Dengan nama Allah tuhan masa iman tinggi dan masa iman rendah.
Selaut cinta buat insan paling tinggi imannya, 'Muhammad bin Abdullah' serta semua manusia yg sedang berjihad memperbaiki iman masing2.
Assalamualaikum wbt buat semua mu'min2 a.k.a org yg beriman sekalian..
Rasanya sejak akhir2 ini, nusaybah asyik buat entri 'kering' je. Jadi hari ini insyaAllah kita sama2 basahkan jiwa dengan satu tajuk penting utk kita sama2 muhasabah diri semula. Nak tazkirah pasal iman. errmm... iman? ya.
I.M.A.N
Rasanya kalau tanya sorang2 takrif iman dari segi ilmu feqh, insyaAllah semua dah masyi.. jadi hari ini mungkin kita boleh ingat2kan semula ttg SIFAT iman dan NILAInya dalam kehidupan kita kat dunia sementara ini.
Iman ni kita boleh anologi kan seperti kunci kepada rumah. Tanpa kunci maka tidak mampulah seseorang itu masuk utk beristirehat dan bersenang2an didalam rumah. Tanpa iman, maka tidak mampulah seseorang itu merasakan nikmat bestnya menjadi seorang muslim yg sebenar. Serius! Anda tak mampu rasa bahagia yg hakiki tanpa faham subjek iman ni. Rasa best dan Ezzahnya seseorang dengan islam itu hanya mampu dicapai dengan mengenggam kuncinya ia3itu IMAN.
Macamana nak kenal iman seseorang?
IMAN seseorang itu terpancar melalui hubungannya. Hubungannya dengan tuhan pencipta sekalian makhluk, hubungannya dengan makhluk bergelar manusia dan boleh juga diperhatikan melalui hubungannya dengan alam ciptaan Allah yang bukan "semulajadi" ni. Orang yang beriman punya kenikmatan tersendiri dalam setiap hubungannya. Kerana asas2 iman itu adalah asas2 kemanusiaan.
Asas iman
Iman mengajak manusia menjadi hamba kepada Allah yang tunggal, membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah semata, dari perhambaan kepada selainnya kepada hanya Dia semata. Kerana ini, manusia jadi 'tinggi' tidak akan menghinakan diri kepada selain Allah yang satu2nya paling berkuasa. Dari sini lahirlah satu perasaan kebebasan yang hakiki bagi seseorang manusia. Inilah bebas yang sebenar! inilah makna merdeka yang sebenar! Iman memerdekan manusia~
Iman melahirkan sikap yang jujur mematuhi cara hidup yang dikehendaki Allah. Perbuatan baik orang yang beriman bukanlah lahir secara kebetulan, bukanlah hasil dari keinginan yang tiba2, dan bukanlah yang dilakukan sekali-sekala sahaja, TAPI perbuatan baik orang yang beriman itu lahir dari satu motif tertentu, menuju kepada matlamat yang satu ia3tu ALLAH semata.
Iman punca hidup yang agung. Ibarat "charger" kepada manusia. Dari punca inilah lahirnya segala cabang2 kebaikan dan dengan punca inilah bergantung hasil segala kebaikan. Bayangkan handset anda tanpa charger? Berapa lama anda mampu bertahan?
Iman itu satu hakikat positif yang DINAMIK. iman adalah gerakan, tindakan , amalan, pembinaan dan pembangunan yang menjurus kepada Allah. Sebaik sahaja iman bertapak dalam hati manusia, sepatutnya lantas ia akan menonjolkan dirinya dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman dalam islam.
IMAN---> AMALAN SOLEH
Iman tidak beku tanpa bergerak, tidak tersembunyi tanpa menjelma. Iman pasti akan bergerak dan menjelma kerana itu adalah sifatnya. Andainya iman tidak menjelma melalui amal soleh ini, maka ia adalah iman yang palsu atau iman yang mati. Ibarat bunga tanpa bau. Iman tidak negatif. Iman bukannya penguncupan diri, bukannya penyorokan diri dalam isi dada dan bukannya semata-mata niat baik yang tidak menjelma dalam tindakan dan gerakan.
Senang faham, iman adalah penglibatan diri dengan cara hidup Islam, cara hidup yang bergerak dan bekerja mengajak manusia kepada Allah semata.
Ooo.. betapa mahalnya perasaan orang yang beriman. Moga "kemanisan iman" itu sentiasa mewarnai jiwa kita selaku hamba. Orang beriman itu berbeza. Orang beriman itu istimewa.
Orang beriman itu sentiasa tenang dan menenangkan.
p/s: Bersediakah menjadi penyambut terbaik RAMADHAN?
-nak iman mendalam, nak cara hidup islam yg jitu, nak kemanisan beribadah, nak itu nak ini tapi persediaannya.. ???
-bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah diri dalam madrasah ramadhan~
-"allahuma balighna ramadhan"
4 Responses to Bezanya orang beriman~
seorang kawan penah ibaratkan iman mcm motherboard laptop kite. kalo rosak motherboard tu, laptop tu takkan membawa apa2 faedah lg...
assalamualaikum wbt..
hbgn kita dgn manusia merupakan refleksi iman kita..
tapi.. mcm mana klu kite buat baik kt org, tp tetiba org tu benci kita?
penat hidup dgn manusia..sifatnya tahu menghargai bila zahirnya sesuatu tu sudah tiada..(x payah faham ayt ni)..
Assalamualaikum iez ku sayang.. Thanks atas post yg 'basah' ni.. Hehe.. Mmg betul, iman tu mmg sgt special bndanya. Dialah pemacu setiap tindakn kta.. Tnpanya, kita x yakin akan hari pemblasan, pndgn Allah dll.. Harapn Aleen, agar kte sume dpt kemanisn iman tu, n xnak lepasknnya walau ape pn yg tjadi, wlau d mane saje kte.. Dan jgk moga Allah kuatkn kte utk sampaikn kemanisn iman tu pd org lain, dgn apa jua cara, agar makmur dunia ni.. Insyaallah..
to kN..
Huhu.. sahabat lama. welcome2..
best anologi ni.. lebih updated..hihi
***********
to kerikil
betul hub itu refleksi iman.
jangan penat hidup dengan manusia sbb hidup dgn manusia sbnarnya sgt best dan mendatgkan lebih kebaikan dr keburukan.
walaupun fitrah manusia begitu, itulah peluang utk kita dapat pahala. ambil nabi sbg cth. tak penat2 buat baik pada manusia walaupun manusia buat jahat banyak pada dia..
hoho.. saya rindu manusia itu..
**************
to aleen
very sweet dream n hope. insyaAllah moga2 begitu kekalnya
Post a Comment