.::patriotik kita::.

Dengan nama Allah yang Tuhan semua manusia + jin + haiwan + tumbuhan...
Selautan salam tidak jemu dihulurkan buat ayah paling mithali, 'Muhammad bin Abdullah' dan "soimin" dan "soimat" sekalian...

Assalamualaikum wbt...

Sudah 2 hari ramadhan berlalu. Sudah 2 hari juga lah hari negara kita merdeka dan genaplah juga 2 hari selepas setahun di bumi jordan ini. Ramadhan dan Merdeka... lebih baik saya kira utk mendahulukan tajuk merdeka... alang2 baru 2 hari... masih lagi suam2 panas isunya...

Tema kemerdekaan kita pada tahun ini?... "Perpaduan teras Kejayaan"... Isu perpaduan sekali lagi dan selama2nya akan ditegaskan nampaknya. Tahukah anda hari kemerdekaan negara kita hanya mempunyai tema bermula pada 1970.(--> 13 tahun slepas merdeka 1957) Setiap tahun tema ini akan diubah mengikut situasi semasa kecuali pada tahun 1988-1989 yang dikekalkan ia3ni "bersatu" dan sepnjg tahun 2000-2006 dgn tema "Keranamu Malaysia". Sekiranya ingin diimbas semula tema2 pada tahun sebelum2 ini. Saya kira mesej berpadu dan bersatu paling sering menjadi pilihan. Harapnya tema bukan sekadar tema... sekadar penyedap iklan dan nyanyian lagu... tetapi dihayati, difahami, dianalisis dan dipraktis... huhuhu...



Seperti tahun2 sebelum ini, sambutan ulang tahun kemerdekaan diadakan di Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan. Alhamdullillah, sedikit sebanyak dapat juga menjentik naluri "merdeka" rakyat Malaysia dan mengimbau bab2 dalam buku2 teks sejarah dalam jiwa yang berjasad di Jordan ini. Teringat kata2 pakcik Hassan al-banna berkenaan isu patriotik dan nasionalis ini. Sudut pandangan dan paradigmanya yang lebih luas dan menyeluruh, membuktikan dasar islam untuk semua yang dibawanya tidak langsung bercanggah dengan nasionalis dan patriotik ini. Ada sebahagian yang menyangka islam tidak ada kena-mengena dengan nasionalis dan patriotik, orang2 yang ber'semangat islam' pada satu pihak, dan orang2 yang ber'semangat patriotik nasionalis' ni pulak pada satu pihak yang lain. Lebih teruk lagi, ada sebahgian yang menyangka islam ni la yang memecahbelah kesatuan rakyat dan melemahkan ikatan pemuda2nya... salah faham yang begini amat bahaya dan utk membendung kertelanjuran salah faham yang lebih dasyat, lebih baik kita meng'clear'kan diri kita akan sikap dan dakwah kita terhadap isu patriotik dan nasionalis ini.

Terdapat macam2 jenis patriotik yang dilaung2kan.

Patriotik kasih sayang
Sekiranya patriotik yang dilaung2kan itu bermaksud kasih sayang terhadap tanah air, cinta mesra dan merasa kasih belas dan rindu padanya.So, what's the matter? Inikan memang salah satu dari fitrah kita selaku manusia. Siapa yang tak sayang dan rindu Malaysia? (kalau ada ..tipu2..) Kalau dilihat kepada sahabat2 hasil tarbiyah murobbi terhebat sendiri, Bilal yang sanggup mengorbankan segenap apa yang ada pada dirinya demi akidah dan agamanya, adalah juga Bilal yang sama merakamkan kerinduannya kepada Makkah, tanah airnya... Sedangkan nabi juga rindu dan sayang tanah airnya... kita?

Patriotik kemerdekaan
Sekiranya patriotik yang dilaungkan itu beerti kewajipan kita berkerja,berkorban seluruh tenaga dalam usaha memerdekakan negara dari tangan2 perampas2, memenuhkan tuntutan2 merdeka dan menanam prinsip2 kemerdekaan dalam jiwa anak2 bangsa, lagi sekali persoalan yang sama, apa masalahnya?... Bukankah Islam juga mendesak kita utk melakukan ini dengan bersungguh2... Kalau dilihat kepada contoh zaman berzaman ...hebatnya tentera2 Salahuddin Al-Ayyubi... tentera2 Sultan Muhammad Al-Fateh... bukankah syabab2 begini yang kita impikan akan lahir dari negara kita?



What is the difference?
Titik perbezaan antara kita selaku muslim dengan pendukung2 patriotik semata ialah, kita menganggap bahawa batas patriotik kita ialah akidah, sedangkan mereka menganggap batas patriotik itu adalah berdasarkan bumi dan sempadan geografi semata... huhuhu..

"Semua tanah yang ada Orang Islam adalah Tanah Air Islam"



inilah beza patriotik kita dan mereka...
Utk apa kita perlu sibuk2 tahu isu Palestin... kerana itu tanah air kita.. mereka saudara2 kita.... Utk apa kita perlu sibuk2 tau isu di gempa di China dan banjir di India... kerana itu tanah air kita... mereka saudara2 kita...
Utk apa kita perlu sibuk2 tau isu politik Bush di Amerika... kerana itu juga sebenarnya tanah air kita... dan mereka2 adalah saudara kita...

Matlamat patriotik kita selaku muslim juga berbeza dengan mereka,pendukung2 polotik semata... Matlamat politik mereka sekadar membebaskan tanah air, memerdeka negara mereka semata2.... tetapi kita?



Kita ada matlamat lain... kita nak mencapai tahap yang tertinggi itu... Kita ingin menyampaikan nur hidayah islam kepada semua manusia di atas muka bumi ini... Kita ingin mengibarkan panji2 Islam di seluruh pelusuk bumi ini... Kita ingin kembalikan Islam pada tempatnya... zaman kegemilangannya... kerana kita adalah khalifah-Nya...

Who is better?
Islam adalah agama "bersatu" dan "berpadu"... (--> hayati tema kemerdekaan kita ni)...
Patriotik mahupun nasionalis langsung tidak terkeluar dari juzuk2 ajaran Islam...
Siapa kita?... kita adalah muslim yang patriotik dan nasionalis... Merdeka3x!!!



p/s: patriotik-atas dasar sebidang tanah
nasionalis-atas dasar bangsa (-->tak sempat nak hurai lebih lanjut...)




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to .::patriotik kita::.

Anonymous said...

mabruk atas artikel nih..
ye..patriotisme kite hanya ats dsr aqidah..moga nusaybah trs mara ke depan..mghasilkn post2 yg lbh berinformasi..bekerja utk manusia kerna ALLAH!!

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.