Dengan nama Allah yang maha Mendengar lagi maha Melihat...
Salam dan kasih buat daie yang paling berpengaruh sepanjang abad dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejak langkahnya...
Assalamualaikum wbt...
Kehidupan di bumi Jordan yang beriklim mediteranean(4 musim) banyak meng'ajar' saya utk lebih memahami erti setitis air,ia3ni molekul dengan 2 hidrogen dan 1 oksigen ini(-->especially time musim panas ni).Apabila suhu mencecah ke angka 29 ditambah dengan terik matahari yang menyengat (-->walaupun jarum jam baru menunjukkan angka 10pg), tiga atau empat teguk air suam belum cukup utk menghilangkan rasa dahaga yang melanda... perlukan air jus sejuk yang lebih hebat kuasanya utk melawan rasa kekeringan di sepanjang esofagus dan sewaktu dengannya.Kagum dengan sahabat2 nabi yang berhijrah bersama nabi melintas gurun sahara yang panas dengan bekalan air yang sedikit...(salam atas mereka)
Sedar atau tidak, atau mungkin kadang2 terlupa...air memainkan peranan yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian kita...Bukan sahaja sebagai minuman yang memberi kekuatan dan terlibat dengan proses metabolisme(anabolisme+catabolisme) tubuh badan kita, air juga penting untuk proses pembersihan diri dan salah satu daripada unsur2 ibadah juga. Solat yang merupakan penghubung antara jiwa hamba dan tuhannya contohnya perlu disertai dengan pengambilan wudu' yang melibatkan air sebelumnya.Tidak boleh tidak, kehadiran air dalam setiap detik dan saat perbuatan kita tidak dapat dinafikan... dan pastinya lebih cantik sekiranya kita dapat mengaitkan unsur terpenting dunia ini dengan penciptaNya,Rabbul A3lamin... (-->terdapat banyak ayat al-quran (kira2 63 ayat) yang menceritakan ttg air..)
Kajian yang dilakukan oleh Dr.Emoto dari Jepun berkenaan air pernah mengegarkan dunia seisinya suatu masa dahulu(->skarang pun). Buku "The message from water" yang telah mencapai jilid ke3 mendapat sambutan yang memberangsangkan.Mengikut kajian yang telah dilakukan, air merupakan unsur 'hidup' yang bertindakbalas dengan segala sesuatu di sekelilingnya termasuk suara dan cahaya... Beliau telah mencipta satu teknik fotografi yang membenarkan gambar struktur molekul air ditangkap. Dan amatlah mengejutkan apabila struktur air yang diambil berubah2 mengikut perkataan/ayat yang dibacakan kepadanya... (utk rujukan lanjut https://www.hado.net/)
Cantiknya islam yang mengajar kita cara hidup yang selari dengan alam sekitar ini.kita dididik utk membaca basmalah sebelum makan dan minum...berdoa dengan doa2 yang baik ketika mengambil wudu'... dan berjimat cermat dengan air. Subhannallah! tuhan...tidaklah engkau mencipta semua ini sia2...
"Dan dia yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah maha kuasa" (al-furqan25:45)
"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar"(at-tariq 86:5-6)
Selaku salah satu daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai komposisi air 80% daripada berat badan,unsur2 air turut 'hidup' sama dalam diri kita.Tidak hairanlah jasad dan jiwa kita menjadi tenang dan damai sekiranya diperdengarkan dengan kata2 yang baik atau ayat2 suci al-quran dan menjadi sebaliknya apabila diperdengarkan dengan kata2 kesat atau lagu2 yang me'lagho'kan.Ini membuktikan selaku manusia yang yakin islam sebagai fitrahnya, kita perlulah berhati2 dengan segala perkara yang dilihat...didengar...dan dikatakan... kerana ini akan memberi kesan kepada diri kita sebagaimana setiap perkara yang didengar..dilihat..memberi kesan kepada struktur air...(we are made from water!)...
p/s: Faham dah kenapa ayat2 Quran asyik cerita syurga yang mengalir air dibawahnya utk bg galakan dan harapan pada sahabat2 yang berjuang... mesti org2 arab ,sahabat2 nabi sgt excited jumpa air terjun macam kat Malaysia... (susah jumpa air kat jordan)...rindu Malaysia!!!
"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"
One Response to Air yang memancar
salam..
sori lah ana baru berkesempatan untuk baca semua posting dlm blog nt ni..hehe
anyway.. saja nak bagitahu.. hari tu pegi kinokuniya jumpa buku dr emoto tu.. tapi bukan dkt rak "bestseller" lah..tapi tak beli pon. terjumpa buku yg lebih aula.
so kpd pembaca lain.. jika teringin nak baca buku tu, bolehlah ke kinokuniya, level 4 klcc ok. rm10 voucher for purchase rm80 and above..
Post a Comment