Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Mekah, Pihak Musyrikin Quraisy akan memastikan ianya langsung tidak sampai ke tangan kaum Muslimin. Tidak! walau sebutir! Mereka akan membeli kesemuanya. Biar tiada peluang untuk bani Hasyim dan bani Mutalib mengecap walau sedikit nikmat kenyang dunia.
Sememangnya fatrah kemuncak kesengsaraan buat muslimin, uijan getir bayaran buat syahadah kebenaran yang diucapkan.
Apa sahajalah yang tinggal buat bekalan tenaga mereka. Sehinggakan daun-daun dan tulang-belulang kering tinggal selaku santapan. Sedangkan keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak kecil yang kelaparan terlalu kerap kedengaran umpama unggas di malam hari.
Selagi ada peluang, puak kafir musyrikin akan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda. Biar si pengikut Muhammad semuanya terlopong tiada berdaya.Haha.
Selagi pemuda Muhammad itu tidak diserahkan untuk dibunuh, selagi itu penyiksaan dan kezaliman ini perlu terus-terusan tanpa diperbicarakan. Tiada sebarang komunikasi, mesyuarat, ziarah mahupun percampuran yang 'layak' mereka perolehi. Apatah lagi untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Adakah sesiapa yang berani melanggar isi-isi Piagam 'rasmi' tiada berperikemanusiaan ini?
*********************************************
"Wahai Zuhair, bagaimana kamu boleh rela hati makan dan minum dengan enaknya sedangkan bapa-bapa saudara kamu.. Ahh.. seperti kamu tahulah" akhirnya Hisyam bin Amru memuntahkan gelodak jiwa yang kerap menembak dalamannya.
Tersedak Zuhair bin Abi Umaiyah mendengar kata-kata pedas tanpa amaran dari teman baiknya itu. Dia toleh kiri dan kanan. Bimbang ada telinga lain turut mendengar.
"Hoho.. Kau katakan padaku, apa yang boleh ku lakukan. Sedangkan aku seorang sahaja. Berseorangan mencuri-curi memberi bantuan kepada kaum muslimin yang tertindas itu. Kalaulah ada orang lain bersamaku, pasti sudah lama ku terang-terangan melanggar piagam 'bodoh' itu"
Hisyam senyum kambing sambil berkata "Bagaimana kalau ku katakan akan ada orang kedua?"
"Benarkah? Siapa orangnya?" jujur dia agak terperanjat dengan berita itu
"Aku!"
"Wah... wah... Kalau begitu kita perlu orang ketiga!" Gembira jiwanya ibarat dilambung ombak tinggi mencecah langit. Memang tidak disangka. Kelihatan ada cahaya terang harapan baginya, pasti ada lagi jiwa-jiwa lain yang turut ingkar dengan pengepungan peribinatang ini.
Maka bertemulah dengan Al-Mu'tam bin 'Adi dan Abi Al-Bukhturi dan berulanglah dialog yang serupa."Aku orang yang ketiga!" "Dan aku lah orang yang keempat!" Respon positif yang membungakan hati. Dari 2 telah menjadi 4 orang. Kini misi mereka mencari yang kelima.
Dan berkejarlah Hisyam ke rumah Zama'ah bin Al-Aswad mengemukakan cadangan untuk sama-sama berjuang mempertahankan kebenaran dan menghentikan kezaliman.
Kata Zama'ah: "Ada tak orang lain yang menyetujui perkara ini? Takkan la aku seorang diri sahaja?"
"Pastilah ada" Satu persatu nama-nama temannya tadi dibilang.
"Kalau begitu biar aku jadi orang yang kelima!" tangannya dikepal teguh tanda bersemangat.
Maka telah berkumpullah hati-hati yang prihatin dan bermesyuaratlah membincangkan gerak kerja dan cara terbaik untuk mengisytiharkan kebenaran dan membuka mata seluruh kaum Quraisy yang lain untuk menghentikan kezaliman ini kepada kaum muslimin.
****************************************************
Sudah hampir sebulan kota Ghazzah ini berselimutkan kelam malam dingin yang beku. Hidup di lorong gelap gelita, Mariah sudah lali. Bekalan elektrik yang kerap on dan off sekian lama mengukuhkan dinding kesabarannya.
Sejenak dia mendongak ke langit. Dibawah kawalan parasympathetic,tanpa sedar sahaja aliran air matanya laju membasahi bumi.
"Ibu.... ku lapar" Rengekan syahdu anak kecilnya itu terus-terusan memecah keheningan malam itu. Cepat-cepat dia seka air mata berbaki , lantas memalingkan wajah senyuman. Manis ayu keibuan menatap si kecil Asma yang baru setahun.
Titik air mata keibuannya menitis lagi. Oh! anakku.. Kalaulah ada lagi baki makanan yang boleh ku berikan padamu..
Bekas tepung yang sudah kosong itu direnung sekilas. Gandum juga sudah kehabisan. Masuk hari ini sudah mencecah seminggu, bekalan gas untuk memasak habis. Kayu-kayu dan pelepah tamar kering sahajalah tinggal untuk dijadikannya modal bahan bakar. Cukup untuk sekaligus memanaskan badan.
Fatrah kesengsaraan ini benar-benar menguji keteguhan jihad dirinya. Pengepungan dan kezaliman tanpa cuti oleh Yahudi Laknatullah. Pengepungan dalam penjara terbesar dunia!
Ekor matanya dialih ke luar jendela. Merenung dinding keras setinggi 10 meter yang dibina di belakang rumahnya sejak 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba, jiwanya memberontak. tembok
Ya! tembok pemisah Israel ini lah antara punca masalah besar bagi semua orang kampungnya. Tembok yang dibina kononnya untuk mempertahankan rakyat Israel daripada keganasan pembunuh berani mati Palestin. Tetapi sebenarnya lebih menambahkan penyiksaan kepada bangsa muslim Palestin. Cis! Dasar keparat Yahudi.
Tahukah dunia tembok pemisah ini benar-benar kekejaman manusia? Tembok yang telah membahagi-bahagikan kampungnya. Tembok yang memecah-belahkan jiran tetangganya. Tembok yang banyak mencuri masa dan tenaganya. Sedangkan masa perjalanan untuk ke hospital, sekolah mahupun kedai2 yang sebelum ini hanya memakan masa setengah jam telah menjadi 4 jam.
Mariah menjerit halus dalam jiwanya.
Ya Allah! Betapa sahaja dia ingin memecahkan tembok itu.Betapa dia mengharap ada manusia yang akan menerobos tembok kematian ini. Lantas menyambung talian hayat ke kampungnya.
"Andainya aku punya kudrat.." Air matanya jatuh lagi menyimbah bumi.
Adakah sesiapa yang berani melanggar tembok 'rasmi' tiada berperikemanusiaan ini?
********************************
Tiga tahun berlalu panjang sedangkan keadaan tetap seperti itu juga.
Melihat kondisi manusia yang selayak dan selogiknya hidup berkasihan dan bantu-membantu diperlakukan dengan penuh keperi'binatang'an. Lama-kelamaan.. mata yang tertutup mula terbuka, hati yang mati mula tersedar. Terjentiknya perasaan belas kasihan di kalangan beberapa penduduk Quraisy sendiri untuk bangun dan membangkang pengepungan sonsang kepada kaum muslimin.
Bukan dari kalangan pengikut Muhammad yang ezzah dengan akidahnya. Bukan dari kalangan muslimin yang teguh keimanannya. Namun dari kalangan mereka yang masih belum memahami perjuangan risalah nabi TETAPI mereka yang punya hati dan keperi'manusia'an yang tinggi.
************************************************
Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla, Lifeline4Gaza merupakan inisiatif secara formal kali ke4 kepada penduduk Palestin yang dibantai rejim Zionis Israel. Kali ini Bantuan Mega dari jalan laut pula. Peneraju dan Pengendali utama misi ini, Insan Hak Ve Hurriyetleri (I.H.H) yang mendapat sokongan penuh kerajaan Turki bersama-sama dengan NGO-NGO dari lebih 50 buah negara saling membahu meredah lautan luas bagi membekalkan bantuan keperluan dan bahan perubatan serta persekolahan kepada tahanan penjara terbesar dunia, penduduk Gaza yang terkurung.
Berkumpul dan bersatu atas nama keperi'manusia'an.
Aktivis-aktivis dunia dari pelbagai latar agama, bangsa mahupun warna kulit sangup bermatian-matian berjihad wang, tenaga dan nyawa hanya demi menegakkan kebenaran yang pasti. Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Atas dasar kemanusiaan.
Demi menghentikan dasar kebinatangan.
Masih salahkah?
Dia pelik bagaimana masih ada yang mampu berkata sebegini.
"Itu sia-sia sahaja. Lihat... sudahlah bantuan tidak sampai ke Gaza dan dirampas Israel, pulang sehelai sepinggang tanpa sebarang natijah pun. Bukan itu tiada berstrategi namanya. Bulat-bulat menyerah diri ke kandang musuh. Bagai mengali kubur sendiri hendaknya"
Sungguh benar natijah mata manusia itu berbeza dengan neraca tuhan.
Kelihatannya seperti misi bantuan bekalan mereka kali ini gagal. Namun besar di sebaliknya, misi yang lebih utama telah berjaya dicapai.
Misi membuka mata-mata warga dunia yang lama tertidur.
Misi menjentik kuasa politik dunia yang lama menikus.
Misi membangun peranan media Islami yang lebih tulus.
Ya! inilah misi awal.. bukan terakhir! misi suci untuk menerobos tembok kematian demi menyambung talian hayat ke Gaza.
Kepada semua ummah, teruskan memperhebat doa dan peranan anda. Kerna misi ini belum selesai dan tidak akan pernah tamat. Ledakan gega yang lebih besar kita harapkan dari segenap dunia selepas ini.
Biarkan isu Palestin menjadi isu dunia... isu kemanusiaan sejagat.
Bukan isu umat islam semata.
Bukan isu akidah semata.
Rujukan Raheek Makhtum dan JundAqsa [tekan]
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
8 Responses to Flotila, misi yang belum tamat
salam alaik ukht..
apa yg ditulis dari hati akan bisa menembusi hati.. semalam ku mendengar titip kata yg disampaikan oleh "pakcik2" lewat teja dan mimi..
kejayaan menguburkan pemulauan ke atas penduduk Mekah bukan sahaja dibantu oleh nusrah ilahi tp juga dari fitrah kemanusiaan segelintir pemimpin Quraisy tika itu..
berdoa dan bekerja utk Islam.. suburkan tarbiyah!!
Assalamualaikum..
Sudah tiga artikel yang lebih kurang sama ku baca harini, rentetan Kak Nebula, pakcik Khaled Mesyal, dan kini Ezzatul Islam.. hehe.. SubhanAllah.. memanglah Iman itu menyatu manusia.. Dan sejarah itu membuka mata.
Boleh mintak izin copy artikel Iess letak dalam hard disc "jiwa".. hee~~
salam, kak iz~
masya Allah.. sungguh hebat aturan Allah...
Dan yg pasti Dia sdg menguji kita..
Diam atau berbuat sesuatu?
Ke arah jangka masa panjang utk naik maratib amal ke 7..
Plan jangka masa pendek iaitu laksanakan tanggungjawab kita terhadap isu Gaza juga perlu diambil berat
Jazakillah kak iz
Mohon tunjuk ajar!!
to ayyash
tetap merasakan dirimulah yang paling memahami. rindu ingin bertemu.
p/s: kali ini sekali lagi mengapa tidak turun minum air?
to aleen,
kerana kami punya FIKRAH yang sama. Kebenaran itu susah diragui kerana ianya kebenaran.
p/s: hard dics jiwa.. menarik2.. cik timon.. kamu memang juara terms menarik! mohon tunjuk ajar^^,
to adik nad!!
ya.. allah memang baik sangat... sangat...Jom2.. usaha masa panjang dan pendek sama2..^^,
Bitaufeeq utk adik nad. Kak iz doa awak najah^^,
=)
suka baca entry ini.best. =)
jazakillah atas entry iz...^_^
Semoga kehangatan Flotilla ini b'terusan sehingga runtuhnya kerajaan haram Israel.
i'Allah.
Teja
to kak mun cantik..
welcome2..
to debudebanana..
hoho.. trimakasih. menarik 'nama' baru anda. :P
p/s: bitaufeeq teman... didoakan kamu najah^^,
to teja,
wa iyyaki. ameen..
Post a Comment