:: khusyukkah kita?::

Dengan nama Allah yang sentiasa memerhatikan setiap pergerakan solat kita...
Salam rindu buat manusia paling khusyuk ketika solat, 'Muhammad bin Abdullah' serta semua muslimin muslimat yang sentiasa berusaha mengecap kemanisan khusyuknya solat dulu kini selamanya...

"Allahu akbar... Allahu akbar!"
"Asyhaduallah illaha illallah"...

Sayup suara muazzin melaungkan iqamah, seruan ke arah kejayaan dunia sebelum mengecap kejayaan di akhirat pula.Kelihatan makmun2 bergegas mengambil posisi masing2 di saf-saf yang tersusun.Kemas! Bahu bersentuh bahu, kaki bersentuh kaki. Hebatnya islam apabila kesatuan itu menjadi akarnya. Wajah yang tertunduk, dengan pandangan mata tepat ke arah satu titik fokus. Bibir tidak lekang mengulang-ngulang surah an-naas, meminta perlindungan maha Hebat dari gangguan2 kecil mahupun besar, luar mahupun dalaman yang pasti boleh menjejaskan konsentrasi yang diidam2kan. Telefon bimbitnya awal2 lagi sudah dimatikan, protokol dan etika yang telah dilatih tanda hormat seorang hamba, bukankah dia ingin berjumpa dengan si dia yang sangat tinggi, sedangkan dengan manusia biasa pun etika dan adab2 ini amat dititikberatnya.

"Aku hadapkan wajahku(hatiku) ini kepada Allah yang menjaga langit dan bumi dengan keikhlasan penuh khusyuk dan pasrah"

Memahami bacaan surah iftitah yang dibaca, dia sedar dengan janji yang diungkapkan untuk khusyuk dalam solat yang dilaksanakan. Ya Allah,bantulah aku untuk khusyuk!

"Sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah pentadbir sekalian alam"

Sekali lagi bersungguh-sungguh dia melafazkan Ikrar yang menjadi pengikatnya dengan tuhan yang maha mendengar. Semoga ikrarnya ini bakal menyelamatkannya dari soalan malaikat di kubur nanti. Ya Allah, janganlah kau golongkan aku dikalangan orang2 musyrikin yang memungkiri janji! Sesungguhnya dia benci orang yang memungkiri janji, dan dia berasa sangat malu apabila telah memungkiri janji dengan sahabat2nya. Apatah lagi janji dengan Allah...

bersambung...

Susahnya utk khusyuk

" Perkara pertama yang akan dihisap ke atas seorang hamba pada hari kiamat adalah Solat, jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalannya, jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalannya" (Thabrani)

Takutnya apabila mendalami hadis ini. Teringat akan solat2 yang tiap2 hari dipersembahkan. Sungguh tidak sempurna dan penuh dengan kelalaian. Teringatkan urusan dunia yang bermacam2, dari subjek2 medik yang bertimbun2 perlu dibaca sehinggakan pen kawan yang belum dipulangkan.Bersungguh2 syaitan membisikkan kata2 manisnya. Satu rakaat penuh pun jadilah. Ya Allah, Susahnya utk khusyuk. Ada2 sahaja bisikan ke arah kelalaian walaupun kelihatannya seolah2 baik. Kadang2 terfikirkan mad'u, terfikirkan strategi dakwah... nampak macam petunjuk dari Allah, tapi sebenarnya kita telah terjerat dengan strategi musuh mengalihkan fokus kita dariNya...

Jika dalam solat yang ringkas ini pun kita masih jauh dari Allah, masih melupakan Allah, bagaimanalah keadaan kita di luar solat?... oopss!...

"Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang beriman, iaitu orang2 yang khusyuk dalam solatnya"
(al-mukminin 1-2)
Kunci Berkarat, Solat Berkarat

(Suka dengan analogi yang saya baca dari blog murobbi yang sorang ni, nak kongsikan bersama)
Baru-baru ini, salah satu mangga kunci grill rumah saya tidak boleh dibuka ( terdapat tiga mangga lain yang menggunakan satu anak kunci sahaja). Saya dapati mangga itu berkarat dan semakin longgar. Akhirnya tiada cara lain, selain menggunakan tukul untuk membuka mangga itu. Sebelum ini mudah dibuka, tetapi bila ia makin berkarat walaupun anak kunci masih baik, maka ia tidak berfungsi lagi.

Analogi mangga berkarat ini dan anak kunci tadi ialah, mangga tadi umpama solat. Kita beriman kunci kepada semua amalan ialah solat. Untuk membuka ' kunci' syurga ialah dengan solat. Setelah berjaya di buka, baharulah amalan-amalan lain akan turut di bawa masuk. Puasa akan masuk, zakat, doa, zikir, Haji dan amalan baik lain akan lancar kemasukkannya. Tetapi jika terkial-kial untuk membuka kunci tadi dan apakah yang akan terjadi jika gagal langsung membukanya, bukankah akan terkandas di luar?

Kita ada anak kunci , tetapi kita tidak menjaganya dengan baik. Dengan kata lain kita memang seorang yang melakukan solat, TETAPI SOLAT KITA BERKARAT. Berkarat kerana gagal hadirkan minda dan hati, istiqamah solat sendirian , bertambah karat bila solat akhir waktu serta tergesa-gesa. Namun yang berkarat tidak bermakna berterusan tidak berfungsi tetapi mestilah di jaga dengan sempurna dan di buang karatnya. Maka bersamalah kita menyahkan karat-karat dan terus mengilap kunci itu dengan sebaiknya dan istiqamah.

Tetapi sebaliknya orang tidak solat langsung,bermakna langsung tidak memiliki kunci untuk 'membuka syurga' nanti.

Memelihara kunci sendiri adalah tangung jawab individu, orang terdekat juga tidak mampu membantu kita menjaganya.

Bagaimana nak khusyuk?

Kesempurnaan solat = akal fikiran+emosi+ tubuh badan+pandagan mata+pendengaran telinga+ deria bau+ pembacaan lidah+ imaginasi+ khayalan.

Trend pelajar2 zaman kini sibuk menghadirkan diri ke kelas2 tambahan atau kursus2 untuk mempelajari teknik/kaedah belajar yang terbaik. Ada kaedah cepat membaca, cepat mengira a.k.a arithmetik, kaedah menghafaz al-Quran, kaedah belajar mengarang dan bermacam2 jenis kaedah yang dicipta untuk memudahkan kita menguasai sesuatu skil/kemahiran.Begitu juga solat, perlu kepada kaedah tertentu untuk menguasainya sehingga menghasilkan solat yang khusyuk, idaman semua...

ilmu untuk khusyuk

Jika dimaksudkan khusyuk itu tenang, kita perlu tau kaedah untuk menenangkan diri
Jika dimaksudkan khusyuk itu memberi tumpuan kepada bacaan, kita perlu tau kaedah membaca dengan berkesan.
Jika dimaksudkan khusyuk itu sedang 'bercakap' dengan Allah, kita perlu tau cara bercakap/ komunikasi yang berkesan
Jika dimaksudkan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal2 dunia, kita perlu tau kaedah penumpuan fikiran.
Jika dimaksudkan khusyuk itu mendengar teliti bacaan imam/diri sendiri serta bacaan hati, kita perlu tau kehebatan dan fitrah pendengaran telinga dan hati manusia.

Semua perkara punya ilmu yang perlu dipelajari dan dipraktikkan sebelum mampu untuk merasai kelazatan beribadah seperti mana nabi beribadah. Penting ni.. PENTING! sebab elok solat kita akan mempengaruhi amalan2 yang lain... Orang yang khusyuk solatnya, hebat akhlaknya,mantap ibadahnya,kagum tawakalnya. Kena belajar cara untuk khusyuk...doakan saya sahabat2...

formula asas muslim

iman = ibadah * ilmu
--------------
maksiat

p/s: Baru khatam buku Bio-mekanik SOLAT oleh Dr. Yusof Abbas. BEST! saya mencadangkan semua orang utk sedaya upaya membaca buku ini. Jemputlah ke blog beliau http://bioibadah.blogspot.com/




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to :: khusyukkah kita?::

Anonymous said...

insya'Allah....
bila tlh m'cpai keksyukkan itu,br kita mengerti erti sbnr solat..
knp pentingnya solat..ia memerlukan latihan,latihan yg berterusan..

antr yg terpenting ialah memahami makna bacaan kita.cuba utk memahami,terutamanya al-fatihah,sbb stp rakaat itu mengandungi ibu allquran ini..

~;)..thnks 4 sharing..

~puteh

'Ezzah Al-Islam said...

to puteh~
thanx for sharing too...

really appreciate it.
betul tu puteh *sambil mengangguk2*
even setiap perkataan dan pergerakan solat itu sendiri ada maksud dan ibadahnya yg tersendiri...
(rujuk buku solat nabi oleh UZAR)

satu persoalan utk direnung..
mengapa kadang2 semakin bertambah usia kita, semakin kurang khusyuk solat kita...?

jawapannya mungkin kerana kita tak update ilmu didada kita...

sama jugalah seperti komputer kita... kalau masa dulu2, kita guna windows 98... lama2 masa berlalu... boleh je guna lg tapi dah tak berapa berkesan... sbbnya sistem dah diupdate dengan masa... sekarang dah guna windows vista...

so... salah satu cara utk perbaiki khusyuk solat dari masa ke masa ialah dengan menambah ilmu islam dari masa ke masa juga...

harap membantu~

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.