Tajam pandangannya merenung kelibat lelaki tua berkot putih itu. Mahu fokus. Cuba memaksimakan kehadiran hati dan seluruh jasadinya ke dalam dewan Science Hall 2 yang kelam kuning itu. Tiap butir lafaz perkataan lelaki itu cuba dikutip. Kena sabar. Walau kedengaran laju mengalir, pelat dialek Arab-English beliau sedikit melatih kemahiran softskill mendengarnya.
Sistem kali ini agak mencabar. Central Nervous System (CNS). Bulan ini fokusnya pada otak yang Agung kedudukannya.. nun paling tinggi di atas. Organ kecil berlipat-lipat yang berperanan selaku 'Perdana Menteri' dalam diri manusia [baca: khalifah Allah] itu diperhatikan. Inilah dia, sekelompok jutaan sel [baca:organ] yang bertanggungjawab kepada pengaturan seluruh tubuh badan dan pemikiran [baca:akal] manusia.
Kompleks yang cantik!
Pandangannya kini beralih kepada tayangan imej belahan otak di skrin hadapan. Ligat menafsir mutiara ilmu itu dengan matlamat mahu terus lekat di kotak akalnya. Butir-butir perkataan ajnabi yang mencurah2 memerlukan tahap kosentrasinya yang penuh. Belajar tentang bahagian anatomy otak ini seolah2nya belajar mengenal perkataan dalam bahasa baru. Memang terkial-kial sedikit kalau baca sendiri.
Anatomy otak bukan seperti anatomy sistem yang lain. Perlu imaginasi setinggi angkasa. Membicarakan hal-hal ghaib yang menguji keimanan ini, kadang-kadang tidak digemari oleh sesetengah pelajar sains keras yang skeptik dengan bukti.
" Otak manusia boleh dibahagikan kepada 2 belahan, iaitu kiri dan kanan. Setiap belahan akan mengawal bahagian tubuh yang bertentangan. Sesiapa yang menulis dengan tangan kanan dikawal oleh otak dari bahagian kirinya"
Muqadimah asas dari doktor itu dihadam satu-satu.
Bermula dengan lapisan luar [surface/korteks] rondaan mengelilingi keseluruhan anatomy organ ini bermula. Bertaaruf dengan bahagian2[lobe] utama otak yang empat, sebelum berkenalan dengan zon2 daerah otak dengan sempadan-sempadan yang dibahagikan oleh garisan2 imaginasi. Setiap daerah yang diletakkan nombor tertentu oleh pakcik Broadmann ini punya fungsi dan peranannya yang tersendiri. Ada yang terlibat dalam proses ingatan pembelajaran, ada bahagian khas untuk pertimbangan dan kesedaran, emosi dan perasaan, homeostasis malah kawalan gerakan motor dan sensori.
Perkataan yang baru disebut oleh gurunya itu lantas menangkap kembali fokusnya ke kelas.
Homonculus!
Ya. perkataan yang pelik ini pernah dihafalnya suatu ketika dahulu. Perkataan bahasa latin yang membawa maksud 'orang kecil' ini merupakan gambar rajah yang menerangkan kawalan daerah motor manusia.
Nabi kita pernah berpesan,
[riwayat Muslim]
Kamu nampak kaitannya?
Imej manusia diatas ini menunjukkan bahagian2 tubuh badan manusia yang mempunyai proporsi kawalan motor dalam bahagian otak manusia. Otak meletakkan proporsi yang besar kepada kawalan otot tangan, diikuti mulut (bibir dan lidah) muka dan kaki dan seterusnya. Bukan saiz sesuatu bahagian badan yang menjadi ukuran, namun skill dan kemampuan yang ada pada bahagian badan tersebut yang diutamakan.
Subhanallah!
Logiknya amat berkaitlah urutan suruhan Amar makruf nahi Mungkar nabi ini dengan proporsi kawalan motor manusia oleh otak. Sungguh Allah dan rasulnya yang lebih mengetahui.
Asal sunyi sepi dewannya dipecahkan dengan bunyi jatuh pen. Ting!
Cis, mengantuk rupanya kau!
Apakah kamu? Kata mahu ikhlas menuntut ilmu.Mahu jadikan belajar kamu selaku ibadah. ilmu perubatan yang diniatkan selaku alat untuk mencapai matlamat berdakwah kepada ummah itu seharusnya dipegang kemas. baca sini
Cepat2 dia sedar kembali. Berusaha kembali ke dunia gelap kuning yang real. Berdoa terus fokus dan menghalau syaitan2 yang bergayut di kelopak matanya.
Entah ini gula getah yang ke berapa dia kunyah.
p/s:
-Susahnya mahu menterjemahkan bahasa medik. Entah kamu faham atau tidak?
5 Responses to hadis homonkulus?
hadis tersebut tak ada menceritakan langsung tentang otak.ia secara terus menceritakan kaedah2 berdakwah mengikut tingkatan kemampuan.
to anonymous,
pandangan kami dari satu sudut sahaja, 'tingkatan kemampuan' itu kelihatannya selari dengan proporsi tingkatan kawalan motor yang dikawal oleh otak. muqadimah ttg otak itu sekadar perkongsian CNS dari penulis.
wallahua'alam.
hebat.. hebat.. teruskanlah mengkaji.. itulah antara i'jaz ilmi yang terdapat di dalam hadith nabawi... mudah-mudahan pengajianmu tidak menjadi sia-sia.. ketahuilah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia.. dan sebenarnya dengan i'jaz ilmi inilah telah menyebabkan ramai saintis barat mula bertemu jawapan tentang siapakah sebenarnya "sang pencipta.." waalluhu a'lam..
~aku masih belajar.. belajar.. dan terus belajar..~
tangan itu bermaksud kuasa.jadi apabila kita ada kuasa utkmengubah kemungkaran maka hendaklah kita mengubahnya dgn kuasa atau kedudukan itu.atau mungkin bagi org biasa yang hanya mempunyai kebebasan bersuara,maka suaranya mungkin mampu mengubah kemungkaran.dan bg sesiapa yg tiada kedudukan mahupun kebebasan bersuara cukuplah baginya membenci dgn hati(dalaman)
p/s saya teringat kenyataan yg menyatakan tragedi wtc sudah ada dlm quran.
http://www.kaheel7.com/
to anonymous 3,
sama2 kita belajar ^^,
to anonymous 4,
tafsiran itu sgt tepat juga dari sudut yang nampak berbeza walaupun sama. oh!
kuasa utk mengubah= tetap mggunakan daya tangan
kebebasan bersuara= tetap menggunakan otot lidah
wallahu'alam.
ini hanyalah bincang2 kami tanpa kajian mendalam. Mmg banyak boleh dipersoalkan.
btw, suka web alkaheel juga^^,
Post a Comment