.:: sejarah kita::.

Dengan nama Allah yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan...
Selaut sayang buat hafiz al-Quran ter'masyi', Muhammad bin Abdullah' dan semua hafiz serta hafizah yang mengikuti jejak langkah baginda utk menghafaz kalam Agungnya...

Assalamualaikum wbt...

Sejarah adalah kisah kita...jadi

Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:

“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:

وَكُلا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”

Surah Hud 11: 120

Salah satu perkara yang perlu difahami oleh kita selaku orang yang mengucap 2 kalimah syahadah untuk memahami Islam adalah dengan memahami Sunnatullah. Sunnatullah adalah ketentuan dan peraturan yang digariskan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan. Dan sunnatullah ini merangkumi dua aspek:

  1. Sains Tulen (Sunnah Kauniyah)
  2. Sains Sosial (Sunnah Ijtima’iyyah) Otak manusia terbahagi kepada 2 hemisfera,kanan dan kiri. Otak kanan bertanggungjawab utk ilmu2 sains sosial seperti undang2, etika, bussiness dan sejarah. Bagi ilmu2 sains tulen seperti matematik, fizik, perubatan mahupun sains alam adalah dikawal oleh otak kiri. Tidak kisahlah kita ini penuntut ilmu matematik mahupun undang2 atau kejuruteraan pun.Kedua-dua bidang ilmu ini menceritakan sunnah-sunnah yang bersifat pasti dan tidak berubah zaman berzaman. Dan pastinya semua pun adalah ilmu Allah.

Ilmu perubatan termasuk dalam Sains tulen.Sekiranya kita pelajar perubatan, belajarlah bahawa fisiologi tubuh begini dan begini. Metabolismenya begini dan begini. 'Cycle' ini dan 'cycle' itu.(-->teringat biochemistry yang penuh dgn bulatan2..hehe). Bukankah ini adalah sunatullah yang sememangnya telah ditetapkan sejak dari manusia pertama, Adam a.s. Cumanya apabila kita manusia mengkaji dan mendalami akhirnya kita mula memahami ketetapan2 Allah ini. Bukan kita manusia yang menciptanya, tetapi hanyalah sekadar menjumpainya dan sekarang kita hanya mempelajarinya sahaja.

Inilah beza saintis Islam dan saintis barat. Selalu kita baca didalam buku2 teks kita, teori "...", falsafah"...", orang barat suka meletakkan nama mereka pada setiap perjumpaan baru mereka. Tapi jarang2 kita menjumpai nama2 saintis Islam kita dijadikan sebarang teori,kajian atau apa2 perjumpaan.Walaupun sebenarmnya saintis Islamlah yang sebenarnya banyak membuat kajian dan perjumpaan baharu dalam ilmu alam ketika zaman keemasan Islam dahulu. Ini kerana saintis2 Islam ini berpegang bahawa mereka hanyalah menjumpai dan mula memahami ketetapan2 Allah, jadi untuk apa mereka menamakannya sempena nama mereka. Tetapi saintis barat tidak berfikrah sebegitu.



سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا

"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)

Sejarah pula termasuk dalam bidang ilmu Sains Sosial. Ia membicarakan perjalanan kehidupan manusia, bagaimana mereka berinteraksi dan bermasyarakat. 2/3 daripada Al-Quran merupakan kisah2 orang terdahulu = sejarah yang merupakan sunnatullah yang tidak berubah2 dan diceritakan supaya kita mengambil iktibar dan tidak mengulanginya. Jadi penting ke tidak penting sejarah ini?


قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُروا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Untuk benar2 mengenali dan memahami diri kita penting untuk kita mengetahui dan memahami sejarah diri kita. Jom kita tanya, Siapakah diri kita ni sebenarnya? Melayu, Malaysia, mahasiswa….

Kita adalah seorang Melayu – Sejarah Melayu hanya bermula daripada Parameswara dan mungkin akan berakhir sehingga orang terakhir berbangsa Melayu hidup diatas muka bumi ini

Kita adalah seorang rakyat Malaysia – Sejarah Malaysia bermula dari Kesultanan Melayu Melaka (1420an) sehinggalah kita mencapai Kemerdekaan (1957) dan berjaya menubuhkan sebuah negara berdaulat Malaysia (1963) dan tamat ??? tidak diketahui yang pasti tidak sampai ke akhirat kerana rasanya tiada negara Malaysia di padang mahsyar nanti...

Kita adalah seorang mahasiswa - ya! Kita adalah mahasiswa buat masa sekarang, namun seterusnya bekerja, pencen dan akhirnya mati

Siapakah Kita yang setepat2nya sebenarnya ?

Kita adalah seorang Muslim. Meletakkan diri kita yang terpenting untuk mewakili diri kita. Ya, kita sememangnya seorang mahasiswa Melayu, seorang rakyat Malaysia. tetapi kita adalah seorang muslim sebelum kita adalah lain2...

Pelajar yang Muslim atau Muslim yang belajar

Apabila kita meletakkan diri Kita sebagai seorang Muslim – Sejarah Islam bermula sejak daripada Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah(-->manusia pertama ni!) , seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w (-->semua pun muslim) sehinggalah ke akhirat yang abadi nanti...

Konklusinya...
Sekiranya kita nak kenal diri kita, wajiblah kita mengetahui dan memahami sejarah diri kita.. Oleh kerana kita adalah muslim, wajiblah kita mengetahui dan memahami sejarah islam dulu hingga kini... Sekadar peringatan buat diri dan rakan2... penting untuk kita faham kenapa kita membaca dan belajar tentang sejarah dan sirah ini... Sesiapa yang tidak minat sejarah, anda perlu belajar untuk minat kerana sejarah umpama peti harta karun yang tersorok didlam bekas tinggalan kapal karam.. hehehe... luv history!!!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.