Dengan nama Allah yang menurunkan hujan dan menghidupkan tanam2an...
Selaut kasih kepada si pengembala Terhebat,'Muhammad bin Abdullah' serta semua peladang2 agama sekalian...
Assalamualaikum wbt...
Masih bergema lantunan suara Syakh Ma'mun memperdengarkan ayat2 suci Al-quran di telinga ini. Unik! Saya suka cara bacaan beliau,senang menyentuh hati. Nada, naik turun yang digunakan + tempo serta tempat berhenti dan sambung beliau seolah2 sedang bercerita, memudahkan kita untuk lebih faham dan zouq dengan setiap pesanan dari Allah, Rabbi wa Rabbukum. Lebih2 lagi dalam solat tarawikh, ketika kita sedang ber'dating' dengan si Dia. Semoga Allah menerima segala amalan kita.
Malam semalam habis sudah satu surah Yusuf, masuk sedikit surah ar-Ra'd. Ya Allah, betapa sukanya hati ini dengan surah yang satu ini. Satu2 nya surah yang hanya mempunyai ayat2 kisah sahaja. Tiada ayat hukum. Namun iktibar dan pengajaran yang boleh dipungut bukan sekerat dua, tetapi bagaikan rintik2 hujan yang turun di Malaysia semasa musim hujan...hehehe...especially kat bahagian2 timur sana... (-->boleh terima ke perumpamaan ni?)
Dengan 111 ayat, tidak cukup 1 ayat=1 pengajaran. Boleh digandakan dua, malah lebih lagi. Bergantung kepada si Pentadabburnya...
Sekadar perkongsian tentang ayat2 ini.
Mimpi Si Raja.
"Yusuf,wahai orang yang sangat dipercaya! Terangkan lah kepada kami (takwil mimpi) tentang 7 ekor sapi betina yang gemuk yang dimakan oleh 7 ekor sapi betina yang kurus, 7 tangkai(gandum) yang hijau dan 7 tangkai yang lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang2 itu, agar mereka mengetahui" 12:46
Takwil Si Yusuf
"Dia berkata(Yusuf), "Agar kamu bercucuk tanam 7 tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan" 12:47
dan seterus2nya... amat2 dipohon utk membuka tafsir sendiri utk pemahaman yang lebih mantap!
Sedikit pencerahan kepada ayat kedua ni, ia3ni berkenaan tangkai ataupun dalam bahasa arabnya "sunbulat".Mengikut tafsir, tangkai yang dimaksudkan dari kisah ini adalah tangkai gandum.
Tanaman Jordan
Tanaman gandum tergolong dalam famili rumput dan merupakan tanaman bijian yang kedua terbesar selepas jagung dan diikuti oleh padi.Bukti cari gali tertua bagi penanaman gandum datangnya dari Syria, Jordan, Turki, Armenia, dan Iraq, negara2 Asia Barat. Dulu di Malaysia saya tidak berapa kenal tanaman ini, kini di sini saya berpeluang utk mengenalinya. Bukan di musim panas ini yang pastinya. Tiada gandum di musim panas, apatah lagi tanaman padi. Pastinya tiada langsung di Jordan ini.
Keistimewaan gandum
Daripada takwil mimpi Si Yusuf, Yusuf telah mengarahkan penduduk Mesir utk menuai hasil tanaman dan meninggalkan sedikit pada tangkainya utk disimpan. Inilah keistimewaannya! Tahukah anda pada tangkai gandum ni banyak biji2 gandum ia3ni "qummah". Sekiranya kita keluarkannya daripada tangkai2, ia akan hanya boleh bertahan selama jangka masa yang pendek. Mungkin sebulan dua sahaja(-->bukan tangkai yang hijau dan belum masak yek) dan selepas itu akan rosak. Tetapi sekiranya kita biarkan biji2 gandum ini kekal didlam tangkainya, ia mampu utk menjadi ranum dan bertahan selama berpuluh2 tahun tanpa rosak. Inilah dia bekalan kepada penduduk2 Mesir utk 7 tahun yang amat sulit selepas itu.
Teringat pada ayat 261 surah al-baqarah
"Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendaki, dan Allah maha luas maha Mengetahui"
Ayat yang sangat cantik dengan perumpamaan yang sangat indah sekiranya kita mampu membayangkannya. Sebelum ini saya membayangkan biji2 buah2an dengan pokok2 berkayu yang besar. Amat tidak padan! Mungkin akibat persekitaran di Malaysia ditambah2 dengan terjemahan bahasa Melayu yang tidak berapa nak sesuai. Allah menggunakan perkataan " sunbulat" ia3ni tangkai seperti ayat dari surah Yusuf td menunjukkan persamaan jenis tanaman antara kedua ayat ni. Mengantikan biji2 buah2an dengan biji2 gandum, baru dapat mengambarkan perumpamaan ini dengan lebih jelas. Subhannallah... we really need Arab to understand the Qoran... Sekadar sedikit perkongsian, Selamat me'Ramadhan' kan diri!
p/s: Untuk bayangan dan gambaran yang lebih jelas, sila cari mana2 tangkai gandum berdekatan anda. Sekian!
*tambahan*- sebagai alternatif, sesiapa yang belum menonton movie tentang nabi yusuf ni, bolehlah carii kat youtube yek... title- joseph'king of dream'-oleh dreamworks atau tentang nabi musa.. title- prince of egypt-oleh dreamworks jugak... selamat menonton!
"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"
Post a Comment