Cuaca petang itu sejuk suam berangin. Dia yang sudah terlambat, bergegas menuruni tangga Muhsineen yang agak curam sambil otak bermurajaah ayat yang ingin diperdengarkannya sebentar lagi. hoho.. dasar last minute punya persediaan, sambil menuju ke rumah syeikhahnya terkial-kial dia semak susun atur tempat letak ayat agar tidak tertukar-tukar. Jangkaan dia sedikit tersasar. Angin manja yang disangkanya lembut agak 'berang' sedikit petang ini. Dalam hati dia bermonolog dengan kepelikan peralihan cuaca tanah Jordan tahun ini. Bumi yang semakin hampir ajalnya mungkin.
Lorong kecil dihadapan rumahnya memang menjadi kawasan RnR wanita-wanita jubah bertudunglabuh hitam. Sambil mengendong anak kecil kehulu-hilir memohon sumbangan wang buat membeli barangan si Anak, mulut tidak henti-henti melafazkan "Demi Allah.. bantulah.. Demi Allah.. tolonglah" Kawasan lampu isyarat empat ditengah kota ini memang kawasan 'perlombongan' yang agak strategik bagi mereka. Mana tidaknya setiap kali lampu merah muncul, kereta-kereta besar gah berhenti mendabik dada. Seolah-olah menjerit mengatakan betapa kayanya dia.
Aggghhhhh..
Bumi islam yang tiada muslim. Bumi tempat dia dicampakkan untuk mengenal dunia. Siapa yang tidak tahu betapa besar jurang hidup si kaya dan si miskin di negara ini? Budak kecil dari tadika pun mampu menilainya. Dia jadi semakin benci dengan ekonomi kapitalisma yang bulat-bulat ditiru dari Barat songsang. Menyampah dia dengan jahilnya muslim dengan memilih jahiliyiah.
Seperti dalam jangkaannya, ibu muda itu melangkah merapatinya. Dia buat bersahaja sambil tersenyum. Tidak berkata apa itu lebih baik. Dia ingat pesan murobbinya, dalam dunia miskin nilai kini perlu pegang kemas ayat 10 surah ad-dhuha.
"Dan kepada orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya"
Berlalu melintasi mereka, kata hati baik dan buruk bertalu-talu menerpa pintu akalnya. Persoalan logik yang mengasak-ngasak jiwanya. Ke mana perginya si ayah kepada anak kecil yang kehulu-hilir dikendong sebagai 'modal' mencari nafkah itu. Ke mana perginya insan yang selayaknya memegang amanah 'nafkah' si isteri dan anak itu. Ke mana perginya lelaki yang sepatutnya menyediakan rumah tempat berteduh kedua beranak itu? Hati kecil dia tiba-tiba dipenuhi perasaan meluat.
Aahhh....
bersangka baik itu jauh lebih bermanfaat untuk kesihatan hatinya.
INI ADALAH IKLAN
Petang bersama syeikhahnya petang itu kembali meng'top up' ruang jiwanya. Pesan beliau sebelum pulang agar dia meyebarluaskan tentang temujanji tazkirah petang bersama dia setiap hari isnin kepada semua sahabat-sahabatnya.
Dengan ini kepada mana-mana masyarakat melayu Irbid [akhawat] yang berminat untuk mendengar bacaan kitab 'Peringatan buat mereka yang lalai' oleh syeikhah Umaimah bolehlah menghadirkan diri di Muhsineen stp hari Isnin bermula jam 6petang sehingga jam 7 petang.
Buat sesiapa yang terasa kering jiwanya, sejam petang anda membasahkan jiwa jauh lebih baik daripada tidur di rumah ^^,
p/s: Sebarang maklumat lanjut boleh terus call ana mahupun cik atiqahdahalan atau cik izzah saidy.
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
7 Responses to modal mencari nafkah
salam.. jeng2 singgah jap.
shoutbox hilang. manakah dia?
waalaikumsalam tokey UC bertaqwa.
jemput..jemput.. boss bg shoutbox cuti sbb rasa dia tak diperlukan 'bekerja'.. haha
p/s: tgok bawah meja bulat kat bilik nti. ada barang baik punya..
Salamualaikum,
iz,owh bile startnye kls 'peringatan' itu ?
aah,stp kali jln di kwsn tersebut @ mn2 shj di Jordan ini,kalau terjumpa wanita2 spt itu(smg Allah membantu mereka), mesti terfikir spt ape yg iz fikirkan itu. Di mana mereka yg bertanggungjawab,bukankah menjadi amanah rijal2 g lebih berkuasa @ di manakah saudara2 mereka ?
mungkin mereka juga dihantar utk menguji sejauh mana sensitiviti iman & kemanusiaan kita terhadap dunia skrg...?
Teja
salam teja.. amboi komen besar2an ye..
kelas dah start lama.. tapi buat kat umah syeikhah.. mula buat kat umah ana minggu lepas.. isnin ni nak datang boleh dah.. skrang dah masuk tajuk hari qiamat.. jom2 jemput ajak ramai2 lagi yok.
salam..
weyh,mak cik..awat lame menyepi?
bile nk balik msia?da x ingt org kmpg?
haha..sori r..terpkse bg comment..ko x ltk shout box..
waalaikumsalam..
hoho.. nenek.. pe cter gak? orang kampung ok2 ka? hoho.. nape orang kampung nak support duit tambang blik ka? haha.. bulan 6 ni insyaAllah menghirup udara segar kampungku.. coming soon.. insyaAllah^^,
p/s: sudah sampai kah burung layang2 ku membawa buah tangan kepada kamu? kuikui
oh..bln 6 ni balik ye..bagus2..
org kmpg sume ok,sibuk tnye d manakah kamu..apakah yg patut ku jwb?haha..
p/s:jgnkn burung lyg2,sekor burung helang dr jordan pon kitorang x jumpe..ish..susah btol nk jumpe org2 jordan ni ye..haha
Post a Comment