Archive for 2010

wadi rum: transkripsi alam

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batuan-batuan itu ada yang sungai mengalir darinya, Ada pula yang terbelah lalu keluar mata air darinya.Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah 2:74




Antara padang pasir dan batuan, tradisi kuno dan lagenda al-kitabiah, tokoh moden dan sejarah, terpahatnya monumen dari alam dan manusia. Subhannallah!

Wadi rum atau lebih dikenali sebagai "the valley of the moon" punya pesona tersendiri memerangkap pengunjung dengan tona warna, bau dan rasa yang bukan biasa-biasa. Antara harta Jordan, wadi terbesar negara ini yang terletak di selatan wilayahnya kira-kira 60km ke timur dari aqabah. Kembara seharian mencari tuhan pastinya berjawab dengan hidangan panorama bukit pasir merah bersilang pasak, grafiti kuno pahatan batu, khemah badwi mahupun langit biru bersulam awan.

pepasir dengan pelbagai tona warna 2:30^__^


Bersumberkan lagenda kononnya-wirawan Lawrence of Arabia sebagai modal menarik pelancong, penduduk tempatan yang rata-rata dari kalangan badawi puak Zilabia mengunakan eco-tourism [baca: pelancongan bermodalkan alam] untuk mengisi periuk nasi mereka. Bagi yang berminat, pilihan ditawarkan untuk kembara dengan jeep 4 roda tanpa bumbung mahupun tidak, motorhike solo mahupun berdua, unta dewasa mahupun kanak-kanak sehinggakan kembara sendirian berbekalkan kudrat tulang 4 kerat. Dengan modal kewangan dan masa yang ada terserah pilihan pada yang berkehendak.

7 pillars of wisdom

Segala puji bagi yang memberi, penghujung tahun 2010 telah diizinkan sekumpulan 14 orang pemudi pasca-imtihan melarikan diri dari kesibukan fatamorgana-dunia-hospital yang sedikit meletihkan. [bertemankan 4 orang murakib berdedikasi]. Perjalanan open-trip dengan harga jd80 bagi 6-7 orang sebuah jeep mengambil kira-kira 5jam untuk menyingahi kesemua perhentian-perhentian menarik yang ada termasuk la Lawrence Springs, Lawrence's House, Khazali Canyon, Sunset sites, Small bridge, Nabatean Temple, Sand dunes, Barragh Canyon, Um Fruth

wadi rum bridge

pokok renek berpakaian gurun
formasi batuan semulajadi

Subhanallah! Belahan batuan granit merah coklat menyajikan panorama indah bagi mata hati yang inginkan ketenangan. Manakan tidak ianya menjadi latar tempat filem Star Wars yang kononnya di Marikh itu. Dengan kepelbagaian bentuk dan formasi batuan yang unik terubah dengan tindakbalas alam kelihatannya seolah-olah berada dalam satu alam baru.



antara lukisan dan transkripsi batuan


Ibrah sejarah revolusi Arab menjadi intipati paling penting dalam meng'ruhi' keberadaan pemuda islam yang berjuang sepanjang rehlahnya ke bumi tuhan yang satu ini. Tanpa menyelami sejarah peri-[perang dunia pertama] dan tanpa mengenali siapakah Lawrence of Arabia dan tujuan perjuangannya, maka akan tersia-sialah kembara ilmunya.



Thomas Edward Lawrence atau lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia merupakan seorang pegawai tentera British berkemahiran dalam politikus ketenteraan yang menguasai 8 bahasa percakapan termasuk English, Perancis, Jerman, Arab, Turki, Syriac, Latin dan juga Greek. Mendapat pendidikan awal dari Oxford dengan kecenderungan minat terhadap sejarah dan ketenteraan. Watak utama yang dihantar untuk menyediakan jalan bagi tentera British untuk terlibat lebih dekat dalam revolusi Arab pada 1915

Sekitar Ogos 1914, Perang Dunia Pertama meletus melibatkan kuasa paksi [Russia, perancis dan British] ditentang kuasa tentera bersekutu [German, Jepun dan Itali] didasari nasionalisme merebut tanah jajahan dan kekayaan. Tanpa asas jitu, kerajaan Turki Uthamaniah turut serta selaku sekutu German dibawah pengaruh hasutan Donmeh Jews yang bercita-cita menjatuhkan khilafah Islam yang semakin sakit ini. Tindakan memperjudikan tanah Islam ini lebih menyemarakkan semangat pemberontakan muslim Arab terhadap khilafah Turki yang sedia ada.

Tidak bersetuju dengan tindakan ini, di bawah panji Syarif Hussein yang berketurunan nabi, pemimpin Mekah dan Madina saat itu mengambil inisiatif menghantar anaknya Syarif Faisal ke Damascus[baca: syria] bagi mencetuskan satu gerakan pemuda menjatuhkan kerajaan Turki dan mengembalikan khilafah ke tangan Arab. Tindakan pemimpin Syria saat itu yang meyokong dan memberi perlindungan kepada gerakan Hussein ini, lantas diketahui oleh Jamal Pasha selaku wakil menteri kerajaan Turki disana lalu di ISA dan digantungnya semua pemimpin2 Syria yang terlibat dengan konflik ini. Lebih menambahkan kebencian dan semangat jihad dalam majoriti warga Arab yang saat itu belum mengetahui dengan jelas tentang kewujudan gerakan Hussien. Maka tercetuslah Revolusi Arab yang turut disertai oleh kebanyakan celebriti muslim dan majoriti Arab yang lain.


Antara tokoh islam yang terlibat.
1.Muhamad Rashid Redha [Lubnan]
2.Muhammad 'Abduh [Egypt]
3Jamal Ad-din Al-Afghani
4.Sai'd ad-din al-Khatib
5.Amin Al-Husayni


Seperti kebiasaannya, British telah menghantar wakilnya dari kalangan manusia sains sosial untuk mengapi2kan revolusi Arab menentang Turki sambil menyelitkan kemaslahatan mereka. Di sinilah munculnya watak Lawrence yang dimindsetkan untuk membuka jalan bagi British secara langsung terlibat dalam perjuangan menjatuhkan khilafah Turki, dan kemudiannya mempunyai hak ke atas hasil kemenangan itu.

Hidup berenang bersama-sama masyarakat badawi di tapak Wadi Ram memberi kekuatan dan kethiqahan masyarakat Arab berjuang bersama Lawrence. Tanggal 1916, akhirnya dari kepanasan gurun, Lawrence dan tentera Hussien dengan bantuan Arab badawi berjaya menjatuhkan pusat terkuat kerajaan Turki di Aqabah melalui jalan darat dan gurun. Satu tindakan yang amat tidak disangka oleh kerajaan Turki yang tidak bersedia.

Wadi Ram benar-benar mempunyai makna besar kepada kita muslim tanpa khilfah kini. Ianya meninggalkan satu parutan besar sebagai salah satu plot penting dalam proses kejatuhan khilafah islam yang terakhir.

Namun, Adakah kita muslim benar2 sensatif dengan sejarah ini?

Bacaan lanjut di google atau lebih menarik Palestine, Yesterday,today and tomorrow. [Dr Tareq Suwaidan]

movie yang diadaptasi dari buku 7 pillars of Wisdom



Perbualan dari ukhti L, "Bergerak dan berjalanlah dengan iman.
Tanpa bekal iman, kita akan mudah penat dan putus asa."



Maka wahai muslim, kerana syahadahmu, maka berakhlaklah.


p/s:
1.Tamat rotation paediatric bihamdillah. Ahlan wasahlan ya Batoni..
2. Salji lebat yang dicari tinggal sekadar mimpi di malam hari. Teruskanlah bermimpi wahai cik athirah.. :P
3. Kenangan akhir tahun bersama yang terlalu indah. Terimakasih sahabat2 membirukan hariku^__^

Sabtu, 1 Januari 2011
Bayt Muriyaat

3 Comments

Memori Dublin

Pagi-pagi sebelum fajar subuh mengintai, berangkatlah kami sekitar pukul 5.15pagi meninggalkan bilik hotel yang terpaksa disewa untuk sekadar 6 jam itu. Seksa jiwa dan poket perantau, Fuh! Apakan daya tiada pilihan, sekiranya wujud makhluk berpassport Malaysia bermastautin di kota Paris pastinya sudah ditumpangi. Namun jujurnya berbaloi sahaja, apabila mata dan badan hanya mahukan rehat, Euro 57 bahagi sesama kami kira boleh jalanlah.


Tiket Ryanair dari Paris Beauvais ke Dublin siap2 ditempah tepat 9.25pg. Pengalaman dulu banyak mengajar, perjalanan ke airport penerbangan murah ini pasti penuh dengan bermacam mehnah. Perlu masa spare lebih banyak. Al-maklum, dengan kes lari-berlari, rebut-merebut campur birokrasi nak memastikan beg tepat2 mengikut saiz dan berat yang ditentukan. Kira padanlah dengan harga Euro28 sahaja. Syarikat ryanair memang terbaik dalam memastikan pengembara akhawat kurang bershopping. Haha. Hanya yang punya pengalaman akan memahami.



Pendek kisah.

Sekitar 1030pagi, kesegaran udara Dublin mengejutkan mata kami dari lena yang pendek. Usai jual-beli dengan mesin tanpa suara, berbekalkan tiket seharian Dublin Bus kami bersama-sama bergerak menaiki bas 2 tingkat berwarna hijau menuju ke central city. Perjalanan hijau mencuci mata. Dari bandar kami menaiki bas seterusnya ke Upper Clanbury Street menuju rumah Insyirah yang dinanti-nanti.



Ireland a.k.a Eire sebuah negara berpulau2 di barat eropah. Negara maju ini mula memasuki Kesatuan Eropah sejak 1973. Syukur pada yang Pemurah, siapa sangka akhirnya dapat jua diri ini menjejak negara yang dulunya menjadi impian tempat mentarbiyah diri. Mengimbau memori dari novel The Potatoes People yang dibaca kecil2 dulu mengisahkan sekumpulan manusia miskin yang berhijrah dari negaranya yang dilanda kemelesetan ekonomi. Dalam perjalanan emigrasi ini, mereka telah melalui pelbagai rintangan dan bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang penuh nilai untuk diibrahkan.



Sekilas pandang matanya sekitar kota Dublin ini, dia kira kemajuan ibu negara ini agak pesat. Walau tidak setanding kota Paris mahupun kota London, setidak2nya telah jauh meninggalkan kota Amman beberapa tahun dari sudut materi duniawinya. Memang agak berbeza dengan gambaran dalam novel yang dibacanya dulu itu.

Pesan Sister H, berjaulah ke negara orang perlu kenal kisah dan tabiat manusia negara itu. Baru penuh minda untuk disebatikan.



Siapa sangka disebalik kemajuan plastik pengangkutan dan bangunannya, Eire sebenarnya mengalami krisis ekonomi yang agak kronik kini. Terbaru ura-ura dari berita tempatan, Kesatuan Eropah 'memaksa' negara bebanan mereka ini untuk menerima pinjaman dari IMF bagi menyelesaikan konflik matawang mereka. Baca sini untuk lanjut Maka, sekiranya tiada pilihan apakah masa hadapan Eire kini? Mungkinkah kisah penghijrahan makhluk tempatan seperti suatu masa dahulu akan berulang kembali? Apakah nasib mahasiswa2 Malaysia kita di sana? Hoho. Panjang untuk diperbincangkan. Krisis Kesatuan Eropah ternyata semakin kronik kini. Bagi yang berpeluang matawang Euro sedang jatuh sekarang, sebarang tukaran saat ini amatlah digalakkan.



Lebih kurang 3 hari bersama Sister2 Ireland cukup membekalkan idea revolusi untuk dipraktikkan.Subhanallah! Sisters dublin memang terbaik. Anda menetapkan tahap impian yang tinggi untuk rumah kami. Buat warga Kahfi, Asrar Rifa' mahupun Insyirah. Jazakillah buat entunna.

Benarlah kata Sister AA yang telah diedit

"Kita tak memerlukan pengisian seharian untuk taujihat beramal, cukup sekadar berjumpa sister lain sahaja, mampu mengisi petrol iman dan ukhwah untuk terus bergerak"






Bayt Muriyaat,
940malam 29 Nov

Leave a comment

muwazanah kita

Buat 4 orang yang ditinggalkan/ terasa ditinggalkan.

Orang kata dengan jalan, tidur dan makan bersama [baca:jaulah] mampu memecahkan keketatan. Wasilah bertaaruf telus luar dan dalam antara sahabat. Siapa yang dapat sangkal? tiada yang salah. Namun kalau pandang senget sedikit, lagi tepat lagi untuk mengenal buruk baik diri sendiri lagi.

Oh! Betapa terbongkar ketidak itharan diri... betapa terdedah ketidak prihatinan diri... betapa tercungkil kejahilan dan kejahiliyiahan diri ... kepada Allah saya memohon maaf atas ketidaklengkapan diri, peribadi yang masih perlu diperbaiki. Moga kekuatan ukhwah itu pada bersama menerima dan memperbaiki diri.

Kembara tarbawi kali ini penuh ujian hati dan perasaan. Ujian ukhawah dan harga diri. Sangat-sangat menguji fiqh muwazanah dan timbangtara prioriti diri. Sangat-sangat belajar.


Prioriti kita akan menentukan bentuk keputusan kita. Prioriti yang kekal pertama tetap Tuhan yang Satu. Noktah. Namun yang selepas2 itu sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang belajar lebih penting dari Ukhwah, kadang-kadang pula boleh jadi ukhwah yang lebih utama. Ada masanya Keluarga perlu didahulukan, ada masa yang lain Kepentingan DnT perlu dikehadapankan. Maka, inilah datang yang susahnya. Membuat keputusan akhir berdasarkan prioriti masa-masa tertentu itu. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ramai orang dengan prioriti yang berbeza.

Di sini pentingnya kita saling mengetahui prioriti setiap orang yang terlibat dalam membuat keputusan. Mungkin bagi kita kepentingan masa hadapan DnT lebih utama, tetapi siapa tahu adakah sahabat seperjuangan kita punya fikrah dan rasa yang sama pada saat itu. Takut-takut kita tersilap meletak prioriti, sedangkan ukhwah yang perlu didahulukan. Kepada Allah kita memohon keampunan dalam berijtihad dan memahami.

Terasa seperti terlalu banyak orang telah dilukai. Maaf sahabat2.


Cukup setakat yang ini dahulu.



Bilik Hanin,
Bayt Muriyaat
28 Nov Ahad

Leave a comment

sekadar nota

Subhanallah! subhanallah! subhanallah!!

Segala puji buat pemilik jiwa ini atas segala nikmat yang kukecapi saat ini. Terlalu banyak yang mendatang, terlalu banyak yang mengajar, terlalu banyak untuk diibrahkan.

1.Orang2 yang melakukan kebaikan/pembaikan [baca:Muhsineen] kini sudah menjadi kuda-kuda agresif yang memercikkan api [baca: muriyaat], lebih mengganas harapnya dalam mengejar bonus dunia akhirat. Moga pertemuan jiwa-jiwa baru demi membangun peribadi ini dirahmati.

2.Melangkah kami malam ini dengan berat hati meninggalkan sahabat terbaik. Doa kami tidak putus buat anda. Terlalu lama ingin bertemu mereka, sampai saatnya tiada kesampaian pula. Maaf teman. Semoga segalanya bahagia dan sejahtera.

3. 2 Minggu yang mendatang, siapa tahu apa yang bakal menghantui.Mohon Doakan segalanya ikhlas untuk Ilah yang satu.


Bilik Mujahidah
Bayt Muriyaat,
12.35pm Sabtu

Leave a comment

Khusus buat Du'at Muda Generasi Y- Kalian adalah masa depan dakwah ini!


Salam

Khusus kunukilkan coretan ini, istimewa buat setiap seorang anak mudaku yang berusia 30 tahun ke bawah - yang telah berjanji setia dengan Allah SWT untuk mewakafkan jiwa dan raga buat satu perjuangan yang hebat dan agung, demi DAKWAH - menyeru, memanggil, menyantuni, memujuk dan menunjuk, mendampingi, membelai, merayu - apapun jua kata buatnya,:

agar manusia hamba ini kembali menghayati asal maksud penciptaannya oleh Rabb yang Maha Segalanya!

agar insan sedar, adalah lebih MUDAH untuk patuh dan menuruti setiap perintah Allah, dari melalui setiap KEPAYAHAN dan KESUKARAN cuba melawan fitrah dan berlagak sombong, bongkak dan takabbur terhadap Allah.

mudah-mudahan kehidupan kita semua menjadi lebih sejahtera, bila nilai dan keutamaan ditumpahkan kepada mencari redha Allah dan bukan sanjungan manusia

Kalian digelar Generasi Y - lantaran banyak sebabnya - kalian dibentuk dalam sebuah dunia yang mengecil sempadan geografi, masa dan batasannya. Kalian dilahirkan dan dibesarkan oleh Generasi Boomer & GenX yang begitu `protective', menyanjungi dan menghargai kalian dari dalam rahim, sewaktu mula melangkah, masuk ke tadika, ke alam sekolah hinggalah ke menara gading! Kekadang - kalian jadi bingung melihat gelagat Gen X dan Boomers di sekeliling kalian, mengapa seperti disanjung, namun kerap jua rasa tersingkir dan tersisih.

Mengapa rasa seperti disayangi, namun masih tidak dipercayai? Kenapa diminta bersuara, hanya untuk disangkal dan diminta diam semula?

Anak-anakku, para du'at muda,

Semangat dan kudrat kalian memang hebat. Optimisme kalianlah yang memberi nafas baru buat medan ini. Inovasi dakwah menjadi identiti kalian. Kalian berlari sepantas kilat, hampir kami yang sudah separuh abad ini, tercungap-cungap nak try to `catch up'.

Gandingan kita memang pasti mencetus sesuatu yang `phenomenal', InsyaAllah. Namun, ianya mesti diasaskan kepada suatu kesimbangan yang mantap.

Anak-anakku, berlarilah - jangan bimbang kami yang di sini. Jangan sekali rasa terjerat atau terperangkap, kerana kalianlah yang lebih tahu mengenai dunia kalian. Namun, jangan lupa, kemudaan kalian menyebabkan kematangan masih perlu dibina.

Para senior dakwah, kalian juga jangan tersentak dan terkejut melihat kelantangan mereka. Anak-anak ini masa depan dakwah kita. Ayuh kita sisipkan doa dan titipkan bekalan yang mantap - agar mereka bersiap siaga menempuh sejarah zaman mereka.

Anak-anakku, para du'at muda,

I HEAR YOU, I HEAR YOU... InsyaAllah, kembangkanlah sayapmu, terbanglah tinggi. Dr.Har yakin, hanya Allah SWT yang mampu membimbing kita sebaik-baiknya... Kenang Dr.Har dalam doa rabitah kalian, sepanjang masa.

Yang menyayangi,


Leave a comment

taaruf seorang doktor

Hampir sepurnama lengkap alam klinikal menjadi dunia barunya. Fasa takrif kepada medan baru yang mencabar semua komponen manusiawi diri. Menarik! Walau sedikit penat. Kacamata hidupnya pun sudah bertambah 'power'. Kalau dulu-dulu, suapan teori sebagai makanan akalnya di universiti. Kini, wilayah amali terbentang sebagai wadah latihan 6 deria tubuhnya.

Bertaaruf dengan jumlah manusia beraneka warna dan citarasa. Kini objek kepada proses pembelajaran adalah manusia itu sendiri. Belajar dari manusia sekeliling. Membentuk peribadi seorang doktor dengan pergaulan bersama pesakit. Pesakit yang sakit sebagai guru. Dan tidak ketinggalan Doktor yang 'sakit' juga sebagai guru.

Belajar mengenali manusia bukan mudah. Apatah lagi untuk merawat manusia. Punya kaedah dan pendekatan yang bersesuaian.



Untuk mendapatkan diagnosis tepat buat pesakit, wajib bagi seorang doktor untuk bertaaruf dengan pesakitnya secara lengkap dan menyeluruh[baca: history taking]. Boleh dikatakan hampir 80% ketepatan diagnosis doktor berkenaan masalah utama pesakit bergantung kepada proses taarufnya yang cemerlang.

Rukun taaruf itu bererti mengenali. Kenal hati, kenal fizikal, kenal ruh, kenal pemikiran, kenal perasaan, kenal fikrah dan kenal segala2nya. Kerana manusia itu kompleks dan penuh komponen. Proses berkenalan bukan mati pada awal pertemuan tapi terus-terus-terus-terusan malah perlu usaha, semangat dan kerjasama yang tinggi antara sesama pihak.

Hebatnya seorang doktor apabila hebatnya skill bertaarufnya.

Dan inilah yang sedang dia bina dalam dirinya.



Pesan pakcik-pakcik lama:

Yakhtalitoon wa laakin yatamayyazoon!

Bergaul tetapi Berbeza!


Ya! Untuk betul2 berkenalan sesama manusia perlu betul2 bergaul fikiran dan perasaan. [Amaran: pergaulan yang dimaksudkan bukan bermaksud ikhtilat berlainan jantina]


p/s: Doktor dan murobbi punya banyak persamaan.



Pusat pembinaan diri,
3.45ptg 4 Oktober 2010,
Muhsineen Irbid

5 Comments

mata senget




























Source : Siti Sufina Kamarsani & Zainal Md Amin

Leave a comment

rijal nusantara

Mengikut sunatullah fi ijtimai [baca: sains sosial], fitrah laki-laki yang tertarik kepada wanita seringkali dijadikan modal untuk mengeksploitasi potensi yang ada pada jantina generasi hawa ini. Dulu hingga kini, eksploitasi potensi yang berlaku menjadikan manusia berkromosom XX ini ditindas dan diperlakukan tidak selayaknya.

Kasihan. Sedih. dan Kecewa.
Kadang-kadang 'bengang' juga.

nak-nak lagi kalau tengok videoklip lagu arab. ntahapa-apa.

Teringat dia satu ayat yang sangat2 menarik. Az-zukhruf 43:18.

"Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan menyenangi perhiasan sedang dia tidak mampu memberi alasan yang tegas dan jelas dalam perdebatan" 43:18

Ayat ini merupakan gambaran wanita Arab saat al-Quran diturunkan.

Al-kisahnya tersangat-sangatlah kasihan pada perempuan zaman jahiliyiah ini. Mereka tidak diberikan kesempatan dalam pendidikan , sehingga kurang kecerdasannya. Hanya senang dan gembira bila disogokkan dengan perhiasan sedangkan diri lemah, tidak mampu bersikap tegas, garang dan jelas menyampaikan pendapat dan kehendak sendiri dalam berhujah.

Bila renung-renung kembali perempuan zaman jahiliyiah moden kini, nak kata tak sama. Tak juga. Hakikatnya boleh tahan sama sahaja. Oh!

Wahai perempuan, Mengapalah mudah-mudah biar potensi 'kerijalan' kamu dieksploitasikan?
"Argghh.. tak faham-tak faham" monolog sendiri tanda protes geram.




Oh! perempuan-perempuan sekalian, sedarlah potensi 'rijal' yang ada dalam diri kita.

Mari kita bicara soal perempuan hebat.

Kenal kamu susuk wanita ini?

Srikandi dari Acheh



Srikandi sejati yang benar-benar rijal.
Pahlawan yang jarang disebut namanya. Pahlawan yang tidak pernah diungkit sejarahnya.Petarung baris hadapan.Pemimpin ketenteraan yang disegani musuh dan kawan.

Beliaulah... Laksamana Malahayati.

Kisah Laksamana Malahayati walaupun tidak banyak, semua bercerita tentang kepahlawanannya. Malahayati merupakan Laksamana [baca: ketua tentera laut] perempuan pertama di dunia. Setelah suaminya gugur pada pertempuran melawan Portugis, beliau telah membentuk sebuah pasukan ketenteraan yang jundinya terdiri dari kalangan para janda yang kemudian dikenal dengan nama pasukan Inong Balee, Bersama-sama pasukannya, wanita-wanita nusantara ini telah membangun benteng khas dinamai Benteng Inong Balee demi jihad mempertahankan tanah air dari serangan penjajah.

Ini baru keperkasaan perempuan melayu sejati.

Nak tahu lebih. tekan sini. tak pun google je sendiri. taip sahaja Keumalahayati.

Siapa kata perempuan nusantara tak hebat? kita punya contoh juga



Pasca taraweh Jamiah Yarmouk
Rabu, 8 Sept 2010
Muhsineen, Isyarah Syari' iskan


p/s:
1.Sedikit tertekan dengan berat badan yg naik. Macamana nak ber"muslimun" ni? Aiyaa.. misi menyelarikan himmah dan fizikal. Qawiyul jism..
2. semua demam nusantara skrang.. kak asma' boleh buat ujian ni.. hoho

4 Comments

Ukhwah teras kegemilangan

Kadang-kadang saat waktu berlalu pantas dan kerja bertimbunan membuatkan kita hampir lemah. Rasa mahu lari beruzlah, menghirup udara kerehatan dunia.

Mujur ada sahabat begini

Sahabat: Nti tahu apa beza nti dengan 'dia'?
Saya: Tak tahu.
Sahabat: Nti ada sahabat-sahabat di belakang nti, bersama-sama berjuang dengan nti.Sedang dia tidak.

T_T


Baiklah. Memang terharu!

Sungguh bahagia bila beramal secara jamaie dan sungguh rugi mereka yg bersendiri.
Bukankah Allah dah kata:


"Demi masa! Sesungguhnya manusia (yg seorang) itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." al-asr 103:1-3




Pusat pengkerahan tenaga,
Sabtu, 4 Sept 2010
Irbid Jordan

4 Comments

long-lived goal

"A better success is for a person who set a behavioral [process] goals rather than outcome [product] goals"


Terngiang-ngiang suara nyaring Dr. al-Omari memenuhi tempurung kepalanya. Guru kelas yang dikaguminya. Bukan kerana kepalanya yang licin, tetapi kerana amalnya pada setiap katanya. Selama-lamanya, qudwah itu memang lebih berkesan daripada suruh-suruhan.


Subjek pilihan "wellness dan physical health" memang terbaik! Paling dekat untuk beramal. Penting dan basic bagi semua individu yang berazam mahu tubuh badan yang sihat. Bagi junior JUST, dua ibu jari naik untuk subjek ini. Kamu digalakkan mencuba!


Prinsip Ikhtiari

Ilmu dipelajari untuk diamalkan. Belajarlah kamu setinggi mana, seluas mana. Tanpa amalan, ilmu kamu itu sia-sia. Maka, pilihlah subjek ikhtiari yang kamu boleh amalkan atau amalkan lah subjek ikhtiari yang kamu pilih. Prinsip mudah.. tapi penting!



*****************************

Which one of the following is an example of behavioral goals?
1.To lose 3kg in 2 weeks
2.To run 3 times a week
3.To decerase resting heart rate until 60bpm
4.To burn 25000kcal in a week

Tetingkap komputer di 10H2 itu direnung dalam. Hati kecilnya angkuh, Soalan mudah! Sekali imbas dia sudah tahu jawapannya.

Klik!

Usai menjawab dia muhasabah diri. Soalan mudah jawab bukan bererti mudah amal.

Behavioral Goal/ Process Goal adalah matlamat untuk mengubah pada gaya hidup dan fikrah individu. Matlamat untuk mengubah dalam dan luar. Fizikal, mental mahupun jiwa. Dan syarat lagi penting matlamat ini tanpa had tempoh masa tertentu. Walaupun natijah pada perubahan kelihatannya sudah terlihat, perubahan akan kekal dilaksanakan tanpa terfikir mahu diberhentikan.

Itu inti perubahan Tarbiyah kita.

Berubah ke arah kebaikan, Islah diri menjadi muslim larut 100% sifatnya. Memang satu proses yang lama. Long-lived Goal.

Sehingga ke akhir hayat kita tarbiyah dan perbaiki diri.




*************************************

Antara berikut yang manakah behahioral goal utk seorang murobbi kepada mutarobbinya:

1. Supaya mutarobbi bertudung labuh
2. Supaya mutarobbi berhenti menonton movie korea 22jam.
3. Supaya mutarobbi berazam terus memperbaiki diri dalam proses tarbiyah
4. Supaya mutarobbi membaca buku bermanfaat 5 buku sebulan.


Soalan mudah jawab bukan bererti mudah amal.


8.00pg 24 Ogos 2010
Muhsineen, Irbid
Urduniyah

2 Comments

Kesepaduan ahli

Mutarabbi:‘What should I do as I’ll be here (overseas) for only five to six years?’

Murobbi: ‘You should learn to appreciate the differences here. Difference is a gift. And then, you bring the gift back to your country’


Hakikat yang perlu kita terima ialah dunia takkan pernah sama dan seragam. Kadang-kadang salah faham perpaduan yang kita inginkan ialah yang jenisnya suatu keseragaman. Sedangkan definasi kesepaduan itu bukan keseragaman.

Oleh itu, kita perlu cuba belajar memahami mengapa orang lain fahami sebegitu. Juga, selalu bertanya pada diri ‘apa pandangan saya terhadap pandangan diri sendiri?’

Semoga dunia ini ibarat pelangi. Mari berta’aruf, sebagai sebuah permulaan indah.

[Unity in Diversity]


Diri yang ingin belajar mencintai,

11 pagi, 14 Ogos 2010

Irbid, Jordan

4 Comments

penapisan sebenar


Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengambilkira perbuatannya meninggalkan makan dan minumnya (Riwayat Bukhari)



Kita kata nak latih 'disiplin askari dan sufi',
Nah!
Allah bagi peluang baik tahun ni
'Medan amal' luas terbentang
tak perlu susah-susah cari
"Akademi Ramadhan Urduni"
Dengan Suhu mencecah 45++
Berlapar dahaga 15jam ++
Tiupan Angin oven Sona yang mendidihkan
Pergh!
Ini baru 'penapisan' sebenar
Membezakan siapa yg bersungguh dan siapa yg bermain2
Ingat senang ke nak ke Syurga?
Gulp!
Cuak walau penuh himmah
Moga pelarian sampai ke penghujungnya
Asah pedang kasi betul-betul tajam ye
Selamat beramal dan berlumba-lumba teman2.. ^___^

*kamus bahasa (kes neologism)
disiplin askari sufi= taqween a.k.a pembentukan jatidiri
medan amal=Ramadhan Kareem
himmah= semangat[rukun pemuda ke4]
pedang= Al-Quran/iman/ibadah
cuak=perasaan tak yakin diri sedikit dengan symptom tangan terketar2 dan badan berpeluh
oven sona?


Pasca-baca RS dengan ahli byte baru,
6.30pagi Muhsineen
Irbid, Jordan

2 Comments

bertemu At-Tayyar

"Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"



Terangkak-rangkak Little Caliph membaca tulisan bahasa arab khat yang dijahit di atas makam lelaki agung itu. Mujur faham. Dia senyum sahaja. Melihat kemajuan bahasa Arab si kepoci yang seorang ini dia jadi suka. Sister kena hebat Arab, baru zouk dapat tarbiyah Jordan ye tak? haha..:P


"Si Dia yang mempunyai dua sayap"

"At-Tayyar" merupakan gelaran yang diberikan kepada lelaki perkasa ini, Jaafar ibn Abi Talib. Bukan calang-calang dan bukan sebarangan. Selepas kesyahidannya, nabi telah bermimpi melihat anak lelaki Abu Talib ini bersayap di syurga. Maka panggilannya diabadikan sehingga kini. Subhanallah! Itulah dia manusia yang redha dengan tuhanNya dan tuhanNya juga redha kepadanya.

makam Jaafar Ibn Abi Talib di Mutah

Dia cukup kagum.

Bagaimana tidak kagum?

Saat pemimpin tentera pertama perang Mutah, Zaid bin Harithah rebah menyentuh bumi, panji kaum muslimin disambutnya. Dengan niat mahu menang atau syahid, beliau dengan sengaja tanpa ragu telah mencederakan kudanya sendiri agar tiada lintasan-lintasan buruk yang menjenguk ruang hatinya untuk lari dari medan perang saat itu. Bagaikan singa, dengan panji di tangan kanannya dan pedang di tangan kirinya. beliau pantas menderas ke arah musuh menjatuhkan kekufuran mereka satu-persatu.

Melihat kebuasan beliau berperang, musuh Islam lantas mengambil peluang memotong tangan kanannya. Sepantas kilat, beliau memindahkan panji kaum muslimin kepada tangan kirinya.

Musuh Islam sekali lagi memotong tangan kirinya. Dengan gagah beliau kekal memegang amanah panji itu dengan giginya sambil disokong oleh dua lengannya yang berdarah membuak. MasyaAllah!!!

Terus melangkah sehinggalah akhirnya.. badannya dipotong dua oleh musuh dari belakang dan beliau jatuh menyembah bumi. Maka tamatlah riwayat muslim hebat dengan penuh ezzahnya. Panji kaum muslimin kemudiannya disambut oleh pemimpin ketiga tentera muslim, Abdullah bin Rawahah.

***********************



Sesatnya skuad mujahidah malam itu menemukan mereka dengan makam 2 orang muslim hebat perang Mutah. Tanpa dijangka. Ini memang percaturan Allah. Allah mahu mereka ambil semangat juang dari pemuda muslim ini.

Syahid pada umurnya baru 33 tahun, beliau dikurniakan 2 sayap bagi menggantikan tangannya yang kudung. Apabila disoal di masyar kelak, dengan bangga mampu menunjukkan bukti kudung dan sudah bermati-matian berjuang mempertahankan agama Allah.

Sister F kata

"Setakat mana sahaja perjuangan kita untuk sebarkan Islam, sahabat2 nabi bermati-matian, kudung sana, tempang sini demi pertahankan akidah. Paling teruk kita pun cuma rasa penat tahap melampau. Tudung dan tempang kekal menjadi bukti sehingga dikuburkan, tapi penat tahap melampau kita tetap akan hilang selepas kita berehat. Maka, apa je yang boleh kita jadikan bukti di hadapan Allah nanti?"


yang hujung kanan tu memang spoil. kes terlebih himmah =p


p/s:
1.Dah hilang penat skuad hud-hud? panjang+lama+lambat-->tapi paling selamat. Terus thabat adik2 sayang^^,
2. Ahlan wasahlan pada ahli baru Muhsineen. Tatabahasaly, muhsineen betul2 dah jadi Muhsineen.. huhu.. moga makin kuat ye semua.. RS..RS.. haha..
3. Kata-kata nabi kat atas tu buka raheek makhtum page 541 ye adik2..


30- 31 Julai 2010
Karak-Mu'tah
Jordan Al-awallan

6 Comments

manusia siput babi



Sekitar umur dia 5 tahun dulu, dia pernah salah sangka siput babi itu haram dipegang mahupun dimakan. Sungguh kudus! Al-maklumlah fasa umur baru belajar mengenal dunia, bilangan kosa-kata yang dihafaz pun baru sekitar 1000++ sahaja. Entah kenapa binatang kecil itu diberi nama keduanya begitu, sampai sekarang dia masih tertanya-tanya.

Bila dah tahu hakikat 'kehalalan'nya, main-main petang dengan haiwan mini ini pernah masuk dalam jadual games dia. Kira masanya berjalan untuk 10cm. Perhati anatomy dan physiology makan minumnya. Cubaan menguji kepantasan reflexnya kepada stimulus. Haha. Berjiwa saintis sungguh.


Kepantasan reflex siput babi apabila dicucuk dengan lidi memang mengkagumkan, ia akan pantas meyorokkan kepala dan badannya ke dalam sarungnya dan menutupkan dirinya serapat-rapatnya biar tiada ruang kita mengintai dan mendedahkannya.





Sepantas-pantas siput sedut ni, Manusia memang lebih pantas dan pintar dalam helah melindungkan diri berbanding si siput mini ini.



Apabila diperhalusi sebenarnya jiwa manusia memang bersifat rencam dan canggih. Bukan sekadar kotak kosong yang luas atau jalan raya yang lurus. Didalam Jiwa kita terdapat berjuta-juta liku, simpang-siur mahupun lorong-lorong sempit tempat kita menyimpan perasaan-perasaan dan keinginan-keinginan.. tempat kita menyembunyikan salah-salah silap... tempat kita menyorokkan angan-angan dan tempat kita menutupkan rahsia-rahsia jahat.


Apabila manusia itu merasa seperti ada mata sedang melihat, memerhati dan mengetahui suatu rahsia yang disembunyikan dalam lorong dan liku sulit dari jiwanya, maka dia akan merasa amat cemas, pedih dan ingin segera-segera menutup keaiban perasaan rahsia hatinya itu. Lebih pantas dan lebih kemas menyorok dari perlindungan siput ke dalam cengkerangnya.


Allah pesan:

"Pada hari kamu dihadapkan kepada Allah, tiada satu pun dari rahsia kamu yang tersembunyi" Haqqah:18


Maka apakah yang dapat kita lakukan pada "hari terbuka dunia" kelak, apabila saat tubuh badan, fikiran, perasaan, niat dan hatinya semuanya terdedah bogel dari segala suatu yang dapat menabiri. Ke cengkerang mana lagi kita ingin bersembunyi?



p/s: Terbayang perasaan siput babi yang kehilangan cengkerangnya. Oh!


Irbid 10.30 malam
Jumaat,23Julai 2010

Leave a comment

touch and grow

Apa lagi yang lebih memotivasikan melainkan berjumpa dengan sister2 yang tinggi threshold rukun pemuda mereka. Memang terangkat!

Keimanan yang mendalam lahir dari kesucian hati memahami islam
Kejujuran yang telus lahir dari tazkiyah jiwa memperolehi hidayah
Semangat yang melambung lahir dari pembajaan 'ezzah dengan akidah
Amalan yang berterusan lahir dari penyusunan taqwin kudrat secara berkumpulan

Pesan sisters Malaysia,

mahu meloncat tinggi?
kena letak target awal tinggi-tinggi.
Jiwa kena besar.. impian kena jauh,

Yok! Fokus kerja KITA.
Taqwin-centric business
lahirkan seribu Khadijah, Fatimah mahupun Aisyah
kembalikan ruh jihad Asma, Rumaisa' juga Nusaybah
meng'tomyam'kan bumi anbiya
hingga mampu meresapi jauh ke gurun Sahara
mengairi pucuk muda
Biar melangit tumbesarannya.
Tiada isu tak nampak syahadahnya
kata mahu "touch and grow"?


“Hati umpama burung. Lagi tinggi ia terbang, maka ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi bila dia merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit.” Ibn al-Qayyim

4 Comments

masa itu bukan milik kita

Dari kejauhan pandangan matanya menembus tetingkap stesyen kapal terbang Queen Aliaa Amman itu.

"Selamat jalan kapal terbang! Selamat berjuang di tanah air sahabat2.." lembut Ain berbisik sayu. Turut memahami gelojak hati temannya, pandangan kasih sayang Diah jatuh meratapi wajah sedih teman disebelahnya itu sambil merenung nasib malang tidak berbau mereka berdua.

Tik.

Tanpa disangka, akhirnya titisan air mata yang ditahan menitis laju membasahi E-ticket kapal terbang di tangannya. Direnungnya satu persatu isi kertas bertulis nombor penerbangan ke Malaysia miliknya itu. Semuanya sudah tidak berguna kini. Kertas yang sepanjang hampir sebulan ditatap dari hari ke hari sambil melukis khayalan manis sudah hilang serinya saat itu.

Percaturan Allah. Tarbiyyah dari Allah.


****************************



"I'm really sorry for this incovenience. We'll provide the best room in our hotel for a day and 150USD as the pocket money for each one of you. Hope this will enlighten your day. Your next ticket will be on tommorrow at 2 a.m, miss Ain"

Ticket penerbangan baru itu bertukar tangan. Dia pasrah kini. Kapal terbang yang sepatut dinaikinya bersama teman2 seperjuangan sudah lama berlepas. Mungkin sudah jauh melayang di negara seberang. Nasib badan, nasib diri.

Mujur punya Diah di sisi. Berdua mengharungi takdir percaturan Khaliq yang tidak dijangka ini, dia jadi lebih bersyukur.

Benar kita pada apa yang diniatkan. Hasrat hatinya sebelum melangkah keluar dari rumahnya untuk kembali pulang ke tanah air selama 2 minggu hanyalah semata untuk tarbiyah diri. Memperkasa amal, menjenguk tapak medan amal dan bermuhasabah akhlak serta kekentalan muwasoffat diri.

Allah itu sentiasa benar. Maha mengetahui Maha menyusun.

Perjalanan plot siri tarbiyah hari pertamanya sudah bermula. Kalau tidak diuji bagaimana mahu terbentang sifat internal watak manusiawi itu sendiri. Kata mahu jadi mujahideen..

""Apakah kamu akan mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyatan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 9:16)"



*********************************


"Pemuda2 Kahfi.. fityah yang beriman, teguh berdiri mempertahankan haq syahadah di hadapan raja Dikyanus yang zalim lantas diperintahkan untuk ditangkap. Berbekal wahyu halus dari tuhan kaki-kaki mereka membawa mereka sampai ke gua ini" seperti biasa dengan penuh semangat Diah bercerita.

Makcik Hanna dan Pakcik Syafiq senyum mengangguk tanda faham. Pasangan doktor penuh pengalaman ini baru pulang dari umrah, singah bertransit di Jordan. Alang-alang sudah bertapak, mengapa tidak dimanfaatkan untuk melawat ke tempat2 bersejarah yang ada. Lantas 2 orang mahasiswi jordan yang tertinggal penerbangan ini diajak menunjuk jalan.

Percaturan tuhan. Siapa sangka 2 orang mahasiswi perubatan ini akhirnya akan ditemukan dengan 2 orang pengamal perubatan ini.

Hampir 7 jam bersiaran disekitar kawasan-kawasan sekitar ibu negara Amman, mereka sempat membawa pasangan ini ke tiga tempat bersejarah berdekatan. Masuk kali ini sudah 6 kali agaknya dia tiba di Gua Kahfi, mengambil kesempatan merasai struktur air Laut Mati yang lebih likat dalam musim panas dan menghirup udara segar pergunungan di Mount Nebo.

Sehari yang bahagia dan bermanfaat. Pengubat hati yang retak. Terimakasih Tuhan!



*********************************


"Kau tahu.. perkara apa paling menampar jiwa aku sepanjang peristiwa kita ini?" Ain merenung Diah sambil duduk memerhatikan manusia lalu-lalang sekitar airport malam itu. Tinggal lagi 2 jam kapal terbang mereka akan membawa mereka pulang menghirup udara perjuangan di tanah air.

"Tak tahu.. apanya?" Sempat pula temannya ni melawak saat-saat dia sedang sentimental ini.

"Masa itu bukan milik kita." Tegas Ain menuturnya

Diah mengangguk. Mengakui kenyataan sahabatnya itu.

"Kadang-kadang bila kita menjadi semakin sibuk mengejar cita-cita, kita tidak sedar kita akan menjadi lebih kedekut dengan waktu. Kedekut atau mungkin lagi tepatnya tamak! Kita tamak sehinggakan setiap saat dan setiap minit kita jadualkannya. Kita letakkan perincian bagi setiap hari kita agar objektif dan matlamat kita tercapai. Al-maklumlah 2 minggu sahaja cuti tahunannya.."

"Laa.. baguslah itu. apa masalahnya?" Diah memuntahkan kepelikannya

"Masalahnya bila kita terlupa bahawa masa itu bukan milik kita!"

Benar yang paling terbaik bagi seorang muslim itu ialah perancangan rapi dalam setiap saat jadual hidupnya, namun yang lebih penting dari itu ialah kebergantungan dan keyakinan teguh bahwasanya Allah sahaja yang mampu me'lulus'kan jadual yang telah dirancang itu.


Sungguh dia telah mengatur padat jadual dirinya sepanjang di Malaysia. Hari demi hari. Namun siapa sangka Allah mengubah dan menarik 'nikmat' sehari di Malaysianya dalam sekelip mata.

” Kamu merancang, ALLAH merancang, dan ALLAH lah sebaik-sebaik perancang”



Konklusi Diah malam itu:
"Ermmm... mungkin aku tidak sesibuk dan seperinci engkau membuatkan aku tidak berapa nak menghayati pemahaman frasa engkau ini. Tapi yang pasti aku setuju masa itu bukan milik kita. Entah apa entah yang difikirkan manusia2 pembazir masa diluar sana. Pagi bola, petang bola, malam bola..

Masa memang bukan milik kita.. tapi bukan milik bola juga!


haha. Tersenyum Ain sambil menyetujui konklusi cantik temannya itu.^^,


berpada!

p/s:
1.Summer sem yang lebih pack sudah bermula. Selamat memaksimakan waktu.
2.sentiasa check in online/confirmkan ticket sehari sebelum penerbangan.
2.MIFC best! Terimakasih atas usaha gigih senior2 yang mengharukan. Selamat berjuang di medan tanahair buat yang balik for good.



3 Comments

medan menangis

Alhamdulillah, baru tiba di rumah walau sudah hampir seminggu menjejakkan kaki ke tanah air. Fuh!

Malaysia...
medan amal...
medan menangis...
medan berpeluh...
medan berpenat...
medan bersabar...
medan berjihad...

bagaimana untuk digambarkan?
terasa diri amat-amat...
tempang, kudung, dan bisu.
aghhhh..


tinggal 7 hari lagi, tolong tembakkan doa bertubi-tubi untuk dia.


Pusat Janatenaga,
24 Jun 2010,6.30pm
muar, Johor,
Malaysia

2 Comments

Facebook ululalbab99, mengapa?

Dengan nama Allah tuhan masa peperiksaan dan masa tiada peperiksaan
Selaut salam buat 'candidate' peperiksaan paling bersedia, Muhammad bin Abdullah dan sekalian umat Islam yang dikasihi sekalian.




Baru 3 Hari yang lepas dia nekad untuk membuka account facebook. Alhamdulillah, memang tidak disangka. Setelah sekian lama asakan bertalu-talu diterima, fuh! akhirnya keputusan telah dibuat. Kini, dia telah menjadi salah satu pengguna facebook produk Israel ini. Oh! Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memujuk :P

Tipu kalau dia kata dia tidak bimbang. Doanya,Moga istikharahnya kali ini tidak silap. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara kecil, tapi bagi dia facebook isu besar. Kerana ia melibatkan penggunaan masa. Dan apakah lagi yang lebih besar nilainya kalau bukan masa yang muntij. Kepada Allah dia bertawakal.


Belum sempat panas punggung, usai peperiksaan pagi tadi. Dia buka account emailnya. Oh, ada mesej dari murobbi kesayangannya. Pantas dia baca. Satu peringatan besar atau lebih tepat amaran awal bagi dirinya. Dalam hati berkira-kira ini mesej ini ditulis kerana account facebook barunya ke? ermmm..

Pang!

Bacaan pertama sudah menyentuh.
Dia kongsikan di sini, buat peringatan kamu-kamu yang lain juga. Moga bermanfaat terutamanya buat sang muharrik.

assalamualaikum akhawati..

keif kum??
semoga berada dalam iman yang sejahtera dan sihat walafiat..

Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.
al - asr (1-3)


Allah telah berfirman dan mengetahui bahawa manusia sentiasa dalam kerugian. Tetapi, Allah memberi guideline supaya kita tak rugi.
macam mana supaya tak rugi??

1- beriman kepada Allah dan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang
2- saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran..

ana selaku orang yang tiada FB, tidak tahu keseronokan dan ke`best`an adanya Fb.. dan tidak menyalahkan sesiapa yang ada FB.. selagi benda2 yang wujud didunia ni boleh digunakan tanpa melanggar syariat Allah dan digunakan demi kepentingan Islam (DnT), semoga Allah mengira apa yang kita usahakan sebagai hasanat dan memberatkan mizan pahala kita diakhirat.. dan dan doa2 moga Allah mengizinkan kita supaya masuk ke syurgaNya..


persoalannya yang ana mahu bertanya..
-kenapa kita berFB atau berYM, berTwiitter, dan segala2nyalah perkara2 yang sedang berputar di alam maya??

adakah untuk Allah dan RasulNya??


-jika jawapan antum 'ya', iaitu untuk Allah dan RasulNya, sudahkah kita menjaga batas2 pergaulan dan adab berbicara?


-Jika jawapan antum 'ya', iaitu antum sudah menjaga batas pergaulan dan adab2 berbicara, apakah perkara yang antum bicarakan dan dengan siapa pergaulan itu diadakan?


-jika perkara yang antum bicarakan mengenai dakwah dan tarbiyah, sudah tentu kita kena tahu adab2 dan akhlak2 orang yang membawa risalah ini.


terus terangnya, ana melihat akhawat2 kita berenang2 dengan bebasnya di alam maya.
diluar atau jika secara lahiriahnya, alhamdulillah kita menjaga adab2 pergaulan dan berbicara dengan baik, namun, Allah menguji kita dengan kehadiran alam maya.. pintu batasan diantara lelaki dan perempuan telah dibuka seluasnya2 oleh orang2 kafir yang mencipta benda2 ini..


kita dah rasa biasa melihat gambar2 ajnabi yang dipaparkan, mengomen dan berbicara dengan ajnabi tanpa sebab2 yang perlu dan penting.. meng `add' ajnabi tanpa sebab yang kukuh, hanya sekadar untuk menambah friend didalam akaun atan mahu meng update apa benda yang berlaku di pihak sana.. jika betul kita buat semata2 kita tahu perkara ni boleh menambahkan iman kepada Allah, ana tidak perlu untuk menasihati antum.. tapi, jika perkara2 yang dibuat tidak menaikkan iman malah menambah dosa, tolong sangat2 supaya dijauhkan..


Yahudi laknatullah mengambil pelbagai usaha supaya pemuda dan pemudi Islam meruntuhkan iman yang ada dalam jiwa.. tak boleh usaha secara fizikal, maka dicipta usaha secara serangan pemikiran.. dicipta benda2 yang membolehkan kita bergaul bebas dialam maya.. mungkin kita rasa ringan, tapi lama2 benda ni boleh memberatkan hati kita untuk melaksana Dakwah dan tarbiyah..


seorang akhawat negara lain pernah menegur kita:
"akhawat masih ada lagi benda2 yang tidak jaga.. masih bergaul bebas dengan ajnabi dalam FB"

dalam hati ana:
'mungkin ini yang antara benda2 yang menyebabkan DnT menjadi berat untuk dipikul'

ana nak sharekan satu status YM, status ni dari akhawat Ireland
'akhawat itu tidak memandang dan tidak dipandang'
maksudnya, kita tak melihat perkara2 yang Allah haramkan (terutamanya ajnabi) dan ajnabi tidak melihat kita..


nasihat ni khasnya untuk ana, jika nampak ana ada buat salah, silalah nasihati ana, tak kiralah dia lebih tua atau lebih muda..
itulah pentingnya akhawat, dia akan tegur kita atas dasar iman dah kasih sayang..


ingat tak kisah 2 orang anak perempuan nabi syuaib??


- ur sister




Penutup: Kunci Tazkiyatun nafs
Pernah dengar tentang formula kebersihan jiwa. Ada orang kata :

Hijab fizikal itu kunci kepada hijab hati.

Dia setuju.
Moga Allah melindungi dirinya dari fitnah facebook.



Pusat pemulihan akhlak
8.30malam 6 Jun 2010
Bayt Islah, Irbid


Posted in , , | 9 Comments

Flotila, misi yang belum tamat




Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Mekah, Pihak Musyrikin Quraisy akan memastikan ianya langsung tidak sampai ke tangan kaum Muslimin. Tidak! walau sebutir! Mereka akan membeli kesemuanya. Biar tiada peluang untuk bani Hasyim dan bani Mutalib mengecap walau sedikit nikmat kenyang dunia.


Sememangnya fatrah kemuncak kesengsaraan buat muslimin, uijan getir bayaran buat syahadah kebenaran yang diucapkan.


Apa sahajalah yang tinggal buat bekalan tenaga mereka. Sehinggakan daun-daun dan tulang-belulang kering tinggal selaku santapan. Sedangkan keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak kecil yang kelaparan terlalu kerap kedengaran umpama unggas di malam hari.


Selagi ada peluang, puak kafir musyrikin akan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda. Biar si pengikut Muhammad semuanya terlopong tiada berdaya.Haha.


Selagi pemuda Muhammad itu tidak diserahkan untuk dibunuh, selagi itu penyiksaan dan kezaliman ini perlu terus-terusan tanpa diperbicarakan. Tiada sebarang komunikasi, mesyuarat, ziarah mahupun percampuran yang 'layak' mereka perolehi. Apatah lagi untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Adakah sesiapa yang berani melanggar isi-isi Piagam 'rasmi' tiada berperikemanusiaan ini?



*********************************************


"Wahai Zuhair, bagaimana kamu boleh rela hati makan dan minum dengan enaknya sedangkan bapa-bapa saudara kamu.. Ahh.. seperti kamu tahulah" akhirnya Hisyam bin Amru memuntahkan gelodak jiwa yang kerap menembak dalamannya.

Tersedak Zuhair bin Abi Umaiyah mendengar kata-kata pedas tanpa amaran dari teman baiknya itu. Dia toleh kiri dan kanan. Bimbang ada telinga lain turut mendengar.

"Hoho.. Kau katakan padaku, apa yang boleh ku lakukan. Sedangkan aku seorang sahaja. Berseorangan mencuri-curi memberi bantuan kepada kaum muslimin yang tertindas itu. Kalaulah ada orang lain bersamaku, pasti sudah lama ku terang-terangan melanggar piagam 'bodoh' itu"

Hisyam senyum kambing sambil berkata "Bagaimana kalau ku katakan akan ada orang kedua?"

"Benarkah? Siapa orangnya?" jujur dia agak terperanjat dengan berita itu

"Aku!"

"Wah... wah... Kalau begitu kita perlu orang ketiga!" Gembira jiwanya ibarat dilambung ombak tinggi mencecah langit. Memang tidak disangka. Kelihatan ada cahaya terang harapan baginya, pasti ada lagi jiwa-jiwa lain yang turut ingkar dengan pengepungan peribinatang ini.

Maka bertemulah dengan Al-Mu'tam bin 'Adi dan Abi Al-Bukhturi dan berulanglah dialog yang serupa."Aku orang yang ketiga!" "Dan aku lah orang yang keempat!" Respon positif yang membungakan hati. Dari 2 telah menjadi 4 orang. Kini misi mereka mencari yang kelima.


Dan berkejarlah Hisyam ke rumah Zama'ah bin Al-Aswad mengemukakan cadangan untuk sama-sama berjuang mempertahankan kebenaran dan menghentikan kezaliman.

Kata Zama'ah: "Ada tak orang lain yang menyetujui perkara ini? Takkan la aku seorang diri sahaja?"

"Pastilah ada" Satu persatu nama-nama temannya tadi dibilang.

"Kalau begitu biar aku jadi orang yang kelima!" tangannya dikepal teguh tanda bersemangat.

Maka telah berkumpullah hati-hati yang prihatin dan bermesyuaratlah membincangkan gerak kerja dan cara terbaik untuk mengisytiharkan kebenaran dan membuka mata seluruh kaum Quraisy yang lain untuk menghentikan kezaliman ini kepada kaum muslimin.


****************************************************


Sudah hampir sebulan kota Ghazzah ini berselimutkan kelam malam dingin yang beku. Hidup di lorong gelap gelita, Mariah sudah lali. Bekalan elektrik yang kerap on dan off sekian lama mengukuhkan dinding kesabarannya.

Sejenak dia mendongak ke langit. Dibawah kawalan parasympathetic,tanpa sedar sahaja aliran air matanya laju membasahi bumi.

"Ibu.... ku lapar" Rengekan syahdu anak kecilnya itu terus-terusan memecah keheningan malam itu. Cepat-cepat dia seka air mata berbaki , lantas memalingkan wajah senyuman. Manis ayu keibuan menatap si kecil Asma yang baru setahun.

Titik air mata keibuannya menitis lagi. Oh! anakku.. Kalaulah ada lagi baki makanan yang boleh ku berikan padamu..

Bekas tepung yang sudah kosong itu direnung sekilas. Gandum juga sudah kehabisan. Masuk hari ini sudah mencecah seminggu, bekalan gas untuk memasak habis. Kayu-kayu dan pelepah tamar kering sahajalah tinggal untuk dijadikannya modal bahan bakar. Cukup untuk sekaligus memanaskan badan.

Fatrah kesengsaraan ini benar-benar menguji keteguhan jihad dirinya. Pengepungan dan kezaliman tanpa cuti oleh Yahudi Laknatullah. Pengepungan dalam penjara terbesar dunia!


Ekor matanya dialih ke luar jendela. Merenung dinding keras setinggi 10 meter yang dibina di belakang rumahnya sejak 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba, jiwanya memberontak. tembok


Ya! tembok pemisah Israel ini lah antara punca masalah besar bagi semua orang kampungnya. Tembok yang dibina kononnya untuk mempertahankan rakyat Israel daripada keganasan pembunuh berani mati Palestin. Tetapi sebenarnya lebih menambahkan penyiksaan kepada bangsa muslim Palestin. Cis! Dasar keparat Yahudi.

Tahukah dunia tembok pemisah ini benar-benar kekejaman manusia? Tembok yang telah membahagi-bahagikan kampungnya. Tembok yang memecah-belahkan jiran tetangganya. Tembok yang banyak mencuri masa dan tenaganya. Sedangkan masa perjalanan untuk ke hospital, sekolah mahupun kedai2 yang sebelum ini hanya memakan masa setengah jam telah menjadi 4 jam.

Mariah menjerit halus dalam jiwanya.

Ya Allah! Betapa sahaja dia ingin memecahkan tembok itu.Betapa dia mengharap ada manusia yang akan menerobos tembok kematian ini. Lantas menyambung talian hayat ke kampungnya.

"Andainya aku punya kudrat.." Air matanya jatuh lagi menyimbah bumi.

Adakah sesiapa yang berani melanggar tembok 'rasmi' tiada berperikemanusiaan ini?



********************************


Tiga tahun berlalu panjang sedangkan keadaan tetap seperti itu juga.

Melihat kondisi manusia yang selayak dan selogiknya hidup berkasihan dan bantu-membantu diperlakukan dengan penuh keperi'binatang'an. Lama-kelamaan.. mata yang tertutup mula terbuka, hati yang mati mula tersedar. Terjentiknya perasaan belas kasihan di kalangan beberapa penduduk Quraisy sendiri untuk bangun dan membangkang pengepungan sonsang kepada kaum muslimin.

Bukan dari kalangan pengikut Muhammad yang ezzah dengan akidahnya. Bukan dari kalangan muslimin yang teguh keimanannya. Namun dari kalangan mereka yang masih belum memahami perjuangan risalah nabi TETAPI mereka yang punya hati dan keperi'manusia'an yang tinggi.



************************************************




Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla, Lifeline4Gaza merupakan inisiatif secara formal kali ke4 kepada penduduk Palestin yang dibantai rejim Zionis Israel. Kali ini Bantuan Mega dari jalan laut pula. Peneraju dan Pengendali utama misi ini, Insan Hak Ve Hurriyetleri (I.H.H) yang mendapat sokongan penuh kerajaan Turki bersama-sama dengan NGO-NGO dari lebih 50 buah negara saling membahu meredah lautan luas bagi membekalkan bantuan keperluan dan bahan perubatan serta persekolahan kepada tahanan penjara terbesar dunia, penduduk Gaza yang terkurung.

Berkumpul dan bersatu atas nama keperi'manusia'an.

Aktivis-aktivis dunia dari pelbagai latar agama, bangsa mahupun warna kulit sangup bermatian-matian berjihad wang, tenaga dan nyawa hanya demi menegakkan kebenaran yang pasti. Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Atas dasar kemanusiaan.

Demi menghentikan dasar kebinatangan.

Masih salahkah?

Dia pelik bagaimana masih ada yang mampu berkata sebegini.

"Itu sia-sia sahaja. Lihat... sudahlah bantuan tidak sampai ke Gaza dan dirampas Israel, pulang sehelai sepinggang tanpa sebarang natijah pun. Bukan itu tiada berstrategi namanya. Bulat-bulat menyerah diri ke kandang musuh. Bagai mengali kubur sendiri hendaknya"


Sungguh benar natijah mata manusia itu berbeza dengan neraca tuhan.

Kelihatannya seperti misi bantuan bekalan mereka kali ini gagal. Namun besar di sebaliknya, misi yang lebih utama telah berjaya dicapai.

Misi membuka mata-mata warga dunia yang lama tertidur.

Misi menjentik kuasa politik dunia yang lama menikus.

Misi membangun peranan media Islami yang lebih tulus.

Ya! inilah misi awal.. bukan terakhir! misi suci untuk menerobos tembok kematian demi menyambung talian hayat ke Gaza.

Kepada semua ummah, teruskan memperhebat doa dan peranan anda. Kerna misi ini belum selesai dan tidak akan pernah tamat. Ledakan gega yang lebih besar kita harapkan dari segenap dunia selepas ini.

Biarkan isu Palestin menjadi isu dunia... isu kemanusiaan sejagat.
Bukan isu umat islam semata.
Bukan isu akidah semata.




Rujukan Raheek Makhtum dan JundAqsa [tekan]

8 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.