Archive for 2009

2012, kaca mata Al-Quran


"Ok.pagi ni setiap orang dikehendaki mengeluarkan satu ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hari kiamat dan kaitkan dengan movie 2012 yang kita tengok semalam"




Usai solat subuh berjemaah dan bacaan mathurat pagi itu, kak Fatin mengambil peluang menjentik hati adik-adik kesayangannya berkenaan keimanan kepada hari kiamat. Malam semalam, tirai pawagam movie 2012 dibuka. Sengaja kak Fatin mengubah corak perjumpaan dengan adik-adiknya minggu ini. Memanfaatkan media sambil memproses keimanan. Buka pawagam, bentang tilam, hidang makanan. Amboi, laju aje semua~

Movie 2012 memang sangat panas. Macam2 cerita dari pelbagai sudut boleh diperkatakan. Kalau melihat dengan mata kasar, tak terpandang jarum-jarum halus yang mencucuk dari pelbagai penjuru. Ideologi-ideologi yang perlu dibaca secara tersurat dan tersirat juga.

Rujuk sini untuk ulasan yang sangat mencerahkan.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar movie 2012 menyesatkan aqidah umat Islam atas rasional penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Memang bukan seperti yang dia sangkakan. Kiamat yang dikhabarkan ternyata tidak lebih melainkan sekadar malapetaka atau lebih sesuai dikatakan bencana alam sahaja. Bukanlah penghujung dunia. Ternyata akal manusia itu tidak terjangkau berita-berita ghaib yang diwahyukan.

Sungguh beruntunglah mereka yang benar2 mempercayai hari qiamat dan bekerja ke arahnya.


"Ok. semua dah bersedia dengan ayat masing2. siapa nak start dulu?"


"Ok. Saya2! Buka page 577 Surah Qiyamah ayat 10 -12"


Pada hari itu manusia berkata, "Ke mana tempat berlari?" Tidak! tidak ada tempat berlindung. Hanya kepada tuhanmu tempat kembali pada hari itu"


"Kalau kita tengok dalam movie semalam, semua manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Hero pun bermati2an menyelamatkan diri dan keluarga dan nasib baik jumpa tempat perlindungan. Tapi dalam Qiamat sebenar memang confirm tiada tempat nak lari. Pergi la kemana pun, memang tak mungkin selamat"

Terfikir sejenak berkenaan pembacaannya, dikatakan di sebalik peristiwa akhir filem ini terdapat 'mesej halus' ingin diserapkan ke dalam jiwa manusia agar meyakini bahawasanya kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya (illuminati?), pasti anda akan selamat. Seolah-olahnya Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut.
Secara tak langsung sepertinya, 2012 mengirimkan pesanan bahawa AS adalah penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda.

Ada logiknya. Merenungnya memikirkan kebenaran di sebalik pendapat ini.


"Menarik! OK..Saya pula..Rujuk page 567 surah Al-Haqqah ayat 15-16"

"Maka pada hari itu terjadilah hari qiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi rapuh"

"Dalam filem ini diorang tak lari ke angkasa sebab diorang yakin bahawa langit yang tak akan musnah. Maka diorang sekadar bina kapal tahan lasak dan bukannya kapal angkasa. Maka, ternyata ini bukanlah gambaran Qiamat yang sebenar"



MasyaAllah. Fikrah jamilah! Lantas dia teringat tafsir surah al-Mulk dimana Allah mengarahkan manusia memandang kepada penciptaan langit yang utuh. Sungguh manusia itu pasti akan mengembalikan pandangannya dengan hampa kerana tidak menjumpai sebarang keretakan pada penciptaan langit itu. Memang benarlah manusia itu susah membayangkan kehancuran penciptaan langit.


"Binisbati ana pula, Kalau kita perhatikan Dalam ayat 2 surah al-Hajj, Allah menyatakan bahawa apabila berlaku hari guncangan itu, ibu yang menyusukan anak akan lalai kepada anak susuannya, dan perempuan yang hamil akan gugur kandungannya. Maka ini menunjukkan bahawasanya manusia itu tak akan sempat menghiraukan orang lain melainkan diri sendiri je. Dalam filem ini, walaupun adegan saat2 kematian kawan hero(indian man) dengan keluarganya sangat menyentuh hati, namun qiamat yang sebenar bukanlah begitu! Apatah lagi nak selamatkan si anjing dan binatang2 besar yang lain tu." Semangat si mujahidah mengemukakan pandangan.



"Saya nak bagi ayat simple je. Cuba buka surah Al-Qariah ayat 5"

"Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan"

"Dalam filem ini, saya rasa macam tepatlah juga. Boleh nampak la visual dia sket bagaimana gunung-gunung hancur beretak-retak. Sampai ada orang tu terjerit2.. huhu"


Huhu.. tersenyum kak Fatin. Komen yang sangat menjentik. Mendengarkan kematangan idea adik-adik kesayangan dalam mengintepretasi ayat Al-Quran dalam setiap perkara yang dilihat. Itulah yang dia harapkan.

Ummah yang melihat segala peristiwa alam dengan pandangan mata Al-Quran.

Ummah yang menjadikan al-Quran sebagai neraca benar atau salah.

Ummah acuan al-Quran


Sungguh berita besar (an-naba') ini pasti berlaku. Movie ini sedikit sebanyak menjadi medium yang baik dalam mengulas hakikat keimanan kepada hari Qiamat. Bergantung kepada neraca pertimbangan muslim itu sendiri.

"Mereka menanyakan kepadamu Muhammad tentang Qiamat, "Bilakah terjadi?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang Qiamat itu ada pada tuhanku; Tidak ada seorang pun yang dapat menjelaskan waktu terjadiNya kecuali Dia. Qiamat itu sangat berat(huru-haranya bagi makhluk ) di langit dan bumi, tidak akan datang kepada kamu kecuali secara tiba-tiba" 7:187


Terlafaznya surah al-Asr dan tasbih kafarah pagi itu, pulang masing-masing kembali menjalani kehidupan dunia. Maka bermulalah sesi ujian keimanan sebenar semua. Menanti kedatangan minggu depan yang lebih menarik untuk mereka sama-sama meningkatkan keimanan.


Posted in | 4 Comments

ketawa kita dalam berjuang

Dengan nama Allah tuhan hari2ku,
Selaut salam buat pembaca Quran terbaik, Muhammad Abdullah serta yang sentiasa mengikuti jejaknya.

25 Disember.



Kelas tajweed dengan xifu. Best! Belajar lebih details pasal huruf2 hijaiyah.

Antara semua 29 huruf hijaiyah(sepakat jumhur) terdapat..

22huruf boleh bersambung dengan huruf sebelum dan selepasnya...
6 huruf hanya boleh bersambung dengan huruf sebelumnya sahaja...
Dan hanya 1 huruf yang tidak boleh bersambung dengan mana-mana huruf sblum mahupun selepas... (sila teka)


Kuiz pada pembaca, sapa dapat jawab dapat hadiah ^^, (budak irbid shj)
Di dalam Al-Quran kita yang pemurah ni. Ada ayat Al-Quran yang mengandungi

1)10 huruf yang bersambung antara satu sama lain menjadi satu kalimah je.
2)10 huruf yang tidak bersambung antara satu sama lain.
3)mempunyai kesemua 29 huruf2 hijaiyah dikumpulkan dalam satu ayat sahaja.




Al-Quran sangat pemurah. Boleh bagi semua benda kepada semua orang. Siapa mencari ketenangan melalui alunan suara yang lunak, insyaAllah dia bagi.. Siapa yang mencari ilmu sains, fizik, kimia,biologi mahupun apa2 ilmu keduniaan pun dia boleh bagi. Siapa yang mencari kekuatan emosi mahupun penyucian hati pun dia boleh bagi..


clorox paling bermutu untuk hati manusia ni tak lain tak bukan --> Al-Quran



26 Disember.

Jadi Fasilitator A.P.I iaini Akses Pemikiran Islam EDISI irbid. 2 tajuk utama dibincangkan, konsep syahadatain dan keremajaan. Tajuk yang cantik. Sayang, saya beranggapan bahawa kedua-dua tajuk ini lebih baik sekiranya lebih diperincikan ketika sesi pembentangan. Masalah masa saya kira sememangnya menjadi halangan.

Ternyata peranan fasilitator dalam LDK penting bagi membincangkan semula dan merungkai kekeliruan peserta. Dalam skala yang lebih kecil insyaAllah fasilitator lebih mampu mencapai kebanyakan peserta. Lebih dekat dan lebih rapat. Ada mereka yang malu hendak bertanya di khalayak , dalam kumpulan yang kecil mampu sahaja untuk bersuara memberi pendapat.

Itulah kelebihan apabila sesama muslim berkumpul dalam kumpulan kecil berbincang masalah ummah, merenung kejadian alam. Duduk bersama2 menambah iman, berkongsi masalah dan mencari penyelesaian kepada masalah ummah.



Memetik kata2 salah seorang peserta ketika sesi pembentangan,
"Uniknya umat islam ini mampu bergelak tawa ketika membincangkan agenda perubahan"

Fuh! amat sinis. pedas bagi mereka yang termakan cili.

Namun Saya setuju!

Bak kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali "Umat islam sangat memerlukan banyak keseriusan dan sedikit hiburan"

Banyak ketawa menyebabkan hati seorang pejuang kurang fokus kepada cita-cita. Kadang-kadang saya kecewa dengan mereka yang suka berlawak bodoh dalam agama. Bak kata sahabat "Lawak tak inteligent". Mungkin bagi sesetengah pihak ia hanyalah sekadar cara menarik perhatian pendengar atau mungkin memang sifat asal masing-masing. Cuma bagi saya, ia tanda kurang penghayatan.

Wallahu'alam


p/s: Mubarak pada ahli2 group 2! Ada siapa2 berminat nak teruskan group kecil kita? ^^,

Posted in | 8 Comments

Latih lidah kamu~

Sahaja penulis nak ceritakan tentang segolongan mahasiswi kat Irbid ni yang memilih untuk memperbaiki diri dalam satu 'aktiviti' yang memang best la. Sebab jarang2 pemuda zaman ni berminat nak hidup, mati, siang malam, pagi petang dengan aktiviti ini. Bersyukur la saya berjumpa dengan golongan2 ini. (TQ Allah!)



Mereka ialah muslim yang bermati2an memperbaiki bacaan Al-Quran masing2. Pagi petang berkawan dengan Al-Quran. Pergi kelas tajweed sana, pergi tasmi' ngan syeikhah sini. Kelas ia'dah pagi2, Qiamulail berjuzu' malam2. Subhanallah! Saya rasa bertuah jumpa golongan begini dalam era jahiliyiah moden zaman ini.

Berpagi2an dengan Al-Quran, Berpetang2an dengan Al-Quran lagi.

Berharap moga Al-Quran itu menjadi fisiologi badan masing2. Sebagaimana perut terasa sakit apabila lapar, begitu juga hati terasa sakit apabila tidak bersama Al-Quran.

Melatih lidah dengan membaca Al-Quran secara bertajweed.


Pesan nabi kita

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"

Memandangkan tujuan utama belajar tajweed adalah 'itqan' iaini mencapai bacaan yang sama seperti nabi Muhammad s.a.w. Maka sepatutnya semua muslim pelbagai usia,jantina, bangsa mahupun latar belakang perlu sentiasa memperbaiki bacaan tajweed masing2.

Selepas di buat survey dikalangan kebanyakan warga Irbid ini, memang jarang2 jumpa pelajar yang betul2 ada basic tajweed yang mantap.Belajar tajweed kat sekolah rendah je, tak pun masa kecil2 ngan atuk, tak pun masa PAFA dll yang sewaktu dengannya. Belajar pun sebab exam. Bukan sebab nak baca Quran dengan betul.

"Ala akak, kira Okla tu.. sekurang2nya pernah la belajar. tahu la juga nak membaca al-Quran"

"Saya ni tahu je hukum2 tajweed kak, tapi nama2 tu memang fail la.. memang tak ingat."

Duduk kat Jordan ini, peluang memang terbuka luas. Syeikhah2 ramai bersedia nak perbetulkan bacaan kita. Antara hendak dengan tidak sahaja. Dulu kita ingat bacaan kita ni memang dah mantap la, makhraj semua betul je, hukum2 dah power. Cukuplah belajar Al-Quran masa kecil2 dulu tu je. Sapa kate.. meh datang sini, try tasmi' kat syeikhah. Ada juga semua ayat kita baca salah. huhu..
Membaca Al-Quran ini memang best kalau bertajweed.

Menghafaz Al-Quran pun memang mudah kalau bertajweed.

Ramalan masa hadapan saya, Malaysia 2020 akan semakin parah. Anak2 muda akan semakin tidak tahu membaca Al-Quran, kelas2 al-quran mahupun tajweed amat sukar dicari. Tiada lagi atuk2 tua tahu/mahu mengajar cucu2nya membaca Al-Quran. Apatah lagi cara bacaan Al-Quran yang TEPAT.

Oohh.. apakah masa hadapan anak2.. cucu generasi maha hadapanku?
Generasi islam hanya akan bangkit apabila Al-Quran itu dipegang kukuh.

Jangan sibuk membicarakan perjuangan mahupun perubahan, kalau Al-Quran ditinggalkan.


Pelajar2 Timur Tengah, anda punya tambahan bebanan untuk mempreserve cara bacaan Al-Quran yang sebenar kepada generasi akan datang.

Peringatan untuk diri.

Posted in | 3 Comments

Kyuubi setiap muslim

Kau tahu apa yang mereka benci?

Kau tahu apa yang mereka takuti?




Ya. Al-Jihad!

Tidak usah kau hairankan tentang tujuan kegigihan mereka
Mereka bermati-matian mengumpulkan riak tenaga mengelirukan kamu ttg isu ini.

Jihad merupakan satu rukun dan tenaga islam yang paling ampuh, Mereka tidak mahu kuasa dalaman ini hidup dalam diri KITA

Mereka sedar sekiranya dibiarkan jihad itu berkobar di dada muslim, satu kuasa atau tenaga raksasa yang tidak mampu dibendung akan muncul dan memusnahkan kepentingan mereka
Mereka sedar kuasa merupakan bahan pemanas dan penggerak kehidupan muslim pada mana2 zaman.Maka, bermatian2 mereka menariknya keluar dari hati setiap muslim.

Itu lah lagaknya mereka yang takut dan tamak.




Dikala saya merenung makna jihad ini. Saya terfikir jihad itu ibaratnya si raksasa berekor sebelas a.k.a kyuubi dalam diri naruto. Anda nampak bagaimana hebat kuasa terpendam ini. Tidak hairanlah Kumpulan jahat itu bermati-matian ingin menyedut keluar kuasa senjata ampuh ini dari badan si naruto ini.

Mereka sudah lama sedar kewujudan kuasa ini,
Anda sedar tak wahai si muslim?




Merujuk kepada definisi Jihad oleh Muhammad Sai'd Ramadhan Al-Buthi [Rujuk Fiqh Sirah], ternyata pemahaman masa kecil2 saya berkecamuk, mungkin akibat disuap pelbagai isme-isme yang rancak melebarluas dari segala penjuru media. Dulu yang difahami, jihad itu perang.. guna cara perang bunuh orang atas nama Islam, kadang2 keliru juga dengan cop terroris yang diwar2kan oleh si Barat.

Selepas memahami Definasi Jihad yang sebenarnya iaitu mengorbankan segala tenaga dan usaha ke arah meninggikan kalimah Allah dan membentuk satu masyarakat Islam, saya merasakan ruang lingkup jihad itu lebih luas dan fleksibel. Ya, benar! Berperang itu salah satu dari usaha jihad. Lihat sahaja kronologi hidup Muhammad dan sahabat2nya, penuh dengan jihad dan peperangan dalam menegakkan Islam.

Tapi perang mereka bukan sebarangan. Ada tahap2 jihad perang itu tersendiri. Perang mereka demi menegakkan kalimah tauhid dan demi membentuk satu masyarakat islam.

Bukan sekadar defensif mahupun ofensif.

Cuba kau perhatikan kisah ini.

Si kafir 1: Islam itu agama pengganas, terroris.. islam tersebar melalui pedang Muhammad dan sahabat2nya..menggunakan kekerasan, paksaan dan kezaliman dalam pembukaan negeri-negeri baru. Tiada diplomatik langsung.

Umat islam: (bersifat reaktif, mula bengang bangun memprotes dakwaan ini.) Hey..mana ada. salah tu. Islam bagi 3 pilihan masa mula nak perang, bukan suka2..ada piagam madinah.. ada itu., ada ini... blablabla...

Sikafir 2: (Dengan muka cam baik, konon2 dah study buat research pasal islam pun cuba membela dan menarik tuduhan yang melulu tadi) Betul2. salah itu, islam ni memang bukan agama kekerasan tidak tersebar melalui pedang, tapi Islam agama muhibbah, cintakan keamanan, bertolak ansur dan tidak disuruh berperang kecuali nak pertahankan diri sahaja, langsung tidak menggalakkan umatnya berperang selagi masih ada jalan2 perdamaian.

Umat islam: (yang dangkal iman mula menepuk tangan memberi sokongan kepada laungan tadi selepas terluap2 marah dengan dakwaan pertama.) Betul2, kami setuju. ini baru betul..

Ceh! Si kafir memang si kafir... Anda nampak konspirasi mereka?

Tidak?

Walaupun kedua2 dakwaan mereka nampak songsang 180 darjah, titik pertemuannya satu sahaja. Banteras idea 'Al-Jihad' dari jiwa muslim.

Mereka Berjaya!

Umat islam mula pupus roh kemaraan, hilang cita2 perjuangan. Langsung tiada perasaan ingin berjuang membebaskan negara2 dibawah takhlukan kafir dan membentuk masyarakat Islam yang memerintah dunia. Kedua-dua dakwaan tadi juga silap. Bukanlah definasi jihad yang sebenar.

Perhatikan dunia kita sekarang. Peduli apa pemimpin2 negara islam kita?

Negara aku, negara aku..


Kata Anderson, si orientalis Inggeris semasa disoal oleh Muhammad Ramadhan Al-Buthi
"Jihad itu tidak wajib. Bukankah hukum berubah apabila berubahnya masa. Jihad sudah tidak sesuai dengan kedudukan dunia antarabangsa kini memandangkan kita ada pertubuhan dunia dan perjanjian antarabangsa. Umat islam tidak boleh mengaplikasikan jihad kerana ia jalan menekan manusia supaya memeluk islam lebih2 lagi dengan kebebasan dan peningkatan taraf pemikiran."

Hah! terbukti si pengecut ini cuba lebih mengelirukan kita semua.

Dengar macam betul je kan?

Sebenarnya tak pun. Jihad kita...perang kita bukan bersifat ofensif semata.. bukan defensif juga.. Jihad kita lebih besar dari itu.. Jihad kita nak tinggikan kalimah Allah, membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah semata.



That's it!

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" 30:69


Moga Allah kembalikan jiwa muslim yang rindukan jihad. Nampak seperti belum tiba masanya untuk kita semua turun ke medan perang saat ini. Namun peri pentingnya agar semua pemuda2 islam kini ada perasaan nak membebaskan tanah air sendiri dari pemerintahan taghut.



Cita2 kita menentukan gerakkerja kita.


Mulakan dengan bina jiwa jihad dalam diri. Hapuskan pemonopolian nafsu dan bisikan syaitan dalam diri. Berperang dan berjihad dalam menegakkan kalimah syahadah dalam diri.

Ya, mulakan dengan diri sendiri.

"Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya islam akan tertegak di tanah air mu"

BERJIHAD!!!!

Posted in | 2 Comments

suara badar

Terlena lagi. Ahh.. tidak! Penyesalan menyelubungi diri. Kesal dengan kealpaan diri.
Itulah padanya apabila hawa itu dituruti. Penat dijadikan alasan. Malam yang panjang dipersiakan.

Beristighfar mengenang kesalahan diri.

"Ahhh.. kata mahu jadi PEMUDA! Mengapa masa tidurmu melebihi masa kerjamu. Bangunlah engkau, diri sang pahlawan" bergema jeritan hati si pemuda.

Bangun pemuda itu dari lena keduniaanya lantas mengambil wudu', persiapan menghadap Pencipta. Menuju Sumber tenaga, mengharapkan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membantai si taghut dan meninggikan kalimah satu itu.



Semalam dia mendengar kisah manusia hebat.Kisah si pahlawan BADAR. Bermimpikan mereka dalam lenanya.


Bermimpi melihat wajah Saidina Ali, selaku pemegang bendera katibah muhajirin.
terbayang wajah penuh semangat Sa'ad bin Muaz yang memegang bendera katibah Al-Ansar.
Lantas Melangkah Zubair Al-Awwam di atas kudanya memandu sayap kanan.
Berderap langkah Al-Miqdad bin Umar selaku pemimpin sayap kiri.

Dengan satu kalimah, berbaris taat kepada kepimpinan tertinggi jujungan yang dicintai.Barisan pemuda gagah berjiwa pahlawan berderap maju ke hadapan.

Masih terngiang2 kalimah "AHAD..AHAD" bergema dicorong telinga. slogan yang dilaungkan mereka dalam perang itu. Pembakar semangat memperjuangkan ideologi Esa itu.


Lantas tarian pedang si pahlawan BADAR melawan si kufur durjana memperjuangkan agama menangkap kaca matanya. Membayangkan ketangkasan mereka menghunus senjata, melibas sisa-sisa jahiliyiah, membantai si bongkak tua yang tertutup mata hatinya.


Bermandikan peluh dan darah, pahlawan itu melangkah.

Bermandi peluh juga dia dalam mimpinya.

SANGAT HEBAT!



"Dan sungguh Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya" (2:123)

Bacaan syeikh al-afasi membacakan ayat suci ini bergema sebagai latar muzik menjadikan mimpinya seolah nyata.

Ohh.. betapa cemburunya dengan mereka. Cemburu melihat kekuatan rohani mereka. Betapa mantap akidah mereka. Betapa jelas fikrah mereka. Betapa tinggi perjuangan mereka. Betapa kuat fizikal mereka.

Ya! Aku ingin menjadi seperti mereka.

Bersama bergerak mengangkat martabat Islam, meninggikan kalimah Allah itu di bumi ini. Menyambung rantaian besi perjuangan para nabi. Berjihad mewujudkan masyarakat muslim yang sejati.

Apa lagi kau tunggu?

Jelaskan matlamatmu,
Rancang perjalananmu,
Kemaskan langkahmu,
Bergeraklah ke destinasimu.

Perjuangan ini perlukan pengorbanan,
Cukup engkau dengan lena berpanjangan.

bergema teriakan ruh generasi BADAR
ALLAHUAKBAR!!!

p/s: Nak tambah zouk perang Badar..sila Baca tafsir dan asbab nuzul Surah Al-anfal. Rujuk page 177-178. mmg mantap!

Posted in | 3 Comments

Tarian baru

Dengan nama Allah tuhan aku dan kamu.
Teruskan mendidik rasa rindu buat Junjungan Muhammad teragung... kita semua

Kembali jua setelah lama menyepi. Ampun buat siapa yg sedia melawati.

Segar rasanya apabila jari2 ini kembali menari di atas papan kekunci ini. Menghirup udara blog-sphere yang penuh dgn pelbagai komponen2 bercabang arus. Rindu..

Terasa membuak2 perkara untuk dikongsikan setelah lama ber'uzlah'. Mencari ketenangan menunggu ilham rabbani sambil mencari kekuatan, bertafakur sambil merenung, meneliti, menganalisa manhaj kehidupan dunia ini. Tidak tahu mana mahu ku mulakan.



Mungkin penulis perlu mulakan dengan mendenda diri sendiri kerana leka dengan taklifan ululalbab99 ini. Ya, denda.. kerana kerap kali lalai. kerap kali alpa. tiada alasan lagi.

Teringat Dalam buku Menuju Ketaqwaan karangan Abdullah Nasih 'Ulwan, beliau menyebut bahawa terdapat 5 jalan menuju kepada ketaqwaan. Selain anda perlu bermu'ahadah (perjanjian), muraqabah, muhasabah dan bermujahadah. salah satu jalan terbaik adalah dengan mu'aqabah. a.k.a DENDA.

Menurut beliau seorang muslim yang sedang memperbaiki diri perlu 'jelas' dengan teknik ini. Teknik denda diri. Kerana seorang mu'min itu sifatnya selalu bermuhasabah akhlak dan amalannya. Apabila didapati kekurangan atau telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tak patut beliau mengenepikannya atau buat "dunno", tanpa segan silu pada diri. Asyik2 bagi peluang pada diri. Oh..tidak. Syurga Bukan untuk orang manja.

Beliau kata sifat ambil mudah pada kesalahan ini merupakan faktor penting untuk kita ulang balik kesalahan tersebut. Sekali dua dimaafkan. Banyak kali sudah ini..ermm.. la budda la nampaknya. Kena dera diri dengan deraan yang seharusnya, agar bertindak sebagai penghalang dan bagi tamparan 'kick' pada muslim yang sedang membaiki diri tadi. Lama2 ketaqwaan akan muncul dalam diri makhamah hati yang hidup ini.

Pernah dengar cerita saidina Umar mendenda diri?

Pada suatu hari, beliau telah keluar menuju ke kebunnya, sekembalinya dari kebun. Didapati orang ramai telah solat Asar. Kamu tahu apa kata2 yang keluar dari Si Faruq?

"Kebunku itu adalah sedeqah untuk orang2 miskin"



Subhanallah! Kerana sibuk dengan urusan dunianya menyebabkan beliau lalai dari kewajipan solat, lantas kebun disedeqahkan sebagai denda kepada diri.

Lagi menarik kisah dari Abu Talhah.

Diriwayatkan bahawasanya suatu hari sedang beliau sedang bersolat, hinggap berhampirannya seekor burung layang2 lalu beliau lalai dari solatnya. Asyik melihat burung tersebut menyebabkan beliau terlupa bilangan rakaatnya, Sebagai denda beliau turut menyedeqahkan kebun miliknya.



Rasa mereka terlalu hebat bukan? syadid pun ya juga. Tak boleh disangkal lagi. Sememangnya generasi terhebat merupakan generasi zaman nabi. Redha Allah ke atas mereka.



Kisah yang lebih syadid untuk dikongsi. Ni paling best.
Sekadar motivasi untuk kita semua mengamalkan teknik denda diri ini ^^,

Alkisahnya, suati hari Hassan bin Sanan berjalan di hadapan sebuah rumah yang telah dibina lalu beliau berkata: "Bilakah rumah ini didirikan?"

Kemudian beliau kembali menempalak dirinya dengan berkata: "Engkau telah berkata sesuatu yang tiada kaitan dengan engkau! akan aku derai engkau dengan berpuasa selama setahun"

Lalu beliau berpuasa sebagai balasan kepada dirinya kerana menanyakan sesuatu yang tidak bersangkutan.

Subhannallah! Benar2 speechless bila dengar kisah ini. Dari Sekecil2 perkara..


Moga Allah beri kekuatan kepada saya dan semua mujahidah2 yang sedang memperbaiki diri sekalian dalam bertegas mendenda diri. Kita start ikut level dulu la ye.. bertangga dalam mendenda diri.. ada sesiapa ada cadangan untuk saya.. apakah denda paling sesuai untuk saya setiap kali membiarkan ululalbab99 berdebu? huhu..

Posted in | 3 Comments

Food Preservation In the Quran~

Dengan nama Allah tuhan pemilik ilmu sains, ilmu medik mahupun ilmu bahasa.
Selaut salam buat yg dirindui 'Muhammad bin Abdullah' pencinta ilmu teragung serta semua penuntut2 ilmu sekalian.

Minggu ini minggu peperiksaan final saya bagi semester ini. Punya tiga kertas berbaki. Walaupun summer semester ini merupakan semester yang pendek namun agak padat bagi saya. Immunology, Introduction to Public Health dan Food Preservation(subjek pilihan) dirasakan kurang kukuh di ingatan akibat "proses penyimpanan" yang kurang rapi. Doa dari pembaca sekalian sentiasa dialukan. Doa sesama muslim. Moga mampu meniupkan ruh jihad kekal buat si penuntut ilmu ini.

Sesungguhnya tidak berguna satu2 ilmu selagi tidak diamalkan. Prinsip asas seorang penuntut ilmu. Ilmu wajib diamalkan. Belajarlah kamu setinggi mana sekalipun, tuntutlah ilmu selagi kamu mampu. Namun sebaik2 ilmu apabila ianya diamalkan. So, always remember~

Berilmu Untuk Beramal


Food Preservation
Subjek ini merupakan subjek pilihan saya tahun ini. Alhamdulillah rancangan sejak tahun lalu untuk mengambilnya tahun ini diizinkan Allah.Mudah sahaja jika dibandingkan dengan subjek medik yang lain pastinya. Berkisar tentang cara2 memproses dan mengawet makanan untuk tahan lama, lebih sedap dan adik beradik dengannya.




Suka utk saya kongsikan satu ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang pengawetan makanan ini. Sangat menarik! Sekali faham tak nampak pun isi tersuratnya. Jom semua buka surah al-baqarah (2:259) juzu'3, muka surat kedua, sebelah kanan, ayat ketiga dr page tu, bawah sekali.

Pernah dengar Kisah Uzair dan keldainya?

"Atau seperti orang yang melewati suatu negeri yang (bangunannya) telah roboh hingga menutupi (reruntuhan) atapnya, dia berkata, "Bagaimana Allah menghidupkan kembali (negeri) ini setelah hancur? Lalu Allah mematikannya selama seratus tahun kemudian membangkitkannya kembali. Dan Allah bertanya ,"Berapa lama engkau tinggal disini?" Dia menjawab," Aku tinggal disini sehari atau setengah hari". Allah berfirman, "Tidak! Engkau telah tinggal selama seratus tahun, Lihatlah makanan dan minumanmu yang belum berubah, tetapi lihatlah keldaimu yang telah menjadi tulang-belulang. Dan agar kami jadikan engkau tanda kekuasaan kami bagi manusia. Lihatlah tulang belulang itu bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami balutkan dengan daging". Maka ketika telah nyata baginya, dia pun berkata, " Saya mengetahui bahawa Allah maha kuasa atas segala sesuatu"

Terus kepada point. berdasarkan ayat tersebut bolehlah dibuktikan bahawasanya makanan dan minuman itu mampu diproses dan di'preserve' dengan baik walaupun setelah seratus tahun. Wah!!! (percayakah?). namun pastinya ada kaedah2nya. Hah..Itulah pentingnya untuk kita belajar subjek ini. ^_^

Hidup diluar negara terutamanya Jordan yang tiada cop HALAL seperti Malaysia ni tidak boleh tidak kenalah semak komposisi bahan terlebih dahulu. Pastikan bahan2nya. Perhatikan kod E yang ada. Statusnya yakin ke syak ke waham ke. (--> Lagi2 Orang rumah sangat teliti) Sekurang2nya kalau dulu terkebil2 baca perkataan lecithin, monosodium glutamate, monoglycerate, whey powder mahupun emulsifier, sekarang tentunya berbeza. Maka bagi sesiapa yang dah ambil subjek ini, tiada alasan bagi kamu ya! sila amalkan ilmu anda.

Kaedah menyimpan makanan juga perlulah tepat. Akibat tindakan enzim dalam makanan ditambah tindakbalas microorganism yang ada, makanan akan cepat rosak dan basi. Lagi2 semasa musim panas ni (kerana suhu yang optimum untuk tumbesaran microbe.)Bila dah rosak maka jadilah kita kawan2 syaitan. Membazir dan tong sampahlah jawapannya. Kan sedih? Jom perbaiki mutu penjagaan makanan. pentingnya kena belajar~ ...dan amal...

Sayur2 ada natural enzimnya, ada kaedahnya utk kekalkan kesegarannya.

Buah2an selepas dipotong akan berlaku brown reaction, ada kaedah atasinya.

Dalam peti ais itu ada kaedah penyusunannya. Ini diletakkan di atas dan yang ini di bawah pula.

Pengunaan microwave dan radiation berbahaya atau tidak?

Semua ini terjawab dengan belajar subjek ini. Pentingnya kena belajar~


Maka sengaja post ini ditulis sebagai promosi subjek. Buat sesiapa yang mampu, ambillah subjek ini sebagai salah satu kaedah memperhati dan memahami makanan harian kita kerana ia merupakan sebahagian daripada perintah tuhan kita. Pergi kelas niat nak amal ayat ni. ^_^

"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya" surah abasa (80:24)

Amat digalakkan untuk mengambil subjek ini bukan pada tahun 1 anda di JUST. Mengapa?
Kerana anda memerlukan kefahaman dan tapak yang kukuh dalam subjek Microbiology untuk lebih zouk. (Subjek Microbiology diambil pada semester pertama tahun 2)

Proses pembelajaran manusia ini ada tangga2nya. Apakah tangga2 pembelajaran pelajar perubatan? Bermula dengan belajar membaca dahulu, naik satu anak tangga belajar subjek general sains, kemudian baru berjinak2 dengan Biology, baru boleh belajar Pathology, Physiology, masuk System2 kemudian baru mampu khususkan lagi nak specialize bidang sekian2. Bila belajar ber"tangga", insyaAllah lebih kemas susunan ilmunya. Lebih mudah dan lebih kuat tapaknya. Begitu juga hidup kita ini. ^_^




p/s: Exam Food Preservation esok 25/8 pukul 10.30 pagi. Exam Immunolgy 26/8 dan Public Health 29/8. Doakan kami semua~
- Bagaimana penangan murobbi Agung si Ramadhan? Moga terus gagah berlari ke penghujungnya.




5 Comments

Bezanya orang beriman~

Dengan nama Allah tuhan masa iman tinggi dan masa iman rendah.
Selaut cinta buat insan paling tinggi imannya, 'Muhammad bin Abdullah' serta semua manusia yg sedang berjihad memperbaiki iman masing2.

Assalamualaikum wbt buat semua mu'min2 a.k.a org yg beriman sekalian..

Rasanya sejak akhir2 ini, nusaybah asyik buat entri 'kering' je. Jadi hari ini insyaAllah kita sama2 basahkan jiwa dengan satu tajuk penting utk kita sama2 muhasabah diri semula. Nak tazkirah pasal iman. errmm... iman? ya.

I.M.A.N

Rasanya kalau tanya sorang2 takrif iman dari segi ilmu feqh, insyaAllah semua dah masyi.. jadi hari ini mungkin kita boleh ingat2kan semula ttg SIFAT iman dan NILAInya dalam kehidupan kita kat dunia sementara ini.



Iman ni kita boleh anologi kan seperti kunci kepada rumah. Tanpa kunci maka tidak mampulah seseorang itu masuk utk beristirehat dan bersenang2an didalam rumah. Tanpa iman, maka tidak mampulah seseorang itu merasakan nikmat bestnya menjadi seorang muslim yg sebenar. Serius! Anda tak mampu rasa bahagia yg hakiki tanpa faham subjek iman ni. Rasa best dan Ezzahnya seseorang dengan islam itu hanya mampu dicapai dengan mengenggam kuncinya ia3itu IMAN.


Macamana nak kenal iman seseorang?

IMAN seseorang itu terpancar melalui hubungannya. Hubungannya dengan tuhan pencipta sekalian makhluk, hubungannya dengan makhluk bergelar manusia dan boleh juga diperhatikan melalui hubungannya dengan alam ciptaan Allah yang bukan "semulajadi" ni. Orang yang beriman punya kenikmatan tersendiri dalam setiap hubungannya. Kerana asas2 iman itu adalah asas2 kemanusiaan.


Asas iman

Iman mengajak manusia menjadi hamba kepada Allah yang tunggal, membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah semata, dari perhambaan kepada selainnya kepada hanya Dia semata. Kerana ini, manusia jadi 'tinggi' tidak akan menghinakan diri kepada selain Allah yang satu2nya paling berkuasa. Dari sini lahirlah satu perasaan kebebasan yang hakiki bagi seseorang manusia. Inilah bebas yang sebenar! inilah makna merdeka yang sebenar! Iman memerdekan manusia~


Iman melahirkan sikap yang jujur mematuhi cara hidup yang dikehendaki Allah. Perbuatan baik orang yang beriman bukanlah lahir secara kebetulan, bukanlah hasil dari keinginan yang tiba2, dan bukanlah yang dilakukan sekali-sekala sahaja, TAPI perbuatan baik orang yang beriman itu lahir dari satu motif tertentu, menuju kepada matlamat yang satu ia3tu ALLAH semata.


Iman punca hidup yang agung. Ibarat "charger" kepada manusia. Dari punca inilah lahirnya segala cabang2 kebaikan dan dengan punca inilah bergantung hasil segala kebaikan. Bayangkan handset anda tanpa charger? Berapa lama anda mampu bertahan?


Iman itu satu hakikat positif yang DINAMIK. iman adalah gerakan, tindakan , amalan, pembinaan dan pembangunan yang menjurus kepada Allah. Sebaik sahaja iman bertapak dalam hati manusia, sepatutnya lantas ia akan menonjolkan dirinya dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman dalam islam.

IMAN---> AMALAN SOLEH


Iman tidak beku tanpa bergerak, tidak tersembunyi tanpa menjelma. Iman pasti akan bergerak dan menjelma kerana itu adalah sifatnya. Andainya iman tidak menjelma melalui amal soleh ini, maka ia adalah iman yang palsu atau iman yang mati. Ibarat bunga tanpa bau. Iman tidak negatif. Iman bukannya penguncupan diri, bukannya penyorokan diri dalam isi dada dan bukannya semata-mata niat baik yang tidak menjelma dalam tindakan dan gerakan.


Senang faham, iman adalah penglibatan diri dengan cara hidup Islam, cara hidup yang bergerak dan bekerja mengajak manusia kepada Allah semata.

Ooo.. betapa mahalnya perasaan orang yang beriman. Moga "kemanisan iman" itu sentiasa mewarnai jiwa kita selaku hamba. Orang beriman itu berbeza. Orang beriman itu istimewa.
Orang beriman itu sentiasa tenang dan menenangkan.





p/s: Bersediakah menjadi penyambut terbaik RAMADHAN?
-nak iman mendalam, nak cara hidup islam yg jitu, nak kemanisan beribadah, nak itu nak ini tapi persediaannya.. ???
-bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah diri dalam madrasah ramadhan~

-"allahuma balighna ramadhan"

Posted in | 4 Comments

Persatuan mahasiswa di Jordan?

Dengan nama Allah yang Memiliki Kekuasaan dan Memberi Kekuasaan
Selaut salam buat Pimpinan terAgung'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yg dirahmati sekalian..

Dengan ini memperkenalkan Struktur Organisasi Persatuan2 mahasiswa di Jordan

PENASIHAT
SELURUH MAHASISWA MALAYSIA DI JORDAN



Kedutaan Besar Malaysia Ke Amman
http://www.kln.gov.my/perwakilan/amman

PENAUNG
SELURUH MAHASISWA MALAYSIA DI JORDAN



Jabatan Penuntut Malaysia Jordan
(JPMJ/MSD)
http://www.msdjordan.jo/

BADAN INDUK/ TERTINGGI



Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
(MPPMJ)
"Kepimpinan Bestari Kombinasi Kualiti"
http://www.mppmjordan.com/

4 PERSATUAN ZON(PZ)
Mengikut mantiqah


Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid
(PERMAI)
"Bersatu Ke arah Kecemerlangan"
http://www.permaijordan.com/


Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah
(PERMATA)
"Cemerlang Maju Gemilang"
http://www.permatajordan.com/



Persatuan Mahasiswa Malaysia Al al-Bayt
(PRISMA)
"Kesatuan Mahasiswa Nadi Penjana Ummah"
http://www.prisma-jordan.com/


Persatuan Penuntut Malaysia Amman Jordan
(PPMAJ)
http://www.ppmaj.blogspot.com/

12 BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN)
Mengikut negeri2 di Malaysia


Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan
(BKPJJ)
"Pelajar Cemerlang Meminpim Ummah"
http://johorjordan.blogspot.com/
(Johor di Hati~)


Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan
(BKASJ)
"Bekerjasama Membentuk Kesepakatan"
http://www.bkasj.blogspot.com/


Badan Kebajikan Anak Perak Jordan
(BKAPJ)
"Berilmu, Beramal, Bertaqwa"
http://bkapj.blogspot.com/


Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan
(PUTRA)
"Generasi Beriman, Penjana Wawasan"
http://putrajordan.blogspot.com/


Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan
(KMKJ)
"Mahasiswa Berwawasan Islam Gemilang"


Badan Kebajikan Mahasiswa Sabah Jordan
(BAKSIS)
"Ilmu Wadah Kejayaan"
http://www.baksisjordan.blogspot.com/




Majlis Pelajar Kedah Jordan
(MPKJ)
"Perpaduan Asas Kecemerlangan"
http://mpkjordan.000space.com/


Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan
(BKMPJ)
"Mahasiswa Dinamik Penggerak Wawasan"


Ikatan Anak Negeri Sarawak Jordan
(IANERIS)
"BERILMU, BERIMAN, BERJUANG"
http://ianerisblog.blogspot.com/

Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan
(BKMNS)
"Berswadaya Menuju Kegemilangan"

Malacca Students Society of Jordan
(MSSJ)
"Berkenalan, Bersefahaman, Bersama"



Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan
(MUTIARA)
"Mahasiswa Cemerlang Ummah Gemilang"



p/s: bolehlah rajin2 singgah blog MPPM, PZ dan BKAN masing2 selepas ini~
-kredit(thums up) tuk semua org2 blakang tabir di sebalik web/blog persatuan2 ini.
Bukan kerja senang, bukan kerja sebarangan~

-moga Allah menerima amal penulisan semua sbgai ibadah yang mampu memberatkan timbagn amal kita nanti.




Posted in | 3 Comments

murakib Irbid, syabab sudah berubah?

"Ana geram sungguh dengan syabab2 ni. Dah banyak kali ana kena macam ni, iz~ Setiap kali habis mesyuarat, tak ada siapa nak murakibkan. Dahlah hari dah malam gelap" sedar2 malam itu seorang ukhti meluahkan perasaannya yang sudah lama terbuku.




Saya terkedu. Errmm.. menyepi sebentar. Saat2 sahabat akhawat sedang meluahkan perasaan ini, lebih elok untuk sekadar mendengar tanpa mencelah. Biar habis segala apa yang ingin diluah dahulu baru menambah. Orang perempuan gayanya memang begitu. Kadang2 meluah itu sekadar ingin melepaskan rasa hati, bukan diharap sangat penyelesaiannya. Cukup sekadar ada seseorang menadah telinga, dan cuba memahami situasi dirinya.


"Selalunya syabab2 ni buat 'dek' je. Habis mesyuarat semua cepat2 menghilang. Tak adanya nak tawar diri jadi murakib. Syabab Irbid ini dah tak sama macam dulu. Ana kecewa sungguh~"
terpancar riak wajah yang benar2 kecewa.Mungkin ada peristiwa buruk yang pernah menimpa diri.


"Errmm... Sabar ye, aminah. (bukan nama sebenar).Yelah, bukan semua syabab yang faham dan benar2 makruf tentang kepentingan murakib ni. Mungkin juga diorang tu sibuk. Tak pun penat kut" Sekadar menyiram air ke api yang sedang marak.


Dalam hati sudah berfikir2. Macam2 respon akhawat2 irbid tentang khidmat murakib. Yang sorang ni sangatlah mengdambakan khidmat murakib. Tak ditawarkan khidmat sampai mengajuk. Ada pula satu golongan lain yang anti dengan murakib2 ni. Setiap kali ditawarkan, pantas sahaja menolak. Menyusahkan katanya. Saya kira golongan kedua ni lebih majoriti. Bukan tidak suka, cuma tidak mahu menyusahkan. Faham sahaja situasi semua sebagai pelajar, risau pula mengganggu dan mencuri masa mereka. Kebanyakan berfikir begitu.


"Aminah, Syabab2 irbid ni macam2 gayanya juga. Ada yang benar2 faham peranan murakib dan ada juga yang tidak. Utk syabb2 yang tak berapa nak faham ni, ada caranya untuk kita slow2 terangkan tentang betapa kita ni perlukan bantuan mereka. Kita yang akhawat ni pun kenalah bijak nak minta bantuan, ye tak? " mula mencucuk jarum, melihatkan wajahnya yang mula kendur.


"Ye lah, takkan nak harapkan syabab2 je tawarkan khidmat semata. Bagi yang faham, tiada masalah. Ingat sahaja tanggungjawab mereka. Utk yang belum faham, kita yang akhawat ni la kena slow2 main peranan. Kena tunjuk sedikit betapa kita menghargai dan memerlukan khidmat murakib mereka. Rasanya syabb2 irbid ni tak ada masalah kalau kita minta baik2, insyaAllah ok je" Termenung sebentar Aminah merenung kata2 yang diterima.



khidmat Murakib.
Dah lama seseorang meminta saya menulis berkenaan topik ini. namun tak tertulis2 sampailah ke hari ini. Bukan apa, tak tahu bagaimana cara yang terbaik utk menyampaikan. Entri yang ini pun harapnya dapatlah memberi kesedaran kepada kedua2 belah pihak,yang belah syababnya dan akhawatnya juga. sesiapa yang ingin bantu, dipersilakan merespon~


Belah syabab
Harapnya yang syabab dapat sedar bahawasanya yang akhawat ni amat memerlukan bantuan anda sebagai murakib di bumi Irbid ini. Betapa mereka menghargai dan berterimakasih atas penjagaan yang diberikan. Walau sekadar seminit dua. Apatah lagi yang sangup menemani untuk mengembara ke negeri orang. Al-maklumlah ada ramai juga akhawat2 yang bertahi lalat dikaki, nak berjalan jauh melihat dunia orang, namun hati tak cukup berani berjalan tanpa ada syabab yang meneman. Ditambah2, nak dapat lampu hijau ibubapa bukan senang. Betapalah khidmat murakib itu didambakan.




Belah akhawat
Yang akhawatnya pula, harapnya sedarlah juga. Murakib2 ni bukannya hak milik anda sepenuhnya. Nak minta bantuan ada cara dan adabnya. Namun jangan sampai tak mahu langsung menggunakan khidmat mereka. Sepatutnya diri sendiri tahu situasi yang sedang melanda samaada tidak atau perlukan mereka.. yer?



p/s: Perasaan berjalan berseorangan tanpa murakib dimalam hari menjadikan kita lebih berhati2 dan menggantungkan sepenuh doa kepada Allah. Yakin tiada lain yang dapat menyelamatkan melainkan Allah. Bibir tak lekang dengan bacaan Quran dan zikir padanya. Jangan pula sampai berjalan dengan murakib membuatkan kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada murakib, sehinggakan terlupa bergantung harap kepada Allah.

Teringat kisah semut dalam balang dan nabi Sulaiman~

(updated) ni link kisah ummu salamah dgn uthman bin talhah. jemput baca utk ambil pengajaran~

Posted in | 23 Comments

Isu2 umat islam bulan ini

Dengan nama Allah tuhan semua umat islam.
Selaut salam buat pemimpin terAgung umat islam'Muhammad bin Abdullah' serta semua saudara2 seakidah sekalian.

Memandangkan tirai Julai tahun ini masih belum berlabuh, sempat kiranya untuk saya ingat/ kongsikan dengan semua pemuda2 muslim sekalian tentang 2 isu besar umat islam yang berlaku dalam bulan ini. Bagi yang tak pernah tahu ttg isu ini, bolehlah ambil tahu. Bagi mereka yang dah tahu namun masih belum sedar, bolehlah mula buka mata luas2 dan faham dengan jelas situasi yang sebenar. Dan bagi mereka yang dah tahu dan sedar tapi belum sebar2kan, bolehlah sebar2kan isu umat islam, isu KITA ini kepada semua sbagai bukti kita saudara muslim yang prihatin~ ye tak?


Apa yek isu besar bulan ni?
Akhir bulan Jun kita umat islam dikejutkan dengan serangan berdarah 11 jemaah yang ditembak secara rambang ketika sedang bersolat di masjid Al-Furqan, Narathiwat di Selatan Thailand. Tak sempat tarik nafas, dikejutkan pula dengan isu Marwa Al-Sherbini, saudara seakidah kita yang terang2an dianiaya. Dan lebih sedih lagi apabila pada 6 Julai isu saudara2 muslim Uyghur kita yang sebenarnya telah bertahun2 ditindas, mula diketengahkan apabila hampir 200 orang muslim Uyghur dibunuh oleh polis China dalam rusuhan kaum yang berlaku.


Saya sibuk la~

Jom, berhenti sejenak kita sama2 beristighfar dengan dosa lalai dan alpa kita yang sibuk dengan kehidupan dunia ia2ni exam..exam..exam... (semata2) sampai tak sempat nak peduli dengan nasib saudara2 kita. OoO..lupa pula! Kita juga sibuk dengan AGM, mesyuarat... dan mesyuarat. Kalau lagi teruk sibuk dengan jahiliyiah2 dan karat2nya.Isu pengebumian Michael Jackson dan perlawanan Machester United vs Malaysia lebih kita sensitif. Sedangkan kakak2, abang2, makcik, pakcik, nenek2 saudara kita..(ulang suara) SAUDARA KITA ini sedang dibunuh, dipijak2 dan diperlakukan seperti haiwan, mengharapkan bantuan dan ke'sensitif'an kita terhadap situasi mereka. Namun Oooh.. apakan daya? Maka, marilah kita sama2 istighfar ya sahabat2~ moga Allah ampunkan dosa kita yang lalai ini dan buka mata kita supaya lebih peka selepas ini.

OK! alhamdulillah, semua dah istighfar dengan sebenar2 istighfar. Sekarang jom buka mata, sedia untuk ambil tahu perkara yang sepatutnya kena tahu. Jangan buat2 tak tahu! sebab nanti kena tanya kenapa tak ambil tahu.


Isu Muslim Uyghur
Jangan malas baca.Tekan link2 ini utk maklumat lanjut.
Ahli2 forum aktif, mmg mantap-Forum iluvislam (mesti baca semua 3 pages kalau nak faham)
Blogger2 update - soldier of muhammad. dan bariisiyobasto boleh juga fansurina




Marwa al-Sherbini, pahlawan Jilbab

baca- wikipedia ini pun- news lagi baca - ibnu hasyim
best juga- pewaris khilafah


p/s: InsyaAllah saya akan edit balik entri ini. Artikel penuh ttg isu ini sedang dalam proses. ni entri pengenalan, buat dalam masa singkat. minta semua pembaca rujuk dan dalami kes ini dari link2 yang diberikan dulu k! InsyaAllah semoga Allah buka hati kita semua utk lebih memahami isu umat islam. Saya sayang anda sebagai saudara seumat!

Posted in | Leave a comment

Suka jadi pembunuh?


Semalam Turki dah haramkan rokok di tempat awam (baca lanjut)

Jordan bila lagi?

Errmmm...(malas nak tulis panjang2. semua patut makruf)
Jom lancar kempen sepanjang hayat.

KEMPEN ANTI-ROKOK

Bukan sahaja pada orang2 Jordan, pada mahasiswa Irbid yang merokok juga. Jangan buat2 tak tau. Anda sedang diperhatikan dan sentiasa diperhatikan.

Berhentilah untuk diri dan orang lain. Rokok itu pembunuh!


p/s: Teringat tajuk presentation dalam kelas Natural Resources Dr Rababa'ah tahun lepas. "Environmental-friendly cigarette". Bila ditanya kepada seluruh kelas siapa yang merokok, hanya 2-3 kerat yang berani mengaku. Tahu malu juga orang2 Arab disini.huhu~ ingatkan pelajar malaysia je yang pemalu. Benar kerana benar, ye tak? kalau takut...


..dan janganlah kamu campakkan (diri sendiri) kedalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat baiklah. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-baqarah 2:195)

3 Comments

ROQS. Bukan sekadar semarak~

Dengan nama Allah tuhan bumi Irbid mahupun bumi Quds.
Selaut salam buat mujahid terhebat 'Muhammad Bin Abdullah' serta semua mujahid dan mujahidah yang sedang berjuang sekalian.



Assalamualaikum wbt.

Angkatan pemuda sejak dahulu hingga kini tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka bukan sahaja merupakan rahsia hikmah bagi kegagahan dalam sesuatu revolusi, malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.Dengan 4 ciri asas utama yang dimiliki pemuda2 iaitu keimanan, keikhlasan, bersemangat, dan bertindak, menjadikan golongan ini mampu menghembuskan satu taufan perubahan dalam menentukan pentadbiran dunia pada masa hadapan.

penyelesaiannya?
Dalam kita sibuk membincangkan masa hadapan Palestin dan mencari penyelasaian terbaik untuk membebaskan tanah suci ini. Satu persoalan untuk sama2 kita fikirkan. Apakah sebenarnya yang kita selaku ummat islam perlukan dalam cita2 suci membebaskan baitul Maqdis ini?



Jawapannya tidak lain tidak bukan, kita perlukan anda semua!

Ya, anda! pemuda2 muslim yang proaktif.

Dalam perjuangan dan matlamat Agung membebaskan bumi Al-Quds dari cengkaman kafir laknatullah, tiada cara lain melainkan kita memerlukan pemuda2 muslim yang melengkapi rukun2 ini. Mampu bergerak dan mengubah. Punya pendirian dan ke'ezzahan yang tinggi terhadap hakikat syahadah yang diimani. Bukan "remaja" yang lemah longlai ditiup angin sempoi jahiliyiah. Dengan mudah ke kanan, kemudian ke kiri, mengikut rentak2 lagu irama yang dimainkan oleh musuh2 Islam. Tidak! Wahai pemuda muslim sekalian, sedarlah kita bukan remaja tetapi kita adalah pemuda.

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka" (al-kahfi 18:)


Wahai angkatan pemuda yang budiman,

Suka untuk saya berkongsi sebuah kisah menarik dari sirah perjuangan yang memaparkan sifat dan ciri2 pemuda muslim yang kita idamkan untuk menyambung rantai2 perjuangan membebaskan Palestin ini.

Serangan Monggol
Mengimbas sejarah kegemilangan umat islam suatu masa dahulu. Tahun 1258 Masihi merupakan satu tahun berdarah dan bersejarah buat seluruh umat islam apabila tentera Monggol telah menyerang Baghdad dan membunuh Khalifah Abbasiyah yang terakhir, Al-Musta'sim dan seluruh ahli keluarganya. Mengikut sejarawan kira2 800,000 umat islam telah dibunuh dalam jangka masa hanya 40 hari. Sehinggakan semua buku2 yang terdapat dalam Baitul Hikmah, perpustakaan terhebat didunia zaman itu dicampak ke dalam sungai Tiqris lalu dijadikan jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut.

Tahukah anda siapakah pemuda muslim yang telah menyelamatkan ummah dan mengembalikan khilafah pada saat itu?

'Amir of Ummah Beliau merupakan Sayf ad-din Qutuz, pemerintah Mesir pada zaman itu. Beliau merupakan pemuda muslim proaktif, memerintahkan semua tentera lantas bersiap dan melancarkan perintah jihad melawan tentera Monggol serta-merta. Umat islam dari semua arah tunduk dan bersiap untuk berjihad menuju Palestin di bawah pemerintahannya.



Di sebuah kawasan bernama Ain Jalut, tentera Qutuz telah bertembung dengan tentera Monggol lalu berlakulah peperangan hebat yang bersejarah. Tentera islam dengan semangat jihad yang tinggi telah berperang bermati2an mengembalikan khilafah dan cubaan mendapatkan semula Palestin yang pada saat itu sudah jatuh ke tangan lawan.

Satu peristiwa menyayat hati apabila semasa peperangan sedang berlangsung, tentera Monggol telah berjaya memasuki khemah Qutuz lalu menikam isteri beliau, Jullanar Hab Ar-Rahman. Mengetahui berita ini, beliau lari mendapatkan isterinya yang diambang kematian lalu berkata
" Ooh, kekasih hatiku!".

Lalu isterinya membalas "Jangan kasihkan aku, tetapi kasih dan cintakanlah islam" dan isterinya wafat dalam dakapan beliau.

Subhannallah! semoga semua akhawat muslim menjadikan beliau sebagai contoh terbaik. Mengajar semua pemuda-pemudi muslim zaman ini untuk berkata " Cintailah Islam!" daripada berkata "Cintailah aku!" dan sewaktu dengannya.

Cinta jihad VS Cinta Kera
Inilah semangat perjuangan yang kita inginkan dari pemuda2 muslim zaman ini. Pemuda2 yang tenggelam dalam cinta kepada islam dan jihad. Bukan dalam lautan cinta manusia yang sementara. Dengan cinta mendalam Qutuz kepada islam, beliau berjaya mengalahkan tentera Monggol dalam perang tersebut langsung menghalau mereka keluar dari kawasan Syria.

Selagi pemuda zaman ini tidak mencintai islam dan jihad lebih daripada cinta manusia, maka semakin tipislah kebarangkalian untuk kita membebaskan tanah suci al-Quds ini. Selagi kita sibuk dengan jahiliyiah2 dan pergaduhan sesama muslim, maka selagi itulah tanah yang dijanjikan ini tidak mampu menjadi milik kita.



Konklusinya, kita selaku pemuda2 muslim yang peka, marilah sama2 mengislah diri dan orang sekeliling menjadi pekerja sepenuh masa dan tukang promosi Islam yang sebenar. Dengan bertambahnya pemuda2 yang faham islam dan bersedia untuk berjihad pada bila2 masa, semakin hampirlah kemenangan islam dan pembebasan tanah suci Al-Quds dari tangan kafir laknatullah.


Moga Allah meredhai dan membantu kita semua.



rujukan- Palestine, yesterday, today and tomorrow oleh Dr.Tariq Swaidan


p/s: Tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru PERMAI. Tak dilupakan buat jprPERMAI yang mantap. Moga semua dipermudahkan urusan oleh Allah dunia akhirat.


Roadshow Gema Al-Aqsa (ROQS) semakin hampir, 20-23 JULAI ini berlangsung diMafraq, Mutah, Amman dan Irbid sbagai kemuncak. Sama2 kita semarakkan ruh perjuangan. Kerana "himmah" pemuda itu memang seharusnya sentiasa dihidupkan. Ke arah generasi islam yang peka.

3 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.