Archive for 2011

celupan siapa- My school rocks? Gula-gula? 24:7?

My School Rocks, oleh Disney Channel kini menyerang sekolah-sekolah kita di Malaysia. Inilah kita panggil Ke arah mem'barat'kan melayu. Oh, adik2ku!

Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia?

My School Rocks!

Sang Barat sejak kekalahan dalam perang Salib (1248-1254) telah mengkonklusikan strategi baru yang dipanggil perang pemikiran [baca:Ghazwatul Fikr] dalam mengalahkan ummat islam.

Memetik kata-kata King Louis VI raja Perancis yang meninggalkan wasiat terakhir beliau:

"Kita kalah dalam peperangan ini kerana umat islam berpegang teguh dengan kitab mereka (Al-Quran) Mereka berperang untuk mati (syahid) manakala kita berperang untuk hidup.Jadi kita kena ubah taktik untuk memerangi mereka, Kita tak usah lagi berperang menggunakan senjata tetapi kita perangilah pegangan mereka.Kita mesti buang Al-Quran dari dada mereka. Percayalah! selepas ini kita akan berjaya..."

Yup! Itu konklusi mereka. Perlu buang Al-Quran dari dada muslim.. kemudian larutkan keperibadian muslim mereka.. hilangkan rasa Ezzah Islam mereka.. timbulkan rasa was-was dan ragu-ragu dengan cara hidup mereka. Biar sedikit-sedikit mereka mengikuti cara hidup kita, pakaian kita, cara makan kita, bahasa kita sehingga hilanglah identiti mereka.

Tarikh tutup penyertaan kempen di atas ini pada 20 Mei 2011 ini.
Oh Ummah, masih sempat untuk kita berbuat sesuatu.

Takut-takut makin pekat celupan kebaratan mereka. Kalau dari sekolah telah dididik, semakin dewasa risau-risau lebih menjadi-jadi.

Bukti kejayaan taktik mereka ini memang banyak terbentang.

Terbaru, dengan kelahiran kumpulan artis2 malaysia yang cuba-cuba menyerupai kumpulan K-Pop a.k.a Korean Pop menimbulkan isu hangat pembangkang-penyokong yang besar dalam arena hiburan malaysia. Oh apakah yang sudah terjadi kepada umat islam malaysia ku?


melawan kumpulan korea ini




Yang kumpulan lelaki tidak mahu ketinggalan juga.
Tanggungjawab Islah umat di tangan siapa?

Sebelum mereka menghancurkan kita...

Sis Ezzah,
Irbid Jordan


Leave a comment

aulawiyat serabut

Pasca memahami islam yang lebih syumul kini, setiap kali menyoroti isu-isu semasa ummat [baca: akhbar islami] di media saat ini, membuatkan hati kita akan merasa sesak seperti disiat-siat. Geram dengan isu 'pelik-pelik' yang berlaku pada manusia era teknologi ini. Pelik! Ganjil! Sedih juga. melihat bagaimana seorang/segerombolan manusia boleh melakukan perkara2 yang tidak logik lagikan rasional difikirkan oleh spesies manusia yang lebih2 lagi mendakwa diri mereka islam. Oh!

Kita baca.. kita fikir.. kita renung.. akhirnya kita merasa pelik melihat..

Bagaimanakah manusia boleh mendahulukan beras yang tergolek daripada nyawa seorang manusia?
Bagaimanakah manusia lebih berebut2 mengungguli para artis atau juara sukan daripada ahli ilmuan?
Bagaimanakah manusia sanggup menghabiskan wang berkali-kali ganda lebih demi kecantikan fizikal daripada pembangunan akal dan hati?
Bagaimana manusia lebih rela meramaikan para ilmuan yang hakikatnya kosong?

Sekilas kita review isu Malaysia,
Seremban, 18 Jan 2011 - kemalangan pacuan 4 roda yang membawa syiling RM75000 jadi "rahmat" bagi pemandu/pengutip duit syiling. (SINI)



PLUS Tanjung Malim-Behrang, 23 Feb 2011 - pesta kutip beras bila treler yang membawa muatan beras terbabit dalam sebuah kemalangan. (SINI)



Boleh dikatakan ummat islam zaman ini sebenarnya mempunyai neraca pertimbangan yang senget. Apa yang penting tidak didahulukan. Apa yang kurang penting pula dikehadapankan. Apa yang besar diremehkan. Apa yang kecil pula diperbesarkan. Serabut dan tidak berpendirian. Keliru yang mana lebih penting, antara nyawa VS harta, Kuantiti Vs Kualiti, sukan Vs Ilmu, perut vs akal. Senang cerita, tidak atau kurang jelas dalam prinsip2 untuk membuat keputusan.

Kerana itu lahirlah tindakan-tindakan pelik yang secara rasionalnya tidak dilakukan. Berpunca daripada kekeliruan tentang mana satu yang perlu diprioritikan. Sebab itu islam ada mengariskan prinsip-prinsip yang jelas ttg ini. Ulama2 menamakannya ia Feqh Aulawiyat.

Mungkin kenyataan ini amat menyeluruh. Tapi logik bukan kalau saya katakan ummat islam kita amat memerlukan Fiqh Aulawiyat. kerana neraca fiqh aulawiyat umat islam kini telah cacat dalam semua bidang.

Apabila kita memahami fiqh aulawiyat, secara langsungnya kita lebih memahami kaedah membuat keputusan atau menentukan cara beramal. [baca: maratib amal]

Tenaga, masa, usaha, wang kita adalah terhad. Memerlukan kita sentiasa mengprioritikan perkara yang lebih memerlukannya pada satu-satu masa. Sedangkan para sahabat jua sentiasa bertanyakan kepada murobbi mereka, amalan apakah yang paling afdal[ baca: paling baik] dan paling disukai oleh Allah. Malah terang-terangan pahala solat berjemaah itu 27 kali ganda melebihi solat seorang diri.

Manusia itu hakikatnya berbeza walau asas mereka sama. Pastilah tak sama yg mereka yang duduk dgn mereka yang berjihad, Mereka yang melihat dengan mereka yang buta, mereka yang memekakkan telinga dengan mereka yang menyahut seruan panggilan. Memang berbeza!

Kualiti manusia pada iman.ilmu.amal. bukan pada jasad atau usia.

Allah tak tengok panjang pendek umur kita tapi pada hasil kerja kita.

Sis Ezzah,
Pusat islah diri,
Irbid Jordan

1 Comment

berilmu + berfikrah

Selangit Pujian buat Allah murobbi paling sempurna dan mutarobbiNya Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, masih bernafas dengan hembusan nafas syahadatain. Nafas panjang yang menjadi paksi hidup, paksi amal dan paksi hati ini juga insyaAllah.

Kebelakangan ini perbualan bersama adik-adik agamawan [baca: fiqh usul/usuluddin] di sini banyak merasuki pemikiran. Perbualan yang meliar sekitar bidang-bidang ilmu agama mereka amat-amat membangkitkan ghairah saya. Kisah duktur-duktur [baca: ulama' ] di jameah mereka yang menyantuni mereka dengan ilmu yang difikrahkan. Kisah pertemuan hati mereka dengan peribadi mulia para ulama' yang beramal.

Subhanallah!

Jujur saya cemburu.

Malah melihat nota-nota bahasa Arab yang ditulis tangan oleh mereka juga amat menjeleskan. [-->Sebab nota Medik saya dalam bahasa English]

Ikut hati mahu sangat2 bertalaqi/ mustami3 dari alim ulama sini. Merasai sentuhan ilmu dan fikrah mereka yang membelai iman. Seperti zaman muda-muda dulu. [Adeehh! Macam tua sangat je skrg ni] Punya himmah aliyah. Lagi2 bila hati dah berniat mahu jadi super murobbi. Takkanlah setakat ilmu basic-basic je ye tak. Memang tak boleh larilah dari menjadi seperti "iceberg". Biar apa yang disampaikan hanyalah secebis dari lombong gergasi dalam dirinya. wahhh..



Semuanya gara-gara seruan Said Hawwa untuk melengkapkan diri dengan 10 jenis ilmu yang perlu ada pada seorang muslim daie.

1.Ilmu Tsalasah [ilmu ttg tuhan, rasul dan islam itu sendiri]
2.Ilmu Al-Quran dan usulnya [Kandungan, asbab nuzul dan tajwed]
3.Ilmu Hadis dan usulnya
4.Ilmu Fiqh dan usulnya
5.Ilmu Aqidah
6.Ilmu Akhlak
7.Bahasa Arab [Supaya lebih mudah faham AQ dan Hadis]
8.Islam Moden dan Fiqh Dakwah [Cara approach manusia kini]
9.Sirah Nabawi dan Kisah Orang terdahulu [Sejarah]
10. Deislamisasi [Cara musuh islam menjatuhkan kita/Ghazwul Fikr]

MasyaAllah, akhawat Jordan entunna tak rasa tercabarkah kita?

Kita-kita yang ditarbiyah ini, alhamdulillah serba sedikit mendapat sentuhan fikrah yang membasahkan... fikrah islam yang meluas... yang datang dengan ruh iman membuatkan kita lebih memahami islam secara praktikalnya. Alhamdulillah...

Fikrah islam yang kita serap dari proses pencucian otak selepas pertemuan mingguan yang beribu2 jam, sesi daurah beratus2 jam, dari jaulah tarbawi ke pelosok dunia melihat perjuangan orang terdahulu, dari tarbiah jasadi petang-petang hari dan macam2 lagi bentuk tarbiyah yang membentuk cara pemikiran dan paradigma kita sebagai muslim. Malah turut membentuk akhlak dan peribadi muslim kita.

Maka lebih amat-amat penting untuk kita memantapkan fikrah dengan ilmu agama yang lebih kemas. Ilmu agama yang dipelajari secara lebih serius. Bukankah kita dicampakkan ke bumi barakah nabi2 yang punya segalanya.

Kalau produk tarbiyah Eropah, mungkinlah mereka punya alasan untuk tidak mampu membetulkan makhraj huruf mahupun tajwidnya seperti sebutan Arab kerana peluang untuk itu kurang. Namun kalau kita disini yang punya syeikhah-syeikhah Arabe di sekeliling tidak mengambil peluang ini, maka itulah kerugian yang nyata bukan.

Ini baru contoh tajwid, salah satu dari kategori no 2 daripada yang 10 jenis ilmu tadi.
MasyaAllah! entah bila pula mahu kuasai yang lain2 itu.

Astaghfirullah.

Moga Allah berikan kekuatan pada kita semua insyaAllah.

Mari jundiy2,
kita perkasa tarbiyah Dzatiyah, perbanyakkan bacaan, perluaskan pergaulan dan perah masa yang ada sehingga titisan terakhir. Biar pekatnya tarbiyah kita mewarnai sekeliling.


Cita-cita yang amat tinggi , sedangkan kudrat dan waktu yang ada amat terhad. +_="

Kerana ini, perasaan cemburu saya itu tinggi untuk kamu-kamu wahai adik agamawanku.

Segala silibus bahan pengajian kamu itulah, 10 jenis ilmu di atas. Ilmu2 yang saya idamkan untuk menguasainya dengan ruh dakwi. Namun tuhan menyusun untuk berenang di medan perubatan. Positif! Pasti ada hikmah.

Maka adik2 agamawanku, sila kuasainya dengan terbaik ye adik2! Perlahan-lahan kamu belajarlah cara-cara mengfikrahkan ilmu kamu itu. Pastikan ianya tidak tersia-siakan dengan meniatkannya sekadar untuk peperiksaan semata. Diri ini mendoakan kamu-kamu, Cepat-cepat matang ok!^^, Sebab Ummah saat ini perlukan kamu wahai agamawan yang berilmu dan berfikrah.


p/s: khas utk kamu adik2 agamawanku.


Sis Ezzah
Pusat pengislahan akhlak,
Irbid Jordan

5 Comments

blog takrif ke blog takween?

Alhmdulillah, punya semangat mencari kesempatan untuk kembali menulis di sini. Berkongsi dan memberi. Buat kesekian kali, blog telah terabai apabila urgensi medan tarbawi di alam nyata tinggi. Maka, diri ini akan kembali bermuhasabah. Mengapakah begini?

Borak2 dengan murobbi Glasgow hari itu, baru jumpa jawapannya.

Tujuan penulisan tuanblog ini sebenarnya tidak jelas. Maka, kadar usaha atau amal yang diberikan kepadanya turun naik mengikut situasi. Jadi pembolehubah dimanipulasi sahaja. Bila ada masa, bila ada idea, bila rasa mahu berkongsi, barulah terhegeh2 kembali menaip. Ini namanya hobi, bukan amal dakwi ni. Aiyaakkk. Konon je awal2 dulu, niat mahu menulis blog untuk menyampaikan fikrah islam kepada pembaca. Mahu menyantuni pembaca2 dengan persoalan2 aqliah kasi berfikir kencang sket. Namun kalau sebulan tak update2, macam ini. Memang masuk kategori hobi [baca: perkara yang dibuat pada masa lapang] la blog ni Ooo cik akak oi!


Muhasabah... muhasabah...

Bagaimanakah seorang daie kepada Allah 24/7 boleh mempunyai hobi. Terngiang2 kata2 Ust Aadtiff tak silap. Kalau dah serahkan seluruh hidup, mati, nyawa dan hembusan2 nafas ini semata kerana Allah. Bagaimana seorang daie itu masih punya masa lapang untuk mempunyai hobi. Mana ada masa lapang? Apatah lagi hobi? Sepatutnya setiap saat hanyalah Allah dan dakwah.

Dakwah.. Dakwah.. Dakwah

Nak dakwah panjang kena punya input mantap.

So perlu Tarbiyah..Tarbiyah..Tarbiyah

Maka, setiap saat hanya ada dakwah dan tarbiyah.

Selepas muhasabah, akhirnya tuanblog mengkonklusikan bahawa sebelum ini. Tuanblog yang bersemangat mahu menjadi daie tapi masih setahun jagung ini mengganggap blog ini hanyalah 'hobi'. Maka, tiadalah unsur2 dakwah dan tarbiyah yang muntij [baca:efektif ] di sini. Maka, amal blognya tidak berapa kencang untuk dakwah dan tarbiyahnya.


Maka, apakah jalan penyelesaiannya.

1. Tutup blog terus kerana full-time daie tiada 'hobi'.
2. Teruskan berblog bila ada masa seperti sebelum ini. Pasti ada sahaja, manusia2 yang terselit2 membaca dan mendapat faedahnya. InsyaAllah^^
3.Teruskan berblog dengan matlamat yang lebih jelas dan menjadikan blog ini sebagai amal DnT yang muntij. Woha!


Baiklah! Tuanblog mahu aim matlamat paling tinggi sbb nabi kita kan ajar begitu. Kalau nak doa, doalah moga mendapat untuk syurga firdaus yang paling tinggi. Walau tahu kemampuan diri. +_=" Maka, mari cuba pilihan ke3, kalau tak mampu, maafkan sahaja. pilihan kedua masih ada lagi.


Persoalannya, bagaimana mahu menjadikan blog ini atau blog2 kamu-kamu yang seperti saya ini lebih muntij dari segi amal tarbawinya.

Jawapannya, dakwah kitakan punya marhalah. Ada takrif ada takween. Ada dakwah takrif dan ada dakwah takween. Begitu juga blog kita. Ada blog takrif dan ada blog takween.

Maka kalau nak matlamat jelas, perlu fokuskan matlamat blog anda2 ini.

1.Kalau mahu buat blog takrif. Penuhkan dengan bahan-bahan takrif yang umum. Perkenalkan kepada semua tentang islam. Islam yang best. Islam yang kaafffahhh.. Islam yang cemerlang, syumul, kamil, mutakammil, Islam dan Jahiliyiah, Salah Faham ttg Islam. Islam ini, dan Islam itu. Semua2lah tentang Fikrah Islam Kita. Kemudian sebarkan kepada semua.. sesiapa sahaja.. dimana jua. dan Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.


2.Kalau mahu buat blog takween. Penuhkan dengan bahan-bahan takween yang khusus. Kasi askari dan Sufi. Tembak habis2an manusia2 yang sedang ditakween ini. Perkenalkan fikrah2 khusus seorang daie yang ditarbiyah. Cuci jahiliyiah2 sifat kita, Bersihkan paradigma dan mentaliti kita, Sentuh2 bab amal2 fardi dan penjagaan iman kita. Kata mahu takween-centric! Kemudian sebarkan pada semua yang sedang ditakween. Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.

Mari tuanblog bagi contoh blog no 1 [seperti ini] dan blog no2 [seperti ini]. Baru nampak jelas lagi point di atas ini harapnya.

Maka, kalau masih ada pembaca yang membaca. Kalau anda adalah tuanblog yang seperti saya, mari kita muhasabah diri dan amal blog kita ini. Dan tolonglah nasihatkan saya supaya lebih semangat memuntijkan [baca: mengefektifkan] amal saya ini.


Mahu menjadi bidadari dakwi.


Sis Ezzah
Pusat Pemulihan Akhlak,
Madrasah Tarbiyah Jordan.

13 Comments

membina ukhwah setiap hari

Semalam, sambil masak-masak membina ukhawah dengan adik kesayangan. Saja borak2 manja.

Nurul:
Kak Di, ari tu kan Muna kata kat saya "Nanti bila awak kahwin, saya nak jadi pengapit awak tau! Maka, Saya pun terus menjerit "Tak nak!"

Kak Di Sambil potong-potong sayur teruskan mendengar

Sambil senyum busuk Nurul menyambung:
Then Muna pun katalah "Yelah, dia taknak kita.. mesti dia nak Kak Di dia la tu jadi pengapit dia"Huhu..Then saya pun jerit lagi sekali "Tak nak" juga

Ok!dapat point.Tapi Kak Di buat2 blur tak faham:

OoO, Mesti sebab awak risau orang tak tengok pengantin, tapi nampak pengapit je kan? haha

Nurul sambil buat muka:
Eeeiikk.. bukanlah. Sebab saya memang tak nak bersanding pun lah! Kak Di ni.. saja ea.. point saya ialah Muna pun kata saya nak Kak Di je.. maksudnya apa?

Kak Di senyum manis, sambil jerit dalam hati :
Ya, Kak Di pun sayang awak juga sangat..sangat..


Duduk ramai-ramai memang bahagia. Penuh tawa dan jenaka. Siapa kata asal budak medik sahaja, mesti kena sebilik seorang. Tradisi nenek moyang Irbid sungguh. Pesan-pesan orang dahulu mungkin ada benarnya, namun tidak perlu takut untuk reformasi. Setiap tindakan kita menghasilkan natijah, maka perlu fikir dalam-dalam agar hasil yang kita mahu menjadi. Orang kata "kalau mahu buah oren, perlu tanam biji oren"

Biah [baca: persekitaran] solehah memang penting dalam membentuk peribadi seseorang individu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersetuju untuk terjun ke medan tarbiyah nafsi. Tak sempurna tarbiyah tanpa persekitaran yang membantu. Bukan mudah hendak mencuci hati, bukan mudah hendak mengkikis jahiliyiah diri, bukan mudah juga untuk menlazimi ibadah laili. Kerana itu biah itu perlu dibajai.

Ukhwah ini kalimah senang disebut, namun berat dipikul. Bukan semua faham makna sebenar doa rabitah itu. Kalau sudah tinggal serumah sekalipun, usaha membajai cinta itu perlu sentiasa ada. Siapa kata, kalau ahli bayt semuanya faham kepentingan tarbiyah, maka ukhawah itu pastinya ada. Benar, hati kita diikat dengan akidah yang satu, perjuangan dan matlamat yang satu. Namun, usaha untuk taaruf tafahum dan takaful itu perlu kekal dijana kerana kita manusia yang punya hati dan cinta.

Pesan UQY,

Tafahum itu ialah
saling rela menasihati dan dinasihati kerana saling memahami bahawa islam perlu ditegakkan sebagai cara hidup [baca: deen]
Maka mari muhasabah bersama, sudah sampai ke tahap itukah ukhawah kita.

Ukhwah Teras Kegemilangan


Bayt Muriyaat,
Irbid Jordan

6 Comments

Voices of Freedom

video


“Muncul fasa Kenabian di tengah kamu selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian selama masa yang Allah kehendaki..., kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Raja-raja yang menggigit selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak selama masa yang Allah kehendaki, kemudian Allah mencabutnya ketika Allah menghendakinya. Kemudian muncul fasa Kekhalifahan mengikuti manhaj (cara/metod/ sistem) Kenabian. Kemudian Nabi saw diam.” (HR Ahmad)

p/s: Bahasa Ammi Mesir memang 'rosak'. Projek cuti maulidurasul hari ini.


Bayt Muriyaat,
4.45pm 15 Feb 2011

Leave a comment

Intifadhah Mesir '11


“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5)


Intifadhah di Mesir sudah hampir mencecah hari ke-6. Hammasah menjulang dikalangan pemuda agama mahupun rakyat jelata kini makin membuka mata dunia. Penat dengan kehidupan yang diperbodohkan oleh rejim Mubarak, kini demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan sang kuku besi yang sudah memerintah hampir 30 tahun di bumi mumia ini menjadi berita besar dunia.


Yaumul Ghadab ialah hari ke'berang'an. Rakyat Mesir kini bukan lagi seperti bani Israel yang diam tunduk diperbudakkan oleh si Firaun. Bangunnya mereka kali ini didasari akidah mahu meruntuhkan tembok penipuan yang mencengkam keharmonian hidup mereka.


Tahun 1981, selepas pembunuhan Saddat, selaku timbalan perdana menteri beliau dinaikkan menjadi Perdana Menteri sehingga saat ini. Memegang jawatan perdana menteri paling lama dalam sejarah mesir, ternyata pemerintahan Mesir kekal dalam polisi pro-Barat dan non-syarie3, sentiasa bersengkokol menjayakan agenda Barat lantas mengabaikan kepentingan dan maslahat rakyat. Apatah lagi untuk menegakkan syariah aqidah.


Ada apa pada "D-word" [demokrasi]

Mesir, sebuah negara dengan kekayaan hasilbumi dan kedudukan strategik terusan suez sebagai bonus dari alam seharusnya memulangkan keuntungan buat ekonomi rakyat, malangnya tidak dikecapi oleh kebanyakan rakyat impak masalah pengurusan dalam kerajaannya. Masalah rasuah yang menjulang bukan tipu-tipu. Dengan menggunakan 'Emergency Law Rule' sebagai perisai, kerajaan mempunyai kuasa menangkap sesiapa tanpa bicara sesuka hati. Ala-ala ISA gitu. Lebih-lebih lagi ulama dan pejuang islami yang mahukan reformasi dan membentuk daulah islamiah tulen.


Saat Gaza diserang hebat si Yahudi keparat tahun lepas, adakah dunia buta dengan tindakan kerajaan Mesir? Terang-terangan mereka menutup pintu Gaza satu-satunya jalan bantuan untuk saudara seakidah kita di Palestin. Langsung tiada alasan untuk mempertahankan tindakannya itu. Mahu dari segi akidah hatta dari segi kemanusiaan sekalipun. Ini bukti yang nyata bahawasanya mereka benar lebih mengutamakan klik-kliknya sang Israel dll.


Keselamatan dan kemenangan
Doa hati ini agar Allah memenangkan hamba2nya yang beriman dalam perjuangan kali ini. Benar naseb masa hadapan mesir saat ini di hujung tanduk. Huru-hara menimpa negara islam kita kini, jujurnya amat merisaukan. Lagi-lagi isu keselamatan sejumlah besar rakyat Malaysia yang berkampung di sana. sama-sama menembak doa. Namun kemenangan mukminin itu tetap diharapkan. Moga Syahid atau Menang.


Domino Effects
Bermula dengan pengulingan Tunisia, kini Mesir pula. Adakah Domino effects ini akan merebak terus kepada pemerintah negara-negara Arab kukubesi yang lain?

Jangan pandang kosong.
Ini namanya petanda awal.


Siapa tahu kalau ini langkah-langkah awal umat islam untuk mendapatkan kembali Palestin dan Baitul Maqdis?

Bukankah suatu masa dahulu, Salahuddin Al-Ayubi dalam siri perjuangannya membebaskan Palestin bermula dengan pembebasan Mesir dan kawasan Syam dan sekitarnya?

Sunnatullah itu sifatnya akan berulang bukan.
Doa untuk mesir, doa untuk muslimin.



Jiran negara sebelah,
Irbid, Jordan,
30 Januari 2011

2 Comments

sang anak benih

Mari kasi pekena anologi best punya.

Jiwa hamba si manusia ibarat sang anak benih.
Pada permulaan pembentukannya, perlu disorokkan dari kehangatan sinar mentari,
peram elok dalam tanah. Kasi Lembap. Suam.
Maka membesarlah ia bertahapan di bawah permukaan bumi.
Perlahan-lahan...
Bertertib.

Maka, apabila diizinkanNya.
Maka diangkatlah pucuk anak benih itu ke permukaan bumi.
Selepas melalui proses taqween yang rapi,
Siap sedialah ia menghadapi teriknya matahari.

Kalau awal-awal lagi, anak benih sudah diletakkan di permukaan bumi?
Terdedah fitnah terik mentari? tanpa kelembapan tanah?
Mampukah ia tumbuh menjadi?


Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.

Tiada jalan pintas. Mahu makan epal muda?



Muriyaat,
Jumaat 21 Januari 2011
Irbid

Leave a comment

juruteknik manusia


" Sebagai pelatih, saya akhirnya menyedari bahawa sebenarnya tiada apa-apa yang istimewa menjadi seorang doktor.
Bidang perubatan hanyalah penggunaan teknologi dalam mengurangkan penyakit dan kesakitan. Seorang doktor hanyalah juruteknik yang dilatih untuk menanggani masalah-masalah tertentu pada manusia. Impian murni yang awal-awalnya untuk menyelamatkan nyawa dan sebagainya dengan mudah dilupakan, doktor hanya mengaplikasikan 'pengetahuan medik' dan latihan untuk menghadapi kes-kes kecemasan dan penyakit-penyakit yang sukar diubati disamping cuba mencari penyelesaian kepada masalah. Orang lain yang membaiki kereta yang rosak atau salur air yang tersumbat,mereka juga juruteknik"

Dari Beirut ke Jerusalem, Sebuah Kisah benar...
Tragedi Shabra Shatila oleh Dr Ang Swee Chan


Jika mahu Menjadi doktor yang hebat memerlukan ilmu yang mantap dan latihan berserta pengalaman yang banyak.

Dengan segala komponen ini, kebolehan dan kemampuan membuat keputusan akan diuji.

Namun jika mahu menjadi muslim doktor? [baca: muslim yang bekerja sebagai doktor]

Pastinya tidak sekadar itu bukan.



Muriyaat,
13 Januari 2011
Irbid Jordan


p/s:
1.Buku yang setahun dipinjam dari saudari Nabilahuda, aiyyaakk.. saya baru baca skrang la akak.. terbaik buat motivasi pelajar medik timur tengah..
2.suka klinikal life...

Leave a comment

Untuk Ukhti

Bulan bulat-oren-kuning malam itu. Subhanallah. Alam kelihatan amat indah kebelakangan ini. Oh! Tidak. Sebenarnya selama ini pun. Pejam mata hatinya memandang kembali. Angin malam itu membelai lembut dengan Rahmat Tuhan. A3zim!

Mukabukunya dijenguk. Belon merah menyala-nyala menjerit 1 mesej telah masuk. Punat dialoq box bersegi empat di atas kiri tetingkap itu ditekan.


"PMS mmg best la..da sedar da nape ko cmni..hidup hanya semnatara..hidup kita hanya tuk Allah..Ikhlas saja yg diterima..n "syurga adalah tanah yg lapang."..kita yg penuhkn syurga yg kita nak dgn amaln kita..aku da dpt bayang n sedar pe yg patut kita buat n pe yg ko buat selama ni..hehe..thanks la yer..chayok!!..btw, nanti 1/1 ni nak g Spain..hhehe..doakn selamat"


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang maha baik hati. Sujud jiwa hambanya melafaz syukur. Iman di hati memelukku, bahagia jiwa dengan bushra dunia. Lantas jiwa bermada.

Duhai kasih,
Kala matamu masih pejam, lena dialun mimpi dunia. Doa hari-hariku moga suara tarbiyah mengetuk hatimu. Sampai basah bibirku dengan namamu. Hanya itu ku mahu. Biar terbungkar hatimu, terkejut lenamu, terjaga imanmu, terarah amalmu.

Betapa ku ingin menjerit padamu... Ya ukhti.. Apatah sahaja ada pada dunia. Tidak perlu direbut sang fatamargona. Lihatnya cantik pada mata. Ilusi sahaja.

"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah! dan berilah peringatan. dan Agungkanlah tuhanmu. dan Bersihkanlah pakaianmu. dan tinggalkanlah segala perkara yang keji
Mudathir 74:1-5



Ya ukhti, kira dulu duniamu berpaksi kemalasan diri. Ibarat lalang terhuyung kanan-kiri. Lemah dan tiada berjati diri. Hilang misi dan visi. Melayani lena, si pemendek umur, lantas tua sebelum usia. Sedang kudratmu bagai singa.

Syukur kini engkau sudah mengerti maknanya persingahan kita di sini. Misi khilafah hilang yang perlu dikembali. Jiwa hamba yang perlu disantuni. Kembara panjang mendidik diri.

Yakinlah ya ukhti,
Wujudnya kita diadili. Biar Tuhan sahaja memerhati, mujahadah siapa lebih tinggi. Mendidik diri
membaiki disiplin. Menyebar syahadah, mengutip saksi.

Bersama kesabaran, membajai akhirat dengan bangkai dunia.

Seiring kita melangkah. Bagai Musa dan Harun. Dengan Tuhan, Demi kebenaran.
Jangan takut, sungguh ku tetap disini. selagi tuhan sentiasa di hati.





********************************
Suatu masa yang dahulu...

Ana:
Ukht, ana risau bagaimanalah perkembangan adik ana kat negara sana?

Mimi:
Tawakal pada Allah. nti bersusah payah jaga adik orang lain di sini, InsyaAllah Allah hantar orang lain tolong jaga adik nti di sana.


Kepada Allah doa dititip. Moga menang atau syahid.

p/s:
1. Kepada ukhti, aku sayang kamu.
2. Kepada akak2 yg menjaga ukhtiku, jazakillahukhair kathiran. Teruskan follow-up entunna ye. Kepada Allah ikhlas amalanmu diganjari. Semoga ketemu kembali.^^,


Sis Izz
Bayt Muriyaat,
Irbid Jordan.

4 Comments

bunuh dunia

"Dunia ibarat air laut...
diminum hanya menambah haus,
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir,
panas yang membahang di sangka air,
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang...
dilihat ada ditangkap hilang"

Padahnya
Apabila manusia terlalu 'lama' di dunia .dan tidak punya 'masa keluar' ke akhirat.
Mencengkamlah cinta dunia di hatinya. Hati-hati lah wahai hati...

Allah dan manusia tidak mahu dan perlukan manusia-spesies-cinta-dunia.

Ya Allah leraikan lah dunia yang mencengkam di dalam hatiku
Hanya cintamu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.



Songs by Nazeri Raihan
Lyrics by Pahrol Juoi

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.