Dengan nama Allah Tuhan saya dan kamu.
Selawat dan salam buat 'Muhammad bin Abdullah', nabi saya dan kamu.
Hari kedua
Usai solat Subuh di kawasan RnR, perjalanan meredah bumi Syam diteruskan dengan nafas kembara yang baru. Mengikut perancangan awal perjalanan hari kedua Skuad Kembara Syria 09 adalah jaulah sekitar Ar-raqqah dan bertolak ke Halab pada sebelah petangnya.
Ar-Raqqah senang disebut Ragga oleh masyarakat tempatan di situ. Ia mirip kepada Lahjah (bahasa pasar/dialek) rakyat selatan Jordan dan Mesir yang menyebut Qaf dengan Ga. Tidak seperti penduduk Dimasqh yang menyebut Q dengan huruf Alif. Sebagai contoh Qahwah (Kopi) disebut oleh penduduk Dimashq dengan Ahwei.. (Huruf Ta dihujung disebut dengan huruf Ya).
Ar-Raqqah merupakan salah satu kawasan sejarah di Syria yang dibangunkan dengan hebat ketika era pemerintahan kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Namun sejarah awal membuktikan bahawa kerajaan Greek pernah menguasai kawasan ini sebelum kedatangan Islam. Raqqah dikenali dengan nama Nikephorion atau Leontopolis ketika zaman Greek.
Ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam, Khalifah Hisham dari zaman Umawiah terlebih dahulu berada di Raqqah. Kemudiannya diperintah oleh Khalifah Al-Mansur dari kerajaan Abbasiah. Beliau telah membangunkan kawasan Raqqah dan beberapa senibina mirip binaan di Baghdad telah dibina di Raqqah. Khalifah Harun Ar-Rashid juga pernah membangunkan Raqqa dan dikenali dengan Al-Rafiqa. Sallehudin Al-Ayubi, Nuruddin Zinki pernah menguasai kawasan ini ketika abad ke-12.
rujukan-penghunisahara.blogspot
Makam sahabat dan tabi'in
Lokasi pertama jejaknya kaki kami dibumi Ragga ini adalah makam Ammar bin Yassir, sahabat nabi yang syahid dalam perang siffin dan Uwais al-Qarni dan Ubai bin Qis, 2 orang tabi'in yang turut syahid dalam perang tersebut. Melihatkan kepada struktur dan bentuk makam tersebut yang sama dengan bentuk makam sayyidah ruqayah dan sayyidah zainab serta semua makam ahli bayt, bolehlah dirumuskan bahawa makam mereka juga telah ditaja oleh negara iran. Kebiasaannya negara Iran akan memberi peruntukkan untuk membina makam dan masjid2 yang hebat untuk ahli bayt dan mana2 individu yang ada kaitan dengan ahli bayt.
Nama Ammar bin Yasser pastinya makruf dikalangan kebanyakan umat islam di Malaysia. Mengenangkan pengorbanan kedua orang tuanya, Sumaiyah (klik rujukan lanjut) dan Yasser selaku umat islam pertama syahid dalam memperjuangkan risalah nabi dan menegakkan kalimah tauhid yang satu. Al-Fatihah disedeqahkan buat beliau serta seluruh ahli keluarganya. Sesungguhnya syurga menantimu wahai keluarga Yasser.
Bab Baghdad.
Perjalanan berjalan kaki lebih kurang 5 minit dari makam tadi, akhirnya kami tiba di Bab baghdad yang merupakan salah satu daripada pintu kota lama Raqqah yang masih kekal sehingga hari ini. Akibat proses pemodenan dan jarak masa yang lama, separuh daripada tembok berdinding dan pintu kota lama Raqqah telah pun musnah dimamah usia. Bab baghdad terus dikekalkan dan dipelihara sebagai salah satu kesan bersejarah tapak pelancongan ke kota ini.
Qasr al-banat.
Kami meneruskan perjalanan menaiki bas mini yang ditempah menuju destinasi seterusnya ke Qasr al-banat. Sebuah bangunan tinggalan lama di tgah2 kota. Diberi masa 15 minit, skuad mujahidah telah meronda2 sekitar tinggalan bangunan dan mengambil gambar dengan pelbagai gaya serta posisi sebagai kenangan, lagi2 di istana khas untuk perempuan2 ni. Memang lumrah perempuan suka bergambar, kita bagi chance je la. tafadholli...
Bas mini yang kami sewa dengan harga 47100lira untuk perjalanan 3hari sepanjang di Syria. Walaupun mahal tetap berbaloi.
Qasr Al-Banat telah dibina untuk dijadikan madrasah (sekolah). Namun ketika kurun ke-12, ia telah ditukar menjadi hospital pesakit jiwa (Era Nuruddin Zinki). Menurut Abu Qusai, iaitu penjaga kota tersebut, ia dinamakan Qasr Al-Banat adalah disebabkan ketika zaman pemerintahan Harun Ar-Rashid terdapat peperangan berlaku di kawasan tersebut. Orang-orang perempuan telah dibawa ke kota tersebut untuk tujuan perlindungan. Al-Banat bermaksud perempuan dan disebabkan peristiwa tersebut kota ini kekal diberi nama atau gelaran Qasr Al-Banat.
Great mosque.
Tidak jauh dari tapak Qasr banat, kami teruskan pengembaraan menuju ke Great Mosque, tapak masjid lama dengan menara setinggi 25 meter ditengah2 dataran masjid. Sekali lagi hanya aktiviti bergambar dan sessi kuiz oleh mas'ulah yang bertanggungjawab.
kerja rumah
Salah satu kelebihan mengembara dalam jumlah yang ramai adalah kami telah awal2 menyerahkan tugasan kepada semua ahli skuad untuk mencari maklumat dan mengadakan sebarang bentuk game/kuiz berkenaan tempat yang telah ditaklifkan. Setiap ahli skuad yang bertanggungjawab dikehendaki menyediakan 18 keping salinan untuk diedarkan kepada semua skuad kembara semasa tiba di destinasi yang dituju. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan tahniah dan terimakasih atas segala kerjasama yang diberikan. Thumbs up for you guyz!
Qala'at Jaabar
Setelah selesai menziarah sekitar kota, bas mini kami laju meluncur menuju ke Qala'at Jaabar yang terletak kira2 59km dari bandar Raqqah. Qala'at Jaabar merupakan antara kota paling menarik pernah saya jejaki. sangat menarik! Tidak seperti kota2 dan kubu2 pertahanan yang lain, kubu ini dibina di atas sebuah tanjung menghadap ke tasik. Cantik! gabungan warna coklat kubu dipadankan dengan warna biru air tasik dan diserikan dengan pohon kehijauan mampu menyajikan satu aura semulajadi yang sangat indah.
Tasik Jaabar
Sebelum bertolak ke Halab, kami telah dibelanja pusing2 sekitar tasik selama 20-25 minit menaiki bot pelancong. Satu perasaan yang amat tenang. Setelah sekian lama tidak bertemu air di bumi Jordan, perasaan dihembus bayu yang lembut di tengah2 tasik yang dalam kira2 40-80meter ini mampu mengingatkan manusia tentang makna sebenar tadaru' ila Allah.
Halab.
Setelah 2jam setengah perjalanan dari Raqqah ke Halab, lebih kurang pukul 4.30ptg kami tiba di bandaraya Halab atau juga dikenali sebagai Alleppo yang merupakan bandaraya bersejarah kedua penting di Syria. Amat rugilah bagi sesiapa yang sudah ke Syria tanpa melawat ke negeri yang satu ini.
Halab yang terletak 350km ke utara bandar Dimasyq merupakan bandar perdagangan yang diduduki sejak zaman berzaman. Halab merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud susu. Dikatakan kota ini mendapat namanya daripada peristiwa nabi Ibrahim yang pernah memerah susu lembu kelabunya di tengah kota Halab ini.
Setibanya di Halab, kami check-in di Hotel Az-zahra, 4 bilik untuk akhwat dan 2 bilik lagi untuk syabab. Alhamdulillah, hotel yang sangat selesa dengan bayaran yang boleh tahan class bagi orang yang sedang mengembara. Namun memandangkan trip kali ini melibatkan jumlah yang agak besar, kami sepakat untuk menyewa bilik di hotel ini selama 2 hari. Moga keselesaan ini semakin menjadikan kami hamba yang bersyukur.
Selepas 2jam berehat dan bersiap2, dalam sekitar pukul 6 petang, bermulalah kembara jalan-jalan cari makan bersama mas'ul dan mas'ulah Syria kami( Shafiq dan Mukarramah).
Setelah mereject beberapa kedai makan yang agak mahal, akhirnya kami sepakat untuk makan malam di Restoran Kindi berdekatan dengan Jam lama Bab Faraj.
Masjid Umawi Halab.
Setelah perut yang lapar telah terisi, otot2 kembali segar menjalankan fungsinya. Perjalanan sebelah malam diteruskan menuju ke masjid Umawi untuk menunaikan solat jama' qasar maghrib dan isya'. Rukhsah yang sememangnya diamalkan sepanjang kembara musafir kami.
Hajiyyat yang memudahkan urusan kehidupan manusia. Terbukti Islam itu memang agama yang sempurna dan tidak membebankan hambanya. Apa lagi yang kita cari? Moga Allah bukakan hati kita semua untuk menerima Islam dengan Ezzah, memahaminya, beramal dengannya dan mendakwahkannya. Moga Islam kembali menyinar.
Masjid Umawi Halab atau lebih dikenali sebagai Jami' Zakariye ini telah diasaskan oleh Khalifah Walid 1 pada tahun 715 Masihi.Didalamnya terdapat makam nabi Zakaria a.s , bapa kepada nabi Yahya a.s yang makamnya terletak di Dimasyq.
Terdapat 4-5 tempat kisah nabi Zakaria disebut didalam al-Quran, antaranya adalah dalam surah al-Imran (page 54 dan 55) dan surah Maryam (page 305). Dikisahkan didalam surah al-Imran bagaimana baginda menjadi penjaga kepada Maryam dan melihat keistimewaan dan keajaiban wanita yang mulia ini. Turut dikisahkan bagaimana khusyuknya baginda berdoa meminta cahaya mata penyambung zuriat dan risalah yang dibawa, walaupun isterinya sudah tua mandul. Satu kisah yang membawa ibrah yang cukup bermakna buat mereka yang berfikir.
Masjid Karimiyyah
Sebelum bertolak balik ke bilik, kami sempat singgah sebentar di Masjid Karimiyyah, dimana terdapatnya kesan tapak kaki nabi Muhammad s.a.w. Selepas minum2 air yang dialirkan diatas kesan tapak kaki tersebut, dengan wajah2 kerinduaan akan bantal dan katil, kami bertolak pulang ke bilik.
Kesan tapak kaki nabi s.a.w dan aliran air untuk diminum.
p/s: Bukan semua orang 'mampu' mengembara, buktikan syukur kita dengan memanfaatkan setiap saat, mengambil ibrah, berzikir dan berfikir. Melihat dunia dari jendela akhirat. Moga Allah beri peluang lain di masa hadapan.
"Demikianlah hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali2 tidak akan menemu perubahan pada hukum Allah itu" 48:23
4 Responses to Skuad Kembara Syria 09- siri 2
Assalamualaikum warahmatulla wabarakatuh..
Ingt x, Aleen pernah tnya iezz haritu.. Ape ek agaknya manfaat melawat maqam2 ni???
Jawapn terbaru, setelah pulang ke Irbid : "I feel that I'm missing those people n the moment of being close to them, at least, places they've been, or even better, their grave.. it was Like their sprits flow in an unbreakable manner as a true muslims despite the harsh current and torture they faced and envelop the dull atmosphere inside me.. I was brought closer to thinking of being with them, seeing the horizon with my own eyes.. Sungguh, tarbiyah Rasulullah mmg hebat..
-merindu maqam mereka, mengharap pertemuan semula, andai bukan di dunia sementara, ku harap semua menanti ku di syurga-
Ameen~~
waalaikumsalam wbt.
alhmdulillah. very nice feeling, aleen.
Antara semua makam, ana paling suka makam khalifah umar abdul aziz. rasa sgt tenang saat itu. maybe because of that figure. Sangat2 hebat hingga mampu memberikan aura walaupun setelah wafat.
agak2 kita boleh melawat makam hassan al-banna tak? tiba2 terasa rindu plak..
*wondering*
assalamualaikum wbt izz.
nmpknye dh bertambah mantap n matang peulisan enti..
mabruk ana ucapkan..
moga terus sukses mengasah pena ana doakan..hehe..
didoakan juga cita2 enti nk tulis buku tercapai..
spya dpt meneruskan kesinambungan risalah tarbawi yg didokong..
sesame kite mujahadah yok..
hari ni mula intensif tahfiz kite..
hidup yg x penah putus2 dgn tgjwb..
tiap saat yg berlalu dan bakal hadir telah ALLAH aturkan dgn sgt baik..
Alhamdulillah ukhti fillah..
didoakan ALLAH trs tsabatkan kite dgn kebaikan..
buat anda..
jagalah ALLAH,pasti ALLAH menjagamu..
jom gegarkan kalam ALLAH..
bersatu dlm ketaatan,menjulang syariat dlm kehidupan..
Waalaikumsalam wbt hudhud..
nti pun apa kurangnya..
makin mantap gaya penulisan di ruang komen..hihihhi
bila lagi nak punya blog sendiri?
ternanti2..produk 'hudhud'
tak pun.. jom kita wat blog bersama nak.. tajuk "KAMI GURU KEPADA ALAM" cambest... dah lama ana terfikir.. cari beberapa org lagi jadi rakan blogger.
smoga kem tahfiz ini smkin mendekatkan kita dengan kalamnya. doakan kita semua..
ana syg nti~ kerana Allah
Post a Comment