Alhamdulillah, pulang dari mesyuarat AMM MPPM di Amman, bertugas selaku seorang pencatat memang menguji keupayaan konsentrasi. Jujurnya, saya benci menulis sesuatu berkaitan taklifan MPPM ini. Rendah diri dan tidak bersedia. Saya kira, saya masih belum mampu menerima hakikat untuk sepenuh hati bekerja dalam badan tertinggi di Jordan ini. Mungkin!
Memang susah bekerja bila hati tiada bersama. Maaf rasa terlalu berterus terang. Sekadar berkongsi perasaan sesama muslim bekerja. Tapi jangan risau, saya tahu ini amanah. Sedar sahaja muslim itu sifatnya itqan apabila diberi amanah. Saya sedang cuba. Saya sedang belajar. Kamu2 yang undi saya, sila doakan.
Mungkin saat ini, saya hanya boleh mengaku diri selaku seorang setiausaha sahaja, bukan pemimpin tertinggi. Menjadi pemimpin itu terasa terlalu berat untuk diperkatakan. Rentak seorang setiausaha itu perlahan-lahan sudah sebati.
Prioriti masa ini perlu melatih jiwa hamba sebelum menjadi ketua, mendidik diri lebih beribadah agar menjadi sebaik-baik qiadah.Kerana berbohonglah seorang dai'e yang berkata kepimpinan itu jalan dakwah terbaik, namun hati sendiri kosong dari nilai Ilahi, jauh dari sentuhan rabbani, kering dari tarbiyah insani.
Sekitar isu pemimpin.
Tugas pemimpin yang amat sukar. Dengan senjata [baca:hubungan dengan Allah] yang sangat tumpul. sungguh takut untuk diperbicarakan. Soal menjadi pemimpin muslim, bukan sekadar untuk mengajak manusia bergabung dengan persatuan Islam. Namun pemimpin muslim yang sebenar ingin mengajak manusia untuk bergabung dengan orang-orang islam menjadi orang islam. Sungguh beza segolongan muslim yang berpersatuan [baca:jemaah] dengan persatuan[baca:jemaah] muslim.
Tiada guna jawatan kepimpinan saya tanpa hubungan kuat dengan Pencipta sepertimana tiada guna title murobbi tanpa hubungan kuat dengan pencipta. Maka, lebih suka saya melarikan diri dengan mengatakan bahawa saya seorang setiausaha sahaja. Kelihatan tidak adil, belum cukup ampuh saya kira.
Ruh seorang setiausaha
Entri buat semua setiausaha. Saya bukan yang terbaik, sekadar berkongsi perasaan setelah satu semester bekerja. Menarik sungguh pendidikan dari tugas ini kepada jiwa dan peribadi saya.
Kerja setiausaha bukan kerja sebarangan.
Benar! hanya orang yang terpilih.
Perlukan mereka yang jujur, cermat dan teliti. Ciri2 peribadi muslim yang sememangnya perlu diproses. Syukur itu selayaknya kepada pengatur hidup saya yang memberi medium untuk pengacuan diri ini. Mahu cerita panjang tentang setiausaha insyaAllah dalam entri lain. Berbaki 1 kertas terakhir lagi,walau inkuiri dan intensi setinggi langit perlu berpijak pada prioriti bumi.
Buat mana2 setiausaha di Jordan ini, tidak kira setiausaha PZ, BKAN mahupun mana2 program dialu2kan untuk merujuk dan berbincang dengan saya untuk sebarang urusan kesetiausahaan. Kalau anda tidak dapat sesuatu dari saya, mungkin saya yang akan dapat sesuatu dari anda.
Mari kita bekerjasama, sama-sama berkerja dan kerja bersama-sama.
*Video ini buah idea penulis bersama-sama saudari timb. setiausaha BKPJJ, Nuha Iffah. Semangat orang muda hendak berbakti. Ditayangkan semasa Kem Kesetiausahaan Muda yang lepas kepada semua setiausaha persatuan di Jordan. Moga kembali bersemangat buat semua setiausaha.^^, [ini adalah entri yang sebenar. Cubaan penyampaian entri bukan dengan tulisan tapi video. Pendahuluan atas td sampingan saja2. Moga bermanfaat dan kembali bersemangat]
p/s:
-Tahniah dan selamat memimpin kepada Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef bermula 16 Januari yang lalu. Rujuk sini untuk ucapan dasar beliau.
-Tarikh keramat yang sama turut melahirkan insan pemimpin baru berjiwa rabbani insyaAllah, Nurdini Dayyini
Search
Categories
..serata dunia..
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Nak jadi ahli syurga?11 years ago
-
Iftitah11 years ago
-
Usul Isyrin @ Usul 2011 years ago
-
-
Heureux mariage Robin et Starfire!12 years ago
-
Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito12 years ago
-
lucu12 years ago
-
Happiness!!12 years ago
-
Saya Kembali!12 years ago
-
-
Bila nak baik demam ni??13 years ago
-
-
salam eid14 years ago
-
-
-
Urdunna
-
Welcoming 20213 years ago
-
Muslimah9 years ago
-
itu posisi mereka10 years ago
-
You know me better O my Lord 😢11 years ago
-
kamu memotong leher temanmu??11 years ago
-
I miss Syria!12 years ago
-
sabar macam alam13 years ago
-
-
akhbar islami
Man ana
- 'Ezzah Al-Islam
- Jordan University Of Science And Technology, Irbed, Jordan
- [Murobbi sebagai Guru][Kita sebagai Pelajar][Al-Quran dan As-Sunnah sebagai Dasar Pendidikan][Akademik dan Teori sebagai Kelas Indoor][Pengalaman hidup sebagai Kelas Outdoor][Realiti Hidup sebagai Peperiksaan] *menulis untuk diri selaku hamba yang sedang mendaki*
5 Responses to sekadar pencatat belum pemimpin
salam alaik izz..
1. nur dini dayyani sgt comeeeeeelllllllll...mesti tgn dy kecik n bulat mcm lolipop..haha..
2. bile sebut pasal S/U ni, ana mmg x bleh lupe la kata2 izz dkt ana time ana jd s/u kecik dlu..haha..n i called my dad at that moment..
me : ayah!! ayah rase, apa smbgn yg bleh diberikn oleh seorg s/u kpd sesuatu jemaah?
dad : [jwpnnye terlalu pnjg]..cth diberikannya dr pelbagai sudut termasuk la peranan S/U dlm gerakan Islam n komunis..huhu, terkesima anaknye ini..
kesimpulannya, walau dimana posisi anda, even anda hanyalah seorg ajk teknikal yg hanya memasang dan menjaga pancaran sebuah LCD, anda tetap adalah qaumun amaliyyun..
ayah kata : jadilah 3milin, org yg bnr2 bekerja..terlalu byk org yg hidup dlm tarbiyah, tp bukan seorg 3milin bilamana tarbiyah hanya sbg pelengkap rutin mingguan..
me : diam lagi..tp diam dgn semangat membara dlm jiwa..
dan saat ini, sy mendoakn sahabat sy ini terus ikhlas dan berhasil menemukn titik terbaik untuk dy tidak merasakan lg bahawa dy hanyalah seorg S/U..sy mahu dy rasa lebih lg dr itu..
to ayyash,
1.dini dayyini bukan dayyani.
2. kata2 tu mmg diuji. haha.. kalau dulu ana kata, ana mmg tak dilahirkan sbg s/u, skrg ana diuji. haha.. ok, ana tarik balik. ble ke? tiba2 dirasakan ada chemistry plak dgn kerja s/u ni. Macam dilahirkan sebg seorg s/u plak.
btw,tgok belum video ana attach tu? terharu dgn doa anda. insyaAllah, moga2 begitulah. Cuma point ana ialah s/u VS AMT. bila jadi AMT sbnrnya bukan stakat s/u tapi kena jadi pemimpin gak. dan itu yg ana belum bersedia. utk kerja2 s/u ini, insyaAllah rasa mula sebati dan sudah jatuh cinta.
p/s
-"bilamana tarbiyah hanya sbg pelengkap rutin hidup" huhu.. sgguh mendalam.
-rindu nak jumpa ayah nti. dulu masa ana tgh down2, kak mae bg ana ckp kak pakcik arwani. best2! pasni nak ckp ngan abu ayyash plak la.. haha
assalamualaikum
khabarnye, ada y ingin menjejaki bumi andalus~
tahniah2
stepping on the land, it is more than just remembering and glorifying Muslim's victory through the hand of His servant, Tareq Ibn Ziyad.
It took hundreds of years before the land was thoroughly succumbed to the christian army.
The land keeps the tears and sorrow of Muslims, who were defeated by themselves, being sundered by wars, and deceived by their own desires.
You probably know the fall of the last Muslim's city in Spain- GRANADA on 1492, caused by a traitor. He was the one in many Granadian eyes who really sold out his own kingdom.
Sedih, kan?
boleh baca kertas kerja yang dibuat oleh doktor ni
http://www.dobot.com.my/pdf/paperdrroslan.pdf
video tu cik teardrop kata dah bagi pada ayyash.
Boleh tengok, dokumentari, akak tengok banyak kali.
Dia tak tekankan sangat how Tareq Ibn Ziyad took the land, but stressed more on the history of Rise and Fall of Andalusia, and the sorrow that lasted forever in our history.
Amikkan gambar yang cantik2 untuk akak.. al-hambra esp..
madinatuz-Zahra katanya dah binasa..eh betul ke?
akak nk tengok tinggalannya..
Do feel the nostalgia and the sense of loss......
All the best in the exam, n wishing you a safe journey. Allah ma3akum
to ishikawa,
hoho.. sungguh terbakar semangat kepemudaanku..insyaAllah.. moga2 diberkati perjalanannya..
syukran sis, nnti akan ku amek dr si ayyash.
Post a Comment