Akhawat Arabi, Akhawat Malazi, Akhawat Sinni?

Dengan nama Allah tuhan semalam, hari ini,esok dan selama2nya
Selaut cinta buat nabi kita semalam, hari ini,esok dan selama2nya juga 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati sekalian.

Saya mengetap bibir.Kesian tambah geram. Bukan sekali dua saya diasak dengan kejadian2 sebegini. Inilah lumrah hidup dunia penuh dugaan dan cabaran. Bukankah Allah dah kata bahawa semua manusia itu sememangnya diciptakan dalam keadaan susah payah. Motivasi dengan diri untuk sentiasa bersabar dan teruskan bersabar. La Taghdab! La taghdab! La taghdab! berulang kali nabi menasihati umatnya. Jami3ul kalam yang padat dan susah.Hadis 16 sentiasa terngiang2 di benak meminta izin untuk masuk ke hati supaya dapat diactivatekan ke seluruh badan.


Hidup di negara Jordan ini, bagi perempuan2 yang berwajah ala2 bangsa cina pastinya sedikit sebanyak punya beberapa pengalaman kurang manis sebagai salah satu perencah hidup mengembara di bumi orang ini.

chinese look
Tidak pasti dengan sejarah serta asal-usul kisah sebenar, namun segelintir atau boleh juga dikatakan kebanyakan masyarakat Arab mempunyai pandangan buruk dan telah siap2 melabelkan "semua" perempuan cina sebagai perempuan "tidak baik". Maka, tak dapat dinafikan bagi mereka yang ala2 "chinese look" juga pasti tidak ketinggalan mendapat bahangnya. Akhawat2 Malizi yang rata2 ada bau2 bacang keturunan cina ini antara yang mendapat tempiasnya.

Gelaran "Ali baba" merupakan salah satu panggilan yang digelarkan untuk perempuan2 tidak baik disini. Kerap sahaja nama itu dilaungkan kepada kami ketika berjalan mahupun ketika berada di kedai2. Bukan sekali dua juga saya dibaling dengan batu. Tidak cukup dengan kata2 kurang elok, mereka kadang2 tanpa rasa bersalah mampu sahaja untuk mengangkat tangan.
Paling tak tahan, apabila pernah mereka bertanyakan harga saya? Sabar2... Pelik dan sedih. Adakah saya berada didalam negara Islam yang 98 peratus rakyatnya muslim?
Kalau kami yang iras2 Cina ini pun sudah diperlaku begini, bagaimanalah agaknya mereka memperlakukan perempuan2 Cina yang sebenar2nya.


Double-standard
Sedangkan mereka kaum2 Adam Urduni ini amat makruf dikenali dengan sifat mengihtiramkan kaum hawa mereka. Persoalannya adakah perempuan2 Arabi sahaja yang perlu diihtiramkan? Berbezakah taraf antara perempuan Arabi, perempuan Malizi dan Perempuan Sinni?

Mengapa perlu ada double standard dalam melayan kaum jantina yang berlawanan?
(Ayat ini tidak terhad kepada kes diatas sahaja. Ayat ini juga sesuai digunakan untuk konsep ikhtilat kita hari2an. Tiada beza batas2 hubungan ikhtilat dengan lelaki Arabi mahupun lelaki Malizi... ingatan buat yang lupa~)

Entri ini tidak bermaksud untuk mencucuk sebarang ideologi feminisme mahupun seangkatan dengannya.Sekadar meluahkan perasaan terhadap ketidakadilan dan salah konsep yang dipegang oleh sebahagian pemuda2 muslim Urduni disini.

Saya tidak bangga dan tidak suka menjadi Malizi...




Ya! Saya tidak bangga mengaku sebagai Malizi.... apabila semata2 kerana tidak mahu orang mengganggap saya sebagai "Sinni" (Cina)

Saya tidak suka mengaku diri saya sebagai Malizi.... apabila pengakuan itu semata2 disebabkan tidak mahu dianggap perempuan tidak baik seperti anggapan mereka itu.

Tapi kadang2 keadaan disini memerlukan saya mengaku dan mengeluarkan kenyataan
" Saya Malizi, bukan Sinni"... betapa saya malu dengan kenyataan ini pada ketika ini.

individu VS masyarakat
Mengapa perlu begini? Mengapa kita dengan senang2 boleh melabelkan seseorang dengan sesuka hati. Adakah adil untuk meletakkan satu2 sifat mewakili semua orang dalam satu2 golongan? Adakah Pak Lah itu melambangkan identiti keseluruhan masyarakat Malaysia? Adakah Saddam Hussin itu mewakili seluruh umat islam Iraq? Adakah Obama itu juga mewakili peribadi setiap rakyat Amerika? Jawapannya pasti Tidak... La'...
Mana2 manusia yang berakal dan berjiwa pastinya tidak bersetuju dengan ketidakadilan ini.



Bukan semua perempuan Cina itu tidak baik. Tahukah mereka berapa peratus dikalangan penduduk muslim didunia ini adalah berbangsa Cina? Tahukah mereka betapa banyak ciri islam yang ada pada peribadi masyarakat2 cina. Kerajinan mereka, Usaha mereka, Kebijaksanaan mereka.Siapa tahu kalau2 masyarakat Cina itu punya lebih nilai Islam daripada masyarakat Arab itu sendiri.


"Wahai manusia! Sunguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang wanita, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suka agar kamu saling berkenalan.Sungguh yang mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah mahu mengetahui, maha teliti" Al-hujurat:13




Ya Allah, jangan kau jadikan kami fitnah ke atas agamaMu ini!

"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Akhawat Arabi, Akhawat Malazi, Akhawat Sinni?

nima said...

Salam kak izz..

lama x mngomen kan..
hehe..
neway, sabar ek..
diorang x paham kot..
cmne nak bg diorg paham ea?
huhu..

p/s: tulisan warna2 cerah susah nak bacala kak izz.. tuka eh.. hehe.. just a suggestion.. ^_~

Anonymous said...

Waalaikumsalam dik,
huhuhu.. betul, semoga kita terus bersabar.. kena amek semangat dr nabi ni... hebat sungguh nabi kita.. bleh sabar je org buat n kata macam2 kat dia.. haihh..macamna nak jadi umatnya ni wahai diri...

thanx, cdgn pasal tulisan tu.. mmg nak tukar pun.. template ni tak sesuai sgt.. insyaAllah semoga diberikan masa lapang tuk tukar.. thanx dear~

Anonymous said...

Salam,
biasalah iz..
kami yg berwajah melayu tulen pun hampir dipeluk budak arab 15 tahun..

Bila fizikal menjadi ukuran,bila minda tak dibuka luas2,bila hati tak reti nk membezakan..

yg penting kita semua sm2 tunjukkan contoh karakter islam..ensha'Allah

arab oh arab..!!??

si puteh~

guntur said...

kasihan

kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.