hak ilmu kamu

Sayup berkumandang suara azan, menandakan terbenamnya matahari. Gabungan ton warna oren dan merah, dicarik2 garisan hitam di langit kelihatannya amat mendamaikan. Bebas fikirannya berterbangan. Sambil menunggu saff jemaah berbaris, memerhatikan alam dari jendela itu, dia bermuhasabah perilaku dan akhlak peribadinya. Sesekali, bibir memuntahkan kalimah istighfar. Kesal sungguh dengan mutabaah diri yang semakin merumdum. Entah bila mahu kembali berlari.



Pintu terkuak, Muncul kelibat wanita yang amat dihormati itu. Lantas cepat2 dia menuju ke barisan saff, menghamparkan sejadah, tegak berdiri tanda sudah bersedia. Pandangannya dilontarkan ke sekeliling. Sahabatnya, anak pakcik Dahalan itu mula sengih2. Apakah? Dia buat2 tidak faham. Wajah apathy ala2 Parkinson sudah.


"Siapa nak jadi imam ni. Silakan" Kali kedua tawaran syeikhah tidak bersahut. Masing2 mula cuak kentang. Gulp!


Sempat dia imbas kembali minit2 sebelumnya, saat dia mendengarkan bacaan hafazannya kepada syeikhah. Minggu lepas puas sudah ditegur dengan kesalahan muroqoqoh dan mufakhamahnya. Minggu ini ada sedikit peningkatan, sedikit rasa confident bertiup dalam dirinya.

Namun... Bermakmumkan syeikhah? Ooh.. tidak!


Tolak punya tolak. Tarik punya tarik. Memang nasib badan. Hari kamu la hari ini.. wahai cik munawarah! Jangan risau giliran kamu pasti tiba jua. Sempat pula berdoa yang busuk. Ceh!


Puas dia mentajdid niat semata2 untuk Rabb sahaja. Risau juga kecuakan dia bermakmumkan syeikhah tasmi lebih menguasai diri berbanding ketakutan menghadap penciptanya. Berusaha untuk fokus dan khusyuk.


"Allahu akbar!" Lafaz takbir diangkat.


Dengan hati yang mula tenang dan masuk ke dalam ruh solat, dia memperdengarkan bacaan Al-Fatihahnya seperti biasa. Aura 'tujuh yang berulang2' yang dibaca terasa mula menyerap ke seluruh jasadinya. Lafaz mukjizat yang penuh misteri ini terus mencengkam kalbu sehingga terlupa sebentar perasaan cuak dengan makmum disebelahnya.


Sengaja dipilihnya surah juzu amma sahaja untuk surah pilihan. Memandangkan bilangan yang belum mentasmi hafazan sudah beratur, menunggu saat kami usai solat sahaja. Lebih baik dipersingkatkan.


Ternyata memang susah benar untuk khusyuk dalam solatnya kali itu. Mana tidaknya? Sedangkan untuk tasmi hafazan setiap khamis pun sudah menghantui sepanjang minggunya. Lidah yang keras itu perlu dilembutkan dengan latihan demi latihan. Sanad bacaan Al-Quran yang diidamkan langsung sudah tidak dicakna. Melihat prestasi tajwid lidahnya, bacaan tartil yang itqan dan sempurna itu lebih didamba kini. Perlu lebih mujahadah nampaknya. Doa dari sahabat2 semua amat didambakan.


***********************


Suara syeikhah membetulkan bacaannya kedengaran seperti alarm mengejutkannya dari tidur.

Aiseyman~

Sedikit kecewa dengan diri disitu. Juzu' amma pun boleh kantoi. Kesalahan makhraj huruf yang tidak disengajakan. Ketika tasmi surah panjang lidahnya amat teliti dengan makhraj, namun dalam juzu amma yang konon kacang ini dia jadi kurang cakna. Al-maklumlah membesar dengan makhraj yang salah, bila dah tua2 ni liat lidah ini perlukan lebih masa dan latihan. oh!

Naseb baik Al-fatihah tak kantoi.


**********************


Soalan cepuperak syeikhah sebelum dia pulang seperti tusukan di jantungnya. Peringatan yang amat berat. Dan pengajaran utama dari kisah ini.


"Ezzah, kamu tahukan ilmu al-Quran dan tajwid itu bukan semata2 ketika kamu sedang tasmi kepada saya sahaja tetapi untuk diamalkan setiap masa. Lebih2 lagi dalam solat kamu"

Oh! Terkesima dia sebentar.


Pasti sahaja dia tahu. Jawabnya dibibir mahupun dihati. Memang dia sedang memperbaiki diri dan berusaha mengamalikan teori tajweednya. Cuma kadang2 dia lupa niat asalnya.


Pulang dia malam itu dengan sayup2 gema suara syeikhah terngiang. Kembali muhasabah.. dan muhasabah diri.




Ya! Ilmu memang dipelajari untuk diamalkan. Apa2 ilmu jua. Ilmu medik, ilmu dakwah, ilmu fiqh mahupun ilmu tajweednya. Tiba-tiba dia rasa takut dan berat. Tanggungjawab ilmu yang dipelajarinya adalah amanah dari Allah. Amanah besar yang perlu serius digalas. Dia sedar masih banyak hak2 ilmu yang belum ditunaikannya. Bagaimanakah?


Oh.. Ya Allah!



p/s:
apathy: lack of emotion or feeling
Parkinson's disease: degenerative disorder of the Central Nervous System that often impairs the sufferer's motor skills and speech, as well as other functions.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

8 Responses to hak ilmu kamu

tepianmuara said...

Salam kak,

Suka penggunaan 'dia' yang akak guna dalam bercerita.

terasa lebih hidup pula.

ayyash said...

salam alaik..

erm..layout bru kemas dan cantik..
sedap mata memandang..
cbox dh hilang?

bittaufeq juga utk cns!!

MaUt said...

salam iz..takde lobang2 kotak penyampai massejaat aka chatter box ke ?ehe..akak tercari-cari..

nak wish gud luck in up-coming exam otak2 ..study rajin2..moga Allah mudahkan segalanya..all d best! bittawfeq wannajah ^_^

Sharifah Syahirah TSM said...

salam adik izz yg ku rindui =P
hehe.
sy dh dpt dah.
yg skali dgn coklat dr akhawat jordan tu.
dh habis pun coklatnya kami kerjakan time meeting.
thanx!

'Ezzah Al-Islam said...

to tepianmuara,

waalaikumsalam adek.

oo..ye? ok, boleh guna selalu gini. terimakasih untuk komen ^^,

p/s: nampak gaya watak 'dia' akan lebih kerap muncul.


to ayyash.

ok cun. malas nak tukar dah. cbox dihilangkan buat smntara waktu. cuti bersalin. kuikui..

sebarang urusan bleh direct ke ruang komen ye. huhu.. sekian, dimaklumkan.

to MaUt,

kotak tu cuti bersalin. bagi ruang jab [padahal malas nak letak]

tq sis.. kamu juga.. bitaufeeq selalu ya.. moga semua score CNS kali ni.. Ameen...

'Ezzah Al-Islam said...

to chep,

hoho.. alhmdulillah received! tanda ingatan dr kami sister jordan utk kamu semua ^^,

FabulouswithAs said...

izz...ala shoutbox hilang plak..layout latest sgt sesuai..hehe=)bettawfeq..dah free nanti kol akk cepat2...

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.