suara badar

Terlena lagi. Ahh.. tidak! Penyesalan menyelubungi diri. Kesal dengan kealpaan diri.
Itulah padanya apabila hawa itu dituruti. Penat dijadikan alasan. Malam yang panjang dipersiakan.

Beristighfar mengenang kesalahan diri.

"Ahhh.. kata mahu jadi PEMUDA! Mengapa masa tidurmu melebihi masa kerjamu. Bangunlah engkau, diri sang pahlawan" bergema jeritan hati si pemuda.

Bangun pemuda itu dari lena keduniaanya lantas mengambil wudu', persiapan menghadap Pencipta. Menuju Sumber tenaga, mengharapkan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membantai si taghut dan meninggikan kalimah satu itu.



Semalam dia mendengar kisah manusia hebat.Kisah si pahlawan BADAR. Bermimpikan mereka dalam lenanya.


Bermimpi melihat wajah Saidina Ali, selaku pemegang bendera katibah muhajirin.
terbayang wajah penuh semangat Sa'ad bin Muaz yang memegang bendera katibah Al-Ansar.
Lantas Melangkah Zubair Al-Awwam di atas kudanya memandu sayap kanan.
Berderap langkah Al-Miqdad bin Umar selaku pemimpin sayap kiri.

Dengan satu kalimah, berbaris taat kepada kepimpinan tertinggi jujungan yang dicintai.Barisan pemuda gagah berjiwa pahlawan berderap maju ke hadapan.

Masih terngiang2 kalimah "AHAD..AHAD" bergema dicorong telinga. slogan yang dilaungkan mereka dalam perang itu. Pembakar semangat memperjuangkan ideologi Esa itu.


Lantas tarian pedang si pahlawan BADAR melawan si kufur durjana memperjuangkan agama menangkap kaca matanya. Membayangkan ketangkasan mereka menghunus senjata, melibas sisa-sisa jahiliyiah, membantai si bongkak tua yang tertutup mata hatinya.


Bermandikan peluh dan darah, pahlawan itu melangkah.

Bermandi peluh juga dia dalam mimpinya.

SANGAT HEBAT!



"Dan sungguh Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya" (2:123)

Bacaan syeikh al-afasi membacakan ayat suci ini bergema sebagai latar muzik menjadikan mimpinya seolah nyata.

Ohh.. betapa cemburunya dengan mereka. Cemburu melihat kekuatan rohani mereka. Betapa mantap akidah mereka. Betapa jelas fikrah mereka. Betapa tinggi perjuangan mereka. Betapa kuat fizikal mereka.

Ya! Aku ingin menjadi seperti mereka.

Bersama bergerak mengangkat martabat Islam, meninggikan kalimah Allah itu di bumi ini. Menyambung rantaian besi perjuangan para nabi. Berjihad mewujudkan masyarakat muslim yang sejati.

Apa lagi kau tunggu?

Jelaskan matlamatmu,
Rancang perjalananmu,
Kemaskan langkahmu,
Bergeraklah ke destinasimu.

Perjuangan ini perlukan pengorbanan,
Cukup engkau dengan lena berpanjangan.

bergema teriakan ruh generasi BADAR
ALLAHUAKBAR!!!

p/s: Nak tambah zouk perang Badar..sila Baca tafsir dan asbab nuzul Surah Al-anfal. Rujuk page 177-178. mmg mantap!

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to suara badar

ayyash said...

salam alaik..
huh..ijlis bina nu'min sa3ah..
zouq!! rasa cam masuk dlm mesin masa, join prg badar..masyaAllah..
cetusan hati yg sgt zouq ukhti..teruskan menulis!!
barakallahulaki..

FabulouswithAs said...

generasi badar yg bukan calang-calang dan mudah mudah terhasil.sesungguhnya mereka,tidak terhasil dlm sekelip mata..subhanallah..tapi mereka yg minoriti itulah yg akhirnya paling terkedepan dlm segalanya....[mengimpikan utk menjadi golongan "Core"spt mereka]ameenn ya Rabb

'Ezzah Al-Islam said...

to ayyash..

tq.. takleh lawan nti..haha

to roskuning..
wah lama tak singah.. betul2.. bersama amal yg muntij

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.