masa itu bukan milik kita

Dari kejauhan pandangan matanya menembus tetingkap stesyen kapal terbang Queen Aliaa Amman itu.

"Selamat jalan kapal terbang! Selamat berjuang di tanah air sahabat2.." lembut Ain berbisik sayu. Turut memahami gelojak hati temannya, pandangan kasih sayang Diah jatuh meratapi wajah sedih teman disebelahnya itu sambil merenung nasib malang tidak berbau mereka berdua.

Tik.

Tanpa disangka, akhirnya titisan air mata yang ditahan menitis laju membasahi E-ticket kapal terbang di tangannya. Direnungnya satu persatu isi kertas bertulis nombor penerbangan ke Malaysia miliknya itu. Semuanya sudah tidak berguna kini. Kertas yang sepanjang hampir sebulan ditatap dari hari ke hari sambil melukis khayalan manis sudah hilang serinya saat itu.

Percaturan Allah. Tarbiyyah dari Allah.


****************************



"I'm really sorry for this incovenience. We'll provide the best room in our hotel for a day and 150USD as the pocket money for each one of you. Hope this will enlighten your day. Your next ticket will be on tommorrow at 2 a.m, miss Ain"

Ticket penerbangan baru itu bertukar tangan. Dia pasrah kini. Kapal terbang yang sepatut dinaikinya bersama teman2 seperjuangan sudah lama berlepas. Mungkin sudah jauh melayang di negara seberang. Nasib badan, nasib diri.

Mujur punya Diah di sisi. Berdua mengharungi takdir percaturan Khaliq yang tidak dijangka ini, dia jadi lebih bersyukur.

Benar kita pada apa yang diniatkan. Hasrat hatinya sebelum melangkah keluar dari rumahnya untuk kembali pulang ke tanah air selama 2 minggu hanyalah semata untuk tarbiyah diri. Memperkasa amal, menjenguk tapak medan amal dan bermuhasabah akhlak serta kekentalan muwasoffat diri.

Allah itu sentiasa benar. Maha mengetahui Maha menyusun.

Perjalanan plot siri tarbiyah hari pertamanya sudah bermula. Kalau tidak diuji bagaimana mahu terbentang sifat internal watak manusiawi itu sendiri. Kata mahu jadi mujahideen..

""Apakah kamu akan mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyatan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 9:16)"



*********************************


"Pemuda2 Kahfi.. fityah yang beriman, teguh berdiri mempertahankan haq syahadah di hadapan raja Dikyanus yang zalim lantas diperintahkan untuk ditangkap. Berbekal wahyu halus dari tuhan kaki-kaki mereka membawa mereka sampai ke gua ini" seperti biasa dengan penuh semangat Diah bercerita.

Makcik Hanna dan Pakcik Syafiq senyum mengangguk tanda faham. Pasangan doktor penuh pengalaman ini baru pulang dari umrah, singah bertransit di Jordan. Alang-alang sudah bertapak, mengapa tidak dimanfaatkan untuk melawat ke tempat2 bersejarah yang ada. Lantas 2 orang mahasiswi jordan yang tertinggal penerbangan ini diajak menunjuk jalan.

Percaturan tuhan. Siapa sangka 2 orang mahasiswi perubatan ini akhirnya akan ditemukan dengan 2 orang pengamal perubatan ini.

Hampir 7 jam bersiaran disekitar kawasan-kawasan sekitar ibu negara Amman, mereka sempat membawa pasangan ini ke tiga tempat bersejarah berdekatan. Masuk kali ini sudah 6 kali agaknya dia tiba di Gua Kahfi, mengambil kesempatan merasai struktur air Laut Mati yang lebih likat dalam musim panas dan menghirup udara segar pergunungan di Mount Nebo.

Sehari yang bahagia dan bermanfaat. Pengubat hati yang retak. Terimakasih Tuhan!



*********************************


"Kau tahu.. perkara apa paling menampar jiwa aku sepanjang peristiwa kita ini?" Ain merenung Diah sambil duduk memerhatikan manusia lalu-lalang sekitar airport malam itu. Tinggal lagi 2 jam kapal terbang mereka akan membawa mereka pulang menghirup udara perjuangan di tanah air.

"Tak tahu.. apanya?" Sempat pula temannya ni melawak saat-saat dia sedang sentimental ini.

"Masa itu bukan milik kita." Tegas Ain menuturnya

Diah mengangguk. Mengakui kenyataan sahabatnya itu.

"Kadang-kadang bila kita menjadi semakin sibuk mengejar cita-cita, kita tidak sedar kita akan menjadi lebih kedekut dengan waktu. Kedekut atau mungkin lagi tepatnya tamak! Kita tamak sehinggakan setiap saat dan setiap minit kita jadualkannya. Kita letakkan perincian bagi setiap hari kita agar objektif dan matlamat kita tercapai. Al-maklumlah 2 minggu sahaja cuti tahunannya.."

"Laa.. baguslah itu. apa masalahnya?" Diah memuntahkan kepelikannya

"Masalahnya bila kita terlupa bahawa masa itu bukan milik kita!"

Benar yang paling terbaik bagi seorang muslim itu ialah perancangan rapi dalam setiap saat jadual hidupnya, namun yang lebih penting dari itu ialah kebergantungan dan keyakinan teguh bahwasanya Allah sahaja yang mampu me'lulus'kan jadual yang telah dirancang itu.


Sungguh dia telah mengatur padat jadual dirinya sepanjang di Malaysia. Hari demi hari. Namun siapa sangka Allah mengubah dan menarik 'nikmat' sehari di Malaysianya dalam sekelip mata.

” Kamu merancang, ALLAH merancang, dan ALLAH lah sebaik-sebaik perancang”



Konklusi Diah malam itu:
"Ermmm... mungkin aku tidak sesibuk dan seperinci engkau membuatkan aku tidak berapa nak menghayati pemahaman frasa engkau ini. Tapi yang pasti aku setuju masa itu bukan milik kita. Entah apa entah yang difikirkan manusia2 pembazir masa diluar sana. Pagi bola, petang bola, malam bola..

Masa memang bukan milik kita.. tapi bukan milik bola juga!


haha. Tersenyum Ain sambil menyetujui konklusi cantik temannya itu.^^,


berpada!

p/s:
1.Summer sem yang lebih pack sudah bermula. Selamat memaksimakan waktu.
2.sentiasa check in online/confirmkan ticket sehari sebelum penerbangan.
2.MIFC best! Terimakasih atas usaha gigih senior2 yang mengharukan. Selamat berjuang di medan tanahair buat yang balik for good.



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to masa itu bukan milik kita

Little Caliph. said...

kak iz!
haha
nak gelak dulu..
sye ade cerita lebih menarik berkaitan ini..
kapan ya kita boleh duduk-duduk di balkoni, menghirup teh petang sambil berbicara hati ke hati?
=p

'Ezzah Al-Islam said...

to adik um,

hoho. lama tak buka sini, baru baca komen ini..

btw,hanya taip mesej masa free anda ke nombor akak comel ini, jadual akan disusun utk terbang mencari anda.. haha :p


p/s: dapat pekena syai adneen memng terangkat..

ainshams said...

salam izz,
huhu..'Ain'?? menarik la nama tu :P
kata-kata hikmah~masa itu emas..
kata-kata org eropah~time is money..
kata-kata muslim~MASA ITU PAHALA =D

http://mataamatberharga.blogspot.com/2010/07/masa-itu.html

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.