Berbalik kepada halwa telinga kamu



[perhatikan lirik bukan videoclip]


Segar dan membangkitkan! Inilah yang kita perlukan.

Dikala saat pemuda muslim kini lemas dalam lautan cinta nafsu dunia, hidup terhuyung-hayang dalam dunia fantasi putera kacak dan puteri anggunnya. Mengimpikan kisah hidup ibarat movie yang dikarang Yahudi dan kroni2nya. Lagi menjadi-jadi apabila dunia seolah-olah bersama mereka, lagu mendayu bertemakan cinta, kasih, rindu tak berpenghujung. makin membenihkan rasa hati untuk terbang bersama mata hati ke alam indah berpelangi. Khayalan semata. Sungguh membencikan. Hentikan sahaja!

Perlukan suara2 yang begini.

Izzatul Islam memang dihati.Minat saya bukan kerana namanya sama. Lagu2 yang bertemakan perjuangan dan pengislahan. Baru kena gaya. Bukan tak romantik, bukan nak anti-cinta, namun bukan masanya. Secara peribadi memang tak minat dan boleh dikatakan benci dengar lagu cinta manusia remaja-remaji. Merepek dan membencikan.


Untuk apa dinyanyikan..?
Untuk apa didengari..?


Lainlah bagi yang sudah benar2 diikat, akad yang menghalalkan cinta fantasi. Dengar lagu begini hati yang keras seperti disimbah air mawar kembali kasih. Tapi kalau umur dan pemikiran setahun jagung, belum kenal warna dunia, belum tahu lurah gunung kehidupan. Tema akidah dan perjuangan itu lebih utama. Persoalan akhlak dan kematian itu juga lebih banyak kesannya. Kamu sibuk2 dengar lagu cinta, kemudian mula la rasa nak bercinta. Lagu juga punya prioritinya. Lagu cinta tipu yang mengasyikkan sebaiknya dibuang jauh2. Tutup terus!

Bukan nak syadid tapi ini soal tarbiyah hati dan fisiologi badan pemuda muslim.


Manusia itu dari air, dan air itu sangat sensitif kepada bunyi2an. Saya sudah cerita dulu. Kajian Dr. Emoto dari Jepun yang mengkaji tindakbalas air kepada unsur bunyi disekelilingnya tidak boleh disangkal. Rujuk sini. Pelik sungguh kamu. bila nak exam sibuk2 minum "air yassin", yakin air itu air 'mukjizat' menjadi hebat apabila mendengar bacaan Quran. Tapi bila dikatakan diri kamu itu turut mampu berubah bergantung kepada apa yang didengari, mula cari alasan.


"Dan dia yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah maha kuasa" (al-furqan25:54)

Even For the rest of my life-Maher Zain, apa faedahnya untuk kamu? Makin didengari, seluruh badan kamu akan bertindakbalas. Mungkin kamu tidak sedar tapi ia akan menentukan sikap, mentaliti dan bentuk peribadi kamu saat ini. Sekadar pencerahan agar masing2 lebih teliti dengan bunyi2an yang kamu dengari. Terpulang masing2 bagaimana mencorakkan tindakbalas air dalam badan sendiri.

Cuma entri ini sekadar kempen. Lebih suka melihat generasi pemuda gagah berjiwa perjuangan, daripada lemah memikirkan cinta tak terbalas.

Lebih baik Kenali perjuangan kamu sebelum mengenal cinta kamu. Believe me,bukan sekadar bahan bacaan, halwa telinga kamu turut mencorakkan peribadi kamu.

"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar"(at-tariq 86:5-6)

Dengar Al-Quran itu pasti yang utama dan terbaik. Kamu semua pun sudah tahu. Sama ada mahu atau tidak. Masing2 punya telinga, masing2 sahaja boleh jaga. Telinga yang menulis pastinya yang paling dekat. Peringatan untuk diri.Sekadar membukukan rasa hati. [maaf, terasa entri bernada keras sedikit]

Your life, your choice~

p/s: Masa awal2 buat Alarm clock lagu ruhul jadid, bangun pagi rasa nak pergi berperang. Tengah susah nak bangun, tukar alarm jadi lagu alam barzakh, takut nak sambung tidur. huhu~
- Sudah bergelar auntie kini. Gembira teramat menyambut cucu ayah li dan makbi yang pertama. Tak sabar nak balik Malaysia~
-To Husnadani, saya dedicate kan lagu ini untuk anda. ^^,

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

9 Responses to Berbalik kepada halwa telinga kamu

al_leen said...

Assalamualaikum..

Waa, Iezz.

I like..!! haha (english broken abaikan)

Teruskan mengupdate blogmu ini ya, daku jadi tak keruan bila blogmu dan blog ayyash tidak diupdate. Rasa seperti mahu diCEKIK sahaja bila berjumpa..!! (hehe.. peringatan utk diri sendiri dan adik kesayangan).

Betul2, kerna itu juga bunyi-bunyi Surga itu "tiada yang lagha", "sungai yang mengalir" dan "ucapan salam" disebut Allah kita dalam KalamNya..

Moga kita semua terus kuat ya..!!

(haha.. apesal bahasa Aleen berubah? Entahlah, maybe sebab tumpang laptop ayyash kot)

FabulouswithAs said...

troskan mnulis izz

WanAishah said...

alfurqan 25:54 tu ;)

'Ezzah Al-Islam said...

waalaikumsalam dear aleen

tidak keruan, amboi hyperball sungguh. Dont be addicted to this 'world'. Bahaya bg pemuda muslim. [peringatan untuk diri]

btw,point yg indah. nak masuk syurga yang indah pun kena biasakan dengan bunyi2annya yang indah. ^^,

to yellowrose,

terimakasih atas galakan. menulis apa di hati. belum menulis untuk memberi.

to wan esah,

waa.. welcome2. sis london? masyaAllah.. jemput ke teratak hamba [senyum sampai ke telinga], moga ditemukan satu hari nnti insyaAllah.

terimakasih ukhti atas makluman. Bagus! ciri pemuda muslim peka. Semak Al-Quran sntiasa.baru mampu gegarkan dunia. bitauefeeq ya!

al_leen said...
This comment has been removed by the author.
al_leen said...

Assalauamualaikum..

Hehe.. Iez..
Saya tidak addicted pada blog anda atau sesiapa, hatta diri sendiri yang hina ini, tapi saya addicted dengan mesej2 yg Allah nak sampaikan melalui blog anda.. Terima kasih krn telah menjadi satu wasilah..

Kerana saya manusia lemah, maka saya perlu komunikasi dari Allah untuk memandu saya ke jalan yg dikehendakiNYA.


Tahukah anda?

"Setiap benda yg berlaku di dunia ini adalah susunan Allah di mana Allah memberinya kpd seseorang atas izinNya sebagai satu mesej dariNya.

Maka, mungkin benda yg dikeluarkan cth melalui penulisan atau percakapan, nyanyian atau apa sahaja, adalah mesej Allah kepada para pembaca dan pendengar, bukan semata-mata mesej dari penulis dan penceramah.

Dan dengan izin Allah, pembaca dan pendengar diberi peluang untuk membaca dan mendengar, mungkin pada masa yang berbeza, dengan kedalaman pemahaman yang berbeza, dan interpretasi yang berbeza, antara setiap manusia, kerana itulah mesej yang Allah mahu beri ekslusif kepada manusia tersebut, sesuai dengan keperluan dan pemikirannya.

Maka, mari kita sama-sama belajar untuk kembalikan apa sahaja yang berlaku kepada Allah, maka kita akan nampak bahawa dunia ini memang di bawah kawalannya. insyaAllah kerana KeMAHUan dan keMAMPUan kita juga terbatas.

Kesimpulannya, jika Allah izinkan komen saya ini, itu adalah mesej Allah kepada saya, anda dan mereka yang membaca komen saya, bukan semata-mata daya dan usaha saya, kerana sama sekali ilmu dan iman saya TIDAK MUNGKIN lebih tebal daripada mana-mana jirim terkecil dalam dunia ini."


Wallahua3lam.


p.s : hehe.. saje je nak kongsi, perasaan yang baru dapat, Alhamdulillah. Moga Allah tetapkan kita semua, despite apa-apa ujian yg bakal melanda.. Ameen.

Keep it up..!!

'Ezzah Al-Islam said...

to aleen,

misunderstood la plak ni. Adei.. ni la bahaya berkomunikasi guna tulisan.

maaf la aleen, point anda sgt tepat. walaupun bukan itu yg ana maksudkan,pliz.. baca dengan nada ana selalu kata kat nti.. haha takpe2, nasihat cantek, ana terima.

Adei~ bila sahabatku seorang da'ie

al_leen said...

to Iezz..

hehe.. bukan misunderstood la..

I paham je u nak cakap ape..

"Dunia" yang dimaksudkan tu adalah lagu dan hiburan dalam artikel tu kan? (ke bukan?? hehe.. sorry iez, kawanmu ni lambat pick-up things)

Ni adalah pendapat peribadi je yang nak dishare in order utk kite sama2 cube buang perasaan kagum berlebih-lebihan pada dunia ni, insyaAllah..

Aleen ni, cepat kagum dgn seseorang sampai lupe kadang2 samapai lupe yg orang tu jugak makhluk Allah..


bak kate iezz kat atas tu,
"BAHAYA" utk jiwa pemuda.. intabeeh ye akhawaat. hehe.


hehe..

Jgn marah ye iez.. (tau je, iez tak marah =P)

p.s : kadang-kadang rase macam ade dwi personaliti pulak diri ni.. pelik la.. hee.

GooD LucK exam iez..

Sayaaaaaaang Iez..!! =)

Anonymous said...

syukran ukhti

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.