ketawa kita dalam berjuang

Dengan nama Allah tuhan hari2ku,
Selaut salam buat pembaca Quran terbaik, Muhammad Abdullah serta yang sentiasa mengikuti jejaknya.

25 Disember.



Kelas tajweed dengan xifu. Best! Belajar lebih details pasal huruf2 hijaiyah.

Antara semua 29 huruf hijaiyah(sepakat jumhur) terdapat..

22huruf boleh bersambung dengan huruf sebelum dan selepasnya...
6 huruf hanya boleh bersambung dengan huruf sebelumnya sahaja...
Dan hanya 1 huruf yang tidak boleh bersambung dengan mana-mana huruf sblum mahupun selepas... (sila teka)


Kuiz pada pembaca, sapa dapat jawab dapat hadiah ^^, (budak irbid shj)
Di dalam Al-Quran kita yang pemurah ni. Ada ayat Al-Quran yang mengandungi

1)10 huruf yang bersambung antara satu sama lain menjadi satu kalimah je.
2)10 huruf yang tidak bersambung antara satu sama lain.
3)mempunyai kesemua 29 huruf2 hijaiyah dikumpulkan dalam satu ayat sahaja.




Al-Quran sangat pemurah. Boleh bagi semua benda kepada semua orang. Siapa mencari ketenangan melalui alunan suara yang lunak, insyaAllah dia bagi.. Siapa yang mencari ilmu sains, fizik, kimia,biologi mahupun apa2 ilmu keduniaan pun dia boleh bagi. Siapa yang mencari kekuatan emosi mahupun penyucian hati pun dia boleh bagi..


clorox paling bermutu untuk hati manusia ni tak lain tak bukan --> Al-Quran



26 Disember.

Jadi Fasilitator A.P.I iaini Akses Pemikiran Islam EDISI irbid. 2 tajuk utama dibincangkan, konsep syahadatain dan keremajaan. Tajuk yang cantik. Sayang, saya beranggapan bahawa kedua-dua tajuk ini lebih baik sekiranya lebih diperincikan ketika sesi pembentangan. Masalah masa saya kira sememangnya menjadi halangan.

Ternyata peranan fasilitator dalam LDK penting bagi membincangkan semula dan merungkai kekeliruan peserta. Dalam skala yang lebih kecil insyaAllah fasilitator lebih mampu mencapai kebanyakan peserta. Lebih dekat dan lebih rapat. Ada mereka yang malu hendak bertanya di khalayak , dalam kumpulan yang kecil mampu sahaja untuk bersuara memberi pendapat.

Itulah kelebihan apabila sesama muslim berkumpul dalam kumpulan kecil berbincang masalah ummah, merenung kejadian alam. Duduk bersama2 menambah iman, berkongsi masalah dan mencari penyelesaian kepada masalah ummah.



Memetik kata2 salah seorang peserta ketika sesi pembentangan,
"Uniknya umat islam ini mampu bergelak tawa ketika membincangkan agenda perubahan"

Fuh! amat sinis. pedas bagi mereka yang termakan cili.

Namun Saya setuju!

Bak kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali "Umat islam sangat memerlukan banyak keseriusan dan sedikit hiburan"

Banyak ketawa menyebabkan hati seorang pejuang kurang fokus kepada cita-cita. Kadang-kadang saya kecewa dengan mereka yang suka berlawak bodoh dalam agama. Bak kata sahabat "Lawak tak inteligent". Mungkin bagi sesetengah pihak ia hanyalah sekadar cara menarik perhatian pendengar atau mungkin memang sifat asal masing-masing. Cuma bagi saya, ia tanda kurang penghayatan.

Wallahu'alam


p/s: Mubarak pada ahli2 group 2! Ada siapa2 berminat nak teruskan group kecil kita? ^^,

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

8 Responses to ketawa kita dalam berjuang

'Ezzah Al-Islam said...

baik pesan siap2..
kuiz hanya bg mereka yg pertama dapat jawab dengan betul di ruangan komen ini..

dan paling penting tidak termasuk ahli group tajweed saya ye..
haha ^^,

einmedina said...

aisey..br nk jawab..dah kene excluded..

wani napiah said...

salam izz..
nk cuba jawab,tp x sumer la yg tau..
hehe..
huruf yg x boleh bersambung ngn mana2 huruf sblm n selepas dia-huruf hamzah (betol x??hehe)..

n 3 soalan tu,soalan yg last je tau..
dlm surah ali-imran ayat 154 n dlm surah al-fath ayat 29..
yg lg 2 soalan tu masih lg mencarik..hehe..

'Ezzah Al-Islam said...

Waalaikumsalam wbt..

to ein: haha... maaf na..

to wani: huruf hamzah tu betul tapi tu tak termasuk kuiz.. so tak dikira..wuhuhu..

soalan ketiga anda tepat sekali!!!
*bom..bom..bom*
hadiah hanya akan diberi sekiranya anda berjaya menjawab 2 drpd 3 soalan tersebut.. maka teruskan usaha anda..

nak bg chance sket: iz tambah clue la..
soalan 1 kat surah nur
soalan 2 kat surah al-furqan..

huhu.. bocor sgt dah ni..
cepat2 hadiah menanti anda~

wani napiah said...

1.ayat 55 surah annur -ليستخلفنهم
2.ayat 41 surah alfurqan -واذأ رأوك ان


maaf ye klu salah..
x dpt hadiah pon x pe..hehe
terima kasih bnyk2 sbb bg soalan yg mencabar minda ni..
kdg2 bila baca Quran tu x perasan pon bnda2 cam ni..
bila dapat tau,mmg terasa kebesaran Allah..
thanx banyak2 izz

'Ezzah Al-Islam said...

wuhuhu.. tahniah2!!

andalah orang yang proaktif saudari wani...huhu.. ni nak bangga ada sahabt camni...

nntikan hadiah di pintu rumah anda.. *ting*

coming soon.. kuiz ululalbab seterusnya...

Aleen kawannye Iezz said...

Assalamualaikum..

Apabila diri kita adalah seorg yg suka melihat orang lain tersenyum, gembira dan ketawa, kadang2 kita lupa ttg fact bhw kita punya misi besar..

Apabila Rasulullah diwahyukan adik-beradik Hud (surah Hud) seperti cogan kata KISAS tu, keseriusan terus mengiringi baginda..

Serius bukan bererti tiada senyuman, kerana senyum itulah yg membuat seseorang bahagia, seseorang cair dan berputik bunga-bunga..

Maka, mehla senyum banyak2 dan niat sebagai sedeqah.. insyaaLLAH. =)

Kempen "Senyum kepada Jantina yang Sama"

Slogan : Senyummu di bibir, juhudmu di hati. Ameen.

'Ezzah Al-Islam said...

huhu.. terimakasih aleen kawannya iz..

pencerahan menarik ttg tajuk senyum.
i'm 200% agree with you ^_________^

"senyummu di wajah saudaramu adalah sedeqah"

serius dalam berjuang bukan bererti tidak senyum~

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.