Dengan nama Allah tuhan masa mukim, mastautin mahupun bermusafir.
Selaut salam buat insan contoh ketika musafir 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati sekalian.
As-salam semua pembaca budiman,
insyaAllah siri skuad kembara syria 09 kali ini mencatatkan manis masam masin pahit dan pedas musafir kami skuad2 mujahidah mengembara di bumi Syam yang diberkati sepanjang 5 hari. (19-23/6) Moga bermanfaat dan menjadi 'revision' buat skuad2 sekalian serta rujukan buat pembaca2 yang lain. Salam kembara~
Kembara bermula...
Mengikut rancangan awal, seluruh ahli skuad kembara dikehendaki menunggu di hadapan bab syimali seawal 5 pagi. Teksi khas Irbid- syria- lubnan bewarna putih berjalur hijau merah yang awal2 sudah ditempah bakal menanti kami disana. Berbeza dengan selalunya, nampaknya kali ini janji Arab lebih boleh dipercayai daripada janji melayu. Ahli2 skuad2 lewat 30 minit sedangkan 4 buah texi awal2 pagi siap berbaris menanti kami yang seramai 16 orang.
Membawa tema kembara kali ini "Melihat dunia dari jendela akhirat", tepat 5.30 pagi usai mendengar taklimat ringkas dan bacaan doa oleh ketua murakib, bermulalah kisah perjalanan skuad mujahidah mencari semangat perjuangan para sahabat yang terkubur di bumi Syam. Moga pulang dengan Ruh dan jiwa para nabi dan sahabat yang kental, bukan sekadar kembara intai2 tempat bersejarah.
Alhamdulillah, urusan di sempadan Jaber (immigrisen Jordan) mudah. Begitu juga di sempadan Naseeb (immigresen Syria). Mujur pakcik Taxi kami tidak "berlebih-lebihan" memborong rokok di kedai bebas cukai sebelum masuk ke Naseeb. Sudah maklum bagi kami bahawa kebiasaannya pemandu2 bakal memborong bekalan rokok secara pukal dan "menumpang" barang2 tersebut dalm beg2 penumpang. Awal2 lagi kami sudah dinasihatkan untuk buat muka 'donno' je. Kalau disoal nak jawap apa "saya tak tahu" sambil buat muka innocent. Ooo.. saya tak suka perkara sebegini dan syukur perjalanan kali ini tidak memerlukan saya berbuat sedemikian. Harapnya tidak juga ketika perjalanan balik nanti. (Allah itu sentiasa mengkabulkan doa hamba2nya) Perjalanan mengambil masa 3jam setengah sebelum kami tiba di Souq Hamidi di Damascus.
Seperti yang telah dijanjikan mas'ul dari Syria, Shafiq telah terpacak dihadapan souq Hamidi menanti ketibaan kami. Keluar dari taxi dengan muka bantal, kami terus bergerak ke hotel untuk check-in barang. Sekadar untuk meletakkan beg2 bekalan kami yang seramai 16 orang ini, sebuah bilik hotel bersaiz 2 katil single dengan satu bilik air berharga 1000 lira ditempah.
Sangat2 nak berjimat. Kelakar mengingatkan kenangan manis kami ramai2 menjadi sardin milo dalam bilik tersebut. Adat orang mengembara, bersusah demi berjimat.
Old City Damascus
Selesai check-in, berbekalkan barang2 keperluan asas dan barang berharga, maka bergeraklah kami mencari sarapan di sekitar masakin barzeh sebelum ronda2 sekitar Old City Damascus, destinasi pertama kami. Pagi2 sebegini sudah menjadi kebiasaan melihat kebanyakan kedai masih lagi tertutup, lagi2 pagi Jumaat ini. Negara Syria mahupun Jordan sama sahaja. Buka kedai dalam pukul 10.30-11.00pagi. Memang berbeza dengan situasi di Malaysia yang rata2 sudah buka kedai pukul 8 atau9 pagi, lagi2 bagi kedai cina.Memandangkan lawatan sehari tidak cukup untuk menziarahi ke seluruh tempat2 menarik di kota tertua dunia ini, kami merancang untuk pergi ke beberapa tempat sahaja dan menyambung bakinya pada hari terakhir nanti.
Makam sayyidah Ruqayyah
Kembara pagi ini bermula dengan lawatan menjejakkan kaki ke masjid sayyidah Ruqaiyah. Tempat yang saya nanti2kan selama ini. Sudah lama membaca mengenai kisah dan perbuatan orang2 syiah ketika di makam ini, akhirnya dapat melihat dengan mata kepala sendiri.
Sayyidah Ruqaiyah merupakan cicit Rasullulah s.a.w, anak terakhir daripada 4 orang anak saidina Hussin bin Ali atau lebih dikenali sebagai imam al- husain, cucu nabi dan imam ketiga bagi umat islam menurut ajaran Syiah. Ketika berlakunya peperangan antara pengikut saidina Ali dan Muawiyah, saidina hussin dan pengikutnya telah pergi ke satu kawasan di Iraq bernama Karbala, beberapa keluarga saidina Ali telah ditawan termasuk siti Ruqayyah yang pada saat itu baru berumur 4 tahun. Beliau telah menderita sakit dan meninggal menyusul ayahnya yang terlebih dahulu dipancung oleh tentera muawiyah. Kepala saidina Hussin yang telah dipancung kini disemayamkan di sebelah timur belakang masjid Umawi.
Makam Sayyidah Zainab bin Ali
Memandangkan kedudukan makam Sayyidah Zainab yang terletak agak jauh di Reef Dimasy, kami tidak berkesempatan untuk melawat makam cucu nabi,puteri bongsu Ali bin Abi Talib dan Fatimah ini. Cukuplah saya sertakan gambar disini.
Sayyidah Zainab merupakan saudara kepada Hassan, Hussin, Muhsin dan Ummu Kalthom. Beliau dilahirkan di Madinah pada 1 Sya'ban 5H. Sebelum kelahiran puteri ketiga saidina Ali ini, puteri Rasulullah yang bernama Zainab wafat. Maka untuk mengenang puterinya yang baru meninggal, Rasulullah memberi nama bayi yang baru lahir, cicit baginda ini dengan nama yang sama iaitu Zainab.
Beliau merupakan antara wanita yang paling istimewa dalam jajaran ahli bait memandangkan beliau telah menimba ilmu dan didikan langsung dari Rasulullah dan kedua orang tuanya. Siti Zainab telah menikah dengan sepupunya 'Abdullah bin Ja'far bin Abi Talib dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Selepas peristiwa Karbala, sayyidah Karbala ini telah kembali ke madinah dan semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, beliau bersama2 suaminya telah berhijrah ke Syam dan wafat disini.
Makam Salahuddin al- Ayyubi.
Perjalanan diteruskan ke makam pahlawan unggul umat islam yang amat terkenal, Salah ad-din yang telah berjaya membuka Baitul Maqdis pada tahun 583 H dari tangan tentera salib selepas 88 tahun peristiwa berdarah di kota suci ketiga umat islam ini. Putera kepada Najmuddin Ayyub ini dilahirkan di Tikrit berbangsa Kurdi merupakan antara tokoh hebat yang bukan sahaja dikagumi oleh umat islam malah orang barat juga.
Sungguh tidak saya sangka bahawa kaki ini akhirnya telah sampai ke sini setelah sekian lama membaca biografi dan kisah perjuangan beliau. Betapa ruh jihad dan semangat mengembalikan khalifah itu tersemarak melihat makam pahlawan yang satu ini. Sampai di makam beliau, lantas saya teringat antara bait2 lirik lagu Soldier of Islam 1924.
" In 1917 Prime Minister of britain after entering Jerusalem stated "the crusade war has ended" In the same year the french general, goro went to the grave of Salahudeen-Ayubi Salahudeen-Ayubi, the one who 730 years prier crushed the crusades and liberated Palestine & Syria he went to his grave in Damascus and kicked it and said wake up oh Salahudeen we hare here"
oOo.. inilah makam beliau yang telah disepak oleh si Kuffar itu. Betapa kita mengharapkan lahirnya amir of the Ummah yang baru. Ya Allah bantu pemuda-pemudi islam kembali ke agamamu..oh tuhan! bantulah kami!
Wali Arba'in dan gua ternganga
Tengahari itu kami teruskan perjalanan menuju ke puncak jabal qasiyun. Pengalaman yang sangat manis menaiki 'tut-tut' ke puncak bukit bisa meruntuhkan jantung buat mereka yang takut tinggi. Thumbs up buat pemandu tut-tut dengan skil memandu yang sangat hebat. Menaiki bukit yang sangatlah curam dengan jalan yang tidak rata. Kami yang berada di belakang ini terasa seolah2 sedang menaiki 'roller coaster' di taman2 tema. Fuh!
Tut-tut hanya menghantar kami sehingga ke anak tangga pertama menuju ke kawasan gua dan makam wali arba'in. 585 buah anak tangga lagi menanti untuk kami teruskan pendakian sebelum tiba ke kawasan gua yang dikatakan tempat bertapanya 40 orang wali Allah suatu masa dahulu. Malah pernah juga menjadi tempat persinggahan nabi Allah Ibrahim a.s dan nabi Khidir a.s. Disini juga terdapat gua yang digambarkan seperti mulut yang sedang ternganga. Terkejut yang amat dasyat melihat pembunuhan Habil oleh Qabil dikawasan tersebut. Malah terdapat kesan tapak tangan malaikat yang katanya cuba menahan batu gua tersebut daripada menghempap kedua anak Adam itu akibat murka dengan perbuatan mereka itu. Wallahu'alam!
Perjalanan turun untuk pulang ke bilik hotel mengambil masa lebih lama disebabkan kebanyakan peserta telah pancit. Mujur ada yang baik hati membelanja aiskrim, terlupa sebentar rasa penat ketika menikmati aiskrim beramai2.
Sampai di bilik hotel kami bergilir2 menggunakan tandas. Dengan syarat setiap sorang hanya dibenarkan mandi tidak melebihi 10 minit. Kerana mengikut rancangan awal, tepat pukul 9 malam kami akan meneruskan perjalanan ke puncak Jabal Qasiyun untuk makan malam sambil menikmati pemandangan malam seluruh kota dimasyq dari puncak bukit. Namun Allah adalah sebaik2 perancang, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan akibat kesuntukan waktu. Berlatar belakangkan air pancut di tgah2 kota Dimasyq, kami menjamu selera beramai2 sebelum ronda2 sekitar kota melihat pemandangan malam.
Sekali lagi terlewat 30minit dari janji sebenar, pukul 12.30 malam kami semua siap menaiki bas pelancongan yang telah awal2 ditempah untuk perjalanan 3 hari oleh mas'ul Syria dengan bayaran pendahuluan sebanyak 14000lira. Mujur bas tersebut amat selesa, sesuai dengan bayaran yang dikenakan. Memandangkan jumlah kami sebanyak 18 orang, manakala kerusi bas sebanyak 33 buah. Masing2 dapat menikmati tidur yang selesa dengan ruang 2 kerusi seorang, walaupun ada yang memilih untuk duduk 1 kerusi seorang kerana ingin bersama2. Terpulang...
Perjalanan malam yang damai, masing2 lena dibuai mimpi indah menghilangkan kepenatan sambil mengecas mitochondria2 dalam cell2 badan untuk perjalanan yang lebih mencabar keesokan harinya.
al-imran 3:137
4 Responses to Skuad Kembara Syria 09- siri 1
salam alaik skuad kembaraku..
rindu bersesak2 dlm hotel kt dimasyq tu..kenangan indah..
x kan dilupakan..kedekut gile..
satu bilik sumbat 16 org..
macam sardin..hehe..
moga bermanfaat jaulah kite..
sayang korang sume..
berkata saidina umar al khattab
jika kamu ingin mengetahui peribadi sahabatmu,maka musafirlah dgnnya selama 3 hari..
saya kenal anda..
saya berdoa moga ALLAH terus rahmati persahabatan kita..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Iezz...!!! hehehe.. aleen dtg bgkomen 1st..!! =) setelah bertempur dgn perasaan malu nk bg komen kat blog matured ni.. hehe.. Abaikan..
BTW, Alhamdulillah sgt2 nk katenya, this was one of the best trip i've been with my friends..
Secara jujurnya, kami rase korang sumer mcm kakak2 dan abang2 mcm satu family..
Mcm2 dpt, ukhuwwah, pengalaman, kefahaman.. n last but not least, sunburn.. huhu.. Alhamdulillah..
Hehehe, i'll be commenting more after this, insyaAllah..
tata MT kembara syria 09..!!
waalaikumsalam wbt hudhud...
rindu melihat komen kamu disini. welcome back! cepat2 pasang internet tu... kamu diperlukan.hihi
hudhud... ana rindu gak kenangan indah ini. moga Allah berkati jaulah dan persahabatan kita dear~
BTW, ye ke kamu dah kenal ana? hihi =)
waalaikumsalam wbt to dear aleen gak..
wah! tahniah2.. kerana berjaya membuang rasa malu tu... keep it up! (--> pelik! ana tak faham kenapa nak malu la aleen..aiyoyo)
ok. dear! teruskan mengkomen. rasa lebih meriah suasana blog ini dengan kedatgn anda semua especially nti yg ceria sokmo ni...
nantikan siri ke2 dr MT skuad kembara ni..
p/s:MT skuad kembara yg lain bila lg nak menulis? hiihi
Post a Comment