2012, kaca mata Al-Quran


"Ok.pagi ni setiap orang dikehendaki mengeluarkan satu ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hari kiamat dan kaitkan dengan movie 2012 yang kita tengok semalam"




Usai solat subuh berjemaah dan bacaan mathurat pagi itu, kak Fatin mengambil peluang menjentik hati adik-adik kesayangannya berkenaan keimanan kepada hari kiamat. Malam semalam, tirai pawagam movie 2012 dibuka. Sengaja kak Fatin mengubah corak perjumpaan dengan adik-adiknya minggu ini. Memanfaatkan media sambil memproses keimanan. Buka pawagam, bentang tilam, hidang makanan. Amboi, laju aje semua~

Movie 2012 memang sangat panas. Macam2 cerita dari pelbagai sudut boleh diperkatakan. Kalau melihat dengan mata kasar, tak terpandang jarum-jarum halus yang mencucuk dari pelbagai penjuru. Ideologi-ideologi yang perlu dibaca secara tersurat dan tersirat juga.

Rujuk sini untuk ulasan yang sangat mencerahkan.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar movie 2012 menyesatkan aqidah umat Islam atas rasional penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Memang bukan seperti yang dia sangkakan. Kiamat yang dikhabarkan ternyata tidak lebih melainkan sekadar malapetaka atau lebih sesuai dikatakan bencana alam sahaja. Bukanlah penghujung dunia. Ternyata akal manusia itu tidak terjangkau berita-berita ghaib yang diwahyukan.

Sungguh beruntunglah mereka yang benar2 mempercayai hari qiamat dan bekerja ke arahnya.


"Ok. semua dah bersedia dengan ayat masing2. siapa nak start dulu?"


"Ok. Saya2! Buka page 577 Surah Qiyamah ayat 10 -12"


Pada hari itu manusia berkata, "Ke mana tempat berlari?" Tidak! tidak ada tempat berlindung. Hanya kepada tuhanmu tempat kembali pada hari itu"


"Kalau kita tengok dalam movie semalam, semua manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Hero pun bermati2an menyelamatkan diri dan keluarga dan nasib baik jumpa tempat perlindungan. Tapi dalam Qiamat sebenar memang confirm tiada tempat nak lari. Pergi la kemana pun, memang tak mungkin selamat"

Terfikir sejenak berkenaan pembacaannya, dikatakan di sebalik peristiwa akhir filem ini terdapat 'mesej halus' ingin diserapkan ke dalam jiwa manusia agar meyakini bahawasanya kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya (illuminati?), pasti anda akan selamat. Seolah-olahnya Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut.
Secara tak langsung sepertinya, 2012 mengirimkan pesanan bahawa AS adalah penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda.

Ada logiknya. Merenungnya memikirkan kebenaran di sebalik pendapat ini.


"Menarik! OK..Saya pula..Rujuk page 567 surah Al-Haqqah ayat 15-16"

"Maka pada hari itu terjadilah hari qiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi rapuh"

"Dalam filem ini diorang tak lari ke angkasa sebab diorang yakin bahawa langit yang tak akan musnah. Maka diorang sekadar bina kapal tahan lasak dan bukannya kapal angkasa. Maka, ternyata ini bukanlah gambaran Qiamat yang sebenar"



MasyaAllah. Fikrah jamilah! Lantas dia teringat tafsir surah al-Mulk dimana Allah mengarahkan manusia memandang kepada penciptaan langit yang utuh. Sungguh manusia itu pasti akan mengembalikan pandangannya dengan hampa kerana tidak menjumpai sebarang keretakan pada penciptaan langit itu. Memang benarlah manusia itu susah membayangkan kehancuran penciptaan langit.


"Binisbati ana pula, Kalau kita perhatikan Dalam ayat 2 surah al-Hajj, Allah menyatakan bahawa apabila berlaku hari guncangan itu, ibu yang menyusukan anak akan lalai kepada anak susuannya, dan perempuan yang hamil akan gugur kandungannya. Maka ini menunjukkan bahawasanya manusia itu tak akan sempat menghiraukan orang lain melainkan diri sendiri je. Dalam filem ini, walaupun adegan saat2 kematian kawan hero(indian man) dengan keluarganya sangat menyentuh hati, namun qiamat yang sebenar bukanlah begitu! Apatah lagi nak selamatkan si anjing dan binatang2 besar yang lain tu." Semangat si mujahidah mengemukakan pandangan.



"Saya nak bagi ayat simple je. Cuba buka surah Al-Qariah ayat 5"

"Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan"

"Dalam filem ini, saya rasa macam tepatlah juga. Boleh nampak la visual dia sket bagaimana gunung-gunung hancur beretak-retak. Sampai ada orang tu terjerit2.. huhu"


Huhu.. tersenyum kak Fatin. Komen yang sangat menjentik. Mendengarkan kematangan idea adik-adik kesayangan dalam mengintepretasi ayat Al-Quran dalam setiap perkara yang dilihat. Itulah yang dia harapkan.

Ummah yang melihat segala peristiwa alam dengan pandangan mata Al-Quran.

Ummah yang menjadikan al-Quran sebagai neraca benar atau salah.

Ummah acuan al-Quran


Sungguh berita besar (an-naba') ini pasti berlaku. Movie ini sedikit sebanyak menjadi medium yang baik dalam mengulas hakikat keimanan kepada hari Qiamat. Bergantung kepada neraca pertimbangan muslim itu sendiri.

"Mereka menanyakan kepadamu Muhammad tentang Qiamat, "Bilakah terjadi?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang Qiamat itu ada pada tuhanku; Tidak ada seorang pun yang dapat menjelaskan waktu terjadiNya kecuali Dia. Qiamat itu sangat berat(huru-haranya bagi makhluk ) di langit dan bumi, tidak akan datang kepada kamu kecuali secara tiba-tiba" 7:187


Terlafaznya surah al-Asr dan tasbih kafarah pagi itu, pulang masing-masing kembali menjalani kehidupan dunia. Maka bermulalah sesi ujian keimanan sebenar semua. Menanti kedatangan minggu depan yang lebih menarik untuk mereka sama-sama meningkatkan keimanan.


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to 2012, kaca mata Al-Quran

ayyash said...

salam alaik izz..

wah..sgt menarik ulasan anda..
yep..gmbrn yg dibuat memang x lebih dari sekadar gambaran bencana alam, tambahan visual yg hebat dgn kesan bunyi yg mengerunkan, mungkin itu je kelebihannya..

berbeza mata, berbeza penilaian..
berbeza tahap keimanan, berbeza penghayatan!!

Aleen kawannye Iezz said...

Assalamualaikum..

Iezz..
Memetik katak2 dr Ziad microb "This is sooo interesting"..!!

Kami dah tgk cerita tu, n sejujurnya, technically speaking, rasa xbest dan kechiwa yg amat sbb visual yg sgt kartun..!! hehe.. (diri sendiri xreti langsung nak buat animation ni, nak rasa unsatisfied pulak.. huhu)

pape pun, kiamat itu pasti, dan bukanlah sesuatu yang mulia jika rasa diri dah cukup bersedia menghadapinya, kalau tidakpun terlibat dalam huru hara hari itu di dunia, kebangkitan semula mestilah semat kemas di kepala.. insyaAllah.

btw, idea yg cukup bagus dari "kak fatin" utk diaplikasikan kpd adik2 kesayangan..!!

Tengkiu iezz..!!

btw, jazakillah khoiraan atas link blog illuminati tu.. hehe (amat berminat kalau bende2 mcm ni.. huu)

Aleen kawannye Iezz said...

Assalamualaikum..

Iezz..
Memetik katak2 dr Ziad microb "This is sooo interesting"..!!

Kami dah tgk cerita tu, n sejujurnya, technically speaking, rasa xbest dan kechiwa yg amat sbb visual yg sgt kartun..!! hehe.. (diri sendiri xreti langsung nak buat animation ni, nak rasa unsatisfied pulak.. huhu)

pape pun, kiamat itu pasti, dan bukanlah sesuatu yang mulia jika rasa diri dah cukup bersedia menghadapinya, kalau tidakpun terlibat dalam huru hara hari itu di dunia, kebangkitan semula mestilah semat kemas di kepala.. insyaAllah.

btw, idea yg cukup bagus dari "kak fatin" utk diaplikasikan kpd adik2 kesayangan..!!

Tengkiu iezz..!!

btw, jazakillah khoiraan atas link blog illuminati tu.. hehe (amat berminat kalau bende2 mcm ni.. huu)

'Ezzah Al-Islam said...

to ayyash..

"berbeza mata, berbeza penilaian..
berbeza tahap keimanan, berbeza penghayatan!!"

frasa yg menarik.

nak tambah.

"berbeza tahap pembacaan, berbeza skop pandangan"

to aleen,

visual yg sgt kartun..huhu... amat comel kata2 ini..
tapi tak dinafikan, especially masa dalam kereta time nak larikan diri tu..
tapi still ni masih antara movie terbaik dlm tema ini.

try baca ust syaari punya entri lain berkenaan tajuk 2012.. anda pasti tertarik ^^,

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.