Dia bukan seorang aktivis politikus. Bukan juga seorang penganalisis politikus. Namun pengalaman intikobat [pilihanraya kampus] nya tahun ni amat menjentik. Umpama peniupan ruh baru dalam kenangan senarai pilihanraya hidupnya.
Berita semasa perjuangan mahasiswa Malaysia mahupun politik antarabangsa memang kerap dia ikuti walaupun bukan minatnya. Sekadar cakna buat bekalan hujah dan rasional.
Seputar pengetahuannya tentang isu demokrasi yang sibuk2 diperjuangkan kuasa dunia si tempang Amerika, peratusan kebersihan pilihanraya dunia-dunia Islam memang menjuarai tangga tercorot. Lihat sahaja negara Mesir mahupun Malaysia. Kepincangan jelas tersuluh, teknik keji penuh taktik boleh menjadi hujah menembak pihak SPR lantas tema keadilan bangkit menjadi taruhan.
Ah! Bukan ini yang hendak diperpanjangkan di sini.
Ada perkara lain yang menjadi awan kerisauannya saat ini. Perkara besar yang asyik mengasak-asak fikirannya lewat kini. Entah patut atau tidak. Buntu jua dia. Mungkin kamu boleh bantu dia.
Setahu dia pilihanraya terbersih dalam statistik dunia adalah pada tanggal 25 Januari 2006. Ya! pilihanraya yang mengemparkan seisi dunia. Keputusan yang amat tidak disangka menjadi titik perhatian dan tangga perubahan kepada sebuah ummah penuh pengharapan.
Memang mengkagumkan. Siapa sangka HAMAS akan memenangi Pilihanraya Legislatif Palestin tahun itu? Terbukti sungguh rakyat sudah muak dengan perjuangan golongan nasionalis sekular terajuan PLO dan FATAH yang menjual hak rakyat dengan bersekongkol dengan pihak musuh. Kemenangan ini menjadi tanda perjuangan rakyat Palestin memasuki satu fasa baru.
Pengiktirafan ketidakhadiran sebarang unsur kotor dengan peratus rakyat turun mengundi yang tinggi dalam pilihanraya ini membuktikan HAMAS adalah suara sebenar majoriti rakyat. Namun ternyata membelakangkan prinsip demokrasi yang awalnya diperjuangkan, Amerika telah bertindak samseng menekan dan mengancam HAMAS selaku wakil yang sah.
Bermula dengan ugutan meninggalkan penentangan bersenjata [baca:intifadah] dan mengiktiraf Israel dengan meneruskan usaha perdamaian seperti kerajaan lalu, ancaman dan sekatan semakin diperhebat. Prasyarat gila yang pastinya tidak dipersetujui HAMAS ini akhirnya menjadi sebab bermulanya era pemulauan dan penindasan terbesar kepada seluruh rakyat Palestin.
Bagi menggagalkan pertubuhan 'pengganas' yang dilabelkan oleh Amerika kepada HAMAS, sekatan ekonomi secara massive dengan kepungan antarabangsa yang berlanjutan selama beberapa bulan benar-benar menjerut rakyat Palestin.
Mana-mana negara mahupun individu yang melanggar peraturan Amerika dengan membantu pertubuhan pengganas ini seolah-olah mendedahkan diri kepada tindakan butanya. Dan amaran ini benar berjaya memencilkan Palestin dari sudut ekonomi termasuklah dari jiran-jiran negara Arab yang tunduk menikus pada polis dunia ini.
Bagi Amerika, Inilah harganya yang perlu dibayar oleh rakyat Palestin kerana memilih parti yang 'salah'.
Kisah ini hanya mukadimah, masih banyak siri kekejaman terhadap rakyat Palestin yang disorokkan media Barat dari saat itu sehingga kini. Mujur ada PACE dan Palestinkini.
Ini salah satu kisah tragis pasca-pilihanraya.
Kamu nampakkah kaitannya?
POINT UTAMA: KITA DAN MEREKA
Apa yang dia risaukan kini ialah harga yang mungkin perlu dibayar oleh rakyat Malaysia universitinya kalau mereka memilih parti yang 'salah'.
Dia rasa apa-apa boleh berlaku dalam dunia jajahan musuh zaman ini. Nama sahaja negara Islam, tapi bukan dia tak tahu muka sebenar pemimpin negara jiran Palestin ini.
Bagi dia langkah berhati-hati perlu diambil oleh semua. Demi kemaslahatan lebih besar dia galakkan sahabat2nya memamerkan reaksi2 neutral dengan muka poyo tak tahu apa-apa selepas ini. Elakkan mem'bocorkan' rahsia undi [baca:sokongan] anda mahupun kawan anda kepada mana-mana manusia Arab mahupun Malizi. Bukankah undi kita sentiasa rahsia?
Berdasarkan rekod 'baik' umat Malaysia yang memberontak memperjuangkan keadilan dalam pilihanraya khamis lepas, entah ada harapan lagikah untuk kita ni mengundi lagi tahun hadapan?
Dia kira, Keberanian dan aggresifnya mahasiswa Malaysia hari itu amat memeranjatkan Arab2 di jameah. Bertukar 180 darjah dengan watak-watak dalam dewan kuliah.
Jangan sampai berlaku kes seperti di Mesir sudah.
Bak kata orang dulu2, Senyap bukan semata-mata tanda takut.
Kemaslahatan jangka masa jauh itu memang lebih utama.
RISAU JUGA
Ermm.. Dia ada kerisauan lain juga.
Intifadah ketiga di Palestin sudah bermula. Baca sini. Dunia memang sakit. Dia juga sakit. Mari Sama-sama kita doakan mereka.
*Rujukan: Dalang di Palestin... Hamas atau Israel? Oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
7 Responses to pasca-intikhobat
sedih cukup sedih..
politik kotor punca tangan-tangan kotor mencalar balarkan politik yang seharusnya jadi satu yang bersih...
islam tetap akan menang satu hari nnt..jgn kita tanya bila ia akan tiba..Ini janji Allah..yang penting tanyakan apakah sumbangan kita untk mencapai kemenangan itu..
jazakillah izz..;lama rasa tak borak2..rindu kat iz..take care dear..salam
Assalamualaikum..
Tengkiu sangat2 Iezz.. Hehe.. Kami dah agak dah tu jawapannye kerana nampak Iezz dgn semangat (mmg sentiasa semangat) membelek2 buku "Dalang di Palestin.." tu dgn khusyuk semalam. =)
Tula, kerisauan mu, kerisauan ku juga..
Kami risau tahun depan Malaysian's hilang hak mengundi di universiti sendiri, walhal yuran yg dibayar adalah berkali ganda lebih mahal dari penduduk setempat..
Tapi, InsyaAllah
"wa makaru, wa makaraAllah, wallahu khoirul maakiriin"..
p.s : Terima kasih again.
to maUt,
ye. anda benar! dan sy pun rindu akak juga. bila mahu masak utk sy? :p
to aleen,
hoho.. perasan pula kamu ye. berminat nak pinjam? baca la its really worth it. [lepas kamu abis buku kamu tu la..kuikui..]
lupa nak ucap. tahniah dengan hobi baru! kami ahli2 kelab membaca mengalu2kan anda..haha
btw, air mata yg mengharukan. benar sungguh manusia itu punya perspektif berbeza. tenkiu juga to aleen matang^^,
salam dik..ateh dtg brkunjung..
nak contact scara privately dgn adik boleh..
rindunya ya Allah...terasa dah lama sgt kita tak bersua, brbicara, saling mnginzarkan..
uhibbuki fillah ya ukhti..
salam dik..ateh dtg brkunjung..
nak contact scara privately dgn adik boleh..
rindunya ya Allah...terasa dah lama sgt kita tak bersua, brbicara, saling mnginzarkan..
uhibbuki fillah ya ukhti..
salam dik..ateh dtg brkunjung..
nak contact scara privately dgn adik boleh..
rindunya ya Allah...terasa dah lama sgt kita tak bersua, brbicara, saling mnginzarkan..
uhibbuki fillah ya ukhti..
salam dear izz :)
nanti if ada kesempatan, mahu juga berbicara soal ini dengan kamu ya! sebabnya di Mu'tah suasana intikh0batnya sangat2 berbeza
untuk kamu :
http://sinarhati.wordpress.com/2010/02/17/123-ardul-kinanah/
Post a Comment