Dengan nama Allah, tuhan alam nyata mahupun alam blog ku..
Selaut rindu buat 'Muhammad Abdullah', kekasih alam nyata mahupun blog ku jua.
"Bengkel penulisan cerpen islamik dan pengurusan blog".
Alhamdulillah, di saat nota bertimbun menjerit meminta perhatian, sempat jua saya mencuri masa berlari menuju pintu penulisan yang terbuka. Syukur manusia itu kembali kepada apa yang diniatkan.
Menjadi Penulis?
Bukan bakat saya. Namun gembira masih punya minat, skurang-kurangnya masih mampu melangkah dalam blog ini. Impian masa kecil saya nak menjadi penulis buku terkenal. Besar angan2. Belum dikuburkan lagi, namun bukan cita2 utama buat masa ini, Buat masa ini, misi lain menanti. Mungkin suatu hari, saya tidak pasti. Moga Allah bukakan hati.
Pengisian bengkel amat menarik, ura-ura bengkel bakal diadakan di mantiqah lain pula selepas ini. [Saya tolong promosi] kepada mana-mana penulis mahupun bloggers Jordanian, jangan lepaskan peluang, mungkin anda bakal dapat menjumpai sesuatu yang mampu mengubah kacamata anda terhadap bidang penulisan. Still, terpulang pada niat anda~
Resipi dari bengkel
Pengendali bengkel banyak mengisahkan cara dan prinsip beliau dalam melakar nama dalam bidang penulisan. Bagus dan tahniah! Memang ummah memerlukan pemuda2 gigih dan fokus kepada matlamat dengan gerak kerja tersusun secara kolektif. Didoakan terus thabat.
Cita2 mengislah masyarakat melalui bidang penulisan. impian yang cantik.
Sememangnya cita-cita kita menentukan gerak kerja kita.
Kalau benar hendak mengislah masyarakat melalui penulisan, gerak kerja anda perlu serius, Niat kena tetap, ghayah kena jelas, berdisiplin dalam menulis, promosi habis-habisan. Baru nampak anda serius dalam 'ibadah' menulis.
Muslim itu bukankah apabila berbuat sesuatu, dia berbuat dengan cara yang terbaik!
Otak penulis kena 360 darjah, jemput ilham, adunkan menjadi karya air tangan anda, Bukan sekadar copy dan paste buat penuh blog sendiri. Update kena selalu kalau tidak ingin mem'bunuh' pembaca blog anda. Kalau tidak setiap hari pastikan setiap minggu.
Ini resipi yang dapat saya serap. Banyak lagi cuma ini yang menjadi perhatian. Membuatkan saya kembali bermonolog asal haluan dan matlamat penulisan ululalbab99 ini.
Ya, jauh panggang dengan api. Penulisan saya ingin dibandingkan dengan pengendali bengkel saudara 'Hilal Asyraf' ibarat bayi yang baru merangkak dengan ibu beranak lima. Disiplin dia dalam menulis dan disiplin saya. Promosi dia dan promosi saya. Kekemasan pengurusan blog dia dan saya.. Errmm.... muhasabah diri sebentar. Sedikit terjentik.
Walau jauh berbeza. saya punya cita-cita yang sama. Mengislah masyarakat!
Cuma dalam bidang penulisan? Mungkin tidak.
Penulisan saya buat masa ini sekadar untuk diri. Kerana masih kurang keyakinan diri.
Ingin mencetak peribadi dahulu sebelum mencetak buku.
Akan memperbaiki potensi penulisan diri namun dalam kadar sendiri. Sekadar menyampaikan pengalaman dan fikrah islam dalam bentuk lakaran penulisan yang indah. Moga Sesiapa yang membaca kembali menjadi ululalbab mengikis Intelectual lazziness yang menghalang terbinanya peribadi khalifah yang hamba.
Masih picisan harapnya mampu memberi kesan.
p/s: Final exam yang mendatang. Mohon doa2 dari pembaca agar saya terus melangkah membina masa hadapan doktor rabbani. ^^,
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
3 Responses to Penulis picisan VS penulis memberi kesan
salam alaik..
menulis juga salah satu cara kite mengikis intectual lazziness, betol kata izz..menulis buat kite berfikir..
cuti yang dinanti!! byk buku nk dihadam..jom intensif bumi andalus pulak, hehe, wpn intensif falastin x abes2 lg..
bittaufeq ye sahabat!
kelebihan bagi orang yang mahu 'memberi dan berkongsi' ketika menulis ialah pada banyaknya bacaan dan kajian sebelum menulis,bukan bersikap mahu menjadi juara,tapi bersikap mahu 'memberi'..keikhlasan itu penting ketika menulis,tapi dakwah ini sgt pelbagai,penulisan adalah salah satu seni,jangan seni yang lain pula kita abaikan..penulisan awk juga sgt menarik,suka baca,jeles dgr awk dpt gi bengkel tu...huhu
to ayyash,
menulis buat kita membaca.. berfikir ..dan berzikir juga.
huhu.. andalus?
ES, MSS dan GIT dulu ye..
Exam hafazan yang menanti jgn dilupakan.. haha
to busyro,
salam ukhwah ukhti..
sifir yg cantik. Benar!
Keikhlasan itu yg menjadi tiangnya,
Berdoa moga tidak tersasar.
Seni menyentuh hati insan melalui penulisan.. nak kena menuntut ilmu dgn saudari ni..huhu
btw, masih picisan yang mengharap dapat memberi kesan. Salam ukhwah ukhti~
Post a Comment