karakter iman

"Sesungguhnya kemandulan,kebekuan, dan keterasingan yang menimpa sebahagian besar orang yang ingin bergerak itu hanyalah disebabkan oleh satu hal.. iaitu rasa takut yang berlebihan kepada manusia dan masyarakat. Maka jika mereka berada dalam kondisi kurang percaya diri, sebaiknya mereka mengubatinya"


Dia terkesima. Pembacaannya dihentikan sebentar. memberi ruang action potential dalam sel otaknya diaktifkan berkali-kali.


"Perasaan takut kepada reaksi manusia tidak mungkin menjadi salah satu sifat orang yang beriman. Sebab karakter iman itu memberi manusia ruh keberanian membela kebenaran"


Sayup-sayup kedengaran suara pakcik Fathi Yakan membisikkan curahan himmah dalam jiwanya. Jauh dia berhalusinasi . Membayangkan delegasi besar turun padang sesekali mengajar dia dan rakan-rakannya memandu. Oh!


"Ya! perlu berani... kena berani! sampai bila mahu iman di belakang tabir? Sampai bila mahu menyembunyikan kelodak jiwa? Sampai bila teragak-agak melangkah dalam cahaya?"

Katakanlah kebenaran.. katakan sahaja.
Mereka menantimu... mereka menunggumu...

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Tetapkan hati kami. Ampunkan kelalaian kami ya ALLAH.


Sekadar hiasan. Sedang mencari biskut ini di Jordan..ermm.. siapa jumpa?


p/s: Blog ini terasa ditulis tanpa memikirkan objek sasaran.. atau mengetahui latar belakang pembaca atau memikirkan tema yang bersesuaian dll sewaktu dengannya.. sekadar rasa nak menulis apa yang hendak ditulis untuk diri. Kalau kamu mendapat manfaat teruskan membaca, jika tiada tidak perlu singah lagi. Nanti penulis rasa serba-salah pula. Oh! krisis identiti daie


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

12 Responses to karakter iman

ayyash said...

salam izz..

da abes ke bc buku fathi yakan tu?
klu dh abes, bley pas.. hehe

biskut ikram? huh..
dr turki ke france ke irbid..
haha, "roh" biskut tu yg penting..

'Ezzah Al-Islam said...

waalaikumsalam wbt... ayyash

tak ble pass2.. g minta izin sendiri ngan teja. kang dia mengamuk kat ana. hoho..

btw, biskut ini sekadar hiasan sahaja ye. utk pengguna ulker tegar macam ana, biskut ni nampak menarik.hoho.... tiada komen lanjutan buat masa ini. hoho..


p/s: ulker dari turki

mayo said...

adoi..
main nama 'biskut' la pula.
nampak cam sedap je biskut ni.

ok..
jangn cakap pasal biskut banyak2..
yang penting kena guna aura 'biskut' untuk 'kerja' lebih rajin..

selamat

al_leen said...

Katakanlah kebenaran.. katakan sahaja.
Mereka menantimu... mereka menunggumu...

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Assalamualaikum..

Ies.. Ni entri yg tepat pada masanya dan tela menyentuh hati saya.. Terima kasih ye.. Suke qoute yg atas tu..

Biskut "ikram"??? Hmm.. Tak pernah jumpe lagi.. Mungkin
"produk baru" nnt, insyaAllah. Bagi semua orang rasa.

Betula kata Kak Mae.. InsyaAllah.

'Ezzah Al-Islam said...

to kak mae,

sy tunggu akak belanja saya biskut ni. baru lebih bersemangat.. haha :P

p/s: sekadar hiasan


to aleen,

alhamdulillah.. ana tulis apa yg ana fikir dan terasa juga. maknanya kita sedang merasai benda yg sama pada masa yg sama ^___^ hoho.. semakin menyatu hati kita ni nampaknya..

mujahidahiman said...

Assalamualaikum..

jiwa daieku kekadang tersisir..yang memperbetulkannya semula kekadang kalian, teman2 yang ku sayangi..makasih..

sedang memikirkan keadaan diri saat ini..mujur hidup di kalangan orang2 yang saling memperingati teman di sekeliling...

kangan samu dik...
ampun, sedang baca buku Indonesia..=p

'Ezzah Al-Islam said...

salam yeay.. akak comot akhirnya bersuara di sini..

welcome ukhti... u are always welcome to my heart.. meh2.. betapa jua saya sayang sama kamu.. jom.. kita sama2 bergerak bersama2^^,

sy tak dapat nak komen kay blog kamu sekian lama.. tukar layout la..

p/s: buku saya ada 2 buah kat akak..hoho..

mujahidahiman said...

oo..betapa kamu rindukan akak ye comot...haha

sudah ku setting semula lepas comot ckp xleh komen hr tu...n dah ramai je pun komen...ku nantikan kamu wat kacau je di situ...

sayang nak pulang 'Mencari mutiara di dasar hati' tu..tggu akak selak skali lagi ye (^-^)

Unknown said...

Salaam..

Hehe kat Malaysia nih banyak 'biskut' cepatler balik Msia kalau nak makan 'biskut'.

Owh biskut jenama tu malangnya tiada dalam pasaran lagi buat masa ni. Mungkin tak lama lagi ;)

Teruskan menulis adik!

-dari katil hospital-

'Ezzah Al-Islam said...

to mujahidahiman.

sapa yg comot ni? salah taip eh. huhu:p takpe nntikan saya yg sanguine ni buat huru hara kat tempat akak.. hoho..

btw, "duit anda dan islam" sihat tak? jangan lupa jenguk2 ye.. :P




to khadeeja..

hoho.. ku sudah rindu pada kamu sis.. insyaAllah tunggu saya balik for good huhu~ insyaAllah..

berdoa kamu baik2 sentiasa.. sy berdoa untuk Yahya dan Maryam juga.. InsyaAllah Allah sangat baik pada kita.. ^_^

make it simple said...

salamualaikum wbt,

amboi kenapa ada nama Teja dekat atas tuh? mengumpat eh, senyap2..

bukan marah, tapi tanda hormat pemiliknya dan m'jg haknya, sbb dh banyak kali org main pinjam buku pass2, lastly tuannya yg merana kena cari + buku khonyok.Tak mahu kl org lain rs mcm tu jugak..ehe.

Buku = ilmu = pahala yg mengalir tanpa henti.♥ ♥ ♥ So,siapa2 nk pinjam buku Teja, sepuluh tapak tgn Teja tadahkan.

yummy for the biscuit..
Teja

Sharifah Syahirah TSM said...

salam izz.
nak tanya, buku fathi yakan yg izz baca ni tajuknya apa ye?

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.