"Bagi saya, hanya dengan sekularisme yang mampu menjadikan bumi ini aman dan damai"
Patah-patah perkataan yang dikeluarkan sebutir demi sebutir itu ku kutip. Lelaki tua dari Perancis ini punya hati untuk terus bertaaruf. Hati da'ie ku tertarik. Lebih seminggu di bumi Perancis ini, memang sukar berjumpa warga tempatan yang ramah dan mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Tambahan jiwa memberontak ingin menjenguk ke dalam minda warga tempatan, merungkai kefahaman [baca:fikrah] yang diimani oleh negara ini. ideologi Sekularisme yang semakin membumi. Teringat berita minggu lalu berkenaan polis berhijab yang digantung rujuk sini.
"Biar ku perkenalkan kepada kamu ideologi Islamisme yang syumul ku yakini." bisik jiwaku
Perancis atau France merupakan antara negara2 Eropah yang termaju dengan populasi muslim yang terbesar. Seperti negara Jepun, mereka kekal memartabatkan bahasa pribumi, Ezzah dengan keunikan bahasa pertiwi. Kembara mencari buku-buku Inggeris pastinya bukan misi yang tepat disini. Kelemahan berbahasa Inggeris ini kadangkala menampakkan rakyat mereka kurang ramah dan sedikit berhidung tinggi.
Bukan sekadar kerajaan Malaysia yang sedar kepentingan "Bahasa Dunia" kini, khabarnya kerajaan mereka juga sudah mula bertatih memperkasa bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka. Melihat situasi di sini menjadikan saya lebih bersetuju dengan pelan MBMMBI(Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris) yang menggantikan PPMSI Oktober lepas.
Perbualan datuk dan cucu
Menjangkau usia 6o tahun, Mr. Raymond kelihatan tua sebelum usianya. Orang banyak berfikir kukira. Saat tulisan guru itu melakar di buku catatannya, saat itu jua ligat fikiranku memikirkan pendekatan paling sesuai menjentik hati beliau. Panjang kami berbual, berkongsi pendapat. Mengenali seorang guru berjiwa pendidik yang sudah beranak tiga. Perbincangan soal "qodoya ummah" yang hidup dari kaca mata European Man sedikit membuka mataku.
"I was a Cristian..before you know... I gradually lost in my faith."
Katanya ramai sahaja golongan sepertinya di France ini, sedar sahaja peningkatan bilangan muslim yang semakin meningkat di seluruh dunia. Cuma hatinya belum terbuka lagi kukira. Rata2 non-muslim memang begini, ilmu2 dari kursus comparative religion yang ku ikuti dulu menjadikan diri terasa mudah dan lebih halus dalam mendekati. Benar! rasa Ezzah dengan menjadi muslim itu kunci untuk berkongsi dengan kaum yang tidak mengetahui ini, namun fiqh dakwah to non-muslim sedikit sebanyak perlu dikuasai oleh semua yang bergelar dai'e. Bual2 begini moganya dapat menjentik hati.
Sistem Pendidikan Polyvalence
Menurut beliau, sistem pendidikan bagi guru kanak-kanak di Perancis adalah berbentuk polyvalence sistem. Hanya seorang guru diperlukan untuk mengajar sekumpulan kecil kanak-kanak semua matapelajaran yang bersesuaian. Guru yang mengajar Matematik itu jualah guru Sains mahupun guru Sejarah dll. Berbeza dengan pengamalan sistem pendidikan kanak2 di negara-negara seperti Lubnan mahupun Malaysia. Pelbagai guru dengan pelbagai fikrah mengajar golongan kanak-kanak dalam usia sekitar 5-10 tahun.
Secara logiknya, Untuk apa mengasing2kan subjek2 yang mudah dan diajar oleh terlalu ramai guru yang berbeza2 sedangkan mereka baru masih setahun jagung?
Mengangguk tanda setuju dengan method ini. Mula memahami bahawa penyampaian ilmu dan fikrah perlulah bersesuaian mengikut level dan usia seseorang, dalam usia kanak-kanak yang baru mula membesar pendidikan dari seorang sahaja guru namun guru yang multitask dan all-rounded pastinya lebih berkesan.
Tarbiyatul awlad
Guru yang seorang tadi diibaratkan seperti seorang ayah selaku nakhoda keluarga yang mengajar segala aspek kehidupan kepada anak2 dan dibantu ibu disisi. Sistem pendidikan yang home-based ini kelihatan seperti sistem kekeluargaan islam yang sepatutnya.
Panjang kami berbual, melompat dari soal matlamat hidup manusia di bumi, meronda2 sekitar isu hak2 wanita, mengupas isu populasi Europe yang smkin menurun disebabkan wanita mereka yang tidak mahu beranak, sehinggakan menyentuh teori darwin dalam evolusinya. Memandangkan penerimaan beliau yang amat terbuka, segala prinsip islam yang cuba disampaikan melalui anologi dan contoh dapat difahami dengan baik . Habis satu hujah saya lontarkan, jawapan yang diberi "I understand your point, but i don't believe"
Huhu.. benarlah islam itu soal percaya dan yakin. Sungguh! imanlah kuncinya. Berdoa moga Allah membuka hatinya untuk percaya. Mungkin kupasan yang diberikan kurang tajam, sekadar meninggalkan beliau dengan nama2 Ahmad Deedat, Zakir Naik dan Harun Yahya untuk dikaji sendiri. Mungkin dengan pembacaan dan kajian beliau dengan hujah2 pendakwah hebat ini dapat lebih meyakinkan beliau selepas ini.
" Yup Sir, i really do agree with the application of ur education system. But still NEVER to secularisme. And you know why? Because muslim is just like the teacher in ur education system. Being a muslim is being an all-rounded person. we are the teacher in Science, in Economy, in Politics... and in every aspect of our life. Muslim is not just a religion but it's a way of life.."
Sengaja membalikkan isi yang dikeluarkan beliau, membidas hujah sekularisme dari kacamata islam.
Tersenyum beliau.
"Are you really a medicine student ? I think You should be a 'syeikh' "
haha.. Tersenyum saya.
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
15 Responses to Secularism in French men
salam kak iz..
i got the point here..
interesting..
u could read what they are thinking~
Semakin saya rajin memblogwalkingkan diri saya ke blog senior-senior, semakin saya rasa betapa sgt ceteknya ilmu saya + saya nak mendekati kamu-kamu yang berilmu! -deep from my heart,umairah-
heee ^^,
salam izz..
menariknye perbualan korg..
nmpk je korg sembang2 time tu..
mula2 nmpk pakcik tu, time baris dkt security check kt epot..
tgk je dy susun laptop, hp, n brg2 dy dlm tray..sgt proper..
tgk muka plak, ada jambang ala2 prof naquib al-attas..huhu..
pastu time sume org tido dlm flight, dy tekun je baca buku..
kejap2 baca, kejap2 plak dy tulis..
erm, sgt semangat utk org seusia dy..terjentik smgt utk lebih byk membaca bile tgk pakcik tu..
erm, best pengalaman enti ni..
to um sayang..
hoho.. kamu tahu betapa kak iz asyik teringat kamu sepanjng cuti ini.. [muka serius] tak caya,boleh tanya sama geng2 jalan kak iz, ntah brapa kali sebut nama kamu... dan tak dilupakan kempen um ..haha :P
btw, blog um pun best2 je. Jom kita semua byk2 baca.. bukan sebb nak kumpul ilmu tapi nak bina fikrah KITA.
kak iz sayang um gak-deep from my heart gak- ^^,
to ayyash,
hoho.. tak habes2 ngan prof kesayangan nti tu.. haha.:p
kitorg bual2 sambil lukis2 anologi atas tisu. hoho.. tulisan ana yg selalu dipuji cantik dan kemas sejak kecil ni tidak difahami oleh beliau, sebabnya jenis font berbeza.. kuikui.. tulisan dia cantik bangat, jenis sambung2 gitu..
btw, dia pelik ana yg baru berumur 20 tahun ini mampu tahu sgt byk perkara dan bincng dgn dia yg berumur 60 tahun tu..
Then dia tanya, sistem pendidikan apa yg mampu menjadikan kamu begitu 'muthaqafah fikr'? sistem uni? sistem sekolah malaysia? ibu bapa? sendiri2?
tak tahu jawapan yg terbaik tuk bgtahu bhawa ianya adalah sistem tarbiyah islam..
errmm..
izz..
menarik.
dr cerita ni, sy rasa izz punya style tetap sama mcm dulu.
dpt bayang cmne izz berhujah,
dengan gaya2nya skali.
dgn penuh smgt =)
syg kamu krn Allah.
jemput2 lah ke mesir.
tp jgn la dtg time kami xde kat mesir.
heheh..
yup..
betul3, fikrah yang kena dahulukan sebelum ilmu..
zati ade gtau =]
to chep..
huhu.. am i? mgkin kawan2 lama lebih nmpk diri ni.. even dr style tulis pun dpt bayangkan ye chep..
btw, i think i'm the same iz but the new iz. hoho.. am i?
sis mesir bila nak mai lawat sis jordan ni?
to um,
amboi.. dpt merasakan aura pemuda zati smgt menyampaikan kpd awak.. terus melangkah um.. slamat masuk sistem!^^,
salam 'alaikum
1.adakah islam menolak teori evolusi? rujuk pautan ini http://muhshodiq.wordpress.com/2009/03/20/jangan-percayai-teori-evolusi-tapi/
2.ada 2 perkara yang saya setuju dengan sekularisme
i.sekularisme ilmiah atau pemisahan antara kajian sains dan agama adalah perlu.takut2 kalau terjadi begini http://artikelassunnah.blogspot.com/2009/10/apakah-matahari-berputar-mengelilingi.html
ii.secara teknikalnya,kata2 pakcik tersebut ada sisi benarnya kerana sekularisme tidak membeza2kan manusia berdasarkan agama sebagaimana anda tak suka dibeza2kan berdasarkan bangsa.
3.yang salahnya sekularisme ini apabila mereka menghalang kebebasan agama
4.sekularisme di eropah lahir apabila masyarakat sedar pihak gereja mempergunakan agama untuk mencandukan mereka.semak kembali kisah galileo galilei.
5.perjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi
6.maaf guna anonymous
sekian dan teruskan berkongsi fikrah
kepada anonymous,
suka dan amat mengalukan anda ^^,
1. teori evolusi bukan untuk diimani, namun dipelajari, diuji dan diekstrak manfaatnya. begitu juga segala isme [termasuk secularisme] yang lain. terimakasih atas link yg menarik.
2. antara isi perbualan yg tidak dimuatkan,
mr ray: "saya yakin dengan sekularisme sahaja yg mampu mengharmonikan dunia. apabila manusia kuat memperjuangkan agama masing2, dunia bakal diwarnai dengan darah. pembunuhan, peperang2an tidak putus atas dasar fanatik agama. Atas dasar ini, saya rasa pengasingan semua agama akan memberi hak sama rata dan membawa kpd keamanan dunia"
ii. sekularisme punya byk juzu perbincangan sepertimana jua islam serta isme yg lain. kita mampu bersetuju dengan pengaplikasian sebahgn dr cabang2 isi dalamNya bersesuaian dgn kondisi serta zaman. cth isu sekularisme dalam ilmu, dll. bezaNya islam apabila semua juzu2 nya syumul dan kamil kerana ia dari penciptanya manusia yg berfikir.
3. kurang jelas dgn point sekularisme ilmiah anda [point2ii]
4. point 3, 4, 5 anda benar. bersama anda.
5. tiada masalah dgn anonymous, cuma lagi best kalau letak nama pena lain bimbang tertukar dgn anonymous lain. ^^,
sekian dan kamu juga teruskan berkongsi fikrah^^,
salam... kak izzz... best3! jelesnya dan rasa banyak lg kena belajar utk nak borak2 camtu...
isi borak yg mampu mencetuskan sesuatu dan agak strategik...
mohon tunjuk ajar kak izz!! ni yang nak slalu berkepit ngan kak izz... hihihi
sekularisme ilmiah yang saya maksudkan adalah pengasingan KAJIAN sains daripada sebarang doktrin agama.
contohnya ada pada pautan artikelsunnah yang saya beri,penulisnya tak dapat menerima bumi mengelilingi matahari hanya berdasarkan alquran dan sunnah,yang menurut pemahaman beliau.
begitu juga dgn teori evolusi yang ditolak mentah2 oleh majoriti muslim tanpa sedikitpun menyelak kitab origin of species atau membuat sendiri kajian atau carigali.dalam hal ini saya puji harun yahya kerana menggunakan pendekatan sains dalam menolak teori evolusi(walaupun tulisan2 beliau dikatakan tak sesuai dijadikan rujukan akademik)http://muhshodiq.wordpress.com/2009/03/01/harun-yahya-tokoh-muslim-yang-hebat-ataukah-tersesat/
KAJIAN sains dan agama perlu diasingkan kerana sains sifatnya yang sentiasa tidak berubah sedangkan agama adalah suatu yg tetap.cuma NILAI daripada sains dan agama boleh disatukan itupun setelah melalui disiplin kedua2 ilmu tersebut.
maaf ada typo. *sains yang sifatnya sentiasa berubah dengan peredaran zaman
to anonymous,
memandngkan semalam ust mazlee malik baru dtg irbed dan bg talk yg sedikit mencerahkan dalam bidang falsafah ini, menjadikan sy rasa tak susah untuk tangkap point yg anda maksudkan.cuma sedikit lambat memahami kaitan contoh dr artikel tersebut.
ok sekarang sudah jelas. terimakasih^^,
berkenaan teori evolusi yg ditolak mentah2 oleh majoriti muslim. kelihatannya begitulah dan faktor utama mgkin atas dasar kurang membaca dan kurang memahami disiplin ilmu yg sebenar. perlu org2 yg lebih bersmgt mengkaji spt anda untuk memberi pencerahan.
kamu tahu, sy selalu meyakini bahawa penguasaan manusia terletak pd mereka yg menguasai sains sosial. kerana mereka yg berotak kanan ini melihat dari kacamata besar perilaku2 manusia.
orang kata nak jadi pemimpin kena kuasai ilmu ini, bagi saya, siapa yang berusaha nak menjadi dai'e pun penting menguasai bidang ini.
baru bertatih mengenal falsafah. baru nak bermula dengan buku "Salah faham terhadap islam" by Muhd Qutb. Penulisan cantik yg kurg rumit bg orang baru dalam memahami isme2 dunia dan membersihkan ideologi islam dr karat2 lain yg menyerupai.
salam perkongsian
to nadhirah,
kamu juga punya potensi dan fikiran yg tajam. jom sama2 sharpen our saw. ^^,
teringat beg awak yg dah tercabut roda tu.. sory dear, nnti minta kak nad beli baru ye..
nad.. mahu berkepit ye.. :p takut nnti ada org jeles sbb kak iz amek adik dia.. kuikui..
erm..
Post a Comment