Animals in the al-quran....

Dengan nama Allah tiada tuhan yang layak disembah melainkanNya...
Salam dan rindu buat nabiku yang telah bersusah payah sehingga Islam sampai ke telingaku 'Muhammad bin Abdullah' dan muslimin serta muslimat yang berusaha mengamalkan sunnah2nya...

Assalamualaikum wbt...
Surah al-baqarah

  • merupakan surah ke2 selepas surah al-fatihah dan merupakan surah terpanjang didalam keseluruhan al-quran(--> 286 ayat)
  • gelarannya Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain.
  • Keseluruhan ayat2 diturunkan di Madinah(-->means semuanya ayat2 madaniyah sekaligus merangkap surah madaniyah) yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah except ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada'
"Dan takutlah pada hari ketika kamu semua dikembalikan kepada Allah.Kemudian setiap org diber balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka tidak akan dizalimi" (2:281)

  • Mengandungi ayat terpanjang di dalam al-quran ia3ni ayat 282(-->satu page tu!!! ) berkenaan hutang-piutang. (--> saya ada hutang sesiapa ke?)

Mengapa "al-baqarah" yek?



Terdapat 4x perkataan بقرة " baqaratun" dimentionkan dalam surah ini (-->pada ayat 67,68,69 dan 71) ditambah 1x perkataan البقر "albaqara" (-->pada ayat 70) yang mempunyai maksud yang sama sahaja ia3ni sapi betina. Ayat yang sangat menarik dan sangat mudah dihafaz ini mengisahkan tentang pertanyaan bani Israel kepada nabi Musa berkenaan ciri2 sapi betina yang perlu disembelih atas arahan Allah untuk membolehkan mereka menghidupkan orang yang telah mati supaya orang tersebut boleh menjadi saksi kepada pembunuhan dirinya sendiri (-->apa2 pun hanya Allah yang menghidupkan dan mematikan!)

Surah2 haiwan

Sebenarnya surah al-baqarah ini merupakan satu daripada 7 surah daripada al-quran yang dinamakan sempena dengan nama haiwan iaitu:
  1. surah al-baqarah :2(sapi betina)
  2. surah an-an'am:6(haiwan ternakan)
  3. surah an-nahl:16( lebah)
  4. surah an-naml:27(semut)
  5. surah al-ankabut:29(labah2)
  6. surah al-a'diyat:100(kuda)
  7. surah al-fil:105(gajah)
Persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam entry kali ini ialah kedudukan haiwan2 sebagai makhluk ciptaan Allah selain manusia dan tumbuhan didalam al-quran itu sendiri...

Sejak zaman berzaman,dulu,kini dan selamanya...kebanyakan manusia memandang remeh berkenaan cara atau apa yang haiwan fikirkan. Para saintis terbahagi kepada 2 kumpulan berkenaan dengan isu bahasa haiwan dan kebolehan haiwan utk memahami.

kumpulan1
Haiwan adalah mesin hidup yang tidak dibawah minda yang sedar dan tidak boleh berfikir atau memahami sebarang jenis pemikiran...
kumpulan2
Haiwan adalah makhluk hidup yang mempunyai keupayaan berfikir dan memahami sama seperti otak manusia..pemikiran sebegini juga dikenali sebagai "anthropomorphism"

Dalam kita sering membaca dan mengalunkan ayat quran setiap hari, seringkali juga kita bertemu dengan ayat2 yang menyebutkan tentang haiwan2...namun pernahkah kita terfikir betapa istimewanya haiwan2 ini sehinggakan disebut didalam al-quran itu sendiri... dan pernah tak kita teringatkan balik ayat2 quran yang kita baca ini setiap kali kita terlihat haiwan2 ini dalam hidup seharian kita...(-->especially semut...suka kisah semut dengan nabi sulaiman)



Melihat dari sudut view kumpulan2, membuatkan saya terfikir apakah fikiran dan perasaan haiwan2 yang disebut didalam al-quran ini yek?

Apalah yang dirasa oleh musang apabila dia tak semena2 dituduh memakan nabi yusuf padahal dia tak bersalahpun... siannya!!! jahatkan manusia ni... dengan haiwan pun nak fitnah2..



Apakah pula perasaan ikan nun yang didalam perutnya terdapat seorang nabi yang tidak leka berzikir dan meminta ampun kepada Alah...



Apa lah yang difikir oleh burung gagak time dia menggali lubang utk menanam sahabat burungnya yang dah mati tu yek... mungkin dia sengaja kut nak tunjuk kat Qabil camana nak uruskan mayat Habil sbb kesian sgt tgok mayat itu diusung kesana kemari...baiknya!!! naseb baik ada gagak..kalau tidak sampai sekarang agaknya manusia tak tahu nak kebumikan jenazah


Cemburunya dengan nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa haiwan ini...

Haiwan2 didalam surah al-baqarah
Berikut ini senarai2 nama haiwan yang disebut oleh Allah dalam surah al-baqarah je...Lepas ini mungkin kita boleh lebih menghayati dan mentaddabur ayat2 ini supaya lebih 'zouq' terhadap haiwan2 disekeliling...boleh juga cuba bayangkan perasaan mereka2 ini... ingat bukan manusia je yang hidup atas muka bumi Allah ini... JOM SAYANG HAIWAN!!!

1) nyamuk (2:26)


"Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu"

2) anak sapi(2:51,54,92,93)

"Kemudian kamu(bani israil) menjadikan (patung) anak sapi itu sebagai sembahan setelah kepergiannya dan kamu menjadi orang2 yang zalim"

3)sapi betina (2:67,68,69,71)

"Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya "Allah memerintahkan kamu agar menyembelih seekor sapi betina"

4) khinzir(2:173)

"Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai ,darah,daging khinzir dan daging haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah"

5)hadyu(2:196)

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.Tetapi jika kamu terkepung (oleh musuh), maka sembelihlah 'hadyu' yang mudah didapat"
(-->hadyu ialah haiwan yang disembelih sebg ganti(dam) pekerjaan wajib haji yang ditinggalkan, atau sebagai denda kerana melanggar hal2 terlarang dalam ibadah haji)

6)keldai(2:259)

"Lihatlah tulang-belulang keldaimu, bagaimana kami menyusunnya kembali,kemudian kami balutnya dengan daging"



7)burung2( 2:260)

" Dia berfirman "Ambillah 4 ekor burung,lalu cincanglah olehmu kemudian letakkan di atas masing2 bukit satu bahagian,kemudian panggillah mereka,niscaya mereka datang kepadamu dengan segera"

p/s: Bolehke kalau nak sedeqahkan al-fatihah utk ikan kesayangan 'nun' dan 'hut' yang dah kembali kerahmatullah bulan 4 yang lepas?...rindu ikan...


"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Animals in the al-quran....

'Ezzah Al-Islam said...

Assalamualaikum wbt.. buat semua sahabat pembaca sekalian..

merujuk kepada ayat berikut,

"Apa lah yang difikir oleh burung gagak time dia menggali lubang utk menanam sahabat burungnya yang dah mati tu yek... mungkin dia sengaja kut nak tunjuk kat Qabil camana nak uruskan mayat Habil sbb kesian sgt tgok mayat itu diusung kesana kemari...baiknya!!! naseb baik ada gagak..kalau tidak sampai sekarang agaknya manusia tak tahu nak kebumikan jenazah"

terdapat seorang rakan pembaca yg musykil dan meminta sedkit penjelasan dari saya

kemusykilan terjentik apabila merujuk kpd ayat 31 surah al-maidah,dimana Allah berfirman

"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi"

penjelasan ringkas

benarlah...burung gagak bukan dengan kehendak sendiri mengali lubang tetapi sbg arahan drpd allah.Namun point utama dr entry saya kali ini adalah supaya semua pembaca dapat faham dan cuba berfikir apa yg difikir oleh haiwan2 tersebut kerana mereka juga sebenarnya berfikir dan berperasaan... (-->view kumpulan2). ini kerana kita sering mengabaikan perasaan haiwan2 makhluk tuhan ini... sekian,harap tersampai ke hati..
terimakasih kepada yang bertanya...

wallua3lam

p/s:perhatian kepada semua pembaca anda dialu2kan utk memberi sebarg komen,pendapat,kritikan mahupun kemusykilan di blog ini secra terus diruangan komen supaya dapat dikongsi bersama rakan2 pembaca yang lain...harap maklum!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.