuan mendalam tentangnya. Inilah jawapan kepada persoalan mengapa umat islam kini hanya berdiam diri, tidak berbuat apa2 dengan segala sepak terajang yang diterima saudara2nya disana. Sebabnya kita tidak sayang mereka. Mengapa kita tidak sayang mereka? Sebab kita tidak tahu pun segala apa yang berlaku kepada mereka... akibat malas membaca... oohh... umatku!

berminat nak tau lebih lanjut? klik sini


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

::Perang kita::

Dengan nama Allah tuhan masa sibuk dan masa lapang...
Selaut salam dan selawat ke atas insan paling sibuk tetapi masih sempat bertahajud sampai bengkak2 kaki 'Muhammad bin Abdullah' serta semua mereka2 yang sibuk dengan urusan dunia sementara ni, harapnya sibuk juga dengan urusan akhirat yang hakiki...

Hasil muhasabah setiap hari saya sentiasa merasakan bahawa saya tidak punya cukup waktu setiap hari. Banyak perkara perlu diselesaikan tetapi masa yang ada terlalu sedikit. Kalau nak diberi analogi samalah seperti menjawab 200 soalan Pathology dalam masa kurang 1 jam. Benar2 memerlukan teknik pengurusan waktu yang amat bijak, ciri2 individu muslim wajib ada wahai diri... sila perlengkapkannya... Sentiasa saya terfikir macamanalah Rasulullah dan semua orang yang hebat menggunakan masa 24jam mereka. Masa yang sama sahaja diberikan kepada saya ini. Adakah saya punya masa kurang dari 24jam dalam sehari? Pelik tetapi saya suka mengada2 berfikir begitu utk menutup kelemahan diri dalam menguruskan masa sendiri... Doakan saya sahabat2... saya perlu berubah, perlu lebih bijak memanipulasikan masa kerana ummah memerlukan saya utk berkhidmat kepada mereka. Ummah dan masyarakat kita memerlukan kita semua wahai pemuda islam... pemuda2 yang kuat dan bijak menguruskan masanya, bukan pemuda2 yang manja... Ya Allah, bantulah kami semua!!!



Sekadar pendahuluan ala2 luahan hati,sekarang kita masuk kepada isi utama hari ini. Semalam2 ketika sedang mengulang si jantung hati a.k.a manual hidup saya, tibalah saya kepada ayat berikut.

" Dan apabila engkau Muhammad berada di tengah2 mereka (sahabat2) lalu engkau hendak melaksanakan solat bersama2 mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata mereka, kemudian apabila mereka(yang solat besertamu) sujud(telah menyempurnakan satu rakaat) maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang segolongan yang lain yang belum solat, lalu mereka solat denganmu, dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata mereka. Orang2 kafir ingin agar kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu sekaligus. Dan tidak mengapa kamu meletakkan senjata2mu, jika kamu mendapat suatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu sakit, dan bersiap sedialah kamu. Sungguh Allah telah menyediakan acab yang menghinakan bagi orang2 yang kafir"
(an-nisa' 4:102)

Ayat ni merupakan dalil untuk solat Khauf ia3ni solat ketika perang a.k.a waktu tidak aman/ kucar-kacir/ darurat/ dan sewaktu dengannya. Saya tidak punya ilmu yang thiqah utk membincangkannya dari sudut cara2 pelaksanaan mahupun hukum-hakamnya. Perlu rujuk ahli fiqh utk itu. Namun saya punya perspektif dan kata2 hati sendiri yang datang melintas apabila membaca ayat ini. Ya, semua orang yang membaca Quran dengan hati terbuka insyaallah mampu utk berfikir tentang makna2 ttersirat serta tersurat ayat2 tersebut tidak kira dari sudut apa sekalipun.

Bak Kata2 Ulama' " Kebenaran itu satu sahaja, tetapi cara melihatnya pelbagai". Inilah mukjizat al-Quran, sesiapa sahaja mampu untuk membaca dan memahaminya tidak kisahlah siapa anda!!! Anda seorang kanak2... anda seorang non-muslim... anda pelajar gagal UPSR, anda seorang professor... insyaallah anda mampu untuk memahami ayat2 Al-quran apabila anda cuba memahaminya dengan hati bukan akal semata... so, please do read Quran and try to understand it with ur heart~(merayu)

Solat sunat Khauf
Cara sembahyang Rasullullah berbeza-beza mengikut riwayat.Sebahagian ahli hadis meriwayatkan tiga cara dan yang lain sepuluh cara dan ada pula yang meriwayatkan enam belas cara , bahkan ada yang meriwayatkan dua puluh empat caranya.

Semua perbezaan itu mungkin telah di kerjakan oleh Rasullullah s.a.w. kerana berbeza keadaan di waktu-waktu itu , tetapi yang penting ialah sembahyang wajib di kerjakan sebaik mungkin dan penjagaan serta perlawanan terhadap musuh tidak di-lalaikan atau di sia-siakan.

Sila rujuk tafsir masing2 dan bertanya kepada ustaz2 yang thiqah untuk mengetahui kaifiat2 a.k.a cara2 pelaksanaan solat ini... Jangan malas!!! pemuda islam perlu rajen ok...

Apabila membaca ayat berkenaan solat sunat khauf ini, antara perkara2 yang difikirkan oleh otak saya hasil penghantaran impuls2 antara neuron2 ialah:

1) Solat sangat2 penting!!! Wahai umat islam yang amat2 dikasihi, apakah cara lain yang perlu dilakukan untuk menyedarkan kita semua tentang kepentingan solat(yang khusyuk) ni???? (jerit sampai bergegar bilik) Macam2 kelonggaran yang dikurniakan Allah untuk kita kekal fleksibel melaksanakan solat, ada solat jamak, qasar, rukhsah tayammum... solat ketika perang, solat baring, duduk, kelip2 mata... sehinggakan Allah telah menyucikan mana2 bahgian bumi semata2 untuk manusia sujud bersolat menyembahnya...ooo.. Ya Allah, jadikanlah solat kami solat orang2 yang solat dan paling penting Ya Allah, bantulah agar kami sentiasa kekal tergolong dalam orang yang solat khusyuk dan sentiasa memperbaiki solat hari ke hari...



2) Hebatnya umat islam hasil tarbiyah nabawi... masih kekal menjaga solat malah secara berjemaah walaupun dalam keadaan di ambang maut. Bagaimana dengan kita, umat islam zaman ini?... persoalan yang hanya mampu dijawap oleh diri sendiri...

Mengambil kata2 As-syahid Muhammad at-Tahir
" Islam itu hebat, tidak memikulnya kecuali orang yang hebat, maka jadilah kamu orang yang hebat itu!

3) Perang memang selalu berlaku diantara umat islam dan kuffar,dan pastinya sedang berlaku dan akan kekal berlaku sehingga ke hari kiamat. Buktinya, Allah turunkan ayat ini, memberitahu cara2 pelaksanaan solat supaya dapat dipraktikkan oleh umat islam zaman berzaman.



Pengalaman berperang
Mengimbau program2 yang memenuhi jadual semasa di Darul Quran (DQ) dulu, satu aktiviti yang paling menyentuh seluruh organ dalaman saya adalah "perang2!!!"

Objektif: aktiviti ini adalah supaya seluruh huffaz2 dapat merasai dan menghayati perasaan sebenar umat islam yang sedang berperang.

Pelaksanaan: Seluruh akhawat seramai lebih kurang 70 orang dibahagikan kepada 2 kumpulan
KUMPULAN 1- tentera islam yang berperang di jalan Allah
KUMPULAN 2- tentera kuffar yang berperang di jalan Taghut

setiap kumpulan mempunyai moto yang akan sentiasa dilaungkan sebagai pembangkit semangat dan visi masing2 yang perlu dicapai sedaya mungkin.

Moto dan visi
KUMPULAN 1
-Allahu Akbar!!!
1)perlulah memperjuang menegakkan kalimah syahadah yang dilafazkan.
2)perlulah pilih 10 orang dikalangan muslimin yang merupakan ulama' yang perlu diselamatkan
daripada dibunuh golongan kuffar.
3) jatuhkan panji tentera kuffar (setiap kump. akan melantik seorang yang paling kuat utk memegang bendera tentera masing2...)


Kumpulan 2
- Go..go Kuffar!!! (tak dapat pilih moto yang lagi best sebb tak dapat nak menyelami sangat perasaan mereka nak hancurkan islam..)
1) musnahkan islam, bunuh semua orang islam dan buktikan kekuatan kuffar
2)bunuh ulama islam dulu sbb merekalah punca kekuatan mereka.
3) jatuhkan panji tentera islam

Langkah berjaga2:
1) semua peserta dikehendaki mengenepikan semua alat2 elektronik seperti jam tangan, telefon bimbit, cermin mata dan segala sesuatu yang boleh membahayakan diri.
2) lokasi aktiviti dijalankan di dalam dewan yang luas dan kosong supaya kecederaan dapat diminimumkan.

Perasaan yang mahal
satu.dua.tiga... boooomm!!!
Dengan strategi peperangan yang telah dirancang oleh kumpulan masing2. Perang yang sebenar bermula... kami benar2 berperang dengan seriusnya...

Bagi tentera islam, kami merancang untuk lebih kepada "pertahanan" tanpa menyerang. Kubu pertahanan dibina, satu di barisan hadapan dan satu lagi di barisan belakang khas untuk melindungi ulama' yang memangnya dikejar2 oleh pihak kuffar.
Bagi tentera kuffar, strategi yang digunakan hanyalah "bunuh semua umat islam!"


Masih segar di ingatan saya bagaimana kami saling berempuhan. It's was so real. Perang terpaksa ditamatkan oleh pihak penganjur apabila keadaan menjadi amat tidak terkawal dan pastinya ramai yang pulang dengan bukan setakat lebam, bengkak, berdarah, seorang sahabat saya telah diserang lelah, sesak nafas dihimpit ketika sedang berperang. Namun, segala kecederaan fizikal yang dirasai amat berbaloi jika dibandingkan dengan perasaan seorang mujahid islam yang sedang berperang yang dapat kami benar2 selami... Fuh!!! sampai sekarang saya masih terkesan dengannya.

Mimpi? adakah sekadar ilusi...
Akhir2 ini mungkin akibat terlalu banyak membaca berkenaan isu Palestin menyebabkan tidur malam saya diiringi dengan mimpi2 peperangan. Saya menjadi mangsa si YAHUDI laknatullah, saya tidak pasti saya seorang rakyat Palestin atau masih seorang rakyat Malaysia yang pasti saya seorang muslim. Zionis yang kejam, tidakberperikemanusiaan. Benci...BENCI... BENCI ZIONIS...



Konklusinya, pemuda2 islam jom sama2lah kita lebih serius mendalami isu ini dengan lebih mendalam sgt2 mendalam, dan sentiasa mendoakan umat2 Islam yang sedang berjihad di Palestin sana. Kita seharusnya berterimakasih dan sentiasa menyokong saudara2 kita di sana, kerana mereka sanggup mempertaruhkan segalanya demi tanah Islam milik kita semua, tanpa mereka kitalah seharusnya turun padang. Kemenangan islam itu semakin pasti... saya positif!!!




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.