Dengan nama Allah yang menciptakan manusia2 yang hebat...
Selawat salam buat insan paling hebat antara semua manusia2 hebat yang lain...
( oleh Hassan Al Banna)
Guru kami, Syeikh Ahmad Yusuf Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia menghibur kami dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan kami, dia pun berkata, "Ambillah karangan-karangan awak ini wahai para ulamak dan sebarkan. Duhai kaum ku, hendaklah kamu mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (yakni sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi). Demi Allah, saya tidak menilai karangan awak berdasarkan panjang atau pendeknya".
Kemudian, kami pun membahagi-bahagikan karangan-karangan di kalangan para penuntut. 1927 ialah tahun akhir pengajian saya di Darul Ulum. Salah satu tajuk karangan yang Syeikh Najati beri kepada kami ialah ‘Apakah cita-cita awak selepas tamat pengajian nanti? Dan cara cara yang awak hendak gunakan untuk mencapai cita-cita awak itu.’
Berikut ialah jawapan yang saya beri:
'Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya. Dia berjihad bagi menghadapi kesukaran dan kesusahan dengan tabah dalam menegakkan kebenaran dan hidayat. Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri-ciri yang mengakibatkan kemerosotan akhlak dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam yang lebih baik. Dia bersifat kasih sayang kepada manusia. Dia berusaha sebanyak mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia. Dia juga berusaha memimpin mereka yang telah sesat ke jalan yang benar.'Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna.
Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat-pendapat saya ini telah mendorong saya memilih kerjaya di bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya (keilmuan) bagi rakyat. Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh dunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Saya yakin cita-cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Allah dengan cara yang diterima dan dirahmati Nya. Seorang manusia yang ingin mencapai cita-cita tertinggi ini akan mendapati dirinya berada di persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia bolehlah memilih salah satu dari keduanya.
Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar.
Dasar jalan ini ialah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain.
Jalan yang kedua
Jalan yang satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi di segi keikhlasan dan amalan.
Perbezaan jalan ini dari jalan pertama tadi ialah:
dari segi hubungannya dengan manusia;
*dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia;
*dari segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat;
* dari segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit masyarakat.
‘Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah. Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini, Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapaiketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua. ( sebahagian dari tulisan beliau..)
Inilah contoh manusia yang hebat. Semoga kita juga tergolong dan menjadi salah seorang dari golongan yang hebat2 ini...
"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"
Post a Comment