musim menuai ilmu

Melihat wajah-wajah fityah tersebut kembali menyiram air ke ladang jiwanya. Segar! Curahan ukhwah dan keimanan selama-lamanya menjadi tazkiyah [baca: ubat] terbaik buat hati-hati manusia yang mudah kering dengan longgokan materi dunia.

Punat stopwatch di telefon bimbit Kak Long itu ditekannya.

15 minit peruntukan untuk sesi tadabbur bermula. Di kala musim exam mega ini, sifat individu muslim yang menepati waktu itu paling jelas diamalkan. Haha.


Dan syaitan berkata setelah hisab selesai, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan aku hanya mampu menyerumu lalu kamu mematuhi seruanku.


Lembut suara kak Sal membaca tafsir ayat 22 surah Ibrahim itu. Katanya, mahu dikongsi ayat ini kerana bersesuaian dengan kondisi fityah di "musim menuai ilmu" [baca: exam] ini.

Kelihatan kak Fah tekun merenung Quran hitam miliknya sambil memikir-mikir kaitannya.

Oleh sebab itu jangan kamu mencercaku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan mu mempersekutukanku dengan Allah sejak dahulu lagi..."14: 22"


Selaku ketua majlis petang itu, Kak long mula berperanan.

"Baiklah! Sekarang dipersilakan kepada mana-mana "kuda yang tangkas" ingin berkongsi rasa dan pemahamannya terhadap ayat ini"

Kak Arah senyum manis sambil berkata:

Musim peperiksaan ini memang paling menguji tarbiyah dzatiyah dan pengorbanan kita. Selalunya bila kita ter'over' tidur atau tersubuh gajah atau ter'perangkap' dengan internet... kita kerap menyalahkan syaitan mahupun perkara lain. Padahal bapak segala kunci adalah DIRI SENDIRI.

Kak Lily mengangguk2 bersemangat mengiyakan sambil menambah:

Betul... betul... Bila "sta-do" salahkan hirom, Bila tak puasa, salahkan musim panas. Bila malas, salahkan makanan yang mengenyangkan... Bila buat silap ni, salahkan ini.. dan salahkan itu. Diri sendiri terlupa nak tengok.

Tambah Kak Fah yang kelihatan sedih menyesali:

Manusia.. manusia.. Benarlah, manusia memang suka mencari alasan untuk membela diri. Aiyoo.. muhasabah.. muhasabah


Senyap-senyap Kak Mimi tiba-tiba mencelah:

Bertambah-tambah teruk bila manusia menjadikan tarbiyah dan dakwah "pembela" kepada kegagalan dalam akademik... Astaghfirullah.... Moga2 Allah melindungi kita semua dari menjadi manusia itu.


Semua pun tertunduk sambil beristighfar. Suasana senyap sebentar. Risau diri sendiri lah yang menjadi manusia itu.


Konklusi cantik dari Kak Arah petang itu:

Baiklah semua! Mari kita sama-sama cuba yang terbaik dalam musim peperiksaan ini dan saling mendoakan agar Allah menganugerahkan kecemerlangan kepada kita selaku muslim rabbani. Biar tiada alasan untuk manusia menolak tarbiyah dan dakwah kerana tempangnya kita dalam akademik. Moga semua menjadi muslim yang sifatnya itqan dan ihsan. Ameen


Tersenyum pelat masing-masing memikirkan tanggungjawab berat yang perlu digalas itu. Pertemuan ringkas yang bermakna. Masing-masing berdoa agar rahmat Allah memberkati mereka petang itu.



Dedikasi gambar dari adik kreatif. Terimakasih dik ^^,


p/s:
1.Cuba2an gaya penulisan ayyash. haha.. amacam ayyash?
2.Skrip dan watak ternyata korup.
3.Doakan penulis dan teman2 thabat berjuang dan cemerlang di medan ilmu.


Pusat pemulihan akal,
5.00 ptg Muhsineen

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

7 Responses to musim menuai ilmu

ayyash said...

thumbs up ukhti dearie..\(^__^)/
didoakan kamu najah..

p/s..

1. ku terima sekeping kad kuning dari kakak cantik, oh gembiranya rasa hati, rupanya diri diingati.. (^__^)

2. adiyat, tiada siapa menitip salam dan bertanya kondisi diriku.. (T__T)

Kak Long said...

Wawawawawa...!!!

Eh, tak, tak..

MasyaAllah..!!

Ekspresi watak mantap..!! =)Sebab dapat teka.. huhu.. Sukee.. Alahai, sayangnyeee korang sume. Baru sekejap kita berpisah, hati dah menjerit, "rinduuuu..!!"

Alhamdulillah,
doa termaqbul nak berjumpe korang sume sekali lagi before exam, dan paling mengharukan, hati berbunga-bunga semalam ialah.. Kedatangan kak Arah yang dirindui.. Memang macam seorang ibu, kakak kesayangan kita itu.. huhu.. Siapalah yg bertuah nanti..? Hoho.. Jangan marah tau kak Arah. =P

Alhamdulillah.. Best2x..

Kak Ayyash, semalam sume orang rindu akak tau, tak tipuuuuuu.. tapi tak berani nak call takut pelik pulak atas sebab tertentu.. hehe.. Menakutkan tak, "roh" kamu wujud dengan kami semalam, walaupun jasadmu ada di rumah.. huuu~~~~~ hikhik.

Kak Long (Iezz, rasa cam tua sangat la pulak..!!)

'Ezzah Al-Islam said...

to ayyash.

jika sahaja dirimu tahu betapa diri ini terasa amat..amat tempang tanpa mu. pergh (T_T) jangan tinggal daku lagi. *romantik tahap tinggi*

p/s: terus-terusan menembak doa untukmu. moga kamu berjaya mencapai impian tertinggimu. bitaufeeq exam.. didoakan itqan!

to kak long,

[ memang tua pun. kamu perlu belajar melayan saya sebagai 'adik'. saya punya hak! haha :P]

p/s: untung... untung... $_$

Siti Umairah said...

bile bace post kat atas tu, rase cm bese2 je..
tapi bile bace komen, haha
comel sungguh kalian..
=p
"p/s: untung.. untung,, $_$" ape tu kak Iezz??
sgtlah terlawak..haha
x tau nape suke sgt, tgh gelak guling2 memikirkan gaya kak Iezz buat gaya untung tu! +_+

'Ezzah Al-Islam said...

to dik um..

haha.. ini kisah dondang kami. kemesraan di alam maya.. hoho.. [tiba-tiba malu pada org yg tak berkenaan] sila abaikan

lorr.. apekah yg lawak sgtnya. tak faham.. tak faham...

p/s: kak iz doakan smoga adik um cemerlang dalam final ini ^^,

Kak Fah? :D said...

ahhaa...itu dia muncul nama baru..
sejak bile saye kakak? haha:P

bittaufiq juga buat kamu my dear..
juga buat kak arah, kak long, kak sal, kak mimi, kak lily,
dan tentunya kak ayyash:)
[saye titipkan salam sayang,, tak sampai ye? huhu.. btw, rindu la kamu~ dah lame x jumpe-->terharu tak i rindu? hihii]

jom usaha untuk itqan dalam study kita^__^

ps: isu untung itu sangat lawak ok. sebab terbayang kak arah:D

'Ezzah Al-Islam said...

to kak fah..

amboi2.. 'dik' Fah.. ni lagi sorg tak sedar2 diri dah tua... :P

amacam sedap tak nama baru ni? bleh perkenalkan diri guna nama ni dalam kad masing2 lepas ni..Huhu..

p/s: nasiblah kak Arah dpt kuda2 'nakal' cam korang ni.. hoho

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.