Dengan nama tuhanku yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa...
Salam rindu buat nabi terakhir 'Muhammad bin Abdullah' manusia berotak genius dan "homo-islamikus"= manusia2 islam sekalian...
Assalamualaikum wbt... kif halkum jame3an?
Lagi 7 hari Genap setahun saya berada di bumi barakah ini. Masih segar di ingatan kali pertama menjejakkan kaki ke tanah yang sama dipijak oleh nabi2 terdahulu ini. Tanah yang tidak sama dengan tanah2 lain. Sebelum terbang kesini lagi, macam2 kisah benar, cerita, khabar angin, fakta, pengalaman org yang dah mencecah ke telinga saya ini. Tapi lampu isyarat di otak saya selalunya merah, tidak mudah utk mem'benar'kan mana2 jenis maklumat sebelum saya benar2 yakin dengannya... keyakinan terhadap sesuatu akan lahir samaada dengan cara saya memperoleh ilmu ttgnya melalui perkhabaran= "ilmu yaqeen" ataupun keyakinan yang lebih mantap apabila saya melihat dan menyaksikannya sendiri= "ainul yaqeen" dan lebih hebat lagi apabila saya sendiri yang benar2 merasainya="haqqul yaqeen"
Banyak perkara tentang tanah Islam Jordan ini yang tidak seperti yang saya gambarkan. Jujurnya,saya membayangkan kehidupan yang lebih buruk. Namun, seinfiniti kesyukuran nikmat Allah itu tidak terhad dan sentiasa berlimpah ruah. Walaupun Jordan tidak sebersih dan secantik Malaysia ataupun UK negara yang saya impi2kan utk menyambung pelajaran, Jordan punya keistimewaannya tersendiri.Mungkin hari ini, sedikit perkongsian tentang jordan dari kaca mata dan retina saya.
promotion?
Sebelum nak 'promote' Jordan ni... sedikit peringatan utk semua.sedar tak? Kita selaku manusia ini memang secara semulajadinya bersifat mem'promote'. Apabila kita tahu atau memiliki sesuatu yang baik dan bagus, tidak dapat tidak kita suka memberitahunya kepada orang lain. Sifat fitrah inilah yang dikurniakan Allah utk kita meneruskan kerja2 nabi dan org2 terdahulu utk memastikan Islam kembali ke puncak dunia dan menjadi ikutan semua. Melihat kepada situasi umat islam kini, memang susah utk kita melancarkan "Dasar pandang ke Islam" dan mempromote kecantikan dan perasaan 'best'nya menjadi muslim ini. Tak dinafikan, kalau kita betul2 nak 'iklan' dan 'jual' Islam supaya semua orang atas muka bumi ini membeli dan menggunakan produk Islam je, setiap orang dari kita kena bangun dan mula buat kerja. Produk barat makin hari makin laku, apa lagi pemudi2 islam... mari kita memperlengkap diri dan membangunkan yang lain... Cukuplah tidur tu wahai iman...BANGUN dan BERGERAK yok!!!
Kerajaan Hasyimiah Jordan merupakan sebuah negara berbahasa rasmi Arab yang terletak di Asia Barat bersempadankan Iraq,Syria,Palestin dan Arab Saudi. Gelaran Hasyimiah yang diguna pakai itu katanya kerana raja Jordan ini mempunyai susur galur keturunan dengan bani Hasyim keluarga nabi kita yang tersayang. Jordan pastinya bukan seperti Malaysia yang dikelilingi oleh lautan, negara ini hanya mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan teluk Aqabah. Maka, amatlah susah utk kami yang tinggal disini utk menikmati makanan2 laut yang pelbagai spt di Malaysia. Ikan2 tanpa kepala,tak pun sardin yang telah di'sardin'kan. Kerang, lala, ketam, udang, sotong usahlah dimimpi. Mungkin satu hari nanti Malaysia perlu belajar cara2 men'yardin'kan makanan2 laut yang lain utk dieksport ke negara2 benua ni. Bersyukurlah sahabat2ku di sana, sesungguhnya benarlah kita di Malaysia ini hidup mewah... zon selesa...
Setiap manusia punya kebaikan dan kecantikan tersendiri. Cuma kadang2 tersorok kabur pabila diliputi dengan keburukan yang terlebih2. Satu perkara yang sangat istimewa ttg Jordan ini ialah situasi2 dan orang2nya yang sangat hampir dengan situasi2 di dalam Quran mahupun hadis. Manakan tidaknya bukankah Al-Quran dan hadis itu sendiri diturunkan kepada orang2 Arab ini? Sesungguhnya hebatnya bangsa arab atau mana2 bangsa atas muka bumi ini hatta bangsa melayu sendiri, hanyalah disebabkan Islam. Tanpanya we are so nothing...
Ketika sejak di Malaysia lagi, sering saya tertanya2 mengapalah ayat2 ini diturunkan? Kenapalah benda ni juga yang Allah highlightkan? Mengapalah perkataan ini yang digunakan? Kenapa pula Allah guna perkataan yang berbeza2 tetapi maknanya sama sahaja?... Macam2 persoalan yang menerjah ke otak ini pabila menilik satu persatu kalam suci Allah ini...
Betullah kata orang "Sesiapa yang ingin menguasai ilmu dunia perlulah menguasai bahasa Arab". (-->sedang berusaha menguasai bahasa syurga ini skrang.doakan saya shabat2!). Dan tidak boleh tidak ada 2 sebab mengapa kita perlu hormat kepada bangsa dan bahasa Arab ini. Pertamanya kerana nabi Muhammad yang kita hormati lahir dari bangsa ini. Keduanya Al-Quran kata2 Allah ini juga diturunkan dalam bahasa ini... Utk shabat2 di Malaysia mahupun mana2 bhgn bumi di dunia ni, silalah benar2 cuba mencari peluang utk belajar bahasa hadis ini. Sekiranya kita betul2 hendak dan berusaha, insyaallah Allah akan membuka jalannya... Believe this!
Bayangkanlah betapa mudahnya, apabila kita tak faham sesuatu perkataan tak payah susah2 buka kamus 'ba-bi 'ke 'ba-bm' ke mahupun 'ba-ba', (-->kadang2 kalau bukak kamus pun maksudnya tak sampai/tak sesuai dgn penggunaan ayat), hanya perlu buka mulut dan bertanya kepada sahabat2 arab kat sekeliling kita.(-->kat dalam bas pun boleh) 'kamus bergerak'.Namun sebenarnya ramai je orang2 arab yang tak faham bahasa Arab sendiri, sbbnya kebanyakan diorang menggunakan bahasa Arab Ammiyah ia3ni bukan bahasa baku=bahasa Quran. Ala2 loghat2 negeri kat Malaysia... ada loghat Kelantan, Perak, orang2 Utara dan sewaktu dengannya. Jadi sila rujuk kepada sahabat2 yang terdidik dengan bahasa Fushah baku sekiranya memerlukan jawapan yang memuaskan hati. Patutlah pakcik Hassan al-Banna mewasiatkan supaya perbanyakkan bercakap dalam bahasa Arab Fushah. (--> saya pun nak mewasiatkan sahabat2 loghat lain, perbanyakkan bercakap bahasa Melayu asli yek..hehe..) Pabila melihatkan sahabat2 Arab yang bercakap dengan bahasa Arab ini sejak kecil pun tak faham bahasa Arab memang agak menyedihkan hati dan seluruh organ2 dalaman yang lain.
Pokok2 disini pokok2 yang disebut didalam Quran... Haiwan2 disini juga semua haiwan2 didalam Quran... Sejarah2 disini juga, sejarah2 dari al-Quran juga. Tak tahulah macamana nk mengambarkan persamaan yang sgt2 lah sama ini. Senang tulis, Perasaan nak mentadabbur Quran disini dan Malaysia memang berbeza. Bukan niat di hati utk men'jeles'kan, sahabat2 di selain negara Arab, tapi sekadar mempromote kepada semua yang ingin mendalami Al-Quran utk singgah melawat ke negara2 Arab ini.(--> tidak tertakhluk kepada negara Jordan sahaja)
kenderaan terhebat
Contoh terdekat kita boleh tengok kepada haiwan berbonggol ia3ni si Unta sahaja. Tahukah anda betapa banyak ayat Quran mahupun hadis2 yang menyebut ttg unta. Ada unta merah la... unta mengandung 9 bulan la.. unta baby la.. unta ini dan unta itu.. macam2 jenis unta dengan penggunaan bahasa arab yang berbeza2... sehinggakan Allah berfirman didalam Quran utk kita memperhatikan kejadian unta ini.
" Maka tidakkah mereka memerhatikan unta,Bagaimana ia diciptakan?" (al-ghasyiah88:17)
Teringat satu hadis berkenaan wanita tapi ada menyebut tentang unta ini...
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan kupandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian" (Riwayatmuslim)
Didalam hadis lain Rasullullah bersabda:
"Wanita-wanita mereka berpakaian tetapi bagaikan bertelanjang, di atas kepala mereka bagaikan bonggol unta yang lemah dan kurus, laknatlah mereka kerana sesungguhnya mereka itu terlaknat"
Spesifiknya ciri2 unta didalam hadis ini, unta yang lemah dan kurus. Bayangkanlah bagaimana ciri2 unta yang lemah dan kurus ini. susahkan? Inilah untungnya disini, pandang kiri kanan sementara nak ke universiti pun boleh nmpk unta.. Nak ditambahkan garam gula cerita memang wujud pun fesyen pakaian perempuan2 arab yang sengaja meninggikan sanggul dikepalanya disini. (--> yang bertudung tau dan memang nmpaklah seperti yang digambarkan didalam hadis nabi itu) Susah nak nmpk fesyen2 ini dikalangan orang2 islam kat Malaysia.. Rapat tak rapat situasi disini dgn hadis...
Kaum hawa
Selain itu, situasi di Jordan yang amat memuliakan kaum hawa sememangnya suatu perkara yang diidam2kan oleh sesiapa yang termasuk dalam kategori ini di mana2 jua. Walaupun tidak dinafikan sudah masuk pun dakyah2 yahudi untuk mengunakan 'female' dan 'sex' sbg salah satu cara menjatuhkan umat islam disini. Namun saya kira mungkin kerana adat dan budaya islam yang sememangnya telah tertanam kukuh dikalangan bangsanya menyebabkan kaum hawa amat di'hormati' disini. Satu perkara yang amat 'best' disini ialah suasana di dalam bas, dimana ia adalah menjadi adat utk tidak membenarkan kaum hawa berdiri. Kaum Adam yang pastinya lebih kuat akan dengan rela hatinya bangun utk memberikan tempat duduknya sekiranya tempat duduk sudah penuh. Mungkin perbuatan ini sekadar adat sahaja atau mungkin mereka benar2 menghormati kaum yang melahirkan mereka dan bakal melahirkan anak2 mereka ini.
Seringkali sahaja ada ramai kaum Adam yang turun daripada bas ataupun rela berdiri apabila tinggal hanya satu tempat duduk bersebelahan dengan wanita didalam bas. Kagum dengan mereka2 yang benar2 hendak menjaga diri ini. Namun saya lebih kagum dengan satu peristiwa dimana seorang wanita Arab yang bangun,turun daripada bas smbil menyatakan ketidakpuashatiannya apabila konduktor bas mengarahkan seorang lelaki duduk disebelahnya. Betapa hebatnya dia mempertahankan prinsip yang dipegangnya. A very good lesson for me..
Makan luar
Kedai2 makan disini juga pastinya berbeza. Kebanyakan kedai makan akan menyediakan tempat2 makan yang diasingkan antara lelaki dan wanita. Kaum wanita makan di tingkat atas dan kaum Adam di bawah. Ada juga ruangan khas utk keluarga dan pasangan. Sekiranya tiada tempat makan utk kaum wanita, maksud tersiratnya ialah " anda kaum wanita di'galak'kan utk makan bungkus di rumah". Mungkin satu hari nnti kedai makan sebegini boleh dibuka di Malaysia utk mengurangkan gejala2 sosial yang bermula dengan melepak dikedai2 makan. (--> teringat kat dewan makan asrama dulu pun makan asing je laki dan perempuan kan?)
Kadang2, saya tidak puas hati juga apabila terdapat sesetengah kedai makan yang mencampurkan kawasan pasangan dan wanita. Kasihan kepada wanita2 Arab yang ramai juga berpurdah merasa terganggu utk aktiviti makan mereka. (--> kebanyakan wanita2 lain pun tak suka bila ada pasangan2 di kalangan mereka). Pandangan ini ditulis dari sudut pandangan dan adatbudaya jordan, bukan Malaysia.Harap maklum.
Senjata Muslim
Orang2 Arab juga sangat sentiasa melazimi berdoa dalam ucapan mereka. Doa merupakan senjata utama orang islam.Doa seorang muslim kepada muslim yang lain. Betapa tenang hati dan sedap telinga mendengar ucapan2 doa yang dikatakan. Dalam hati tidak lekang menyebut "ameen"3x.Bukanlah doa2 panjang, mathur dari Quran yang perlu dihafaz itu yang saya maksudkan. Sekadar doa2 spontan yang boleh disebut oleh sesiapa sahaja dalam bahasa masing2. (-->cumanya bila orang Arab sebut dalam bahasa Arab, rasa macam doa2 Arab yang kita hafaz tu pulak...hehehe..). Tidak kisahlah bahasa apapun, yang penting intipatinya adalah permohonan kepada tuhan..Rabbuli3zzati. Saya lebih suka menggunakan bahasa Melayu bg mereka yang tidak faham bahasa Arab, insyaallah lebih terkesan di hati.
Doa2 yang sering diucapkan oleh mereka adalah:
Allahu yusalmik/ Salamatik = Semoga Allah menyelamatkan/ menyejahterakan kamu
Allahu yubaarik fiiki/Baarakallahu fikki = Semoga Allah memberkati kamu
Allahu yujzikkil khair/ Jaazakalluhu khair = Semoga Allah membalas jasa kamu dengan kebaikan
Allahu yusahil alai3ki= Semoga Allah memudahkan urusan kamu
Macam2 lagi pandangan hidup, pengalaman manis pahit saya disini. Memandangkan entry kali ini saya rasa sudah cukup panjang. InsyaAllah boleh disambung dilain hari...
"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
Post a Comment