pengenalan pre-klinikal

Dengan nama Allah tuhan yang menjadikan Sistem2 dalam badan manusia..
Salam selawat buat junjungan 'Muhammad bin abdullah' setiap detik, setiap saat..

"As-salam" kepada semua pembaca a.k.a tetamu yang amat dialu2kan. Terimakasih kerana masih sudi menjenguk walaupun hampir bersarang blog ini.

Nampaknya tuan blog ni kena muhasabah diri semula terhadap komitmen terhadap ululalbab99 ni *_* ...


Alhmdulillah, pada saat ini saya sudah selesai final exam utk sem ini. Dan cuti 3 minggu yang sudah bermula telahpun penuh dengan perancangan2 pagi ke malam. Moga Allah berkati masa saya dan kamu semua. Harapnya cuti kali ini mampu memberi satu momentum berkuasa tinggi untuk kita semua teruskan berjuang untuk semester hadapan.. BERJUANG!


Baiklah. entri kali ini buat yang bertanya ttg sistem pembelajaran disini, entri ni saya coretkan secara ringkas sebagai gambaran ok...

Sistem pembelajaran takhasus Medicine di JUST adalah selama 6 tahun. 3 tahun pre-klinikal adalah masa untuk menyumbat otak dengan semua macam fakta2 halus dan rapuh yang bakal menjadi tapak sebelum melangkah ke alam klinikal yang berbaki 3 tahun.

lambang Jordan university of science and technology

tahun 1 medik
Dalam tahun pertama, pelajar medik bakal melalui 3 semester yang bakal memberi pendedahan awal kepada subjek2 medik yang lebih berat. Boleh juga dikatakan tahun pertama adalah masa berasimilasi dengan bahasa2 medik sebelum masuk lebih dalam.



semester 1. -3 bulan
1)biologi 2)fizik3)kimia 4)bahasa Arab 5)bahasa Arab bg bukan penutur 6)bahasa inggeris

semester 2. -3 bulan
1)anatomy 2)fisiologi 3)histology 4)organic chemistry

semester 3. -2 bulan
1)biochemistry 2)visual basic (perisian komputer) 3)subjek pilihan

suasana di universiti

tahun 2 medik
Setelah selesai tahun pertama, kenal dah bahasa2 medik, dapat tangkap cara nak study, jumpa biologi badan dan sebagainya.. bermulalah perjuangan sebagai pelajar medik tahun 2 pula. Dalam semester pertama, kami didedahkan dengan 5 subjek core medik yang lebih mencabar sebelum melangkah ke dunia baru. Dunia sistem yang jauh berbeza. Memandangkan sistem disini menggunakan sistem pembelajaran integrasi dan bukanlah sistem pembelajaran tradisional, maka kami perlulah mengintegrasikan segala subjek2 core medik dalam satu sistem yang sedang dipelajari.

cth: anatomy+fisiologi+histologi+microbiologi+pharmacology+pathology+ dll= satu sistem


semester 1-3 bulan
1)pathology 2)pharmacology 3)microbiology 4)genetic 5)biostatistik

semester 2- 3bulan a.k.a satu bulan satu sistem
1)hematolymphatic system 2) cardiovascular system 3)respiratory system

semester 3- 2bulan
1) immunology 2)public health 3)subjek pilihan

fakulti Medicine yang dicintai

tahun 3 medik.
Dan masuk ketahun terakhir teori yang menghidangkan 6 lagi sistem berbaki.

semester 1. -3bulan
1)musculoskeletal system 2)gastrointestinaltract 3)endocrine system

semester 2-3bulan
1)urogenital system 2)central nervous system part 1 3) central nervous system part 2. 4)medical ethic.

semester 3
1)physchology 2)subjek pilihan 3)subjek pilihan.


maaf sekadar makluman secara kasarnya. utk lebih detail, anda amat dialu2 bertanya saya di ym k. (--> rasanya pelajar medik je faham ni..aisshh..)

Dan untuk 3 tahun klinikal, insyaAllah sekiranya diizinkan tuhan akan saya ceritakan dalam entri2 masa hadapan.

sekian. buat masa ini.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.