"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batuan-batuan itu ada yang sungai mengalir darinya, Ada pula yang terbelah lalu keluar mata air darinya.Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" Al-Baqarah 2:74
Antara padang pasir dan batuan, tradisi kuno dan lagenda al-kitabiah, tokoh moden dan sejarah, terpahatnya monumen dari alam dan manusia. Subhannallah!
Wadi rum atau lebih dikenali sebagai "the valley of the moon" punya pesona tersendiri memerangkap pengunjung dengan tona warna, bau dan rasa yang bukan biasa-biasa. Antara harta Jordan, wadi terbesar negara ini yang terletak di selatan wilayahnya kira-kira 60km ke timur dari aqabah. Kembara seharian mencari tuhan pastinya berjawab dengan hidangan panorama bukit pasir merah bersilang pasak, grafiti kuno pahatan batu, khemah badwi mahupun langit biru bersulam awan.
Bersumberkan lagenda kononnya-wirawan Lawrence of Arabia sebagai modal menarik pelancong, penduduk tempatan yang rata-rata dari kalangan badawi puak Zilabia mengunakan eco-tourism [baca: pelancongan bermodalkan alam] untuk mengisi periuk nasi mereka. Bagi yang berminat, pilihan ditawarkan untuk kembara dengan jeep 4 roda tanpa bumbung mahupun tidak, motorhike solo mahupun berdua, unta dewasa mahupun kanak-kanak sehinggakan kembara sendirian berbekalkan kudrat tulang 4 kerat. Dengan modal kewangan dan masa yang ada terserah pilihan pada yang berkehendak.
Segala puji bagi yang memberi, penghujung tahun 2010 telah diizinkan sekumpulan 14 orang pemudi pasca-imtihan melarikan diri dari kesibukan fatamorgana-dunia-hospital yang sedikit meletihkan. [bertemankan 4 orang murakib berdedikasi]. Perjalanan open-trip dengan harga jd80 bagi 6-7 orang sebuah jeep mengambil kira-kira 5jam untuk menyingahi kesemua perhentian-perhentian menarik yang ada termasuk la Lawrence Springs, Lawrence's House, Khazali Canyon, Sunset sites, Small bridge, Nabatean Temple, Sand dunes, Barragh Canyon, Um Fruth
Subhanallah! Belahan batuan granit merah coklat menyajikan panorama indah bagi mata hati yang inginkan ketenangan. Manakan tidak ianya menjadi latar tempat filem Star Wars yang kononnya di Marikh itu. Dengan kepelbagaian bentuk dan formasi batuan yang unik terubah dengan tindakbalas alam kelihatannya seolah-olah berada dalam satu alam baru.
Ibrah sejarah revolusi Arab menjadi intipati paling penting dalam meng'ruhi' keberadaan pemuda islam yang berjuang sepanjang rehlahnya ke bumi tuhan yang satu ini. Tanpa menyelami sejarah peri-[perang dunia pertama] dan tanpa mengenali siapakah Lawrence of Arabia dan tujuan perjuangannya, maka akan tersia-sialah kembara ilmunya.
Thomas Edward Lawrence atau lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia merupakan seorang pegawai tentera British berkemahiran dalam politikus ketenteraan yang menguasai 8 bahasa percakapan termasuk English, Perancis, Jerman, Arab, Turki, Syriac, Latin dan juga Greek. Mendapat pendidikan awal dari Oxford dengan kecenderungan minat terhadap sejarah dan ketenteraan. Watak utama yang dihantar untuk menyediakan jalan bagi tentera British untuk terlibat lebih dekat dalam revolusi Arab pada 1915
Sekitar Ogos 1914, Perang Dunia Pertama meletus melibatkan kuasa paksi [Russia, perancis dan British] ditentang kuasa tentera bersekutu [German, Jepun dan Itali] didasari nasionalisme merebut tanah jajahan dan kekayaan. Tanpa asas jitu, kerajaan Turki Uthamaniah turut serta selaku sekutu German dibawah pengaruh hasutan Donmeh Jews yang bercita-cita menjatuhkan khilafah Islam yang semakin sakit ini. Tindakan memperjudikan tanah Islam ini lebih menyemarakkan semangat pemberontakan muslim Arab terhadap khilafah Turki yang sedia ada.
Tidak bersetuju dengan tindakan ini, di bawah panji Syarif Hussein yang berketurunan nabi, pemimpin Mekah dan Madina saat itu mengambil inisiatif menghantar anaknya Syarif Faisal ke Damascus[baca: syria] bagi mencetuskan satu gerakan pemuda menjatuhkan kerajaan Turki dan mengembalikan khilafah ke tangan Arab. Tindakan pemimpin Syria saat itu yang meyokong dan memberi perlindungan kepada gerakan Hussein ini, lantas diketahui oleh Jamal Pasha selaku wakil menteri kerajaan Turki disana lalu di ISA dan digantungnya semua pemimpin2 Syria yang terlibat dengan konflik ini. Lebih menambahkan kebencian dan semangat jihad dalam majoriti warga Arab yang saat itu belum mengetahui dengan jelas tentang kewujudan gerakan Hussien. Maka tercetuslah Revolusi Arab yang turut disertai oleh kebanyakan celebriti muslim dan majoriti Arab yang lain.
Antara tokoh islam yang terlibat.
1.Muhamad Rashid Redha [Lubnan]
2.Muhammad 'Abduh [Egypt]
3Jamal Ad-din Al-Afghani
4.Sai'd ad-din al-Khatib
5.Amin Al-Husayni
Seperti kebiasaannya, British telah menghantar wakilnya dari kalangan manusia sains sosial untuk mengapi2kan revolusi Arab menentang Turki sambil menyelitkan kemaslahatan mereka. Di sinilah munculnya watak Lawrence yang dimindsetkan untuk membuka jalan bagi British secara langsung terlibat dalam perjuangan menjatuhkan khilafah Turki, dan kemudiannya mempunyai hak ke atas hasil kemenangan itu.
Hidup berenang bersama-sama masyarakat badawi di tapak Wadi Ram memberi kekuatan dan kethiqahan masyarakat Arab berjuang bersama Lawrence. Tanggal 1916, akhirnya dari kepanasan gurun, Lawrence dan tentera Hussien dengan bantuan Arab badawi berjaya menjatuhkan pusat terkuat kerajaan Turki di Aqabah melalui jalan darat dan gurun. Satu tindakan yang amat tidak disangka oleh kerajaan Turki yang tidak bersedia.
Wadi Ram benar-benar mempunyai makna besar kepada kita muslim tanpa khilfah kini. Ianya meninggalkan satu parutan besar sebagai salah satu plot penting dalam proses kejatuhan khilafah islam yang terakhir.
Namun, Adakah kita muslim benar2 sensatif dengan sejarah ini?
Bacaan lanjut di google atau lebih menarik Palestine, Yesterday,today and tomorrow. [Dr Tareq Suwaidan]
Perbualan dari ukhti L, "Bergerak dan berjalanlah dengan iman.
Tanpa bekal iman, kita akan mudah penat dan putus asa."
Tanpa bekal iman, kita akan mudah penat dan putus asa."
Maka wahai muslim, kerana syahadahmu, maka berakhlaklah.
p/s:
1.Tamat rotation paediatric bihamdillah. Ahlan wasahlan ya Batoni..
2. Salji lebat yang dicari tinggal sekadar mimpi di malam hari. Teruskanlah bermimpi wahai cik athirah.. :P
3. Kenangan akhir tahun bersama yang terlalu indah. Terimakasih sahabat2 membirukan hariku^__^
Sabtu, 1 Januari 2011
Bayt Muriyaat
3 Responses to wadi rum: transkripsi alam
assalamualaikum wbt izz..
erm, tak silap ana, US sokong kuasa paksi time world war 1.. kuasa bersekutu plak jerman, itali, jepun dibantu ottoman turks..
tp keterlibatan ottoman turks dlm world war 1 adalah disebabkan paksaan dr golongan muda yg sekular dalam kabinet turki uthmaniyah.. plus hidden-hand [yahudi dan british] yg turut menjd batu api disebalik sume masalah yg timbul pd waktu itu..
btw, semoga Allah merahmati sume usaha membangkitkan Islam atas mukabumi ini.. (^__^)
teringin nk pegi wadi rum, ble la agaknye -.-
Salam aisyahrkh7,
lama nti tak jenguk ana ye.. ahlan wasahlan.. huhu..
tq atas pembetulan. Betul la tu, Amerika syarikat bersama kuasa paksi. Ana silap baca. Cett..
Jepun ana tak masukkan sebb dia join perang dunia pertama tu lambat.. plot kisah ana ni masa start revolusi arab..
btw, naseb bek ada sahabat seminat boleh tegur ana.
HAZA fadli min rabbi. :P
To eida..
huhu.. ahlan wasahlan dik.. insyaAllah sampaien.. jom g sama.. ajak kak syuk skali.. hihi
Post a Comment