'As-salam' ke atas semua~
Final exam yang kritikal menjelma. Tak boleh tulis panjang-panjang.
Nak kongsi satu anologi atau dalam bahasa Al-Qurannya misalan.
bagi anda fikir dan terjemahkan sendiri.
Ada 2 ekor ibu ayam yang beriman dan bertaqwa. Kedua-duanya merasakan keadaan ummah generasi ayam kini semakin tenat dan kritikal, makin songsang dengan ajaran islam yang murni. Atas dasar syahadah yang ditaklifkan, Maka kedua-duanya pun bercita-cita ingin menyumbang menaikkan semula kegemilangan islam. Sepakatlah mereka berdua untuk membanyakkan bertelur supaya makin banyak anak-anak ayam baru lahir. Harapannya agar generasi pemuda ini bakal menyambung perjuangan menjadi agen pengubah dunia ayam kini.
Dipendekkan cerita ibu ayam A setelah berfikir segaring2nya, beliau mengambil keputusan untuk bertelur banyak-banyak sebanyak-banyaknya. Kemana-mana sahaja dia pergi, maka dia akan bertelur. Singah kampung ini, bertelur. Singah kampung itu, bertelur lagi. Bertelur dan bertelur. Bertelur banyak-banyak, dengan berkeyakinan bahawa antara banyak-banyak telur yang ditelurkannya itu pasti ada yang menetas dan menjadi pemuda hebat satu hari nanti.
Manakala ayam B yang sedikit berbeza mengambil metod yang lain sedikit. Beliau setelah fikir sedalam-dalamnya, mengambil keputusan untuk bertelur sedikit-sedikit sahaja. Kemudian kasi mengeram telur tersebut dahulu. Nak haba beliau bagi, nak perlindungan bagi juga, nak kasih sayang pun bagi je la walaupun telurnya sedikit sahaja. dengan harapan telur- telur yang sedikit tersebut berjaya menetas dan lahirlah pemuda hebat mengubah dunia satu hari nanti.
Maka, persoalannya adakah sama ayam A dan ayam B?
Jawapannya pasti tidak. ye ke?
Siapa yang macam nampak faham tu.. dipersilakan la mencuba.
Anologi BEST dari Quran:
Adakah sama seorang hamba yang hakmilik tetap seorang tuan, dengan seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan [tak ingat ayat surah mana. sapa tahu?]
Fikir2.. renung2.. jangan tido
p/s: Anologi ini turut ditujukan kepada cik Aleen Alan [Oopss.. tidak lagi] tukar to cik Athirah Sanusi atau lebih tepat Atiqah Nazeri yang rajen menulis artikel2 bebas. haha
- Mimpi ada orang baik bagi hadiah buku sejarah andalus dr tareq swaidan kat nur islami habis exam nanti.. huhu.. [menangis]
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
17 Responses to Metod ayam bertelur.
uh uh sy xnak tidur. <-- tibe2.
tak same. *geleng* telur ayam B msti lagi best anak2 die. sbb dpt kasih syg yg cukup dari ibu ayam.
teringat auntie kite prnh ckp :
xnak ank bnyk. cukup lah 2. jnji berkualiti.
tp .. err .. bkn kne bnyk kan umat nabi ke? uhuhu. tatau2.
sekian. :D
salam alaik izz..
pas exam ana jawab..
haha..amek masa fikir2 dlu analogi ayam enti ni..
bittaufeq exam..
psst..inkuiri yg kadangkala membenamkan prioriti..pheww..
klu izz mimpi, ana plak berharap..
haha..harap2 la ade org bg hadiah buku andalus tareq suwaidan maktabah nur islami..tolong la..haha..
salam iz. kami bru bce offline msg hg. spt biasa ym kami yg byk spam ^huhu
tumpang berhibernasi sbntr,bajet nk pk mcm cik ayyash.hehe
jgn esok kluar soalan psl ayam sudah.haha
p/s:ada bezanya kedua2 tu walaupun nmpk mcm sama.
korg berdua doa2 la.solat hajat minta ade bulan jatuh ke riba dpt buku tu.
merajuk dgn ayyash sbb org buzz die kt ym die reply sms plk -_-
salam iz, hehe
sebagai blogger baru ceewah..meh akak cuba..takut jugak nak jawab depan seorang pem-blogeger tegar..hehe
ok..
bagi akak ibu ayam A, fikirannya linear..dia nampak secara ratanya, dengan ada banyak anak ayam, sebanyak-banyaknya bertelur,mungkin akan ada yang jd baik..alhamdulillah ini sudah baik tapi belum lagi cemerlang..kerana hanya meletakkan pada kuantiti semata-mata...
tetapi hebat lagi bagi akak ibu ayam B..misi yang berstrategi..banyak bukan ukuran utama..tapi kualiti yang jadi buruan..sebanyak manapun anak ayam yang bakal lahir, seandainya tiada usaha-usaha berterusan untuk menggilap apa yang ada, maka akhirnya kita hanya banyak buang tenaga..
akak bg 2 analogi..
orang yang sembahyang sebanyak-banyaknya, tetapi khusyuk tidak dijaga, tak begitu memberi perhatian pada kebersihan diri, tempat..hanya sekadar cukup syarat, mana tahu ada diantara solat yang diterima Allah..
bukankah akhirnya dia tidak lebih hanya berpenat-penat untuk bangun duduk solat sahaja, tapi solatnya banyak yang tiada roh, tiada kualiti..akhirnya apakah Allah akan menerima semua solatnya?
mahukah kita umat akhir zaman hanya jadi seperti buih2 di lautan..banyak tak terkira tapi apakan daya, bila dihempas ke pantai..pecah-pecah berderai semua..
Assalamulaikum izz dan semua.
Walaupun ana x fhm mengapa mesti ada nama ana kat situ, tapi xpe la ana respon juga, meraikan sahabat yg seorng ini.
Ceritanya senang.
Dua-dua betul, ayam A dan ayam B. Atau lebih tepat manusia jenis A dan manusia jenis B.
Maka, x usahlah kita persoalkan jalan yg mana lagi tepat? Atau kaedah mana betul? Atau metod mana lagi hebat?
Kerana perbezaan itu bukan suatu yg salah, malah ia adalah fitrah.
Masing2 jalan masing2 dan masing2 fikir serta usaha untuk mencapai matlamat yg sama.
Ini memberikan keuntungan pada agama sekiranya perbezaan dapat dimanfaatkan.
Maka, saya mencadangkan agar perbincangan dibawa kpd bagaimana kita boleh membantu Ayam A untuk mencapai matlamatnya sekiranya kita setuju dgnnya.
Dan, bagaimana kita boleh menolong Ayam B utk merealisasikan hasratnya sekiranya kita pun sekepala dgnnya.
Wallahu'alam
Sekian.
p/s: Izz, all the best exam insyallah.
to arina:
huhu.. sy pun tak mahu tidur. *geleng* haha..
btw, menarik gak cara interpretasi anda. "directly translated"
anak berkualiti vs banyak anak.
teringat artikel saifulislam ttg ini. Persoalannya adakah anak kita tu ummat muhammad..? errmm
Actualy, kami tak fikirkan ttg ni pun. but still aplicable~
to ayyash:
proaktif sungguh. Berminat nak mencuba walau tak diminta.. :p
Ok. ana tunggu jwpnnya pas exam ni..
P/S: mimpi tu lebih hebat tahap 'hendak' nya.. yareit.. yareit.. smpi terbawak mimpi... haha.. tolongla.. tolongla.. [merayu]
ANDALUS.. ANDALUS.. @_#/
To atiqah nazeri,
huhu.. sila2, cik hoopoe.
Jgn risau ayam ana ni tiada kaitan dengan ES kita.
[susah la ana nak bg pndgn.. coz korg tak jawab lagi ni]
Tiqa... [sambil buat muka manja]
iz pndang ayyash. ayyash pndng iz.. kitorng pandang tiqa.. haha. ada faham ka?
to maUt,
wah.. ahlen2 super duber senior. Blogger 'baru'? errmm.. termenung sbntar. Sejak bila daughter of tajurudin ni takut2 kucing plak. :P
Sebenarnya, langsung tiada skema jawapn yg benar2 ditetapkan.
Imam syafie kata: Pandangan saya mungkin betul dan mungkin salah. Begitu juga anda.
Intepretasi dr Sudut yang menarik
Kualiti amal Vs Kuantiti amal.
Point anda ada benarnya. Variasi penciptaan Manusia, variasi amalan dan pandangannya juga.
Variasi yang melengkapi sebenarnya.
Suka point ini. "seandainya tiada usaha-usaha berterusan untuk menggilap apa yang ada, maka akhirnya kita hanya banyak buang tenaga."
saya setuju. Manusia itu logam. Perlu jalani proses2nya di kilang 'Islam'. sedangkan pembumian akidah sahabat2 sahaja selama 13 tahun. Bagaimana ibu ayam mampu meninggalkan telur2nya tanpa penjagaan berterusan?
to athirah sanusi,
spatutnya nama Aleen Alan di situ, namun memndangkan dia sudah punya blog rasmi, ana tujukan anologi ini kepada nti dan atiqah. faham ke?
Komen nti cantek. Melambgkan fikiran tuannya yg terbuka dan faham konsep kesatuan amal. Syukur, moga ramai berfikrah begini.
Ana sokong sgt, persoalan siapa lagi betul.. lagi tepat.. lagi hebat.. langsung tak perlu pertikaikan memandangkan ana dah kata kedua-dua ekor ayam ini beriman dan bertaqwa, malah berusaha nak naikkan kegemilangan islam semula.
sifir mudah: Kerja sama-sama dan bekerjasama serta sama-sama bekerja.
Kurangkan perkatakan perbezaan dan perbanyakkan perkatakan persamaan.Benar, Tapi penting juga untuk kita tahu akan perbezaan. Sebagai kemahiran mengevaluasi. Banding beza dan beramal ikut pilihan yang dirasakan terbaik.
Susah apabila tidak pernah terfikir untuk menilai jalan amal sendiri. Lagi susah kalau tidak pernah beramal.
Sekadar pencerahan untuk semua muhasabah amal.
Point tidak perlu diperbesarkan. Suka cdgn nti. Better halakan kpd cara membantu Ayam A dan B untuk mencapai matlamat mereka..
*tengah serap sambil fikir*
betul3.... ^_^
tak terkomen apa. beku sket time exam.. lagi izz? macam best plak fikir analogi2 nih..
izz, kami dapat ilham mlm td.ade bulan jatuh ke riba.ni dek terubat rindu chat dgn ayyash la ni. {ayyash,ak x bleh la nk merajok dgn kamu :P}
ada persamaan dr sudut pndgn tirah dgn kami. jzklh tirah.x yah komen byk2
{mgkinkah sbb kami byk berbincang sama pasal btch?ha ha..sudah2}
tapi sedikit penambahan yg kami nk buat.
kami nmpk formula yg mudah sbb kedua2 ayam ni bertaqwa.
so apa definisi&ciri2 taqwa?
kt sm2 check balik. termasuk ayam2 tu skali
albaqarah: 2-5 dan 177
ali imran 133-135
an nahl 30-32
al anbiyaa 48-49
az zumaar 33
al lail 17-19
kedua-dua ayam yg bertaqwa mahu mencapai matlamat yang sama tapi menggunakan strategi yg berbeza.
mgkin dilihat sbg perbezaan tapi kami anggap sbg kekreatifan.
so kami tak nak mempertikaikan siapa lagi bagus siapa lagi hebat kerana selagi fitrahnya manusia itu bertaqwa, mereka punyai hakikat pemikiran,strategi dan method tersendiri.
ringkas jwpn kami harap sedikit sebanyak dapat berkongsi.
wallahu3alam.
p/s: tpengaruh dgn husnadani yg suka caj perkhidmatan.penulis artikel bebas nk caj ni. 1jd satu ayat.haha
act.kami ad analogi yg best, tp simpan dulu next sem.msih difikirkan sm ada applicable ke x.
k iez..bittwafiq.kem salam housem8 tercinta;P
salam alaik..
pheww..ana faham apa yg enti mksdkn dr analogi ni..hehe..
kata abbas as-sisi,
sifat manusia itu ada 3:
1. akhlak Islamiyah
2. akhlak asasiyah
3. akhlak jahiliyah
dlm analogi enti ni, ayam2 enti ni sudah tentula masuk dlm kategori satu, yakni berakhlak Islamiyah..dan ayam2 enti ni jugak faham tujuan mereka dilahirkan atas mukabumi ni..berstatus khalifah juga hamba..
muntalaq pula kata, menyedarkan golongan yg berakhlaq islamiyah itu adalah satu keperluan kerana dengan bergabungnya golongan2 ini kedalam jemaah, InsyaAllah akan menghasilkan satu natijah yg membina kpd gerakan..
Namun..
gerakan dan jalan itu terlalu byk..dan kita meraikan segala perbezaan dan persamaan yg ada..
bak kata cik tqah, perbezaan itu adalah satu kekreatifan..noktah..
haha..kesimpulannya izz nk suruh tqah dgn athirah tulis blog..kan kan kan?
psst..sori izz.."muntah" kt sini plak..
to tqah..faham tak mksd izz pandang memandang tu? haha..
pheww..3la kulli hal, bittaufeq jami3an..
salam alaik..
satu lg lupe nk tulis..
cmne klu ayam2 ni bergabung tenaga, sekor bertelur byk2, sekor lg tlg peram?
erm, adakah sy kelihatan terlalu idealistic, tidak berlantaikan bumi berbumbungkan langit?
haha.. briliant!
ayyash memang paling faham minda ana..penjelasan lengkap, ana tak perlu tambah. pasal golongan pertama pun sgt tepat. Muntah yg sihat. haha..
kesimpulannya pun tepat!
cik athirah n tiqa harap mula faham. Ana kempen kat korg suruh wat blog atau join blog batch dan bekerjasama kita sampaikan fikrah islam bersama. Setel!
Variasi antara kita melengkapi.tak ada soalan siapa betul, siapa salah. Bagi ana dan ayyash yg sudah berblog ini, rasa korung berdua punya potensi penulis muslim yang mntap, maka nak ajak bergabung bersama.
Better ada blog dr nti muntah artikel bebas kat mana2 dan kenakan bayaran :p
to ayyash:
Kalau ayam tu mandul, ada logiknya.
Assalamulaikum izz dan semua.
Patutlah asalnya ditujukan pada aleen tapi sebab dia dah ada blog maka tukar ana ye. Haha. Memang comel.
Dan patutlah dedikasi utk atiqah nazeri disebutkan bersama adjectivenya juga sebagai pembuat artikel bebas ye. Haha.
Rupa2nya promote suruh buat blog batch ye!!Haha
Izz, nti memang nti, tiada yg lain. U are impossible to be described.
Anyway, pasal 'muntah' aisyah tu merangkap kesimpulan nti, ana rasa ok je insyallah (bleh ke kak tiqah?). Hihi. Tapi lagi cantik kalau ajak reramai lagi.
Mungkin ramai je nak sampaikan sesuatu. Al maklumla, batch kita ramai. Maka, macam2 idea pun ada. Macam2 gaya pun ada. Haha.
By the way, utk ayyash, ana rasa persoalan ibu ayam yg bertelur dan ibu ayam yg lain mengeram itu, bukan idealistik atau fantasi. Hakikatnya, secara peribadi, ana nampak itulah apa yg berlaku sekarang dlm persekitaran kita terdekat. X ke?
Secara peribadi juga, ana lebih gembira begitu. Kita kat sini x ramai. X mampu nak bertelur dgn maksimum dan mengeram dgn berkualiti.
Saling membantu itu bukan sahaja penting, bahkan perlu.
Sekian.
Waallahualam.
p/s: "Betul ke cik athirah xde blog?" Haha. Ingat x ini ayat siapa, izz? Mungkin ana x perlu jawab kot. Haha.
p/ss: Izz, ana nampak gaya penulisan nti mcam stail langitilahi dah.Haha. Yelah, ada orang tu masuk bengkel penulisan kan?. Bagus2. Keep it up.
salam...
ya rabbi, itu rupanya agenda tersembunyi di sebalik ayam.... haha.. okeh2, saya sudah SANGAT faham. ^_^ dalam sungguh maksudnya tu.. saya menyokong dengan sebulat suara, menanti gabungan semua~
iez iez.. (kami sekadar geleng kepala)
ni ke maksudnya ayyash.hebat sgguh provokasi kamu ni ye
hehe
kami agk fail dlm bab2 pengurusan blog.almaklumlah x berbengkel mcm kalian.
utk menyumbang dan menjayakan blog batch kami setuju kt bncg semula dan gerakkan betul2.
taknak sekadar muntah di tepi tangga je.kan ayyash
dan dibuka kepada semua *spt cdgn cik tirah*
;)
hebatnya analogi..dan hebatnya jawapan ayyash..terkesima kejap..subhanAllah adik2 ni memang hebat...terduduk terus senior2 hehe
to athirah:
Ana memang ana. haha. undescribeable.
Anologi ni guna teknik pemain catur, fikir banyak sudut, banyak langkah. Baru melangkah dgn bergaya. haha.. picisan saja. naseb bek ayyash cepat tangkap.
langitilahi? ehemehem.. copyright reserved ululalbab. Bengkel tiada crita pasal cara tulis pun harap maklum.haha..
to ainul,
agenda tersembunyi ayam revealed. cuba lagi masa tak pening.
to tiqa,
dont wory! pengurusan blog bleh blaja. Kami kempen kat medistjust, no respon. personally jump blog blogger medistjust pun, no respon. maka gunalah teknik ayam ni attract potential peoples ni... haha..
btw, pass exam gerak kerja bermula insyaAllah.
to maUt,
senior2 makan garam, pedas, pahit lg banyak. sila tunjuk ajar!
Post a Comment