Dengan nama Allah yang Maha Berkehendak lagi Maha Berkuasa...
Sentiasa kulayangkan salam sayang buat si Dia 'Muhammad Bin Abdullah' di bulannya Sya'ban yang mulia serta semua "sodiqqin" dan "sodiqaat" sekalian...
Assalamualaikum wbt...
Sememangnya bohong sekiranya saya mengatakan hati ini langsung tidak terasa sunyi dan sayu dengan kepulangan sahabat2 dikasihi ke tanah air.Mengenangkan niat di hati ingin menghulurkan bantuan dan berkorban demi adik2 junior yang bakal tiba saya gagahkan jua hati dan seluruh jasad pinjaman ini utk memaksimumkan setiap detik dan desah nafas yang ada sepanjang cuti ini supaya tidak terbuang begitu sahaja.Semoga berjaya kepada saya!
my first project
Alangkah syukurnya rasa hati mengenangkan 'projek pertama masa cuti' telah diizinkan oleh Allah untuk berjalan dengan sempurna malah meninggalkan segunung pengalaman manis bersama selautan ilmu kehidupan yang sedikit sebanyak dapat menambahkan iman dijiwa. Dengan ruang dan peluang yang ada disini, mungkin satu perkongsian dari saya walaupun secawan kopi adalah amat bermakna (--> kata2 abusaiful... but it's true and really agree with it)
Ikatan paling kuat
Terkenang awal2 pengenalan antara saya dan Amani. Seorang sahabat Arab yang amat sopan dan sentiasa berkata2 yang berunsur nasihat. Sangat terpancar darinya rasa 'izzah' dengan islam yang dianutinya dan amat rapat dengan al-Quran panduan kita. Amani saya kira mempunyai tarbiyah keluarga yang mantap dan perasaan islam milik semua, membuatkan saya amat selesa dan mudah untuk timbul rasa ukhwah islamiah dan sayang kepadanya, tidak seperti sahabat2 Arab yang lain. Dua benua,dua bangsa,dua bahasa,dua budaya,dua jiwa,... namun kerana satunya akidah dengan satu silibus... al-quran menyatukan lagi hati2 kami. Benarlah, sesungguhnya hanya Allah yang memegang hati2 manusia dan hanya dialah yang mampu menyatukannya...
Sahabat al-Quran
Pertemuan demi pertemuan setiap hari isnin dan khamis semata2 untuk bertadarus bersama2 ditambah dengan satu keazaman utk mengkhatamkan dan mentadabbur kitabNya, akhirnya melangkah satu tapak kehadapan dengan ziarah ringkas saya ke rumahnya. Rancangan awal sejak sebelum saya menghadapi peperiksaan akhir tahun ini akhirnya tertunai dengan bermulanya kembara saya ke terataknya yang berada jauh diperkampungan2 Arab (-->kawasan syari'3 jame3ah yang saya duduki sekarang ini berada didalam kategori bandaraya) bertemankan sahabat karib yang tercinta... (-->thanx,dear!!!)
Kembara bermula
Seawal 11 pagi seusai menghantar sahabat2 yang pulang ke Malaysia pada 2 hari lalu dengan lambaian dan pelukan 'bakal kerinduan', dengan lafaz bismillah kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke mujamma3 syeikh khalil (-->inilah stationbus utk ke universiti setiap hari) dimana Amani bakal menyambut kami utk dibawa ke rumahnya. Betullah seperti yang dikatakan kepada saya sebelum ini, rumahnya sangat jauh dari bandar dan universiti pastinya.
Dari mujamma3 syeikh khalil, kami mengambil bas seterusnya ke mujamma3 aghwar yang merupakan pusat pengumpulan banyak perkampungan2 disekitarnya... perjalanan selama kira2 1/2 jam ini diteruskan dengan menaiki bas seterusnya menuju terus ke perkampungannya, KufurAbel.Memandangkan jasad keletihan ditambah dengan mata yang merayu2 minta berehat, perjalanan lebih kurang 1jam suku ke perkampungannya diisi dengan aktiviti qailullah utk mengecharge tenaga yg bakal digunakan, sementara Amani tidak lekang dari bibirnya dari ayat2 suci Kalam Allah.
Malas ke universiti
Betapa saya rasa sgt bersyukur dgn lokasi rumah tidak seberapa yang saya duduki sekarang. Amatlah mudah dan sebentar masa diambil utk ke universiti.Sedih mengingatkan masih lagi wujud dikalangan mereka2 yang ditaja ini sengaja utk tidak ke universiti... sedangkan masih terdapat ramai yang sangup merentas beratus2 km semata2 utk hadir ke kelas mengutip seberapa banyak ilmu yang bertaburan di universiti itu. Setiap hari, Amani memerlukan JD1.75 untuk perjalanan 3 bas pergi ke universiti sahaja.Belum digandakan utk perjalanan pulangnya. (-->utk tambang je jd3.50) Hendak dibandingkan dengan JD0.35 x2= JD0.70 perjalanan pergi balik kita, itupun sudah puas merungut kerana harga tambang kian meningkat (--> dulu first2 datang jd0.25 je)... rayu punya rayu,alhamdulillah dapat naik biasiswa. Semoga kenaikan ini tidak melalaikan kita kepada orang2 lain yang selayaknya.
Utk menambahkan lagi rasa malu kepada diri saya sekiranya malas utk ke universiti, bas yang dinaiki Amani setiap hari akan pusing mengelilingi pekan kecilnya beberapa pusingan sehinggalah semua kerusi penuh sebelum meneruskan perjalanan ke mujamma3 aghwar. (--> semata2 nak jimat minyak). Alangkah kuatnya Amani! Sekiranya kelas bermula pukul 8pg, Amani perlu keluar dari rumah pada pukul 6pg(2 jam lebih awal). Sentiasa Amani mengingatkan saya bahawa setiap perjalanan kita utk belajar adalah perjalanan kita utk ke syurga. Bersusah didunia sahaja,usah risau kerana Allah akan mudahkan di akhirat nanti. Mungkin inilah rahsia petua yang dipegang oleh Amani demi mencapai martabat orang berilmu itu.
Tentatif ziarah
Melangkah masuk melalui pintu gerbang gergasi Bait Amani, kami disambut dgn gelak ketawa adik2 Amani yang seramai 5 org. Merekalah sahabat2 baik kami sepnjg 2hari disini.. (--> really miss u all...bara'ah,lamis,namaraq,khadijah dan amin) Amani merupakan anak sulong drpd isteri kedua ayahnya. Selepas isteri pertama meninggal dunia, semua anak2 hasil pernikahan awal ayahnya tinggal bersama ibu Amani. Kagum dengan kehebatan ummu Amin ini(-->nama satu2nya anak lelaki ibunya). Benarlah anak2 yang mantap dari ibu yang mantap.Istilah ibu atau ibu tiri tiada bezanya dirumah ini. (-->teringat kisah2 fairy tale dengan ibu tiri yang tidak adil).
Demi menyambut tetamu kehormat dari luar negara ini, semua abang dan ayah Amani tinggal dirumah kaum kerabat mereka. (-->PERHATIAN...Dikampung2 Arab, kaum kerabat adalah jiran2 belaka...) Pastinya ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi dan keselesaan yang teramat bagi kami. Mudahnya apabila semua orang faham dan sefikrah.
Amin si bongsu yang sangat petah dan banyak mulut.Rindu dengan ragamnya yang mencuit hati
Bukti tarbiyah usrah Amani yang mantap, kami sentiasa berjemaah utk setiap waktu solat dan bertadarus seusainya. Teringat bacaan si kecil Khadijah(7 tahun) yang mem'volunteer'kan diri utk membaca surah Lukman(-->kerana sudah menghafaznya di madrasah). Mungkin rasa tercabar melihat kakak2nya yang lain, masing2 telah memperdengarkan suara utk tadarus surah al-baqarah sebelum itu sedangkan dia belum. Oleh itu, menawar diri mengikut kemampuannya.Kagum dengan keberanian si cilik ini.
Aktiviti Petang
Petang itu kami berjalan di lorong2 kampung Abel yang penuh dengan pokok2 zaitun ini menuju ke rumah Kakak Amani,Sukainah yang boleh dikatakan masih didlam tempoh ber'pantang', tidak berapa jauh dr situ. Demi utk melawat "bubu"(baby) kembar, Naba' dan Saba' pasangan comel yang baru sahaja 2 bulan menghirup udara bumi ini. Dan mengikut tradisi Arab, mereka yang melawat ibu yang baru lepas bersalin akan dihidangkan dgn sejenis minuman khas yang dinamakan 'kirfah'. Kirfah adalah air teh yang ditambah dengan kacang2+kelapa+bunga2an. Reseptor2 rasa pada lidah saya masih terngiang2 lagi rasa air kirfah yang diminum itu.
Malam hari
Pada malamnya, kami berbual2 di beranda rumahnya menikmati angin perkampungan malam yang lembut sambil menikmati buah anggur yang baru dipetik dari laman belakang rumahnya. Dengan keletah si kecil Amin yang banyak idea dan petah berbicara amat menghiburkan hati. (-->bahasa arab si kecil ini agak sukar difahami,jadi akak2nya secara tidak langsung menjadi jurucakap tidak rasminya...so cute!... teringat beria2 dia mengajak kami melihat dajaj=ayam peliharaannya yang sudah bertelur, namun masa tidak mengizinkan... maaf Amin! lain kali yek, Amin bawak akak..)
Malam itu, mereka mengajak kami mengadakan pertandingan kuiz. Siapa yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah. 1 hadiah utk 1 soalan...(--> hadiah2 ini adalah bargn2 comel milik mereka yang sememangnya akan diberikan terus kpd kami. Terharu apabila Khadijah sangup mengorbankan anak patung barbie doll mainannya utk diberikan kepada saya.. hehe..tak sampai hati nak ambil...). Awalnya bimbang juga hati ini, soalan2 apalah yang ingin ditanyakan oleh kanak2 ini nanti. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 3 orang peserta setiap satu. Saya dan sahabat saya pastinya berada dalam kumpulan yang berlainan (-->kawan jadi lawan ni..hehehe). Dan ini sememangnya masa yang paling gembira sepnjang kami disana. Kami dikehendaki membuat soalan2 utk ditanya kepada kumpulan lawan berkisar tentang islam, tidak kisah samada asbab nuzul ayat al-quran, hadis, sirah nabi dan sahabat dan juga doa2... Ya Allah, betapa kagum dengan semua kanak2 ini. bukan calang2 soalan yang mereka keluarkan, terasa amat beza ilmu antara saya yang berumur 18 tahun, 2x ganda umur mereka ini... Alangkah gembiranya sekiranya semua kanak2 di Malaysia yang berumur dalm lingkungan 7-11 tahun ini mempunyai pengetahuan agama yang mantap seperti kanak2 arab ini. (--> sesuatu perlu dilakukan dengan sistem pembelajaran Malaysia ini... so exam-oriented n sekular!)
Selepas makan tghmalam, kami tidur di tingkat atas rumah mereka yang terbuka bersama semua kakak2 Amani (--> tradisi org Arab Jordan tidur kat luar rumah pada musim panas... perhatian kawasan rumahnya tertutup dengan pokok2 tinggi dan pintu gerbang gergasi ditambah dengan jarak rumah2 jiran yang agak jauh, maka tiada masalah utk kaum hawa ini tidur diluar rumah..)
Dipendekkan kisahnya, kami berangkat pulang keesokan pagi ditemani oleh Amani. Setelah beberapa pusingan mengelilingi kampung Abel didalam bas menunggu bas penuh(--> amat menguji kesabaran), banyak sunguh perbezaan yang dapat saya perhatikan dalam kehidupan mereka ini. Sesungguhnya patutlah nabi Muhammad dahulu dihantar oleh ibunya utk tinggal di kampung bersama ibu susuannya. Biah perkampungan arab ini benar2 berbeza dengan kehidupan di bandaraya (syari3 jami3ah ni!).. Semangat perpaduan masih kukuh. Kenal jiran dan orang kampung pastinya.Perempuan2 disini masih terjaga, kekal dengan pakaian yang menutup aurat dan kebanyakannya bertudung labuh dan berpurdah. (--> Tiada yang memakai seluar dan baju2 ketat seperti di universiti... satu pemandangan yang amat menyeksakan...). Sehinggakan kanak2 sekecil 5-6 tahun ooleh berjalan pulang seorang diri sahaja ke rumah tanpa ibu bapa perlu risau akan keselamatan anak2 mereka... (--> kalau kat Malaysia, macam2 boleh berlaku)
"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"
Post a Comment