Junior dah berbeza, Senior sama sahaja ke?

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia yang berbeza2 umur...
Selaut cinta buat contoh sahabat paling sejati 'Muhammad Bin Abdullah' serta semua insan2 yang sedang membaca...

Assalamualaikum wbt...

Seusai me'review' kembali lecture2 hari ini di maktabah, pantas saya gerakkan kaki ini melangkah ke shuun talabah a.k.a bahagian hal ehwal pelajar,sedikit urusan perlu diselesaikan. Berjalan seorang diri, tanpa teman.


Dalam saya sedang bergerak ke pejabat, tiba2 saya ditegur oleh 2 orang pelajar Malaysia. Wajah yang agak asing.Confirm Junior 1st year ni! Alamak, masalah2.. sebab diorang ni junior syabab.Kelam kabut saya jadinya. Haiishh, perkara yang paling cuba dielakkan, ditegur oleh mana2 syabab di tengah jalan especially ketika berseorangan. (-->ntahpapeje)

"Akak,tumpang tanya boleh?" tanya junior tersebut. Nampaknya dia pun teragak2 nak bertanya. Mungkin dia memang pemalu, ataupun dia malu bila tgok saya macam malu.

"Boleh2... ada apa yek?" profesional sahaja saya menjawab. Walaupun sebenarnya malu, muamalat kena stabil. Takkan nak malu2 tak bertempat. Beza khojal dan haya' kena jelas.

"Kat mana yek tempat nak buat P.O.Box?"


Gulp! Ooopss.. hampir luruh gigi2 saya mendengar soalannya. terkedu sebentar.

Inilah akibat menumpang di P.O.Box sahabat selama ini, langsung tiada secebis pengalaman mahupun pengetahuan tentang asal-usul P.O.Box di universiti ini. Pengajaran utk saya. Sila buat P.O.Box sendiri esok!!!

"Maaf, tak tahulah!" Terpampang wajah kehampaan. Sedihnya...

"OKlah kak, tak apa. terima kasih yek!"


Selepas beberapa langkah meninggalkan mereka, berhenti sebentar dan berpatah balik. Amatlah tidak sampai hati ini, kembali mendapatkan mereka dan meminta mereka tunggu sebentar sementara saya cuba menghubungi sahabat2 yang confirm ada P.O.Box ni...

Kejam pula sekiranya meninggalkan mereka terkontang kanting mencari tempat tersebut di JUST yang amatlah besar ni. Belum sampai 2 bulan lagi disini, selok-belok universiti pun masih samar2 lagi. Kemungkinan sahaja pusing2,sesat tempat yang sama.

Tambahan pula, apabila mendengarkan kata nama "akak" yang digunakan, alahai tersentuh sungguh hati kecil ini. Betapa adik2 junior ini menghormati dan memandang tinggi senior2 mereka.. menganggap senior2 dengan pengetahuan yang mantap, penguasaan bahasa arab yang baik, pengalaman yang banyak. Fuh! tinggi sungguh expectation mereka.

Adakah saya sudah bersedia?


Lantas saya tersedar, saya sudah menjadi senior sekarang!!! OoO.. I really should act like a muslim senior...hoho~


Pulang sahaja dari Malaysia, sibuk sahabat bertanya "Junior2 panggil apa? Akak ke nama je?" Baiklah saya mengaku,walaupun secara rasminya, saya bukanlah kakak mereka kerana tiada perbezaan umur antara saya dan 1st Year tahun ini. Tapi saya senang membahasakan diri saya sebagai kakak kerana rasa kasih ke'kakak'an yang melimpah, semangat benar nak dapat adik2.


Adik2 untuk diberi kasih sayang dan perhatian kakak2. Adik2 untuk diberi bantuan dan panduan hidup di Jordan ini. Adik2 utk ditarik bersama merasa hidup dalam tarbiyah islam. Adik2 sebagai penyambung rantai2 dakwah, sama2 berganding bahu meneruskan perjalanan di atas jalan ini dan pastinya adik2 utk diberikan nota2, buku2 1st year
...hehehe

sayang adek!

Melalui pemerhatian, macam2 reaksi sahabat2 yang baru jadi senior ni (-->kita2 yang baru 2nd year la ni).

1)Ada yang takut dan cuba larikan diri dari jumpa adik2...atau
2)Ada gak yang biasa2 dan tiada sebarang perasaan langsung pada adik2...dan
3)Ada jugak yang bersemangat nak kenal dan bertaaruf dengan adik2...


Entry kali ini utk kita semua my dear friends, kenapa kita perlu tergolong dalam manusia2 bernombor 1 dan 2? Ada yang berkata adik2 ni nampak lebih hebat/thiqah/mantap dll, rasa rendah diri la pulak. Tak dinafikan, tetapi kita tetap punya sesuatu atau banyak suatu yang lebih dari mereka. Erti hidup pada memberi kan? Hah, sekarang baru nak menyesal kerana tak menyiapkan diri utk menerima adik2 baru. Sampai bila kita hendak jadi junior sahaja, sampai bila kita asyik hidup dengan menerima sahaja... oo.. senior2 ku sekalian~


Pertambahan umur perlulah berkadar langsung dengan pertambahan peranan dan tanggungjawab.


Apabila adik2 yang merupakan pemuda2 masih berjiwa hebat dan berpotensi besar ini tidak diberi perhatian, macam2 masalah mungkin timbul. Apabila junior akhwat tak merasakan kasih sayang dan bantuan daripada senior2 akhawat, mungkin mereka akan mencarinya dari senior2 syabab. begitu juga sebaliknya. Dan pastinya ini bukan yang terbaik. masing2 main peranan masing2. Jom, kita sama2 berusaha menjadi senior2 muslim, bukan setakat doktor muslim mahupun sekadar pelajar muslim. Sekadar perkongsian...doakan saya menjadi kakak dan adik yang terbaik. InsyaAllah saya sedang berusaha ^_^


Siapakah abang terbaik didunia?

Ok. Jawapannya dalam al-Quran surah taha 20:29-35

"..dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun, saudaraku. teguhkanlah kekuatan ku dengan adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadamu, dan banyak mengingatMu. Sesungguhnya Engkau maha melihat Kami"

Kisah Musa yg berdoa kepada tuhannya agar mengurniakan nikmat kenabian kepada adiknya Harun~

Mengapa saya katakan baginda merupakan abang terbaik didunia. Kerana baginda telah memberikan nabi Harun, adiknya nikmat paling best, yang tiada siapa mampu untuk memberi nikmat yang sama.

Inilah Nikmat terbesar.
Nikmat terhebat... iaitu

Nikmat Kenabian.
Nikmat Islam.
Nikmat Dakwah.


Mampukah kita menjadi abang/kakak/senior seperti nabi Musa?

Bukan setakat Senior yang membawa adik2nya ke jalan Allah malah menjadikan adik2 ini penyambung kerja2 nabi utk menyampaikan islam ke seluruh alam. Nikmat kenabian yang bukan kenabian. Apakah nikmat yang lebih besar dari ini?

Ya Allah, Semoga Allah membantu kita semua dan mengikat hati2 kita dalam akidahnya~


p/s: entry ini bukanlah utk adik2 1st year,tapi anda semua digalakkan utk baca blik tahun depan k... dan utk kakak2 seniorku yang amat disayangi, andalah the best! jgn lupakan adik2 yang dah besar sedikit ni walaupun dah dapat adik2 baru yek.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

11 Responses to Junior dah berbeza, Senior sama sahaja ke?

nima said...

Salam..
kak izz..
hurm..
x leyh ilang kot kak kat dpan tu..
bile skali dah gne mmg susah nak buang..
huhu..
first time bg comment nih..
nak ckp ape ek??
ermmmm...














THANX 4 everything!!
n Ramadhan kareem!!
n Selamat ari raya eidul fitri..!!

Wsalam..

'Ezzah Al-Islam said...

waalaikumsalam wbt... hehehe... welcome my dear izzah.. no prob dear... kak iz suka je...

dulukan pernah gaduh ngan adek sendiri sebb diorg tak panggil kak iz akak... apalah ek? merepek je...

sgt rindu kepada adik2 kat umah...

izzah,raya nnti datang la rumah... slamat 10 malam terakhir!

Anonymous said...

Kak Iz!
haha.

p.o box ..
prnh buat, tp xigt dh la ktne.
adeh.
dh setahun.
haha.
ayat biase.
:p

hrp2 dpt jd akk senior yg baik.
ecehwah!

Eric. said...

haha. p.o.box.. hehe..

teringat semasa mengambil kunci dari pakcik arab tu.. hihi..




p/s: hu hu.. nusaybah tak ingat kat eric ke? tak de pun link eric kat sidebar blog nih... hu hu.. *merajuk* :P

'Ezzah Al-Islam said...

alamak... mana bleh tak ingat kat eric... orang first2 gak bg comment kat nusaybah ni... penting ni penting!!!

ampun maaf bu...

semalam g cari eric kat link2 bdk2 len.. ramai yang letak link eric lama ... penat cari.. bila dah jumpa, terlupa pulak...
*ala busuk2*- gaya memujuk...hehehe

'Ezzah Al-Islam said...

hehehe... arina jeles yek...arina nak akak gak ka? hehehe..

c's said...

huhhu.. ala.. xyh ler.. consider je 89.. dh lma sgt idup dgn ktrg sume.. since drjah 3 kn? ha.. dh separuh hayat dh..

hihi.. =P

Eric. said...

hihi..

*mata bersinar2* yea!

*peluk nusaybah*

:D

Eric. said...

thanks.. sangat2 menghargainya.. hehe :D

'Ezzah Al-Islam said...

*nusaybah senyum suka sgt*

*nusaybah peluk eric balik*

selamat bersahur yek!

Anonymous said...

salam.
aiseyh. lahh...
inikah nusaybah itu....
sgguh malu rsnye.
sggup anda menjengukkn diri ke lmn awakening yg mrapu2 byk tu...
sgguh mncerminkn ke'adik'kn diri ini....

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.