Alhmdulillah, punya semangat mencari kesempatan untuk kembali menulis di sini. Berkongsi dan memberi. Buat kesekian kali, blog telah terabai apabila urgensi medan tarbawi di alam nyata tinggi. Maka, diri ini akan kembali bermuhasabah. Mengapakah begini?
Borak2 dengan murobbi Glasgow hari itu, baru jumpa jawapannya.
Tujuan penulisan tuanblog ini sebenarnya tidak jelas. Maka, kadar usaha atau amal yang diberikan kepadanya turun naik mengikut situasi. Jadi pembolehubah dimanipulasi sahaja. Bila ada masa, bila ada idea, bila rasa mahu berkongsi, barulah terhegeh2 kembali menaip. Ini namanya hobi, bukan amal dakwi ni. Aiyaakkk. Konon je awal2 dulu, niat mahu menulis blog untuk menyampaikan fikrah islam kepada pembaca. Mahu menyantuni pembaca2 dengan persoalan2 aqliah kasi berfikir kencang sket. Namun kalau sebulan tak update2, macam ini. Memang masuk kategori hobi [baca: perkara yang dibuat pada masa lapang] la blog ni Ooo cik akak oi!
Muhasabah... muhasabah...
Bagaimanakah seorang daie kepada Allah 24/7 boleh mempunyai hobi. Terngiang2 kata2 Ust Aadtiff tak silap. Kalau dah serahkan seluruh hidup, mati, nyawa dan hembusan2 nafas ini semata kerana Allah. Bagaimana seorang daie itu masih punya masa lapang untuk mempunyai hobi. Mana ada masa lapang? Apatah lagi hobi? Sepatutnya setiap saat hanyalah Allah dan dakwah.
Dakwah.. Dakwah.. Dakwah
Nak dakwah panjang kena punya input mantap.
So perlu Tarbiyah..Tarbiyah..Tarbiyah
Maka, setiap saat hanya ada dakwah dan tarbiyah.
Selepas muhasabah, akhirnya tuanblog mengkonklusikan bahawa sebelum ini. Tuanblog yang bersemangat mahu menjadi daie tapi masih setahun jagung ini mengganggap blog ini hanyalah 'hobi'. Maka, tiadalah unsur2 dakwah dan tarbiyah yang muntij [baca:efektif ] di sini. Maka, amal blognya tidak berapa kencang untuk dakwah dan tarbiyahnya.
Maka, apakah jalan penyelesaiannya.
1. Tutup blog terus kerana full-time daie tiada 'hobi'.
2. Teruskan berblog bila ada masa seperti sebelum ini. Pasti ada sahaja, manusia2 yang terselit2 membaca dan mendapat faedahnya. InsyaAllah^^
3.Teruskan berblog dengan matlamat yang lebih jelas dan menjadikan blog ini sebagai amal DnT yang muntij. Woha!
Baiklah! Tuanblog mahu aim matlamat paling tinggi sbb nabi kita kan ajar begitu. Kalau nak doa, doalah moga mendapat untuk syurga firdaus yang paling tinggi. Walau tahu kemampuan diri. +_=" Maka, mari cuba pilihan ke3, kalau tak mampu, maafkan sahaja. pilihan kedua masih ada lagi.
Persoalannya, bagaimana mahu menjadikan blog ini atau blog2 kamu-kamu yang seperti saya ini lebih muntij dari segi amal tarbawinya.
Jawapannya, dakwah kitakan punya marhalah. Ada takrif ada takween. Ada dakwah takrif dan ada dakwah takween. Begitu juga blog kita. Ada blog takrif dan ada blog takween.
Maka kalau nak matlamat jelas, perlu fokuskan matlamat blog anda2 ini.
1.Kalau mahu buat blog takrif. Penuhkan dengan bahan-bahan takrif yang umum. Perkenalkan kepada semua tentang islam. Islam yang best. Islam yang kaafffahhh.. Islam yang cemerlang, syumul, kamil, mutakammil, Islam dan Jahiliyiah, Salah Faham ttg Islam. Islam ini, dan Islam itu. Semua2lah tentang Fikrah Islam Kita. Kemudian sebarkan kepada semua.. sesiapa sahaja.. dimana jua. dan Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.
2.Kalau mahu buat blog takween. Penuhkan dengan bahan-bahan takween yang khusus. Kasi askari dan Sufi. Tembak habis2an manusia2 yang sedang ditakween ini. Perkenalkan fikrah2 khusus seorang daie yang ditarbiyah. Cuci jahiliyiah2 sifat kita, Bersihkan paradigma dan mentaliti kita, Sentuh2 bab amal2 fardi dan penjagaan iman kita. Kata mahu takween-centric! Kemudian sebarkan pada semua yang sedang ditakween. Buat yang terbaik dengan usaha terbaik. Doa.
Mari tuanblog bagi contoh blog no 1 [seperti ini] dan blog no2 [seperti ini]. Baru nampak jelas lagi point di atas ini harapnya.
Maka, kalau masih ada pembaca yang membaca. Kalau anda adalah tuanblog yang seperti saya, mari kita muhasabah diri dan amal blog kita ini. Dan tolonglah nasihatkan saya supaya lebih semangat memuntijkan [baca: mengefektifkan] amal saya ini.
Mahu menjadi bidadari dakwi.
Sis Ezzah
Pusat Pemulihan Akhlak,
Madrasah Tarbiyah Jordan.
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
13 Responses to blog takrif ke blog takween?
yeah, orang pertama bagi komen.
maka akhirnya muncul juga entri baru kakak saya ni ^^, kuang kuang
berterusan dicuci dan dicuci,alhamdulillah...makin jelas erti dakwah dan tarbiyah, pada kedua-duanya adalah satu tapi dua. Sama tapi berbeza.
Dan tenaga yang makin ramai untuk disalurkan dgn amal islami yg muntij kerana bak kata uqY tarbiyah bil ahdaf.
smg lahir dari bumi barakah ni blog2 yg best lagi ber'ahdaf'.
btw, blog2 lama kita bersama zaman-zaman purbakala dulu dah jadi apa seh? mungkin boleh dinaiktarafkan dgn hadaf-hadafnya.tak gitu?
doakan CNS ii~
tunjuk ajarku sifu
jom kak izz...
tersentap jap..terfikir2 juga macam yang disebut k.A*****
akak guide sy skali yea...
Salam,
kak iz, kenapa tulis pusat pemulihan akhlak..
saya rasa lebih indah kalau ianya 'pengislahan'.
sebab semuanya dah nampak cantik, tinggal lagi perlu diislahkan, selalu
kerna manusia kena selalu diperingatkan
wallahu3alam
blog saya blog apa ye? adeh.. hehe
tersentap. thank u kak izz ",
doa dan sokongan jangan pernah lupa. sama2 kita! :)
Salam atiqah,
Yup! alhmdulillah updated.
moga makin dibrainwash minda dgn tarbiyah, makin kukuh cara hidup islam yang jitu insyaAllah.
ttg blog kita dulu2 itu perlu tenaga taujih tarbawi. sapa mahu angkat bendera? kuikui.. kak iz boleh bntu awak ^^,
Bersama-sama berkerjasama dear
to adilah,
Jom^^, mari saling menyantuni [baca: membelai iman]
sayang kamu sis^^
to anon,
hukhuk. +_="
Kamu benar! lebih indah dengan perkataan islah. MasyaAllah alaiki.
Sengaja memilih Pemulihan kerana maknanya pada asalnya baik namun telah rosak maka kita pulihkan semula.
Asal fitrah islam itu cantik, kita yang rosakkannya, maka mahu pulihkan semula.
Namun islah lebih tarbawi bunyinya, Jazakillah atas cdgn.^^,
to cik ainul.
tuanblog pastinya lebih tahu ahdafnya.^^,
Mahu lebih kencang spt kamu insyaAllah
to kauthar09,
dear sis, YOK!!! moga Allah permudahkan urusan 'terbaru' kamu itu. kak iz bersama awak^^,
boleh tak tolong check, blog saya ni blog taarif ke blog takwin? Tlg komen kerana boleh saya upgradekan!
muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa
mohon share .
boleh lihat di http://ihna-cakap.blogspot.com
syukran .
istifsar : apa makna taqween ? ataupun takwin ?
تكوين؟ أم تقوين؟
To muharik daie,
siapalah tuanblog ini untuk mendefinasikan ahdaf blog anda. Teruskan menggerakkan jiwa dengan sentuhan kalam anda. Moga Allah redha.
To Abu Uwais.
sila2. MasyaAllah, jazakillah atas teguran.
Takwin bukannya taqween.
Terasa kurang sensitif dgn makhraj huruf melalui tulisan pula. Inilah kita sebut masalah bahasa melayu-arab.
Takwin- secara kasar adalah proses pembentukan manusia ke arah kesempurnaan. Memerlukan latihan tersendiri. Sptmana tentera2 dilatih khas utk mempertahankan negara. Begitu juga para daie perlu dilatih khas utk mengembangkan islam.
InsyaAllah mungkin perlu entri khas utk itu.
Jzkk atas pertanyaan [yang membetulkan]
Post a Comment