Dengan nama Allah tuhan semua lapisan manusia.
Selaut salam buat Muhammad b Abdullah, promoter Jenama Islam terhebat serta semua yang sayang padaNya.
Usai jalan-jalan maya ke blog sahabat2nya. Amboi! Semua pakat tulis tentang bahan bacaan terbaru. Ini disiplin orang yang hebat. Apabila aktiviti membaca itu sudah naik taraf menjadi kewajipan. Tanpa dikerah, ia bergerak bagaikan fisiologi badan. Ini bezanya taraf kewajipan dan keperluan. Membaca kerana diri merasakan perlu untuk membaca. Sepertimana manusia pergi ke tandas apabila rasa perlu untuk ke tandas.
Suka dengan kaedah keempat yang digariskan oleh Miswan Thahadi dalam bukunya "Quantum Dakwah dan Tarbiyah".
"Membaca dengan menulis"
Dengan menulis, manusia akan membaca. Kerana orang yang tidak punya sesuatu, tidak mampu memberi sesuatu.
Alang-alang memanaskan isu, sedikit perkongsian ringkas tentang bacaan terbarunya, "Proses Revolusi Islam" oleh Sayyid Abul Ala Al-Maududi. Syarahan beliau yang disampaikan di Universiti Islam Aligarh, India 70 Tahun lalu kini ditaip semula buat rujukan generasi kini.
Antara point menarik yang menarik untuk dibangkitkan adalah tentang manusia emas tulen. Tahukah kamu siapakah golongan manusia ini?
Merekalah manusia penunjuk jalan yang benar2 yakin [baca: beriman] dan masuk secara kaffah ke dalam ideologi Islam yang dibawa. Dengan berlatar belakangkan intelek, mereka membuktikan kekuatan akhlak dan kejujuran asli disaat kecemasan tanpa menyorok melarikan diri. Setiap kali diuji mereka muncul selaku emas tulen yang bersih tanpa terkandung mana-mana unsur lain. Hanya ideologi Islam yang hakiki. Setiap saat berdampingan, mereka menjadi tauladan kata-kata mahupun perbuatan mengikut ideologi yang diikutinya.
Memang mengkagumkan! Dengan insan seberupa ini, barulah revolusi dalam dunia Islam kini mampu dibina. Berbekalkan kuasa magnet yang kuat, pengaruh dari manusia mentaliti tahap rendah mahupun mereka yang berpaksikan tipu helah mampu disesarkan.
Mahu kembalikan nama baik Islam?
Mahu kembali memerintah dunia?
Tidak boleh tidak. Kita perlu menjadi Manusia "emas tulen" itu dahulu.
Ya! Mari bersama islah diri.
Islam adalah satu pergerakan untuk membina struktur masyarakat manusia di atas konsep kedaulatan Ketuhanan. Pergerakan semacam ini tidak boleh tidak mengikuti corak yang sedia ada dalam sejarah. Siapa lagi kalau bukan daripada sirah pemuda2 bergelar utusan Allah [baca: nabi]. Menganalisa kisah perjuangan mereka dan mengabstrak keluar intipati perjuangan dan langkah yang digunakan untuk mencapai matlamat ideologi Islam pastinya menjadi kewajipan bagi mereka yang ingin mendukung fikrah Islam ini.
Tidak boleh tidak perlu kaji sirah!
Bagaimana?
Tidak boleh tidak. perlu dimulakan dengan membaca.
Terbit matahari esok pagi, pilihanraya universitinya bakal berlangsung. Dia boleh memilih untuk buat biasa-biasa. Tapi alang-alang dia tulis sahaja.
Pilihan di tangan kita. Undi anda adalah sentiasa rahsia. Buatlah keputusan sebaiknya.
Membacalah sebelum membuat keputusan. tekan sini.
kerana cara yang digunakan untuk mendapat sesuatu kesimpulan akan memberi kesan kepada keputusan yang dilahirkan. ^^,
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
6 Responses to membaca sebelum mengundi
"kerana cara yang digunakan untuk mendapat sesuatu kesimpulan akan memberi kesan kepada keputusan yang dilahirkan"
pheww, tiada argummentasi..
phrase last ni sgt tepat!!
membaca & berfikir sblm bertindak.. selain kreatif dgn sekeliling memberikan impak besar kpd hidup masa kini.
intikhobat td sgt adventerous~uh
ape2 pun,
الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
=)
kak iz.. very inspiring entry
about 'membaca dengan menulis'
sebelum ni... asyik dgr org cakap
tapi... tak tahu pulak itu kata2 org yg hebat!!!
syukran...
semoga istiqamah membaca dan menulis
doakan kite juga
to ayyash..
yup!pokok yang tumbuh bergantung kpd benih yang ditanam.
to ainshams
moga kita mampu melakukannya sntiasa.
to um,
haha.. memang amat. ku terasa spt pejuang keadilan negara pula. langkah brhati2 perlu lebih diambil susulan ini.
to n.a.k,
ya. kepada kejayaan kita bersama. Ameen!
izz, i'm otw bt entry sal input2 RAPS..sabar ek..sbb tgh dlm proses nk dpt kan slides dr..takut salah input..bahayeeee
Post a Comment