::jumaat kita::

Dengan nama Allah yang memberi nikmat makan, minum dan sistem penghadaman yg sempurna...
Selaut telus kasih buat pemidato terkemuka, 'Muhammad bin Abdullah' yg sentiasa dalam ingatan serta seluruh muslimin,muslimat yang sedang menyambut Eid mubarak dimana jua berada...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari yang sangat istimewa. Hari mulia, barakah dan pastinya hari kegemaran saya. Sedikit tazkirah ringkas dr saya utk hari ini.
Kita tau dan kita ingat bahawa nabi Muhammad itu, penghulu segala nabi. Kita juga tau dan kita ingat bahawa Jibril a.s itu penghulu segala malaikat. Kita mungkin sudah tau tapi kita selalu tak ingat bahawa hari Jumaat itu penghulu segala hari. Kalau tau dan ingat pun, berbeza atau tidak pandangan dan penghormatan kita pada hari ini berbanding hari2 yang lain? persoalan utk direnungkan...



Makna hari Jumaat bagi kita?
Jumaat bagi kita mungkin sekadar hari cuti mingguan, masa utk berehat dan buang masa sementara ada masa utk dibuang. mungkin juga Jumaat hanyalah sekadar hari utk menguruskan rumah tangga, mempersiapkan segala bekalan2 rumah selama seminggu. mungkin juga Jumaat hanyalah sekadar hari me'revise' segala lecture2 sepnjang minggu yang sudah bertimbun2. Sekiranya hanya inilah perspektif dan paradigma kita terhadap hari ini, maka, tergolonglah kita di dalam puak2 mereka yang rugi... sedih2...sbbnya ada makna yang lebih luas lagi utk hari jumaat ini. Sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa ni...


Specialnya hari jumaat
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud :

“Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” ( Hadis riwayat Muslim )

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat sesuatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” ( Hadis riwayat Tirmidzi)




Amalan2 hari jumaat
Utk kaum Adam, pastinya hari jumaat sedikit sebanyak berbeza dengan hari2 yang lain kerana diwajibkan atas mereka utk menghadiri bukan sekadar fizikal tetapi mental juga pastinya ke perhimpunan mingguan masyarakat2 muslim... recharge iman utk pemuda2 berjihad utk seminggu yang mendatang disamping wadah membina jambatan2 hati dgn individu2 muslim di sekeliling. Insyaallah dengan ke masjid, tak terkira pahala2 yang dapat mereka kutip ditambah dengan amalan2 sunat yang bermacam2 telah disarankan oleh nabi. Kalau dilaksanakan dengan sempurna, insyaallah dapat topup iman dgn bonus pahala yang berganda2. Yang kita ni kaum Hawa? kalau di malaysia dulu sedih juga, kerana bukan budaya kaum Hawa utk ke masjid solat jumaat. macam2 fitnah boleh timbul. Tapi alhamdulillah di Jordan ini, satu kelebihan yang kadang2 kita terlupa nk merebutnya. Solat jumaat utk kaum hawa adalah normal dan sangat manis perasaannya diseri dengan khutbah dalam bahasa arab.. mahal ni!



Kahfi semasa operate
Selain itu, Surah al-kahfi merupakan surah yang digalakkan utk kita sama2 bukan sekadar membaca tetapi juga mentadabbur dan mengambil semangat darinya pada setiap hari Jumaat. Amalan ini kurang dipraktiskan oleh umat islam di Malaysia, berbeza dengan disini. Pernah sekali saya menaiki teksi kuning pulang ke rumah bersama rakan2, alangkah kagumnya mendengar bacaan surah kahfi pak cik pemandu teksi ini, secara hafalan dan bukannya memasang bacaan Syeikh2 di radio semata... wua!!! mantapnya pemandu2 teksi Arab ni... susah nak cari dimana2 bahagian dunia yang lain(-->ye ke?) ...amat memotivasikan saya! jom kita sama2 berusaha kasi 'masyi' surah al-kahfi, kasi cair memair...kalau dulu boleh masyi surah yaasin sbb baca tiap2 malam jumaat, jom kita perbetulkan salah faham amalan surah yaasin ini dengan revert blik to surah kahfi... Nanti bolehlah ia'dah/murajaah je 11 suku muka tuk surah kahfi ni time tgh sibuk beraksi dalm teater operation... sejuk hati serta semua cell2 pesakit nak kena operate tu...cam best kan?


P/S: mengapalah antara banyak2 surah dalam al-Quran, surah kahfi juga yang digalakkan dibaca pada setiap hari jumaat? fikir2 dan renung2kan...




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to ::jumaat kita::

Eric. said...

salam.

nusaybah salu ke gi semayang jumaat kat sini.. ? ngeh3.. eric tak pernah gi pun *malu2 kelawar* :D

'Ezzah Al-Islam said...

slamat ari raya eric! hihihihi...

nusaybah tak la selalu sgt... kadang2 bila tak de kerja nak buat... rajen2kan diri ke masjid jameah... kdg2 terus je tunggu kat masjid taal lpas tafaquh... jomlah, eric... bleh blaja bahasa arab..amek pengalaman... blik malaysia nnti dah susah...

p/s: macamana kelawar malu eh tak dapat bayang...hihihi :p

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.