Dengan nama Allah yang maha Melihat lagi Maha Mengetahui...
Seluhur kasih buat insan yang punya syafaat di hari nanti 'Muhammad bin Abdullah' dan semua yang mendambakan syafaatnya di hari akhirat nanti...
Assalamualaikum wbt... semua pembaca dimana jua anda berada...
Semalaman saya ber'Ramadhan' di rumah Arab,pulang sudah. Nampaknya, cuti kali ini penuh dgn jemputan2 sahabat Arab ke rumah mereka sahajalah... Hasrat hati ingin sahaja pergi berjalan jauh atas muka bumi ini setidak2nya ke Syria ... melihat dan memerhatikan ciptaan Allah serta kesan2 sejarah orang terdahulu. Nak jadikan tenaga berkurang lantaran berpuasa sebagai alasan, pastinya amat memalukan dan menjatuhkan nama baik ibadah 'puasa' itu sendiri. Mungkin masa yang amat padat ditambah dengan misi penjimatan wang utk masa2 hadapan merupakan faktor utama tidak keluarnya saya dari kepompong jordan ini sepanjang cuti kali ini.(-->physically only yek). Benarlah nikmat masa lapang dan sihat ini merupakan nikmat yang paling sering dilupai oleh insan2 seperti kita ini. Semoga Allah mengurniakan masa yang barakah kepada kita... masa sedikit yang berkualiti jauh lebih baik dariapada masa banyak yang tidak berkualiti...
Tersenyum saya mendengar cerminan hatinya. Dia pelik, saya pun pelik. Pelik dia kerana saya selalu ada kerja, pelik lagi saya kerana kepelikannya. Bukankah dengan taklifan2 yang kita ada sekarang sudah cukup utk membuatkan kita sentiasa ada kerja? Bukan sekali ini dia mengajak saya kerumahnya, malah berkali2, cuma masa benar2 tidak mengizinkan saya. Sentiasa sibuk dan ada urusan yang memerlukan perhatian. Bukan hati tidak sudi, tapi kerja banyak menanti. Syukurlah ada juga ruang utk saya singgah bermalam di rumahnya kali ini. Sebelum pulang, dia menawarkan saya utk bermalam sehari lagi. Alamak!!! Teringat list-to-do yang masih tidak selesai2 sedangkan masa cuti sudah hampir tiba ke penghujung. Betullah kata orang, masa cuti la sebenarnya tak bercuti. Benarlah...
negara puasa VS negara tak puasa
Bagi kita yang tinggal di negara Islam ini, suasana pada bulan ini amat berbeza dari bulan2 yang lain. Semuanya bakal diubah. Lebih2 lagi dari segi masa bekerja/belajar. Al-maklumlah, boleh dikatakan 90% ia3ni majoriti daripada rakyat Jordan ini beragama Islam. Kanan, kiri semua pun berpuasa. Kelas pengajian saya sebagai second year medical student akan bermula ahad ini. Maknanya Kelas akan bermula dalam bulan Ramadhan, pastinya jarum2 jam bakal di'laju'kan. Masa akan menjadi lebih singkat daripada yang selalunya yang sememangnya telah pun singkat. Berbeza sungguh bagi yang tinggal di negara bukan Islam, mereka perlu mujahadah untuk menghidupkan Ramadhan di tengah-tengah lautan manusia yang langsung tidak puasa, bahkan tidak percayakan Allah pun. Hidup manusia2 ini tidak berbeza walau sekelumit pun pada bulan ini. Masa bekerja yang sememangnya panjang akan kekal panjang.
Alahai umat islamku, apalah agaknya yang bakal difikir oleh pelancong2 dari negara2 membangun yang bukan Islam ini sekiranya mereka datang ke sini pada bulan ramadhan...
Cerita baru
Satu perkara lama bagi orang lain mungkin, tetapi baru bagi saya. Setelah setahun di Jordan, akhirnya baru saya tau cara makan 'Qatayf' bersama 'Qisytah' yang sebenar semalam...hehehe... Makluman awal, 'Qatayf' a.k.a lempeng kecil adalah makanan khas orang2 Arab sempena Ramadhan. 'Qisytah' a.k.a cream (lebih kurang la) adalah jem yang selalu disertakan bersama yang terdapat bermacam2 jenis perisa seperti madu, strawberi dll. Jujurnya, Qatayf dan Qisytah adalah pasangan yang amat tidak sepadan bagi saya kerana kedua2nya tawar. Agak tidak berperasaan dan tidak bermakna utk reseptor2 di lidah. Maka,seringkali saya mengantikan 'Qisytah' dengan jem 'Coklat' yang lazat berkrim.
Bertandang ke rumah Arab dan serba sedikit membantunya memasak akhirnya menyedarkan mata dan mulut saya yang selama ini tersilap, rupa2nya 'Qatayf' yang telah disalut dengan 'Qisytah' pada awalnya perlulah kemudiannya dilipat seperti ala2 karipap dan kemudiannya digoreng didalam minyak panas... hehehe... selepas siap ditos habis2an 'Qatayf' yang sudah menjadi adik-beradik karipap perlulah dicelup didalam air gula Arabi. ( --> 1 cawan gula+ 3/4 cawan air+ titisan2 limau) menjadikannya manis dan sedap dimakan. Malah, kelapa ataupun kacang2an boleh mengantikan tempat 'Qisytah' mengikut selera masing2. selamat mencuba semua!!!
selamat berbuka puasa semua!!! Ramadhan Kareem...
"Sempena Ihya' Ramadan 1429H"
"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"
Post a Comment