Segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang untuk kita semua berkomunikasi.
Salam rindu buat Muhammad Abdullah manusia paling hebat skill berkomunikasi.
entri utk kami2 sahaja sahaja. (medic_mep7)
Happy Family ka?
Itu tajuk perbincangan kami malam semalam. Sangat indah rasa hati walau penat. Malam semalam kami mahasiswa perubatan tahun 3 JUST berkumpul, bersama-sama bermuhasabah dan mencari titik pertemuan kembali. Jutaan terimakasih buat semua pihak yang terlibat secara nyata mahupun sekadar invisible.
Memandangkan dah ada title blogger ni... ehem..ehem..
Respon saya?
Ok.
Perjumpaan malam ini merupakan medan komunikasi. Pencerahan buat semua pihak.
Batch kita yang penuh dengan variasi. Perlu teliti, memahami serta menghormati.
Banyak kepala, banyak idea, banyak ragam, banyak cara. Memang berbeza dan perbezaan itulah yang perlu dimanfaatkan agar sama-sama kita bahagia berjaya dunia akhirat.
Sekiranya keimanan dari dalam diri merupakan kunci penyelesaian kepada masalah diri sendiri, Saya selalu merasakan komunikasi yang baik merupakan kunci penyelesaian kepada masalah yang melibatkan orang lain.
Komunikasi merupakan medan pencerahan sebelum membentuk persefahaman dan kesatuan.
Dalam fantasi pihak atasan membina satu happy family, komunikasi sesama pihak merupakan penyelesaiannya. Sama-sama duduk sebentar kita bincang masalah ini bersama. Buka hati, buka minda. Berlapang dada hidup gembira. [Ijlis Binna, Nu'min Sa'ah.]
Adakah kita ingin menjadi satu keluarga?
Jika ya, Bagaimana kita ingin mencorakkan keluarga kita?
Suka saya sentuh beberapa isu yang bangkit.
isu perbezaan.
Semalam saudari Atiqah Nazeri membangkitkan isu perbezaan jantina. "ladies VS gentlemen" Perbezaan yang sangat ketara namun saling melengkapi sebenarnya. Cara berfikir lelaki dan perempuan itu memang dari dua planet yang berbeza. Bagaimana berbezanya cara berfikir saudari Atiqah dan Saudara Syahmi ketika membincangkan soal gerakkerja. Jelas juga cara berfikir Aliaa dan Saudara Ikhwan semalam ketika membincangkan soal nak atau tidak. (Sory aliaa, kami nak terketawa ^^p)
Malah perbezaan antara akhawat juga terlalu banyak. Bagaimana hebatnya cik Fathiyah semasa bercakap, hebat juga cik Ayyash dalam menulis. Lagi hebat kak husna dan wani enterprise dalam memasak. ^^, (-->huhu~ akak sy tolong promosi ni)
Semua berbeza2 kepakaran dan variasi cara persembahan kasih sayang. Menulis, memasak, menyanyi, membuat video, berlakon malah membuat nota dan menyampaikan iklan.
Memetik kata-kata Saudara Sidi "Buatlah apa sahaja dalam menjadikan kita semua selaku happy family selagi tidak melanggar syara' dan rujuklah orang yang lebih faqeh sekiranya kita tidak tahu." rujuk 21:7
Allah itu sangat adil ye sahabat. Perbezaan antara kita dijadikan bukan untuk saling berpecah dan bertengkar, namun saling memahami dan bertolak ansur. Ada yang syadid, ada yang kotemporari, ada yang sempoi, ada yang tegas, ada yang diplomasi, ada yang berdasar tertutup.
Selaku satu 'usrah' berskala besar, mari kita sama2 saling bertaaruf(berkenalan), bertafahum (memahami) dan bertakaful (melengkapi) antara satu sama lain dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Kerana itulah rukunnya satu family. Setiap ahlinya perlu sama-sama melaksanakan 3 komponen ini dalam membina medium pembentukan diri yang indah.
Soalnya ke mana kita menuju?
Menuju ke syurga. Mencari redha dan rahmat Allah
Cakap senang, aplikasinya?
Moga kita semua sama2 berusaha untuk bahagia kat dunia.. dan sama2 juga bahagia kat akhirat.
isu perubahan
Turut dibangkitkan pengakuan berani saudari Ainul Madina, bagaimana beliau berubah secara mendadak selepas kempen ikhtilat semasa tahun 1 dahulu. Kata2 yang sangat menarik dan terkesan bagi saya.
"Yelah , dah kita dah tahu perkara sebenar ikut Al-Quran, takkan nak buat dunno je kan? kenalah berubah"
Subhanallah! Moga semua umat akhir zaman berfikir dan bertindak sebegini.
Isu berubah sedikit2 dan isu berubah mendadak terpulang kepada individu. Yang penting berubah apabila mengetahui kebenaran.
Formula mudah: evaluasi antara benar atau salah, dan berubahlah kepada kebenaran dan bersabarlah di atas jalan kebenaran itu.
Duduk dalam bi'ah Jordan ini, peringatan tu dari memanah dari pelbagai penjuru. Tidak terbatas pada isu ikhtilat sahaja namun meliputi semua perkara. Isu ponteng, isu hedonisme, isu pembaziran hatta peringatan ttg isu keselamatan. Bergantung kepada diri sendiri ingin menjadi manusia yang terkunci hati, pendengaran, penglihatan atau menjadi manusia yang berfikir (ululalbab).
Sekadar cadangan
Walaupun saya tahu bak kata pepatah "You suggest, you suffer!" Namun atas dasar rasa kurang menyumbang kepada ahli keluarga mep7, saya berasa terpanggil nak buat blog khas untuk keluarga kita ala2 buletinkita mep8 atau budak2ngeteh syabab mep6 mahupun school of life akak2 mep4 (sila tekan setiap satu utk perbandingan) Agak2 idea ini bernas dan menarik hati mana2 pihak untuk bekerjasama? Sekiranya ada dan kalau boleh mesti ada, sila respon di ruangan komen. Bentuk dan jenis blog yang bagaimana kita ingin bentukkan. Anda berhak mencadangkan~
Siapa tahu kiranya langkah ini mampu membuka jalan kepada semua, lagi2 akhawat2 yang sifatnya pemalu. Nak bercakap di alam realiti belum punya keyakinan, alam maya boleh difikir2kan.. ^^,
Terakhir,
p/s: To kak kelly, video anda amat cool memang seperti orangnya. Dengar khabar2 angin pantai timur, proses pembikinan mengambil masa 2 hari siang malam tidak tidur dan makan? huhu.. mantap2. Belum kira hari temuramah lagi ye tak? tahniah pada crew penemuramah dan cik Ainul Arina dengan video Koreannya yang amat menampar[pang!]
Tahniah juga buat dukun studio atas produksi yang pertama. Ada harapan mengalahkan populariti abu malik studio ini. Selaku satu keluarga, kami menyokong anda!
Dan tidak dilupakan terimakasih buat semua tukang masak2 yang terlibat menyediakan juadah istimewa malam semalam.
Serta ucapan tahniah dan takziah buat 'abang long' baru kita semua, saudara Khair Shahrir. Selamat mengemudi bahtera medic_mep7 yang baru. Kami bersama2 anda!
12 Responses to Respon happy family ka?
Assalamu3alaikum...
Yes2 org first comment..(haha)
Alhamdulillah..lepas baca penulisan enti nih, sangat tersentuh hati ni (nak menangis plak rasenye),dan dapat keluarkan isi2 penting dr gathering kite smlm...adelah output2 yg boleh dsavekan dalam otak n hati nih...
Ana sangat ske penulisan nti nih...sbb sangat positive....dan juga menyentuh setiap aspek yang penting..
Thanks sekali lagi buat izz..
Harap ramai lagi 'keluarga MEP7' org akan baca entri nih...
Wallahua3lam....
erk, macam segan plak nama aku kait ngan korea walaupun memang gila korea. hehe..
tentang gathering semalam, alhamdulillah mencapai matlamat juga rasanya walaupun aku pening-pening sket time muhasabah hati ke hati tu. Boleh clear dah kot semua sekarang ni tentang keluarga kita.
Aku sangat suka dengan diskusi tentang jugdemental dan hormat background tu. Pencerahan baru, Yela, selama ni ramai kita nak orang lain jadi macam apa yang dia nak, tapi takdelah terfikir background orang tu macam mana. Dia memang garang sejak azali ke dia memang kaki senyum ke apa ke. Semua tu patut diconsider sebelum buat apa2 tanggapan. Good opinion~
Tak sempat nk bersuara langsung semalam.Sangat suka diam sebab dah terkagum nak fikir semua yang orang cakap. Menderu-deru masuk kepala aku di samping kekejutan dengar markah gila budak arab. Lagi pun asal baru nk angkat tangan je, ada lain dah ankat tangan lagi laju.. ;p
tahniah to wna jadi org first :p
Ana sentuh sket2 je ni.. rasanya banyak sgt isu yang belum dikupas habis oleh semua malam semalam, memandangkan ketidakcukupan masa.
That's why ana cdg kita ada blog. huhu.. bila timbul satu isu, ramai penulis boleh ulas panjang2 lebar dan kemuka pendapat masing2.
Kalau kat yahoogroup tu susah nak retrive balik isu2 lama yg berbangkit.
sapa2 nak guna samaran macam ayyash dipersilakan ;p
to ainul,
ramai gak mengadu pening selain ang. haha.. tapi alhmdulillah sekurang2nya dapat feeling walaupun sket.
isu yg dibngkitkan oleh saudari one mmg tiptop, judgemental towards others. agree 200% with her..
Errmm.. dr sudut lain, kadang2 kita ni je yg rasa org judge kita macam ni dan macam tu.. padahal sbnrnya org sekeliling kita tak judge macam tu pun.
maka, mulalah fikir bukan2, sebar cerita itu dan ini akhirnya kurg yakin pada diri. kesimpulannya, husnu dzhon pada semua org dan elakkan fitnah.
salam alaik..
haha..ramai yg sakit kepala sbb lapar..dh paham sgt dh dgn fiil kwn2 ni..ade yg klu x mkn, x bleh blajo..macam2..haha
cdgn yg baik buat blog tu, tp juz wondering sbb kite dh ade 2 YG, mep7 ngan medistjust7 tu, takut x terurus..pape pn, boleh diperbincangkan lg spya ianya x jadi ilusi dan fantasi org2 tertentu shja..haha, statement itu ada benarnye..tp, kite la yg kene realitikan setiap apa yg fantasi tu..
yep, kwn2ku sgt berusaha..moga Allah mudahkan cara..
Salam.
Thanks izz sebab dah buat rumusan skit2 psl smlm. Ana dah pening2 sampai x tau dah kita bincang apa. Ada ke? huhu
Suka entri nti yg positif dan bersifat menyeru.
Pasal blog tu, ana sokong. Kita perlu ada. Bleh la ketua baru kita fikir2kan ke atau tanya2 kwn2 lain.
Pasal takut x terurus tu, ana rasa xde masalah. Kalau kita organized dan buat pengkhsusan dan semua main peranan masing2 insyallah byk mana komitmen atau taklifan pun, akan tererus je. So, apa yg penting, kena ada perancangan.
Sekian.
Assalamualaikum warahmatullah..
Yeay..!! BUKAN org pertama bg komen..!! hehe.
Haah, smlm mcm agak mengantuk sebenrnya, jd kurang memberi perhatian apa yg kakak2, abang2, n adik2 cakap 100%. Tp takpelah, krn dilantik sbg s/u sidang utk mencatat point2 perbincngn semalam, kene la fokus kan... (credit to Izzah yg amik alih mencatat pastu, Aleen xreti sbnrnye =))
Tp malam td yg paling best adalah krn kite dpt kumpul ramai2, alhamdulillah. Bukan senang. Dlm sc hall 2 mmgla bkumpul jgk, tp bukan "jamuan kelas" kan.. yeay sekali lagi..!!
Yg penting, point yg Aleen n Izzah (kteorg diskus sikit) paling setuju, adalah yg dicakapkan oleh saudara syafiek mlm td. intepretasi : kite kene hormat background org lain, sekolah die, mcm maner mak ayah die ajar die dll.
kata kunci : HORMAT =)
#ada 2 mcm hormat : 1) hormat individu tu sendiri sbg saudara seaqidah, 2) hormat keputusan n tindakan org tu selagi rightly-guided.
N then, we all can live happily ever after.insyaaLLAH. But, one thing to keep in mind...
KIter patut "hormat" seseorg selagi mana die melakukan perkara yg x bercanggah dgn syara'. Yela, kalau Aleen malas belajar ke, dll. tegurlah tau kawan2..
Last but not least, kalau pnjng umur, insyaaLLAH, I'll turn 20 soon, so selagi peparu ini berfungsi bernafas, saya dgn rendah dirinye nak mintak maaf kpd semua ahli family MEP_7 ni..
utk mebina "bayt muslim mep_7" ni, kite mestilah menjadi "individu muslim" insyaaLLAH..!! (tiada kene mengena dgn sebarang majlis akad, cme satu analogy)
k, tata everyone.
izz..an minat lagi yang ni..
http://medicairo007.blogspot.com/
to ayyash.
kerana ada mimpi baru kita melangkah.
kerana ada cita2 baru kita bergerak.
Fantasi untuk blog batch,
saya memerlukan respon orang2 yang berkobar2 berkata "saya nak menjadi satu keluarga" malam semalam... huhu..
Jika bersetuju, sama2 kita perjuangkan,
jika tidak bersetuju, nyatakan pendirian dan dipersilakan dengan alternatif lain.
to ikan kecil,
huhu.. trimakasih atas pndgn. Dapat dah sorg moderator utk blog idaman saya.hihi..;p
memandgkan nti punya bakat terpendam yg semua medistjust dah sedia maklum..
bijak mengutarakan isu2 hangit..
anologi yang bermacam2..
ana percaya kita bersama2 mampu menjayakan fantasi ana ni..
Bersedia untuk begabung? haha..
to aleen,
point anda tidak diragui. nak membina happy muslim family ini, sememangnya bermula dr ahli2 itu sendiri.
siapa yg bertanggungjawab kepada keluarganya kalau bukan ahli keluarga sendiri?
Memandangkan Anda bakal menjejaki usia 20-an, meninggalkan adik anda ini dalam usia belasannya lagi..
harap kak aleen dpt beri lebih tunjuk ajar..
p/s: bila nak aktifkan semula blog anda tu? fikrah anda diperlukan..
to syahmi,
Menarik! Dah lama tak singah. terlupa ttg mereka sebentar. rakan2 seperjuangan ketika di INTEC, dah lama bertapak, kita yang di Jordan baru terfikir.
Terimakasih atas link dan cdgn.
Ana memerlukan pekerja2 lagi ni, perlukan respon dr pihak syabb sekiranya ada yg berminat.
kalau ada presentator terus ahsan.
salam alaik..
huhu, nk join the group utk blog..tanak la jd sisa lebihan dunia..duduk ditepi2, lgsg x memberi..
sedia merealitikan ilusi blog batch..
terimakasih ayyash...
kini sy tidak berkeseorangan dalam impian ini.
sahabat2 sebatch,
anda tidak perlu ragu2 dengan sering memikirkan kesusahan...
namun perhatikan kesan kebaikan apabila ada perpaduan.
sy memrlukan sekurg2nya 2 syabab dan 2 akhawat sudah memadai..
p/s: Mungkin masa peperiksaan mggnggu mood semua org.. habis exam nnti kempen akan dibuka kembali [sekiranya tiada org yg sedia berkorban]
terus melangkah
masyallah...perkongsian yang menarik
Post a Comment