Dengan nama Allah yang menciptakan segala2nya berpasang2an
Seluas bumi kasih dihulurkan, selawat dan doa dipanjatkan buat ‘Muhammad bin Abdullah’ insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis2nya.
Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan secebis cetusan moga dapat difikir2 dan direnung2 semua.
Isu perkahwinan semasa belajar sentiasa mendapat tempat dalam list2 cerita untuk dibualkan oleh pelajar luar negara khususnya. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita. Teringatkan reaksi akhawat2 yang bermacam2 apabila isu ini dibincangkan menyebabkan saya tergelak keseorangan. Sehinggakan tajuk “perkahwinan semasa belajar” menjadi ura2 cadangan hangat untuk diperbahaskan dalam piala Debat ala Parlimen yang bakal diadakan awal tahun nanti. Masing2 sudah siap dengan hujah dan izin laluan masing2. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati2 agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.
Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan2 lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat2 yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar2 bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu2 muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi. Suka untuk saya bawa semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran untuk dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman. Contoh ibu dan isteri terbaik dari al-Quran.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.
“(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata “Ya tuhanku,sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa(janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui”
Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sgt suci sengaja diceritakan di dlm al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar2 menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya. Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya kehuluhilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang2nya. Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar2 hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.
Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Rujuk kisah penuh disini.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?
Wahai diri sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie… ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurang2nya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu2 agama dan ilmu2 tajwid untuk diajarkan kepada anak2 nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.
Macamana ingin berkahwin kalau tak habis hafaz 30 juzuk Al-Quran lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang2 tak mampu melahirkan anak2 umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang2 tak mampu melahirkan anak2 yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.
“Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata”
Pra-perkahwinan
Buat sahabat2 luar negaraku sekalian, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman2 serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar2 memikul tanggungjawab yang asli.
Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman2 serumah walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita2 teman2 serumah dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman2 serumah.
Dan latihlah diri dengan macam2 lagi.(especially buat mereka2 yang duduk berdua sahaja tu! )Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua.
p/s:Khas buat teman rumahku yang disayangi, sesungguhnya Allah memberikan kita peluang terbaik hidup berdikari di Jordan ini sebagai salah satu proses tarbiyah diri menjadi isteri dan ibu yang baik pada masa hadapan. Saya mendoakan kamu bahagia dunia akhirat dan mendapat teman hidup dan keturunan yang soleh dan musleh. Sayang kamu!
Isteri dan suami yang baik adalah nikmat dari Allah, begitu juga teman/ sahabat2 yang baik. Terima kasih sahabat2. You all are the best!
“Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah”
Post a Comment