membina ukhwah setiap hari

Semalam, sambil masak-masak membina ukhawah dengan adik kesayangan. Saja borak2 manja.

Nurul:
Kak Di, ari tu kan Muna kata kat saya "Nanti bila awak kahwin, saya nak jadi pengapit awak tau! Maka, Saya pun terus menjerit "Tak nak!"

Kak Di Sambil potong-potong sayur teruskan mendengar

Sambil senyum busuk Nurul menyambung:
Then Muna pun katalah "Yelah, dia taknak kita.. mesti dia nak Kak Di dia la tu jadi pengapit dia"Huhu..Then saya pun jerit lagi sekali "Tak nak" juga

Ok!dapat point.Tapi Kak Di buat2 blur tak faham:

OoO, Mesti sebab awak risau orang tak tengok pengantin, tapi nampak pengapit je kan? haha

Nurul sambil buat muka:
Eeeiikk.. bukanlah. Sebab saya memang tak nak bersanding pun lah! Kak Di ni.. saja ea.. point saya ialah Muna pun kata saya nak Kak Di je.. maksudnya apa?

Kak Di senyum manis, sambil jerit dalam hati :
Ya, Kak Di pun sayang awak juga sangat..sangat..


Duduk ramai-ramai memang bahagia. Penuh tawa dan jenaka. Siapa kata asal budak medik sahaja, mesti kena sebilik seorang. Tradisi nenek moyang Irbid sungguh. Pesan-pesan orang dahulu mungkin ada benarnya, namun tidak perlu takut untuk reformasi. Setiap tindakan kita menghasilkan natijah, maka perlu fikir dalam-dalam agar hasil yang kita mahu menjadi. Orang kata "kalau mahu buah oren, perlu tanam biji oren"

Biah [baca: persekitaran] solehah memang penting dalam membentuk peribadi seseorang individu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersetuju untuk terjun ke medan tarbiyah nafsi. Tak sempurna tarbiyah tanpa persekitaran yang membantu. Bukan mudah hendak mencuci hati, bukan mudah hendak mengkikis jahiliyiah diri, bukan mudah juga untuk menlazimi ibadah laili. Kerana itu biah itu perlu dibajai.

Ukhwah ini kalimah senang disebut, namun berat dipikul. Bukan semua faham makna sebenar doa rabitah itu. Kalau sudah tinggal serumah sekalipun, usaha membajai cinta itu perlu sentiasa ada. Siapa kata, kalau ahli bayt semuanya faham kepentingan tarbiyah, maka ukhawah itu pastinya ada. Benar, hati kita diikat dengan akidah yang satu, perjuangan dan matlamat yang satu. Namun, usaha untuk taaruf tafahum dan takaful itu perlu kekal dijana kerana kita manusia yang punya hati dan cinta.

Pesan UQY,

Tafahum itu ialah
saling rela menasihati dan dinasihati kerana saling memahami bahawa islam perlu ditegakkan sebagai cara hidup [baca: deen]
Maka mari muhasabah bersama, sudah sampai ke tahap itukah ukhawah kita.

Ukhwah Teras Kegemilangan


Bayt Muriyaat,
Irbid Jordan

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to membina ukhwah setiap hari

anak Fateh said...

Salam'alaik Kak Iz..

wah..nak panggil Kak Di boleh?~ ^^

betul2, ukhuwah tu perlu dijana. Memang terfikir walaupun nak katanya semua dah faham tarbiyyah dan termasuk dalam mrk yg ditarbiyyah, knp masih ada 'penyakit' dan rasa2 lain..sekalipn rumah R* sekalipun.


kata kak iz "...kerana kita manusia yang punya hati dan cinta." :D

tafahum pesanan ust UQY tu besar maknanya, sebesar beratnya untuk angkut ke mana2. Huu..~

~~kak iz jgn sedey2 lagi ye..~. Nak sedey, ajak saya dulu. hi ^_^

wassalam,
syg kak iz.

mujahidahiman said...

kak di..sy ada trdengar bising2 borak tu..dah lama x renew ukhwah dgn kamu adik comot :p

moga Allah izin..cinta kita sampai ke syurga..walau berjumpa xborak lama, akak comel tetap syg kamu lebih dari dulu adik comot ^_^

tinta musfirah said...

terasa hati bila tidak di "tag" kt facebook ..(heheh, saje nk gurau2 dgn cik iz ^^)

sama2 kita mempraktikkan tafahhum sesama kita..
ukhwah yg dijalin di atas matlamat yg satu, akidah yg satu.

'Ezzah Al-Islam said...

to anak fateh,

hoho.. ni anak fateh nombor brape ni..^^,

yup dear.. u're right..
duduk satu rumah, tidak bererti sudah satu hati. so, sama2 saling mendekati k. jgn takut2.. haha.. :P

Kak iz da tak sedyeh sebb ada entunna^__^

sayang semua anak fateh


to mujahidah iman,

yup. saya syang akak lebih juga^^, bina ukhwah tidak semestinya kena duduk lama2 je kan? gurau2 singkat akak pun dah cukup manis utk sya.. i'll be missing you la my dear


to tinta musfirah,
bukan sngaja tak nk tag.. tapi tak cukup tmpt utk 10 org la dear.. hanya bleh tag 6 je.. so, tidak tag 4 orang yg pling matang hihi... asifah my sis

yup. maaf salah silap kami.. perlu taaruf lebih dalam lagi^^,

go muries go^__^

arwa salsabila said...

sayang antunna sume jugak....(^_^)moga ukhuwwah kita semua berkekalan di mana sahaja kita berada...

anak Fateh said...

:).

hoh? jangan takut2?..hehe...

'mak' kami 'lahirkan' kami sekaligus..xde nombor2~.
(",).

Wassalam.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.