Sekitar umur dia 5 tahun dulu, dia pernah salah sangka siput babi itu haram dipegang mahupun dimakan. Sungguh kudus! Al-maklumlah fasa umur baru belajar mengenal dunia, bilangan kosa-kata yang dihafaz pun baru sekitar 1000++ sahaja. Entah kenapa binatang kecil itu diberi nama keduanya begitu, sampai sekarang dia masih tertanya-tanya.
Bila dah tahu hakikat 'kehalalan'nya, main-main petang dengan haiwan mini ini pernah masuk dalam jadual games dia. Kira masanya berjalan untuk 10cm. Perhati anatomy dan physiology makan minumnya. Cubaan menguji kepantasan reflexnya kepada stimulus. Haha. Berjiwa saintis sungguh.
Kepantasan reflex siput babi apabila dicucuk dengan lidi memang mengkagumkan, ia akan pantas meyorokkan kepala dan badannya ke dalam sarungnya dan menutupkan dirinya serapat-rapatnya biar tiada ruang kita mengintai dan mendedahkannya.
Sepantas-pantas siput sedut ni, Manusia memang lebih pantas dan pintar dalam helah melindungkan diri berbanding si siput mini ini.
Apabila diperhalusi sebenarnya jiwa manusia memang bersifat rencam dan canggih. Bukan sekadar kotak kosong yang luas atau jalan raya yang lurus. Didalam Jiwa kita terdapat berjuta-juta liku, simpang-siur mahupun lorong-lorong sempit tempat kita menyimpan perasaan-perasaan dan keinginan-keinginan.. tempat kita menyembunyikan salah-salah silap... tempat kita menyorokkan angan-angan dan tempat kita menutupkan rahsia-rahsia jahat.
Apabila manusia itu merasa seperti ada mata sedang melihat, memerhati dan mengetahui suatu rahsia yang disembunyikan dalam lorong dan liku sulit dari jiwanya, maka dia akan merasa amat cemas, pedih dan ingin segera-segera menutup keaiban perasaan rahsia hatinya itu. Lebih pantas dan lebih kemas menyorok dari perlindungan siput ke dalam cengkerangnya.
Allah pesan:
Maka apakah yang dapat kita lakukan pada "hari terbuka dunia" kelak, apabila saat tubuh badan, fikiran, perasaan, niat dan hatinya semuanya terdedah bogel dari segala suatu yang dapat menabiri. Ke cengkerang mana lagi kita ingin bersembunyi?
p/s: Terbayang perasaan siput babi yang kehilangan cengkerangnya. Oh!
Irbid 10.30 malam
Jumaat,23Julai 2010
Post a Comment