muwazanah kita

Buat 4 orang yang ditinggalkan/ terasa ditinggalkan.

Orang kata dengan jalan, tidur dan makan bersama [baca:jaulah] mampu memecahkan keketatan. Wasilah bertaaruf telus luar dan dalam antara sahabat. Siapa yang dapat sangkal? tiada yang salah. Namun kalau pandang senget sedikit, lagi tepat lagi untuk mengenal buruk baik diri sendiri lagi.

Oh! Betapa terbongkar ketidak itharan diri... betapa terdedah ketidak prihatinan diri... betapa tercungkil kejahilan dan kejahiliyiahan diri ... kepada Allah saya memohon maaf atas ketidaklengkapan diri, peribadi yang masih perlu diperbaiki. Moga kekuatan ukhwah itu pada bersama menerima dan memperbaiki diri.

Kembara tarbawi kali ini penuh ujian hati dan perasaan. Ujian ukhawah dan harga diri. Sangat-sangat menguji fiqh muwazanah dan timbangtara prioriti diri. Sangat-sangat belajar.


Prioriti kita akan menentukan bentuk keputusan kita. Prioriti yang kekal pertama tetap Tuhan yang Satu. Noktah. Namun yang selepas2 itu sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang belajar lebih penting dari Ukhwah, kadang-kadang pula boleh jadi ukhwah yang lebih utama. Ada masanya Keluarga perlu didahulukan, ada masa yang lain Kepentingan DnT perlu dikehadapankan. Maka, inilah datang yang susahnya. Membuat keputusan akhir berdasarkan prioriti masa-masa tertentu itu. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ramai orang dengan prioriti yang berbeza.

Di sini pentingnya kita saling mengetahui prioriti setiap orang yang terlibat dalam membuat keputusan. Mungkin bagi kita kepentingan masa hadapan DnT lebih utama, tetapi siapa tahu adakah sahabat seperjuangan kita punya fikrah dan rasa yang sama pada saat itu. Takut-takut kita tersilap meletak prioriti, sedangkan ukhwah yang perlu didahulukan. Kepada Allah kita memohon keampunan dalam berijtihad dan memahami.

Terasa seperti terlalu banyak orang telah dilukai. Maaf sahabat2.


Cukup setakat yang ini dahulu.



Bilik Hanin,
Bayt Muriyaat
28 Nov Ahad

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.