graviti muslim

Susuk wanita ayu berbaju kurung pink itu diikuti dengan hujung matanya. Tidak berhenti-henti wanita itu merayu sahabatnya untuk turun padang bermain pedang mengasah potensi. Dari teknik A sehingga teknik Y sudah dicubanya. Gerakan walau seinci sahabatnya masih belum mampu diperolehi sedangkan Jam tangan SWATCH miliknya sudah bergerak 59 langkah dari tadi.

Subhannallah.. sunguh penyabar budi wanita itu. Dia kagum dengan kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya itu. Sambil berdoa akhlak yang sama turut diwarisinya, dia terimbas pesan tuhannya dalam surah Fussilat 41:35


"Dan(Sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang sabar dan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntugan yang besar"



Kepada sahabat jiwanya...
Menarik kanak-kanak keluar dari berenang dalam 'swimming pool' lumpur yang melekit memang memerlukan usaha keras pelbagai arah dan gaya. Kadang-kadang bisa bingung memikirkan jaguhnya dalam akademik sekolahnya dulu langsung tidak menjamin ketokohannya dalam memahami teknik2 kreatif pelembutan jiwa dan akal manusia generasi ini.


Sememangnya inilah yang dinamakan formula rahsia para daie. Formula yang hanya difahami oleh 'lelaki' [ baca: rijal]. 'lelaki' yang beramal dengan ilmunya. 'lelaki' yang kekal dengan istiqamahnya. 'lelaki' yang faham misi perjuangannya. 'lelaki' yang tajarud kepada tuhannya.

Bukan sekadar masa senang dan lapangnya. Bukan sekadar masa kaya dan mewahnya. Bukan sekadar masa awal dan popularnya. Dan bukan sekadar masa bijak dan masa atasnya.

Selagi kamu berlegar di medan teori, manis masam kek pandan itu tidak akan sama dirasai. Sungguh pasti berbeza mereka yang berbuat dengan mereka yang sekadar berbicara.


Kamu punya rasa graviti diri yang masih ampuh?

Ya! memang perlu kerja keras memperkasa dalaman. pembinaan komponen diri yang total. Dalaman... dalaman... dalaman... ta'sis berterusan 24/7. baru mampu "inside out"

Nanti tanpa sedar...
akan ada orbit2 tetap berkeliaran gembira disekitaran... ini baru graviti muslim sejati. wah!

Oh ye... pastinya kepada Allah matlamat agung kekalnya. [ameen]



12.35 am 21 Mei 2010
Pasca-solat hajat abid
Muhsineen, Pusat pemulihan jiwa

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to graviti muslim

make it simple said...

Formula yang hanya difahami oleh 'lelaki' [ baca: rijal].
-'lelaki' yg beramal dgn ilmunya.
-'lelaki' yg kekal dgn istiqamahnya.
-'lelaki' yg faham misi perjuangannya.
-'lelaki' yg tajarud kepada tuhannya.

Smg pengalaman hari ini adalah hikmah utk hari esok.

Point-point itu 'berat' tapi tak mustahil kan? jom sama-sama bantu-menbantu bak 'sister' utk memahami dan istiqomah beramal.

^_^smg diberkati hari-hari kita.
Teja

'Ezzah Al-Islam said...

susah... susah... penat fikir

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.