Awan yang menyaksikan

Pagi-pagi memang mendamaikan. Selayaknya Tuhan Agung itu bersumpah dengan waktu yang cantik ini. Dia merenung awan-awan berkepul-kepul di langit, membayangkan dia dan sahabat2nya berlari-larian di atas kepulan putih itu. Seperti kelibatnya si Goku dengan motosikal awannya.



Wah! Subhanallah.. Memang indah! inilah ciptaan Rabb nya yang paling hebat.

"Allah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Allah yang maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?"




Sebiru hari ini.


Awan-awan riang ria menjadi saksi ukhwah antara mereka. ^__^



Kelihatan adik comel sudah malu sipu seperti kura-kura. Sembang-sembang ukhwah mereka pagi ini sangat segar. Beritahu perkara sebenar yang manusia sering silap tafsir tentang anda, memang satu idea taaruf yang lebih fun.

"Orang ingat saya ni baik.. tapi saya tidaklah baik mana sebenarnya..."
"Orang ingat saya single.. tapi sebenarnya saya sudah double sebenarnya.."
"Orang ingat saya tingkatan 3... tapi saya sudah tahun 3 sebenarnya.."
"Orang ingat saya jenis manusia yang bangun lewat, tapi sebenarnya saya jenis yang bangun awal"
"Orang Arab ingat saya indonesia, tapi saya Malizia sebenarnya"

Tiba giliran adik 'hot' seIrbid. Semua sudah pasang telinga kemas-kemas. Seperti biasa, dia dengan gaya sempoi ala2 gadis paling hot Irbid berdiri atas lututnya.

"Ermmm.. errmm... orang ingat saya berbadan slim.. tapi sebenarnya perut saya buncit"

Errkk..

Oppss.. Dia terkedu sebentar. Memang dasar insan penceria. Seluruh alam tanpa silunya menghamburkan gelak tawa. Yang awal kelihatan sipu tertunduk pun mula senyum hingga ke telinga. Dia juga senak perut. Oh.. adik kamu memang sangat comel. ^__^

Awan putih itu sekali lagi menyaksikan keletah manusia ria ini bergurau senda. Kelihatan sang Mentari mengintai dicelah rimbunan awan. Tidak mahu ketingalan menyaksikan hati-hati manusia Rabbani yang berkumpul atas dasar tali akidah yang satu.



Seperti biasa, di sudut celah manusia itu.. dia kembali merenung harinya, memikirkan pengajaran yang Allah berikan padanya hari itu. Bak kata orang tu "tauhidic mindset" itu penting. Setiap perkara yang berlaku dalam hari-hari kita perlu dikembali kaitkan dengan Allah yang tauhid.

Dia belajar hari ini. Manusia memang penuh dengan persangkaan.

Persangkaan baik mahupun persangkaan buruk. Apabila indikator penilaian berpandukan pada persangkaan, pintu ketidakpastian bakal terbuka luas. Nilai keyakinan akan berkurang. Maka sebarang tindakan menyusul kurang kemas dan longlai.

Sedangkan ukhwah juga perlu dibina atas dasar keyakinan dan bukannya persangkaan semata. Dia terasa Allah sedang mengajarnya untuk kurang berprasangka kepada sahabat2nya. Mungkin itu teguran untuknya hari ini.

Subhannallah! Pagi ini dia kembali bermuhasabah. Bahawasanya Islam sentiasa mengajarnya untuk berpegang pada keyakinan. Bukan bersangka-sangkaan. Kerana percaya itu soal yakin.

Percaya kepada Allah kerana kita Yakin dengan Allah.
Percaya kepada hari akhirat kerana kita Yakin pada hari akhirat.


Moga Allah campakkan 'mata keyakinan' dalam jiwa kita semua. ^



Dedikasi buat:
Awan yang menjadi saksi antara kita.
Awan yang juga pernah menjadi saksi antara mereka.

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

9 Responses to Awan yang menyaksikan

Siti Umairah said...

org ingat saye popular sanguine,
tapi saye peaceful phlegmatic =p

'Ezzah Al-Islam said...

haha.. adik um.. memang pelik pun. kak iz ragu2..:p.. kelihatannya kamu kurang sifat peaceful itu.. boleh percaya ke kamu menjawab dgn jujur..kuikui..

p/s: orang ingat kak iz skema, tapi sebenarnya kak iz rock. huhu.. bleh percaya ke?

ayyash said...

salam..

"org igt k.izz skema tp sbnrnya k.izz rock"

haha.. bleh plak izz ni..

izz bdk cemerlang, bittaufeq jugak cns2..

Siti Umairah said...

eleh kak iz, cakap aje la jeles.. =p
kalau sampai skrg umat islam yg phlegmatic terus2 jadi phlegmatic y3ne submissive n bla..bla..
susah lah islam nak naik..
ada betul ka?
hehe

al_leen said...
This comment has been removed by the author.
'Ezzah Al-Islam said...

to ayyash,

haha.. awat tak bleh plak. nampak sgt tipu ke? kuikui..

ayyash.. ana buatkan ayat ni utk nti.."Orang ingat sy pendiam dan lemah lembut tapi sebenarnya saya banyak mulut dan tak lah lembut sangat.." kuikui :P..

btw, ayyash pembaca tegar.. baca cns2 dan tinggalkan buku2 falsafah anda.. bitaufeeq!


to um,

hiiii... tak maen la jeles2 dengan budak kecik. :p kak iz kan 'matang'..haha..

btw, adek um sayang.. phlegmatic kamu itu punya kekuatan tersendiri.. bukan gaya dan persembahan tersendiri.. islam tetap boleh naik dan akan pasti naik dengan dibawa oleh semua lapisan manusia pelbagai ragam.

Sebab semua orang boleh bawa islam.. semua orang boleh bekerja untuk islam.. Best kan islam? Islam bukan untuk org pandai cakap je.. bukan untuk org yg berjawatan je.. bukan untuk orang yg berpengaruh je.. tapi untuk semua...^___^

adek um jangan leka2.. sila study cvs dgn rajen k ^^,

ayyash said...

lemah lembut? geli gile dgr..haha..
nmpk sgt tipu..

Siti Umairah said...
This comment has been removed by the author.
make it simple said...

salam iz,

nak shoutbox...(kan dah shout kat sini...)

all the best CNS!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.