Cara Terbaik...

Dengan nama Allah yang Maha Suci lagi Maha Terpuji...
Salam dan sayang yang tidak bertepi buat insan yang bakal membuka pintu syurga nanti 'Muhammad bin Abdullah' dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejaknya...

Assalamualaikum wbt...

Dalam usaha diri memahami erti sebuah penghijrahan dan mentarbiyah diri untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya... pelbagai method dan manhaj yang telah dicuba ... Sesungguhnya Allah telah memudahkan kita untuk lebih mengenali 'characteristic2' diri-Nya dan agamanya dengan mewariskan segala panduan,nasihat,pesanan,wasiat melalui kalam-Nya yang terAgung... Maka, tidak boleh tidak bagi kita selaku hamba yang lemah, yang telah ber'hijrah' semata-mata untuk mengenal si Pencipta, berniat untuk mencari redha-Nya... mengenali dan memahami Al-quran adalah salah satu cara terbaik yang perlu diberi lebih perhatian...

Persoalannya disini...
Apakah usaha2 yang kita lakukan dalam sehari,seminggu, setahun atau selama mana kita mengaku hamba kepada Allah (--> malu mengaku kalau tiada usaha utk mengenali-Nya) supaya lebih memahami dan mendekatkan diri kita terhadap al-Quran ini?

Kehidupan di Jordan,bumi barakah,bumi anbiya,bumi yang paling hampir dengan Al-quran itu sendiri mengizinkan sesiapa sahaja yang ingin kepada Islam utk merebut stp mutiara2 emas disini. Sebagai tanda syukur atas peluang yang diberikan oleh Allah dan sebagai salah satu usaha utk memanfaatkan kewujudan blog ini... InsyaAllah, saya akan cuba mendisiplinkan diri utk berkongsi segala ilmu tajwid yang diperolehi daripada kelas Al-quran di markaz Uthman setiap minggu... semoga dengan cara ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan sama2 lebih mendekatkan kita kepada Al-Quran yang dicintai...

iklan: buat rakan2 seperjuangan di Jordan, sama2 lah kita berusaha utk istiqamah hadir ke kelas al-Quran ..Jom kita saling mengingatkan dan memotivasi sahabat2 lain supaya semoga semua berjaya mendapat sijil dari markaz sebelum balik Malaysia...(-->bukanlah sijil yang diharapkan..ilmu itu lagi utama...tapi 'mahal' tau sijil tu... berbaloi utk berkorban sbb sijil itu boleh guna kat dunia dan akhirat..hehe)

p/s: (sedih) sbb ramai nak berhenti kelas al-Quran...

"Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"

"Dari Allah,untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.