Archive for 2008

setidak2nya berdoalah~

Dengan namamu Allah,tuhan kami seluruh muslimin...
Selaut salam buat junjungan Muhammad bin Abdullah yang dirindui...

Sebak membaca berita2 serangan Israel yang semakin menjadi2 akhir2 ini. Wahai pemilik segala kekuatan dan kejayaan, bantulah semua mujahidin mujahidat di seluruh dunia.Bantulah kami.. Ya Allah..bantulah kami!

Ya Allah, kembalikanlah pemuda pemudi Muslim kepada agama mereka. Kembalikan syabab2 islam kepada fitrah mereka...Ameen...


Bacalah doa qunut nazilah setiap kali solat fardhu kita

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!

p/s: Tidak mahu peristiwa dulu berulang kembali. Tak sanggup membayangkan kita kehilangan tanah suci Palestin sepertimana kita pernah kehilangan Andalusia suatu masa dahulu. Masih ingatkah kita tentang Andalusia?

Posted in | Leave a comment

Teman hidup semasa belajar

Dengan nama Allah yang menciptakan segala2nya berpasang2an
Seluas bumi kasih dihulurkan, selawat dan doa dipanjatkan buat ‘Muhammad bin Abdullah’ insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis2nya.

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan secebis cetusan moga dapat difikir2 dan direnung2 semua.

Isu perkahwinan semasa belajar sentiasa mendapat tempat dalam list2 cerita untuk dibualkan oleh pelajar luar negara khususnya. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita. Teringatkan reaksi akhawat2 yang bermacam2 apabila isu ini dibincangkan menyebabkan saya tergelak keseorangan. Sehinggakan tajuk “perkahwinan semasa belajar” menjadi ura2 cadangan hangat untuk diperbahaskan dalam piala Debat ala Parlimen yang bakal diadakan awal tahun nanti. Masing2 sudah siap dengan hujah dan izin laluan masing2. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati2 agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan2 lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat2 yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar2 bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu2 muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi. Suka untuk saya bawa semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran untuk dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman. Contoh ibu dan isteri terbaik dari al-Quran.


Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
“(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata “Ya tuhanku,sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa(janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui”
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, “Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan” Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki2 tidak sama dengan perempuan. “Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk”

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sgt suci sengaja diceritakan di dlm al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar2 menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya. Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya kehuluhilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang2nya. Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar2 hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Rujuk kisah penuh disini.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai diri sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie… ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurang2nya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu2 agama dan ilmu2 tajwid untuk diajarkan kepada anak2 nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau tak habis hafaz 30 juzuk Al-Quran lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?


Bimbang2 tak mampu melahirkan anak2 umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang2 tak mampu melahirkan anak2 yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

“Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata”

Pra-perkahwinan
Buat sahabat2 luar negaraku sekalian, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman2 serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar2 memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman2 serumah walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita2 teman2 serumah dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman2 serumah.
Dan latihlah diri dengan macam2 lagi.(especially buat mereka2 yang duduk berdua sahaja tu! )Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua.

p/s:Khas buat teman rumahku yang disayangi, sesungguhnya Allah memberikan kita peluang terbaik hidup berdikari di Jordan ini sebagai salah satu proses tarbiyah diri menjadi isteri dan ibu yang baik pada masa hadapan. Saya mendoakan kamu bahagia dunia akhirat dan mendapat teman hidup dan keturunan yang soleh dan musleh. Sayang kamu!

Isteri dan suami yang baik adalah nikmat dari Allah, begitu juga teman/ sahabat2 yang baik. Terima kasih sahabat2. You all are the best!


“Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah”

Posted in | Leave a comment

muhajir fi sabilillah

Dengan nama Allah yang maha kaya lagi maha perkasa..
Selaut rindu buat junjungan yang serba sempurna,’Muhammad bin Abdullah’, serta semua yang merinduinya.

Salamun alaykum ya ashabul yamin…
Dengan ini hamba ingin mengumumkan bahawasanya, teratak baru hamba telah pun siap dan bernama sudah.
Memperkenalkan… Jeng..jeng..jeng…

“BYTE MUHSININ”

Alhamdulillah, benar2 bersyukur seinfinitinya kepada dia yang selayak-layaknya. Dengan kasihNya, segala urusan perpindahan rumah kami dalam seminggu 2 ini rasanya amat2 dipermudahkan. Jutaan terimakasih dilayangkan buat semua yang membantu. Semoga Allah memberkati usaha dan bantuan kalian.Tiada sebarang hadiah, penghargaan mampu diberikan melainkan janji pahala dari Allah. Sesungguhnya bantuan yang diberikan ikhlas demi mempermudahkan urusan saudaranya, Allah akan mempermudahkan urusannya kelak di akhirat nanti.InsyaAllah.Janji Allah itu pasti… Thanx, sahabat2!
Proses penamaan
Alkisahnya, setelah bermalam2 berjaga tak tidur, berpagi2 tak tidur juga demi memikirkan nama yang paling sesuai (demi study exam sebenarnya), akhirnya Allah mengerakkan hati kami untuk memilih nama MUHSININ = محسنين yang bermaksud

ORANG2 YANG MELAKUKAN KEBAIKAN’
‘ORANG2 YANG MELAKUKAN PERBAIKAN’

Sekiranya disebut dengan huruf ص mengantikan س --- >maka jadilah محصنين

‘ORANG2 YANG MENJAGA KEHORMATAN DIRI’

Terdapat banyak tempat didalam al-Quran, surat dari pencipta kita yang menceritakan tentang ciri2 muhsinin ini. Kebanyakkannya terdapat di akhir ayat, dimana Allah menyatakan perasaan cinta dan kesukaannya terhadap hambanya yang membuat kebaikan ini. Diharapnya semoga ahli2 rumah ini dan semua tetamu yang hadir berusaha menjadi orang2 yang disukai Allah ini.Apa lagi yang kita cari melainkan kecintaan Allah. Berusaha!

First impression
“Ya Allah, macam padang bola!”
“Rumah paling besar dalam sejarah irbid ni…mabruk2”
“Pertama kali, ukuran karpet mencecah 800x850 ni”

Macam2 reaksi dipamerkan orang ramai pertama kali melihatnya . Hanya mampu tersenyum dan bersyukur. Thank you Allah.

Cadangan awal
Nama pertama yang terdetik di hati ini adalah “rumah tarbiyah”. Sekadar peringatan dan manifestasi peri pentingnya tarbiyah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya TETAPI segala-galanya adalah tarbiyah. Sengaja kami mencari rumah dengan ruang tamu yang besar untuk diinfaqkan bagi program2 tarbiyah. Semoga Allah membuka hati lebih ramai orang untuk tarbiyah dan mengekalkan hati semua dalam tarbiyah.

Selain itu ada juga cadangan untuk menamakan dengan nama tokoh sebagai teladan seperti BARA’, SALAHUDDIN mahupun NUSAYBAH??? , atau nama2 yang menginsafkan serta mengingatkan kepada kematian contohnya RUMAH MAYAT... (no komen!) dan nama rumah yang apabila disebut sahaja terus mengalir pahala kepada tuan rumah seperti rumah “lailahaillallah”, rumah takbir, rumah selawat malah rumah korban sempena hari raya korban yang baru usai. Macam2 ada. Tak mampu untuk dilistkan disini. Namun kini, muhsinin telah dihati.

Sesungguhnya rumah yang baik, ahli rumah yang baik, jiran tetangga yang baik, kenderaan yang baik semuanya termasuk dalam perkara2 yang mempengaruhi kebahagiaan hidup seseorang. Dan pastinya termasuk dalam nikmat dan kurniaan Allah yang tidak patut tidak perlu disyukuri. Saya mendoakan semua pembaca sentiasa dirahmati dan dikurniakan kebahagiaan dalam kehidupan ‘rumah tangga ‘ masing2…dan jangan lupa setiap kali berjumpa dengan perkataan muhsinin di dalam Al-Quran, teruslah berdoa agar kita tergolong dalam kalangan mereka ini. Ameen...

“Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah”

Posted in | Leave a comment

kecelaruan idola

Dengan nama Allah tuhan dunia dan akhirat.
Seluas laut salam dihadiahkan buat junjungan mulia,'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati.

Golongan kuffar sengaja mencipta MEREKA







supaya umat Islam melupakan MEREKA

sultan abdul hamid 2

hassan al-banna

Abdul Aziz Rantisi

Ahmad Deedat

Mustapha Masyhur

Abu AlA'la Al- Maududi

Khalid Mishaal

Muhammad Saeed Ramadhan Al-Bouti


sehinggakan...



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

kita yang membuat pilihan ke?

Dengan nama Allah tuhan dihati, lidah dan jasad.
Seluas bumi kasih dihulurkan buat promoter islam terhebat,'Muhammad bin Abdullah' serta semua yang sedang berusaha untuk mempromosi islam dimana jua anda berada

Assalamualaikum wbt. Apa khabar warga blog sekalian?
Bagaimana dengan pengisian cuti raya korban masing2...

BERKORBAN atau TERKORBAN?

Semoga semua sentiasa dalam perjuangan dan diberi kekuatan oleh pemilik segala kekuatan untuk sentiasa rela berkorban demi perjuangan masing2.



******************************

Promoter: nak tanya satu soalan boleh?
Dia: Boleh. tanyalah!
Promoter:Sejak bila awak masuk islam?
Dia:Errr... bila eh?Sejak lahirlah...
Promoter: Are you sure? sejak baby la kira ni
Dia: Eh! takkan la pula. tak mungkin2. Errmm.. sejak 1st time saya mengucap 2 kalimah syahadah la.
Promoter: ooo.. bila tu?
Dia: Errmm... jab nak fikir. Mungkin waktu tadika dulu2 kut. Saya pun tak berapa ingat.
Promoter: Ok.Kiranya awak memang dah fikir masak2 la masa 1st time nak pilih agama apa yang terbaik buat awak. Mesti awak sangat genius masa sejak tadika lagi. Saya baru je benar2 masuk islam sewaktu tingkatan 5. Itu pun selepas saya benar2 faham apa itu islam dan saya bandingkan dengan agama2 lain dalam dunia ni. Awak mesti muslim yang hebat.
Dia: .......(speechless)

********************************


Baiklah. Entry kali ni saya tujukan khas untuk kamu.Ya. Kamulah. yang sedang membaca tu.
Saya nak tanya kamu satu soalan. Harap kamu jawab dengan jujur. Soalan subjektif bukan objektif. Tak ada skema jawapan pun. Saya pun tak tahu kalau kamu nak tipu. Saya pun tak ada hadiah nak bagi kalau kamu jawab betul. Tapi kamu jawablah dengan jujur k! Saya suka orang yang jujur. Allah pun suka orang yang jujur. Saya rasa semua manusia pun suka orang yang jujur.
Sejak bila kamu semua memilih untuk menjadikan islam sebagai agama kamu?

Rasulullah dan sahabat2 semua masuk islam pada umur masing2. Ada yang ketika sedang kanak2 seperti Saidina Ali dan ramai juga ketika sedang dalam lingkungan 30-50an seperti Saidina Abu Bakar. Yang penting mereka sendiri masuk islam atas dasar pilihan, bukan sekadar islam warisan sejak lahir. Fikir betul2... anda sendiri yang 'memilih' islam ka?

Ad-deen VS agama.
Sebenarnya Islam bukan sekadar agama anutan seperti agama2 lain. Islam adalah Ad-deen. Beza ke agama dan ad-deen? Mestilah. Kalau kita faham islam sebagai agama, maka Islam hanyalah kepercayaan tentang tuhan itu adalah Allah dan tidak boleh mensyirikkannya dan seterus2nya. Tetapi islam adalah ad-deen a.k.a cara hidup. Bagaimana cara kita menguruskan kehidupan harian kita? Cara kita fikir, cara kita makan, cara kita belajar, cara kita tidur, cara kita masuk tandas, cara kita komunikasi, cara kita berpakaian. Cara kita menghabiskan 24jam dalam sehari kita. Ini barulah Islam sebagai ad-deen, cara hidup kita.

Persoalannya sekarang, sewaktu kita mula2 mungucapkan 2kalimah syahadah adakah kita memilih islam sebagai ad-deen, cara hidup kita? (-->kena muhasabah balik ni!)

sejenis lizard bernama 'agama'

Malu rasanya nak mengaku kita islam, sebab kadang2 cara hidup kita tak islam. Orang lihat kita tak hidup seperti seorang islam walaupun mengaku pilih islam. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami ini. Sedang berjihad meng'islam'kan 24jam seharian~selamat berjuang dan berkorban semua...




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | 2 Comments

kita semua ada~

Dengan nama Allah yang memiliki ilmu dan memberi ilmu...
Selaut kasih dan salam buat tunjang utama perjuangan islam, 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pejuang2 islam dimana jua anda berada.

3 Sifat fitrah semua manusia

Hidup didunia persingahan ini, kita semua telah disediakan dengan 2 jalan.

Jalan kebaikan/Hidayah VS jalan Keburukan/ Maksiat

Dengan kasih sayang Allah, dia tidak meninggalkan kita terkial2 begitu sahaja di alam baru yang penuh kesusahan ini, tetapi dia mengurniakan kepada kita 3 perkara.

1) Keupayaan untuk membezakan antara baik atau buruk
2) Kemampuan untuk memilih antara baik atau buruk
3) Kekuatan untuk melaksanakan perkara baik atau buruk

Faktor2 luar seperti bimbingan ibu bapa, tarbiyah, pemilihan sahabat2 serta bi'ah persekitaran dan lain2 yg sewaktu dengannya mempunyai kebarangkalian tinggi utk mempengaruhi 1)keupayaan membezakan dan 2)kemampuan memilih dalam diri seseorang.
Maka, penting untuk kita menjaga faktor2 luaran ini.

Sesungguhnya...

Manusia dipaksa untuk memilih TETAPI
manusia tidak dipaksa untuk memilih apa?


The choice is in our hand!

Renung2kan...

Kebebasan dibayar dengan tanggungjawab
Daya berfikir dibayar dengan taklifan
Pengurniaan dibayar dengan kewajiban

Posted in | 2 Comments

ibrahim yang dirindui~

Dengan nama Allah tuhan Ibrahim dan tuhan Muhammad.
Selawat salam buat nabi Ibrahim dan nabi Muhammad, role-model dulu, kini selamanya.

"Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim" (surah as-syu'ara 26:69)

"Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Ibrahim di dalam kitab, sesungguhnya dia merupakan seorang yang sangat mencintai kebenaran dan seorang nabi" (surah Maryam 19:41)

Menyahut seruan
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan nabi dan kita semua selaku pembaca Quran untuk menceritakan kisah nabi Ibrahim kepada semua. Sekiranya ditadabbur dan dihayati, kisah nabi ululazmi ini sememangnya merupakan salah satu kisah terhebat dalam dunia dan mampu menyentuh jiwa yang keras serta mengerakkan iman yang mandul.



Statistik Al-Quran
Al-Quran menyebut nama 'Ibrahim' sebanyak 69x. Paling banyak disebut didalam surah al-baqarah ia3ni sebanyak15x. Jumlah ini merupakan bilangan kedua terbanyak selepas nabi 'Musa' yang disebut sebanyak 139x.


Ibadah haji dan korban merupakan sesuatu yang amat sinonim dengan Nabi Ibrahim a.s. Bagai santan dalam kari, kurang 'urm'nya sekiranya tertinggal. Begitu juga dengan kisah nabi Ibrahim. Dalam menghidupkan perasaan atau 'Zouk'nya dengan musim haji ni, jom ambil masa bersama kita singkap kisah hebat khalilullah, kesayangan Allah dan kesayangan kita jua...



Secara umumnya, kehidupan nabi Ibrahim terbahagi kepada dua fasa.

Fasa 1 Dakwahnya di negerinya yang asal iaitu negeri Iraq. Di sinilah dilakukan seruan dakwah seperti yang diceritakan oleh Al-Quran iaitu dakwah kepada ayah dan kaumnya. Ia diikuti dengan dakwah kepada pemerintah yang zalim. Namun, apabila seruan dakwahnya ditolak, Nabi Ibrahim mengambil tindakan menghancurkan berhala-berhala sembahan kaumnya. Ia mengakibatkan dirinya dihukum bakar namun diselamatkan oleh Allah SWT.



Apabila telah jelas kaumnya tidak akan menerima dakwahnya, Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim berhijrah ke negeri yang lain iaitu Palestin.

Fasa 2 Dakwahnya di bumi yang diberkati iaitu Palestin. Di dalam perjalanan hijrahnya ke Palestin, baginda ditemani oleh anak saudaranya iaitu Nabi Lut. Selepas itu, mereka hidup berdekatan antara satu sama lain di mana Nabi Ibrahim berada di Quds manakala Nabi Lut berada di sebelah timur.


Di dalam peringkat ini jugalah kita mendapati Nabi Ibrahim bermusafir bersama dengan isterinya Sarah ke Mesir dan dihadiahkan seorang jariah yang bernama Hajar sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW. Di peringkat ini jugalah berlakunya peristiwa baginda didatangi oleh malaikat bagi membawa berita gembira tentang kelahiran Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta bencana yang akan menimpa kaum Nabi Lut.

Di peringkat ini jugalah Nabi Ibrahim dikurniakan anak yang pertama iaitu Nabi Ismail yang lahir dari Hajar. Selepas itu, Allah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim membawa kedua-duanya ke tanah Hijjaz lalu ditinggalkan di tanah yang kering kontang tanpa air dan tumbuhan.

Selepas beberapa tahun, Nabi Ibrahim dibenarkan untuk menziarahi kedua-duanya di Tanah Haram di mana ketika itu Nabi Ismail sudahpun meningkat remaja. Di ketika inilah Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya yang kemudiannya digantikan oleh Allah dengan sembelihan yang besar.

Selepas beberapa tahun pula, sekali lagi lagi Nabi Ibrahim ke Tanah Haram untuk mendirikan Kaabah sebagai tempat untuk menyembah Allah yang pertama di muka bumi. Selepas Kaabah selesai didirikan, Nabi Ibrahim menyeru manusia untuk datang menunaikan haji.

Apabila Nabi Ibrahim kembali semula ke Palestin, baginda tinggal di situ sehinggalah diwafatkan oleh Allah SWT.

*tamat*

Kisah di atas hanyalah ringkasan bagi kisah2 nabi Ibrahim dari Al-Quran. Baiklah, sekarang minta semua buka Quran tafsir masing2 dan baca terjemahan ayat2 berikut untuk bayangan dan imaginasi yang lebih jelas. Salin2!

1) surah As-saffat 37:83-113
2) surah Maryam 19:41-50
3) surah al-An'am 6:74-84
4) surah Hud 11:69-76

5) surah Ibrahim 14: 35-41

6) surah al-Anbiya 21:52-73


Bacalah..sesungguhnya tak rugi pun untuk mengenal ciri2 insan yang amat disayangi Allah ni, boleh kita ambil semangat dan ruh dariNya. Siapa tau dengan cara ini dapat menjadikan kita tergolong dikalangan insan2 yang dikasihi Allah juga.Apalah ertinya hidup tanpa cinta Allah.



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

10 yang mahal dan terhad

Dengan nama Allah tuhan bulan Ramadhan dan bulan Zulhijjah.
Selawat salam buat insan terulung 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati sekalian.

JOm!!! XPDC mencari Ilahi.

Ramai yang sedar dan berebut2 mencari keistimewaan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, namun ramaikah yang sedar dan berebut2 mencari keistimewaan 10 hari terawal di bulan zulhijjah ini? Wahai sahabat2 sesungguhnya kini kita berada dalam musim bonus dan diskaun berlipat ganda, perkasakanlah ibadah, teguhkanlah keyakinan. Hidupkan 10 untuk gandaan 1000x1000.

Disini kita bermula, Di syurga kita bersama~

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,

Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Bagi saudara2 muslim yang sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan haji kini, kemanisan Zulhijjah dan musim haji pastinya semakin dirasai. Namun bagi kita2 yang masih belum berkemampuan ini, Zulhijjah tetap Zulhijjah, dimana jua kita berada,Peluang untuk merasai kehangatannya masih ada. Allah sentiasa adil kepada hambanya. I love Allah!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Zulhijjah is coming

Dengan nama Allah yang pemilik syurga dan neraka.
Selawat atas junjungan 'Muhammad bin Abdullah' insan yang bakal membuka pintu syurga.

Sempena meraikan bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah yang bakal menjenguk, sedikit perkongsian untuk semua. Jom, saling ingat-mengingatkan tentang hari-hari Allah.



Peristiwa Sejarah Bulan Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Terengganu.




Posted in | 2 Comments

power of gender

Dengan nama Allah yang maha membentuk rupa manusia sejak dari kandungan lagi...
Salam rindu buat 'Muhammad bin Abdullah', insan teragung serta semua pembaca budiman sekalian.

"Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dengan sebaik2 kejadian" surah at-tin:4


Sekadar berkongsi secebis idea dari isu Pengkid haram yang agak panas akhir2 ini.(-->dah lama jugak cuma baru sempat komen) bacaan lanjut.

Hidup kita sebagai manusia bergelar hamba ini memang seharusnya sentiasa dikembalikan kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat kita, pasti ada hikmah di setiap ciptaannya. Gunakan kelebihan yang kita miliki sebagai perempuan mahupun sebaliknya sehabis2nya untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Lelaki mahupun Perempuan, masing2 punya keistimewaan dan pastinya
tanggungjawab tersendiri.



"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik buat kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik buat kamu.Allah mengetahui. sedang kamu tidak mengetahui" (Surah al-baqarah:216)

Fatwa belum pun diluluskan, baru di peringkat muzakarah. Sudah bermacam2 tentangan yang diterima, Benarlah Islam memang 'pelik' di akhir zaman ini. Walauapa keputusan Majlis Fatwa sekalipun, sememangnya Islam mengharamkan perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.



Kes Lagi parah.

Thailand merupakan salah satu negara Buddha yang menghalalkan 'penukaran jantina'. Dengan menjalani pembedahan plastik dan pengambilan hormon 'wanita', mereka yang dilahirkan sebagai kaum Adam mampu untuk memiliki tubuh badan ideal, dengan wajah jelita setanding malah lebih mempesonakan daripada kaum Hawa yang asli. Syukur, sekurang-kurangnya suara mereka masih belum mampu untuk ditukar. Kalau tidak, kecelaruan identiti yang amat dasyat pasti bakal melanda dunia. Dunia hari ini memang perlu lebih berhati2. Sedangkan Ali Baba yang merupakan saudagar minyak wangi yang rupawan pun rupa2nya seorang penyamun.

Miss Tiffany's Universe Paegent



Taukah anda setiap tahun bertempat di Pattaya, Thailand seorang Ratu Pondan/Makyah Terbaik di dunia akan dipilih daripada 60 peserta yang lain. Bukan calang2, acara gilang-gemilang ini berjaya mendapat perhatian dunia sehingga menjadikan Pattaya sebagai salah satu destinasi percutian 'terhebat' dunia setiap tahun.



klik sini
dan sini jugak untuk maklumat lanjut

Kebanyakkan daripada masalah kecelaruan identiti adalah disebabkan faktor luaran yang mampu dimanipulasikan. Hanya sedikit daripada peratusan golongan ini yang memang telah dilahirkan sebagai lelaki dan wanita pada masa yang sama a.k.a khunsa. Maka, masih punya harapan untuk kita semua mengambil peranan masing2 untuk mengubah pembolehubah dimanipulasi ini.

Sekiranya anda seorang lelaki, sedarlah bahawa anda seorang yang hebat dan mampu mengubah dunia serta punya tanggungjawab yang sangat besar.

Sekiranya anda seorang perempuan, sedarlah bahawa anda seorang yang masih mampu hebat dan mampu melahirkan insan2 yang mampu mengubah dunia serta pastinya juga mempunyai tanggungjawab yang besar.

Sekiranya anda seorang sahabat, bantulah sahabat2 anda mengenal identiti diri mereka yang sebenar. Bantu mereka mencari hikmah disebalik penciptaan mereka mengikut jantina.


Sekiranya anda sebagai ibubapa, didik dan tarbiyah anak2 anda dengan asuhan2 dan layanan2 yang sesuai untuk jantina masing2.

Walau siapa jua anda, selagi kita seorang manusia berakidahkan islam, jom buat sesuatu. Peka dengan penyakit2 umat dan berusaha menjadi doktor terbaik untuk merawat masalah2 ini

"Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka". (Hadis)

kes salah peduli



"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

to mujahidah2ku

Dengan nama Allah yang maha menyihatkan dan mensakitkan..
Selaut kasih buat 'Muhammad bin Abdullah', ikutan setiap manusia zaman berzaman.

Assalamualaikum wbt, wahai mujahidah2 sekalian!Apa khabar iman dan amalan kita hari ini? Semoga kekal subur dalam perjuangan memperbaiki diri menjadi soleh dan musleh pastinya. Baik dan memperbaikkan. Ditarbiyah dan mentarbiyah. Sedar dan menyedarkan. Sihat dan menyihatkan. Gembira dan mengembirakan.

Sekadar nak memberi sedikit kata2 semangat untuk semua mujahidah2 yang sedang membaca..

Do believe this...my dear...

1. Anything Can Happen!

2. Bend, but Don't Break

3. Challange Your Potential

4. Destiny is a Choice

5. Effort Creates Opportunities


6. Follow Your Intuition

7. Hold On To Your Vision

8. Impress Yourself

9. Just Dig a little Deeper

10. Keep knocking at the doors.

11. Learn From Mistakes

12. Motivate with Compassion

13. Nothing Worthwhile Comes Easy.

14. Own a Positive Attitude

15. Problems Hold Messages


16. Question What's not Working

17. Regroup When You Need To

18. Stand Up For Your Principles

19. Unite Perseverance With Resolve

20. Value Knowing When to Walk Away

21. Work Smatter. not Just Harder

22. You can, If You Think You Can


23. Don't Quit!!!

24. Get back Up and Try Again

25. ZzZzzZ, take naps as needed!

Come on Young Musleem... mujahadah linafsi!!!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

tak kenal maka tak benci

Dengan nama Allah pemilik hati2 ...
Selaut salam buat dirindui 'Muhammad bin Abdullah' dan semua yang turut merinduinya...

CONTOH 1

Ruang dalam hati kita ibarat gelas yang kosong....
Boleh diisi dengan SATU sahaja.

Apabila satu gelas yang diisi dengan susu, hanya boleh diisi dengan susu sahaja di dalamnya.
Tak boleh isi dengan minuman lain.
Kalau diisi juga dengan sirap, dah tak jadi sirap! Tak jadi juga susu!, tapi dah jadi air bandung.

Kalau nak juga isi dengan air sirap, perlulah buang dulu semua air susu itu dan baharulah diisi dengan air sirap.



CONTOH 2

Rumah sebagai perlindungan kita dari hujan dan panas.
Kalau nak berlindung dari hujan, tak nak basah dan ditimpa demam serta selesema perlulah masuk betul2 ke dalam rumah. Tak boleh duduk dekat tengah2, antara bawah atap dan tiada atap.



Kalau duduk dekat tengah2 tetap akan kena hujan, basah, demam serta selesema.
Tak nak basah, perlulah masuk ke dalam rumah secara keseluruhannya.

CONTOH 3

Masakan terbaik perlulah yang sedap, lazat, halal dan bersih.
Apabila kita hendak memasak ayam kari yang lazat berkrim,
perlulah menggunakan semua bahan2 yang lengkap dgn teknik2 memasak terbaik,
ditambah dengan air tangan manis, insyaallah lazat hingga menjilat jari.

Tapi kalau kita tambahkan seketul 'tahi cicak' sebagai bahan tambahan, adakah kari ayam akan kekal lazat?



simple tapi susah
jangan gabungkan--haq dan batil--ibadah dan maksiat-- islam dan jahiliyiah

benar tapi still bohong, derma tapi still curi, adil tapi still zalim, dan seterusnya...

"Tak kenal maka tak benci"

kenalilah jahiliyiah2 kita, insyaallah akan membenci. Baru mampu berhenti dan menyesali.

Strength is with none but Allah, (4:139) so if u ask.. ask from Allah!



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | 2 Comments

:: pedulikah kita?::

Dengan nama Allah tuhan yang memiliki dan memberi kuasa...
Selawat atas insan yang menyebabkan islam mampu mempunyai kuasa suatu masa dahulu, 'Muhammad bin Abdullah', serta semua umat islam yang dihormati sekalian...

"Salamun alaykum" para pembaca yang dikasihi sekalian,

Dalam kesibukan hari2 sebagai penuntut ilmu. Peperiksaan berganti peperiksaan. Kadang2 menyebabkan kita sering lupa bahawa masih banyak isu2 dunia umat islam yang masih belum kita kuasai. Isu2 umat islam yang ditindas zaman berzaman. Pastinya isu2 begini tiada dalam silibus pembelajaran kita di universiti, kalau tidak membaca dan mengkaji, sampai bila2 menjadi umat islam yang tidak peka dengan nasib saudara2 seakidahnya.

Sahabat2 muslim yang benar2 disayangi,

Artikel yang sudah agak lama ini saya petik daripada blog ustaz Halim untuk bacaan dan pemahaman sahabat2 berkenaan isu umat Islam di Bosnia Hezergovina. Alang2 dah menjenguk ke blog yang tidak seberapa ni, alangkah gembiranya saya sekiranya dapat membuka mata dan minda semua tentang isu yang semakin dilupa ini. InsyaAllah, huraian ustaz Halim saya kira amat mudah untuk difahami bagi sesiapa yang belum berpeluang memahaminya sebelum ini. Bagi sahabat2 yang punya pengetahuan yang cukup kukuh, sebarang perkongsian adalah dialu2kan. Ummah memerlukan kita, mereka memanggil2 kita... pedulikah kita?

Radovan ke Pengadilan … ala Barat

Dikirim pada oleh inijalanku

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.


  1. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  2. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  3. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  4. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  5. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo yang mencetus idea dianjurkan Malam Airmata Palestin di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

p/s: Terimakasih kerana sudi membaca. Harapnya tidak membaca dengan akal semata tapi hati turut sama menyertai.


Sesiapa yang rasa "apa ni? banyaknya tak faham.." minta maaf. Ya. memang anda tidak akan faham tanpa bacaan dan kajian tambahan. Mengharapkan kepada artikel yang satu ini sahaja untuk menguasai isu ini pastinya tidak cukup. so, please do your homework afterthis k!

TAHU(AKAL) -->SAYANG(HATI) -->BERAMAL(TUBUH BADAN)

Tindakan akan lahir daripada perasaan kasih yang hadir. Perasaan kasih hanya akan hadir apabila punya ilmu dan pengetahuan mendalam tentangnya. Inilah jawapan kepada persoalan mengapa umat islam kini hanya berdiam diri, tidak berbuat apa2 dengan segala sepak terajang yang diterima saudara2nya disana. Sebabnya kita tidak sayang mereka. Mengapa kita tidak sayang mereka? Sebab kita tidak tahu pun segala apa yang berlaku kepada mereka... akibat malas membaca... oohh... umatku!

berminat nak tau lebih lanjut? klik sini


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

::me'train'kan otak::

Dengan nama Allah pemilik segala ilmu dan otak2 manusia
Selaut selawat tidak dilupakan buat insan yang mempunyai otak paling banyak ter'activated', 'Muhammad bin Abdullah dan semua pembaca yang berilmu sekalian...


Train Your Brain: 60 Days to a Better Brain by Ryuta Kawashima



Telah sedia maklum bahawa "latihan membaca" merupakan antara method paling optimal utk melatih cell2 neuron di otak manusia. Satu fakta menarik perlu dikongsikan, menurut kajian terkini professor dari Jepun, Dr Ryuta Kawashima telah membuktikan bahawa 3 aktiviti yang paling meng'activate'kan otak manusia secara efektif ialah:

1)Menyelesaikan masalah matematik yang mudah dengan pantas
2)Membaca dengan suara yang kuat
3)Menulis "penulisan"

Otak manusia sama seperti badan manusia mahupun hati manusia. Ketiga2 daripada mereka memerlukan makanan harian utk kekal hidup, penjagaan dan pemeliharaan rapi agar tahan lama dan pastinya latihan2 utk lebih produktif. Mahasiswa2 islam yang dirahmati Allah, ummah kita memerlukan produk dan perkhidmatan dari otak2 kita yang hebat ini. Berikanlah lebih kasih sayang dan perhatian kepada pembesaran dan kemajuan otak kita, semoga kita semua mampu menjadi insan muslim yang 'berotak besar' + 'berjiwa besar' + 'bertubuh badan besar'.

Training harian si Otak

1. Banyakkan melakukan kira2an yang mudah(--> walaupun pelajar Medik tidak mempunyai subjek Matematik melainkan biostatistik..hihihi)

contoh kira2 yang mudah:
Jawab dengan pantas...

2+24-5+6*7-13+5=
2+3+4+5+6+7+8=

2. Membacalah Al-quran dengan suara yang kuat setiap pagi,digalakkan juga membaca buku akademik dengan kuat. Pembacaan Al-Quran memerlukan ketelitian melatih otot2 mata serta lidah dan pastinya mempraktikkkan teknik pernafasan yang terkawal. Dorongan utk berebut2 menjadi imam solat Subuh, Maghrib dan Isyak.


3. Tulislah diari harian anda. Kajian membuktikan orang2 yang hebat menulis diari. Walaupun tidak mampu menulis blog2 sendiri, sekurang2nya berlatihlah menulis karangan sebulan sekali supaya bakat2 penulisan karangan yang telah terlatih semasa SPM dahulu tidak terkubur.

4. Cabar potensi otak anda. Belajar sesuatu yang baru. Kuasai bahasa baru, libatkan diri dengan hobi2 baru atau "friendly debate" bersama sahabat2. Ini akan membantu kelancaran perjalanan darah ke otak anda dan secara tidak langsung menguatkan ikatan2 synapse antara neuron. Baca dan kaji perkara2 yang rumit, selesaikan Puzzle dan apa2 sahaja yang pelik2 seperti memberus gigi dengan tangan kiri mahupun menyepak bola dengan kaki kiri.

5. Makan sarapan yang sihat setiap hari. Tidak seperti otot, Otak tidak mampu menyimpan tenaganya sendiri.Sekiranya terputus bekalan nutrient ke otak walaupun hanya sekadar 3 minit mampu meruntuhkan sistem yang nampak kukuh ini. Sayangi otak anda , berhentilah makan makanan yang tidak sihat... Say no to air gas!!!

6. Bersenam. Badan sihat, Otak cergas.

7.Tundukkan pandangan kepada perkara2 yang perlu ditunduk. Kemampuan otak utk mengingat mahupun berfikir dengan kreatif dan kreatis akan berkurang apabila terdedah kepada agen2 peluntur yang menghakis.

Otak amanah Allah, sama2lah kita asah kemampuan otak supaya tidak berlaku pembaziran. Sedangkan belakang pisau kalau diasah pastinya tajam.



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | 3 Comments

::motivasi kita::

Aimi Samihah catat sejarah

Daripada Zaharah Othman
bhnews@bharian.com.my



Penuntut Imperial College penerima pertama Anugerah Lonza

LONDON: Pelajar tajaan Petronas, Aimi Samihah Azuhan, 24, mencatat sejarah apabila bukan saja menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia kelas pertama, malah muncul penerima pertama Anugerah Lonza dari Imperial College di sini. (-->sila bersemangat wahai diri...)

Aimi Samihah, menerima Anugerah Lonza, iaitu daripada syarikat farmasi terkenal dunia yang berpangkalan di Switzerland, berikutan prestasi cemerlang dalam projek tahun akhir yang diketuainya mengenai ibuprofen, pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi terkemuka itu di Dewan Royal Albert di sini, Rabu lalu.


Ketika tahun kedua pengajian selama empat tahun di sini, Aimi Samihah menerima Hadiah British Petroleum (BP) kerana keputusan cemerlang dalam kejuruteraan kimia.


"Aimi Samihah menunjukkan prestasi mengagumkan dan kami sangat bangga apabila beliau menjadi penerima pertama anugerah ini," kata Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia Imperial College, Profesor Andrew Livingston. (-->nak tumpang berbangga sebagai umat islam)

Detik bersejarah Aimi Samihah menerima ijazah kelas pertama dan anugerah itu turut disaksikan anggota keluarganya dari Malaysia, iaaitu, ibu bapanya, Azuhan Mohamed, 50, dan Salmiah Salleh, 46, serta adik lelakinya Adilin Syahmi, 14. Turut hadir datuk dan neneknya, Salleh Ali, 72, dan Mariam Yusof, 69. (-->sungguh terharu!!!... oh,ibu!..oh ayah!)

Ketika ditemui, Aimi Samihah berbangga sebagai anak Melayu dan mendapat tajaan Petronas, menerima ijazah kelas pertama dan menerima anugerah berprestij itu. (Alhamdulillah... sesungguhnya segala kejayaan dariNya)


"Saya sangat terhutang budi kepada ibu saya yang sentiasa menjadi pendorong, manakala ayah adalah sumber ilham kerana dia juga seorang jurutera," katanya.
(-->inteligent is inherited from the mother? isnt it??)

Azuhan pula berkata, anaknya mempunyai sikap tidak akan berpuas hati selagi tidak mendapat A atau markah 100 peratus yang menyebabkannya bekerja keras untuk mencapai keputusan terbaik dalam pengajian. (-->Ooh...diri...silalah jangan manja, please!)

"Ketika saya mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Birmingham, Aimi Samihah bersekolah di sana dan pernah mendapat anugerah saintis muda," katanya,

Beliau juga memuji Petronas kerana memberi sokongan dan bimbingan kepada pemegang biasiswa yang belajar di sini. (terimakasih JPA atas segala sokongan dan bantuan anda!)

"Sebagai bapa, saya tidak bimbang melepaskan anak saya belajar di luar negara. Tempat tinggal selesa dan pembiayaan Petronas membolehkan pelajar menumpu perhatian terhadap pengajian," katanya. (mom..dad.. u dont have to wory k... i'm truely fine..)


Ya Allah, rahmatilah kami dengan ilmu yang bermanfaat, berkatilah usaha kami serta semua penuntut2 ilmu, jadikanlah kami "alat kerahmatan" mu dan tunjukkanlah kami ke jalanMu yang lurus.... Ameen....


"Dari Allah, Kepada Allah, Untuk Allah"

Posted in | 1 Comment

::Perang kita::

Dengan nama Allah tuhan masa sibuk dan masa lapang...
Selaut salam dan selawat ke atas insan paling sibuk tetapi masih sempat bertahajud sampai bengkak2 kaki 'Muhammad bin Abdullah' serta semua mereka2 yang sibuk dengan urusan dunia sementara ni, harapnya sibuk juga dengan urusan akhirat yang hakiki...

Hasil muhasabah setiap hari saya sentiasa merasakan bahawa saya tidak punya cukup waktu setiap hari. Banyak perkara perlu diselesaikan tetapi masa yang ada terlalu sedikit. Kalau nak diberi analogi samalah seperti menjawab 200 soalan Pathology dalam masa kurang 1 jam. Benar2 memerlukan teknik pengurusan waktu yang amat bijak, ciri2 individu muslim wajib ada wahai diri... sila perlengkapkannya... Sentiasa saya terfikir macamanalah Rasulullah dan semua orang yang hebat menggunakan masa 24jam mereka. Masa yang sama sahaja diberikan kepada saya ini. Adakah saya punya masa kurang dari 24jam dalam sehari? Pelik tetapi saya suka mengada2 berfikir begitu utk menutup kelemahan diri dalam menguruskan masa sendiri... Doakan saya sahabat2... saya perlu berubah, perlu lebih bijak memanipulasikan masa kerana ummah memerlukan saya utk berkhidmat kepada mereka. Ummah dan masyarakat kita memerlukan kita semua wahai pemuda islam... pemuda2 yang kuat dan bijak menguruskan masanya, bukan pemuda2 yang manja... Ya Allah, bantulah kami semua!!!



Sekadar pendahuluan ala2 luahan hati,sekarang kita masuk kepada isi utama hari ini. Semalam2 ketika sedang mengulang si jantung hati a.k.a manual hidup saya, tibalah saya kepada ayat berikut.

" Dan apabila engkau Muhammad berada di tengah2 mereka (sahabat2) lalu engkau hendak melaksanakan solat bersama2 mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata mereka, kemudian apabila mereka(yang solat besertamu) sujud(telah menyempurnakan satu rakaat) maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang segolongan yang lain yang belum solat, lalu mereka solat denganmu, dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata mereka. Orang2 kafir ingin agar kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu sekaligus. Dan tidak mengapa kamu meletakkan senjata2mu, jika kamu mendapat suatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu sakit, dan bersiap sedialah kamu. Sungguh Allah telah menyediakan acab yang menghinakan bagi orang2 yang kafir"
(an-nisa' 4:102)

Ayat ni merupakan dalil untuk solat Khauf ia3ni solat ketika perang a.k.a waktu tidak aman/ kucar-kacir/ darurat/ dan sewaktu dengannya. Saya tidak punya ilmu yang thiqah utk membincangkannya dari sudut cara2 pelaksanaan mahupun hukum-hakamnya. Perlu rujuk ahli fiqh utk itu. Namun saya punya perspektif dan kata2 hati sendiri yang datang melintas apabila membaca ayat ini. Ya, semua orang yang membaca Quran dengan hati terbuka insyaallah mampu utk berfikir tentang makna2 ttersirat serta tersurat ayat2 tersebut tidak kira dari sudut apa sekalipun.

Bak Kata2 Ulama' " Kebenaran itu satu sahaja, tetapi cara melihatnya pelbagai". Inilah mukjizat al-Quran, sesiapa sahaja mampu untuk membaca dan memahaminya tidak kisahlah siapa anda!!! Anda seorang kanak2... anda seorang non-muslim... anda pelajar gagal UPSR, anda seorang professor... insyaallah anda mampu untuk memahami ayat2 Al-quran apabila anda cuba memahaminya dengan hati bukan akal semata... so, please do read Quran and try to understand it with ur heart~(merayu)

Solat sunat Khauf
Cara sembahyang Rasullullah berbeza-beza mengikut riwayat.Sebahagian ahli hadis meriwayatkan tiga cara dan yang lain sepuluh cara dan ada pula yang meriwayatkan enam belas cara , bahkan ada yang meriwayatkan dua puluh empat caranya.

Semua perbezaan itu mungkin telah di kerjakan oleh Rasullullah s.a.w. kerana berbeza keadaan di waktu-waktu itu , tetapi yang penting ialah sembahyang wajib di kerjakan sebaik mungkin dan penjagaan serta perlawanan terhadap musuh tidak di-lalaikan atau di sia-siakan.

Sila rujuk tafsir masing2 dan bertanya kepada ustaz2 yang thiqah untuk mengetahui kaifiat2 a.k.a cara2 pelaksanaan solat ini... Jangan malas!!! pemuda islam perlu rajen ok...

Apabila membaca ayat berkenaan solat sunat khauf ini, antara perkara2 yang difikirkan oleh otak saya hasil penghantaran impuls2 antara neuron2 ialah:

1) Solat sangat2 penting!!! Wahai umat islam yang amat2 dikasihi, apakah cara lain yang perlu dilakukan untuk menyedarkan kita semua tentang kepentingan solat(yang khusyuk) ni???? (jerit sampai bergegar bilik) Macam2 kelonggaran yang dikurniakan Allah untuk kita kekal fleksibel melaksanakan solat, ada solat jamak, qasar, rukhsah tayammum... solat ketika perang, solat baring, duduk, kelip2 mata... sehinggakan Allah telah menyucikan mana2 bahgian bumi semata2 untuk manusia sujud bersolat menyembahnya...ooo.. Ya Allah, jadikanlah solat kami solat orang2 yang solat dan paling penting Ya Allah, bantulah agar kami sentiasa kekal tergolong dalam orang yang solat khusyuk dan sentiasa memperbaiki solat hari ke hari...



2) Hebatnya umat islam hasil tarbiyah nabawi... masih kekal menjaga solat malah secara berjemaah walaupun dalam keadaan di ambang maut. Bagaimana dengan kita, umat islam zaman ini?... persoalan yang hanya mampu dijawap oleh diri sendiri...

Mengambil kata2 As-syahid Muhammad at-Tahir
" Islam itu hebat, tidak memikulnya kecuali orang yang hebat, maka jadilah kamu orang yang hebat itu!

3) Perang memang selalu berlaku diantara umat islam dan kuffar,dan pastinya sedang berlaku dan akan kekal berlaku sehingga ke hari kiamat. Buktinya, Allah turunkan ayat ini, memberitahu cara2 pelaksanaan solat supaya dapat dipraktikkan oleh umat islam zaman berzaman.



Pengalaman berperang
Mengimbau program2 yang memenuhi jadual semasa di Darul Quran (DQ) dulu, satu aktiviti yang paling menyentuh seluruh organ dalaman saya adalah "perang2!!!"

Objektif: aktiviti ini adalah supaya seluruh huffaz2 dapat merasai dan menghayati perasaan sebenar umat islam yang sedang berperang.

Pelaksanaan: Seluruh akhawat seramai lebih kurang 70 orang dibahagikan kepada 2 kumpulan
KUMPULAN 1- tentera islam yang berperang di jalan Allah
KUMPULAN 2- tentera kuffar yang berperang di jalan Taghut

setiap kumpulan mempunyai moto yang akan sentiasa dilaungkan sebagai pembangkit semangat dan visi masing2 yang perlu dicapai sedaya mungkin.

Moto dan visi
KUMPULAN 1
-Allahu Akbar!!!
1)perlulah memperjuang menegakkan kalimah syahadah yang dilafazkan.
2)perlulah pilih 10 orang dikalangan muslimin yang merupakan ulama' yang perlu diselamatkan
daripada dibunuh golongan kuffar.
3) jatuhkan panji tentera kuffar (setiap kump. akan melantik seorang yang paling kuat utk memegang bendera tentera masing2...)


Kumpulan 2
- Go..go Kuffar!!! (tak dapat pilih moto yang lagi best sebb tak dapat nak menyelami sangat perasaan mereka nak hancurkan islam..)
1) musnahkan islam, bunuh semua orang islam dan buktikan kekuatan kuffar
2)bunuh ulama islam dulu sbb merekalah punca kekuatan mereka.
3) jatuhkan panji tentera islam

Langkah berjaga2:
1) semua peserta dikehendaki mengenepikan semua alat2 elektronik seperti jam tangan, telefon bimbit, cermin mata dan segala sesuatu yang boleh membahayakan diri.
2) lokasi aktiviti dijalankan di dalam dewan yang luas dan kosong supaya kecederaan dapat diminimumkan.

Perasaan yang mahal
satu.dua.tiga... boooomm!!!
Dengan strategi peperangan yang telah dirancang oleh kumpulan masing2. Perang yang sebenar bermula... kami benar2 berperang dengan seriusnya...

Bagi tentera islam, kami merancang untuk lebih kepada "pertahanan" tanpa menyerang. Kubu pertahanan dibina, satu di barisan hadapan dan satu lagi di barisan belakang khas untuk melindungi ulama' yang memangnya dikejar2 oleh pihak kuffar.
Bagi tentera kuffar, strategi yang digunakan hanyalah "bunuh semua umat islam!"


Masih segar di ingatan saya bagaimana kami saling berempuhan. It's was so real. Perang terpaksa ditamatkan oleh pihak penganjur apabila keadaan menjadi amat tidak terkawal dan pastinya ramai yang pulang dengan bukan setakat lebam, bengkak, berdarah, seorang sahabat saya telah diserang lelah, sesak nafas dihimpit ketika sedang berperang. Namun, segala kecederaan fizikal yang dirasai amat berbaloi jika dibandingkan dengan perasaan seorang mujahid islam yang sedang berperang yang dapat kami benar2 selami... Fuh!!! sampai sekarang saya masih terkesan dengannya.

Mimpi? adakah sekadar ilusi...
Akhir2 ini mungkin akibat terlalu banyak membaca berkenaan isu Palestin menyebabkan tidur malam saya diiringi dengan mimpi2 peperangan. Saya menjadi mangsa si YAHUDI laknatullah, saya tidak pasti saya seorang rakyat Palestin atau masih seorang rakyat Malaysia yang pasti saya seorang muslim. Zionis yang kejam, tidakberperikemanusiaan. Benci...BENCI... BENCI ZIONIS...



Konklusinya, pemuda2 islam jom sama2lah kita lebih serius mendalami isu ini dengan lebih mendalam sgt2 mendalam, dan sentiasa mendoakan umat2 Islam yang sedang berjihad di Palestin sana. Kita seharusnya berterimakasih dan sentiasa menyokong saudara2 kita di sana, kerana mereka sanggup mempertaruhkan segalanya demi tanah Islam milik kita semua, tanpa mereka kitalah seharusnya turun padang. Kemenangan islam itu semakin pasti... saya positif!!!




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.